Limau Mandarin dan Tahun Baru Cina

110114-orange-mandarinTiba CNY sure ramai sakit tekak duk balun limau kan. Kat mane2 semua merata org jual limau. Tu belum i kat rumah, office, sampai tak lalu nak telan.

Lyn nak kongsikan satu artikel daripada Harian Metro mengenai limau mandarin. Banyak juga kelebihannya kan. Menurut Pakar Perunding Diet, Indra Balaratnam, antara cini menarik limau mandarin adalah :
  • Ia terdiri daripada 85 peratus air dan hanya mengandungi 64 kalori. Ini menjadikan ia snek rendah kalori terbaik terutama untuk mereka yang menjaga atau mahu mengurangkan saiz pinggang.
  • Setiap limau mandarin memberikan kita dua gram serat dan ia adalah makanan yang baik untuk mengurangkan paras kolesterol yang tinggi.
  • Dengan kandungan lebih 50 peratus daripada pengambilan vitamin C harian anda, limau mandarin juga sangat baik untuk kulit. Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedut.
  • Penglihatan anda turut mendapat kebaikan limau mandarin ini kerana ia menyumbangkan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengambilan vitamin A harian. Vitamin ini membantu menghasilkan pigmen retina untuk penglihatan yang baik.
  • Bagi pesakit diabetes, perlu berhati-hati kerana limau mandarin ini manis. Justeru, jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa kerana ia boleh menaikkan paras gula dalam darah. Jumlah yang disarankan ialah sebiji pada satu masa.

Wordless Wednesday #138

14 Cute ;)


Long Holiday

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Chinese New Year is coming up. Today is the last day of work for me before Chinese New Year eve. Will be on holiday starting tomorrow until 4th of February 2014.  Pretty excited. I must say!!!. Lama kan cuti. Maklum lah majority chinese kat office Lyn ni. So mmg tiap2 thn cuti panjang.

I will be away for a while this weekend for a short trip again. Tempat adalah sgt rahsia. Dan semestinya tidak akan di war war kan dimana2. Hehehe. Secretive sgt kan. Ini adalah permintaan dari org yg berkenaan. Jadi kenalah tunaikan.

Will be back on Monday. Another day to rest before back to work on Wednesday. Harap2 tak penat lah kan. Klu travel jauh2 ni, sampai seminggu ke dua minggu baru hilang penatnya. Tu Lyn lah. Tak tau lah korang mcm maner.

So guys, how long ur CNY holiday?? Ada yg lagi lama dari Lyn ker?? Rasanya ada kot. Ada a few kawan Lyn, 10th Feb baru masuk kerja. Itu lagi syok. Mmg cuti sakan lah namanya. Tapi klu dpt plan pergi mana2 lagi syok. Tapi klu duduk rumah jer pun okey gak. Boleh rest sampai lebam.

I will update my blog as usual except on weekend. Itu pun klu tak malas lah. Hehehe.

Last but not least, have a great long holiday everyone!! Take care & drive safely :)

Cheers!!! :DD


Ini Sahaja

Pak Pandir naik helikopter

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata: 

"Panasnya dalam helikopter ini ...".
Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu: 
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."

Pencuri Kasut

Di sebuah masjid selepas sembahyang Jumaat kelihatan seorang lelaki resah mencari sesuatu di tangga.

DON : Kenapa ni Husin? 
SIN : Kasut aku hilang. 
DON : Cuba cari betul-betul. 
SIN : Takde.. yang tinggal selipar buruk ni je..Ishh.. kasut tu baru lagi aku beli. Baru 3 - 4 kali je aku pakai. 
DON : Aku rasa pencuri tu mengikut saranan tok khatib masa khutbah tadi kot. 
SIN : Maksud ko? 
DON : Ye la.. tok khatib tu kata.. 
"MAKA AMBILLAH YG BAIK-BAIK DAN TINGGALLAH YANG BURUK". 
SIN : Huh?

Maksud Warna Surat

Ani : Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda? 
Ena : Surat warna Hijau Muda itu bererti Aku Cinta Padamu 
Ani : Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya? 
Ena : itu melambangkan Suasana Pilu 
Ani : Kalau kertasnya berwarna Merah? 
Ena : Asmara Yang Membara 
Ani : Kalau kertasnya warna Putih? 
Ena: Suci, Bersih dan Jujur 
Ani : Kalau kertasnya Kuning? 
Ena: Melambangkan Hati Yang Gersang 
Ani : Kalau Merah Jambu? 
Ena: Sedang Jatuh Cinta 
Ani : Kalau kelabu? 
Ena : Melambangkan Hati Yang Sedang sedih 
Ani : Kalau kertasnya Hitam?
Ena : Itu namanya kertas karbon.. bodoh 
LOL!

Denda anak

Daniel: Masa aku remaja dulu kan, kalau buat salah, ayah aku denda kurung masuk bilik sehari tak bagi makan. Aku rasa seksa betul. 
Aaron : Samalah macam aku, teringat zaman remaja dulu. 
Daniel : Budak sekarang, kalau aku denda masuk bilik makin seronok dia sebab dalam bilik ada laptop, boleh main facebook. 
Aaron: Jadi macam mana kau denda anak kalau buat salah?
Daniel : Senang je, aku tutup Wifi..



Bibir Muncung

C360_2014-01-18-22-26-37-317It was funny when she’s touched my lipstick and sapu kat bibir dia pulak. Hehehe. Maybe lipstick I merah sgt kot, tu yg dia teruja nak pakai jugak. hehehe. Selama ni tak pernah pulak dia buat. Tu yg Lyn ckp dia teruja tuh.

When I said, “Angah, where is your lips?” terus dia buat muncung gitu. Kelakar betul. Hehehe. Dan2 tu jugak Lyn pun ikut sama. Susah dia ni nak bergambar. Tapi disebabkan mood tgh senang jer Nanny dia dukung. Tak byk ragam pun. Sekejap jer lah. Lepas tu punya lah susah. Menangis jugak. Skrg ni lagi pantang tgk mummy nya hilang, puas dia cari. Klu tak menangis. Takut terkurang kasih syg lah tuh, mummy nya pregnant lagi. Esok2 adiknya keluar, mcm ne lah agaknya.

It was at SIL’s kampung house for kenduri tahlil Arwah Abah tirinya & Arwah Mak nya last weekend. Wajib lah kena pakai proper tudung kan. Klu tak nnti mau kena selangsang. Hehehe.


Today

Hi LoVers,

Good morning everyone!!

20140125_155105 Just came back from vacation yesterday evening. I’m still tired & exhausted. Need a bit rest actually but I’m working as usual today. No annual leave.

Terpisat2 jugak mata ni nak bangun pagi tadi, tapi kena jugak bangun. Ni pun menahan mata yg penat & mengantuk.

I will update more on my vacation. Tunggu pic dari my nephew’s camera. Tunggu dia balik dr UiTM Segamat minggu ni. Pic bersepah2, tak tau kat mane dah. Once Lyn dah dpt semua nnti baru lah Lyn update okey.

Ni jer entry yg sempat dibuat. Mood pun blm mari lagi. Esok2 baru rajin kot. hehehe

Cheers!!!


Cuti2 Malaysia

Hi LoVers,

P1100559Today, my first vacation with my beloved family for year 2014. Our yearly family gathering. Tak semua my siblings ada. 3 family tak dpt join. So kita buat jer yg mana ada.

Location… dekat2 jer. So kita enjoy!!!

Have a good weekend & bye!! See you in the next entry. Cheers!!!


Lawak Khamis

Bas Tanpa Pemandu

Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya (nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka.

Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?

"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.


Berita Baik

"Tahun ini ada berita baik, Ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.

"Berita baik apa?" tanya ayahnya.

"Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.

"Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.

"Bukan Ayah! Saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.


Diskaun Hukuman

Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"


Kucing Nakal

20140118_095149 Kesian kitorang tak dpat main dlm rumah lagi. Tuan kita dah pasang jaring2 kat pintu gate. Lagi2 dgn yg sorang perempuan tu, klu kitorang masuk habis di kejarnya suruh keluar.

20140118_095027 Apa kita nak buat ni erk. Mcm mane nak panjat & main2 dlm rumah ni. Ko ada idea. Pikir lah sekali. Nak main nya nnti kita adik beradik.

20140118_095251 Orait, aku dah boleh panjat. Tengok lah aku buat ni. Ko pun boleh panjat sekali. Elehhhh tuan rumah tu ingat kita ni bodoh ker, kita lagi pandai okey..

Hahahhaa.. Ni lah gelagat kucing2 peliharaan my BIL. Termasuk mak dan 4 org anak nya. Seekor dah mati masa lahir hari tuh. Dua ekor putih, dua ekor kelabu. Comel & ligat sgt. Yg dua ekor ni sgt ligat. Pantang pintu bukak jer, dia serbu berlari2 ko. Yg dua ekor lagi relax jer.

At first my BIL pasang jaring ni suku jer. Tapi dorang still boleh panjat lagi. Kang kita suruh dia kuar, dia panjat lagi. Letih ok nak melayan. My mum ok jer. Dia tak kisah sgt. Perempuan ni yg sgt cerewet. Lyn ler tuh. Membebel jer suh dorng keluar. Lyn alah.. sbb tu tak berapa suka sgt dorg masuk rumah.

At last, my BIL pasang lagi suku jadi lah setengah. Pun dorang ni boleh panjat. Tapi letih skit lah sbb tinggi sgt kan. Hehehe. Padan muka korang. Hehehe. Tapi comel tgk dorang panjat2 ni. Kemain beria dorang.

Suka tgk gelagat dorang panjat2 ni. Klu tengah tension, tgk dorg yg comel ni memanjat boleh jadi gelak di buatnya. Gelagat dorg tu comel betul. Hehehe


Wordless Wednesday #137


Cute



New Year Shopping

CNY just around the corner rite. So semua org ambil peluang shopping. Mcm raya kita, dorang pun shopping sama. Dan juga lah sebaliknya. Malaysian rite. Kongsi raya, shopping pun kongsi juga. hehehe

A week before, tgk my bro & his family shopping kat H&M, mcm2 dibelinya. So hati I sudah membara. Sabtu last week, terus Lyn menjengah. Takde sapa teman. I was like owh happy nya shopping sendiri. As usual, I’m independent women. Shopping sorang2 pun jadik. Hehehe

20140114_201111Niatnya nak pergi H&M jer. Dkt jer dgn my house ke Setia City Mall tuh. It’s took around 15 minutes only. Tempat lain mmg tak pandang lah sbb situ jer nak dituju nya. So shopping lah kita pilih2 itu dan ini. Ermmm shopping sorang2 lagi heaven beb. Nak berjam2 dlm tu pun apedehal.

Total damages like around RM250. I sorang jer punya stock tuh. Stock kerja, stock jalan2, stock vacation this week, stock travel next month. All in one gitu. hehehe. Tu pun ada yg tak cukup. Tunggu gaji next month plak.

IMG_1290One of my wish list this year, wallet or handbag from Kate Spade. But I got these for free. Yeayyy!!! This is my new year gift from my bff. Suka gilaaaa!!! Tak payah beli pun. Jimat duit. Hehehe.

Lepas ni boleh aimed brand lain plak. For this coming March. In Sha Allah :D


Mood Kelaut


Hahahaha. That's me. LOL. 
Mmg jangan lah sentuh ke usik ke apa skrg ni. Mmg kena lah jawabnya. Mood tengah kelaut skrg ni. 
#KBye


Saloon In The House!!

If weekend jer, sure mcm2 ragam kt rumah my mum.

Tiba2 buat saloon pulak.  Yg rajin melayan, my niece si Nor. Yg suka kena layan si Puteri. Mmg sesuai sgt. hehehe.

20140112_144005\
20140112_144215Ater my sis dpt hari dryer menang lucky draw annual dinner office dia. Dan kebetulan rambut si Puteri basah, dah lah memasing suruh try hair dryer baru. Alasan, sbb nak tgk function ke tidak. Alasan jer tuh. Hehehe. Yg benarnya mmg nak try kat rambut budak kecik tuh. Suka dia org duk buat gitu. Tapi jap2.. jerit panas.. panas… hehehe.

Plus kat rumah kitorang mmg takde hair dryer, tu yg menjakun skit. Kitorang tak pakai hair dryer ni semua. Kering kan rambut manually saja. Klu pakai hair dryer ni rambut cepat rosak katanya.

Lepas ni boleh lah try sesekali. Takde lah nak membungkus rambut dgn towel lagi. hahaha. Alasan betul. Padahal selama ni guna towel gak. Hehehe


Snail On The Road

Hi LoVers,

I’ve found this video on youtube. Saja nak share dgn korang semua. Happy watching yea :)


LOL 


Tuntut Janji

Alkisahnya, we went to AEON Sunway Pyramid nak cari kan Puteri swimming suit. But dia sgt lah tak berkenan dgn design2 tu. Plus dia lately ni sgt lah cerewet pasal baju. Maklumlah orang dah besar kan. Ermmm padahal baru darjah dua. Tapi dia punya demand sgt lah mcm teenagers. Over sgt ko dik!!! Hehehe

Jalan sana sini, naik turun level sana sini. Mmg tak menarik perhatian dia. Niat hati nak beli kan dia jer, tapi I olssss terjebak sama. Last I ollsss yg shopping. MasyaAllah, teruknya ko Lyn. Pantang keluar. Hehehe. Kurang dah savings. Huhuhuhu.

Habis shopping kaki letih menapak, budak kecik tu ajak mkn. Actually mmg nak ajak dia makan pun, ater hari tu kitorang makan2, dia takde. Plus dia mmg tuntut janji nak makan kat Secret Recipe. So let’s go….

Nasib tak ramai org. Order pun dorang amik cpt. Tapi menunggu makanan sampai agaklah bercinta. Lembssss skit.

IMG_1295 My sis tu penat mengantuk sebenarnya. Dia baru balik kerja half day. Tapi disebabkan kena bawak dia skali, terpaksa lah dia ikut. Kesian adikku.

IMG_1298 Muka yg orang selalu ckp mcm adik beradik. Padahal anak buah dgn auntie. Dan dia mmg sgt perasan muka dia sama dgn Lyn. But in reality nya pun, mmg betul. Mcm muka Lyn kekecik dulu.

IMG_1300Budak ni dah bosan sbb mknn lambat sampai. Tu ntah apa2 memek muka lah yg dia buat. Dia klu dah bosan mmg mcm tuh lah. Nasib baik dia tak mintak balik. Klu tak haru di buatnya. Tapi dia ni senang klu kita ajak keluar. Perut dia kena sentiasa kena isi. Kuat mkn dia ni. Umur baru nak masuk 8 thn, tapi dah mcm 10 thn.

Dah dpt mknn fav dia, noodle in tom yam kung mmg senyap lah dia. Mkn non-stop. Tu pun share dgn Lyn. Tapi klu bagi dia semangkuk, boleh jer habis. Kata kuat makan.

Siap mkn, terus balik rumah. Tak toleh mana2 pun. Takut poket ku terkorban lagi. hahahaha


Great Weekend!!

happy-holiday-weekend2Hope everybody has a fun three-day weekend [those who get Friday off, anyway]. For anyone who does have to work, don’t worry. Happy working yeah.

Enjoy your extra-long weekend and have fun!!!

See you next week & happy holiday!!!

[Pic, credited to Google image]


Lawak Lagi

Kisah Penjaga Gol

Nak dijadikan cerita, adalah seorang penjaga gol yang baru saja melengkapkan perlawanan akhir bersama pasukannya. Meraka telah menang dlm perlawanan itu dan penjaga gol ini telah dinobatkan permain terbaik kerana kecekapan beliau menyelamatkan byk bola drpd msk gawang dgn aksi terbang menerbang.

Semasa berjalan balik kerumahnya,penjaga gol ini masih terbayang-bayang aksi sorakan ramai.sedang asyik mengalamun, tiba-tiba ada suatu kebakaran berlaku dkt bangunan 10 tingkat berhampiran rumahnya. Diatas bangunan itu masih ada seorang bayi bersama seorang lelaki yang terperangkap dlm kebakaran itu. Dengan pantas kilat, penjaga gol ini pun berlari ke arah bangunan itu lalu meminta lelaki diatas bgnan itu melepaskn bayi itu kebwh. Setelah bayi itu dilepaskan, dgn aksi yang mengerikan, penjaga gol itu pun berjaya menangkap bayi itu. Serta-merta org ramai pun bersorak. Oleh kerana terlampau gembira,penjaga gol itu pun terus membawa bayi itu berlari dan......trus menendang bayi itu seolah-olah seperti aksi beliau sewaktu perlawanan akhir sebentar tadi.

Gigi

Ada seorang pemuda pergi makan KFC. Sesudah memesan makanannya dia bergerak ke sebuah meja. Sambil menikmati makanannya dia terlihat seorang pasangan tua sedang makan tetapi hanya suaminya sahaja yang menikmati makanan itu sedangkan si isteri itu hanya memerhati.

Dia pun pergi ke meja pasangan itu. Dia bertanya kepada nenek itu, "Nenek, kenapa nenek tak makan burger nenek tu? nenek tak suka ke? nak saya tukarkan?". Nenek tu menjawab,"takpelah cu, nenek suka sangat makan burger ni."

Dia tanya lagi,"tapi kenapa nenek tak makan? Biarlah saya tukarkan. Mungkin nenek tak selesa?"."terima kasih cu.nenek memang nak makan burger ni, nenek tengah tunggu gigi atuk ni sebab lepas ni giliran nenek pulak."nenek itu menjawab lagi.pemuda terus senyap dan tidak bertanya lagi.

You’ve Got Mail

Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika tetangganya, seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan langsung menuju ke kotak surat. Dia membuka kotak surat itu lalu membanting pintunya dan meluru masuk ke rumah.

Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula kotak suratnya. Pintu kotak surat dibanting lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke kotak surat, membukanya dan segera membanting pintu kotak surat tersebut lebih keras daripada sebelumnya.

Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya, "Apa masalah awak ni?" Wanita berambut perang itu menjawab, "Masalah saya..... Komputerku yang bodoh itu terus-menerus mengatakan, "YOU'VE GOT MAIL."


Budak Penat

IMG_1221

IMG_1223

IMG_1225

IMG_1227 This pic taken during our time in Aeon Bukit Tinggi Klang. Just had a little bit shopping for my nephew & myself too. My sis, nieces & nephews pun ada skali.

Tapi budak kecik tu mmg buat drama sungguh. Siang tu baru lepas my nephew bertunang, masing2 still penat lagi. Tapi nak jugak keluar. Budak kecik tu penat. Tak nak berjalan. Di suruhnya neneknya aka my sis dukung, tapi tak larat lah uolssss. Berat ko. Last2 Pak Ngah aka my nephew yg dukung.

Mampoooo ko dukung mcm tu dlm shopping market!! Org duk pandang jer. Hahaha. Tapi comel jer budak berdua ni. hehehe

Dah lenguh dukung, turun plak. Lepas tu dukung lagi. Mcm2 hal. Tapi budak kecik tu mmg suka buat drama. Penat jer mula la mcm2 ragam. Letih org nak layan. Lagi satu perangai dia, masuk kereta jer terus pengsan. 5 minit jer over membebel. Lepas tu terlelap dek kena aircon. Mmg selalu mcm tuh. Dah nak sampai baru kejut kan dia. Dia ni mmg byk drama sungguh. Sejak sekolah darjah satu ni cepat nau merajuk. Ntah ikut sapa ntah. Pening org nak melayan. Klu ajak berborak mulut mengalahkan mak nenek. Geram kekadang. Klu dia takde tu sunyi jer. Hehehe. Gitu lah ragam dia.


Wordless Wednesday #136

Fun-With-Food


Dari Dapur Lyn Yusoff

Sorry for spamming food photos this morning. Jangan marah hah. Hahaha

Normally, if at mum’s house selalu tolong my mum masak jer. Jarang masak sendiri. Takut tak sedap. Maklum lah I tak terror masak sgt uolssss. Kang jd apa plak nnti. hehehehe

But last weekend I cooked for simple dishes. Main campak2 jer. Jgn duk tanya recipe yer.

20140105_141501Mee soup with meatball. Bukan susah pun. Pejam mata pun boleh masak. *owh tipu*. Meatball tu kwn my sis buat sendiri. Dah berhari2 dlm fridge. Lama2 ku lebur jugak buat soup. Taugeh semestinya byk sbb saya peminat taugeh yg setia. Hahaha

20140105_141513My assistant during that day. Org masak dia pun sibuk nak masak. Dia mmg ringan tulang. Tak payah nak jerit2 suruh amik itu ini byk kali. Sekali suruh mmg dia akan buat. Dia lah org pertama yg makan dulu. Sbbnya tak tahan bau soup katanya. Perut jadi lapar.

IMG_1286Sambil masak soup, Lyn masak bubur kacang hitam pulak. Originally from Kedah. Bukan yg pulut punya. Ni mmg pure. Anak angkat my mum bagi. Yg ni lama skit masak. Nak bagi santan dia betul2 masak. Nnti taklah cepat basi kan. Tak buat manis2 pun. Manis2 buah jer org kata. Dah siap boleh makan. Tapi klu letak dlm fridge, makan sejuk2 mmg sedap betul.

IMG_1288 Pencuci mulut. Takde buah2an so kita makan choc jer. All the way from Singapore. My bos bagi. Dpt 3 packs choc dr dia. Baik bos den. hehehe.


Salam Maulidur Rasul

Hi LoVers,

Maulidur-RasulLyn ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul bersamaan 12 Rabiul Awal 1435H.

Oleh itu, marilah kita sama2 menghayati pengorbanan Rasullulah S.A.W. dalam menegakkan agama Islam. Berselawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. sempena hari kelahiran baginda.

Happy holiday!!!

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

[Pic, credited to Google image]


Too Cute!!!


Great & fun. Comel betul masing2. Wanna bite them. 
Gerammmmmm. Hahahhaa


Rezeki, Rezeki

Hi LoVers,

How’s your weekend?? Mine was ok. Shopping & resting with my family at home. Biasa lah kan weekend gini, nak rest puas2 jer. Maklum lah seminggu bekerja.

Talking about food. Nak kata family kitorang ni kuat mkn tu tak lah. Tapi kitorang time weekend or cuti jer, mula lah duk pikir nak masak apa selain nasi. Kang masing2 bagi idea. Nak masak itu ini. Hehehe

Kali ni anak2 buah Lyn yg masak. Kita2 semua duduk jer tgk tv. Tau2 dah siap jer.

20140101_162521 My niece cooked mee hoon soup with fishball. Kat rumah ni selain masing2 hantu laksa, soup2 pun berhantu gak. hehehe. Lagi tang kuah soup tuh. Masing2 menghirup sesaja. Kat rumah lah yer. Kat luar tak delah buat gitu. hehehe

Lyn mmg sukaaaaaaaaaaa sgt mee/ mee hoon soup. My fav ever :)

20140101_163352 My nephew plak masak spaghetti meatball with mushroom. Mum's fav. Kitorang pun. Klu masak tu mmg tentu2 habis. My nephew Angah ni klu balik dari UiTM jer mesti lah mcm2 dia nak masak. Pantang org bagi idea. Cepat jer dia buat. Klu takde barang, adalah plak tukang bawak pergi market. Dulu lah. Skrg dah ada lesen motor cepat jer lah dia pergi. Takde pun ajak auntie nya yg sorang ni. Hehehe

Sedapppppp budak2 ni masak. Mmg puas lah kitorang makan. Lyn makan small portion jer. Ada dua menu kot. Mane lah nak ku sumbat byk2 dlm perut ni. Perut mak kecik uolsssss. hehehehe

Weekend ni pun masak lagi. Hehehe

Bila weekend jer masak. Bila masak jer weekend. Hahaha


Weekend, Woott Woott!!!

During the weekdays people have school and/or work, so surely they have less time. Then during the weekends, they’re free and have more time. Same goes with me. Busy memanjang.

On the weekends, it’s family time and reading time. Shopping time jugak. Tu mmg tak boleh lupa. Hahahaha

Weekend ni byk benda nak buat. Need some shopping therapy before end of this month. Bukan nak shopping CNY tau. Nak shopping untuk diri sendiri. Hehhee

images
…. and have a good rest!!

[Pic, credited to Google image]


Layan Tak??

tv3 Almost 2 weeks was published on TV. So far mmg layan lah cerita ni. Sinopsis dia nampak menarik. Yg paling best ada Nur Fathia, Keith Foo & Nabila. They was talented. Suka dgn lakonan dorg.

Cuma klu cerita2 melayu ni kan semuanya berlakon ala2 org kaya gitu. Tan Sri, Datin Sri, Dato’ Datin, Tengku ala pengiranzzzzzz gitu kan. Anak tunggal, rumah banglo, pastu semua pakat main oversea gitu kan. Typical malay drama. Always like that huh!! Lepas tu ending sure boleh agak punya. Tak suka jdi suka. Benci jadi cinta. Begitulah kan..

Adaptasi dari novel juga. Biasalah kan cerita skrg, semua adaptasi novel. Ermmm.. niat hati konon nak beli buku ‘The Wedding Breaker’ ni. Tapi sampai ke sudah pun tak beli2. Nnti klu baca & dah tau ending dia, tak syok plak kan. So for time being just layan jer kat TV.

Korang tgk tak??

**************************

Sinopsis Ariana Rose

Ia mengisahkan tentang Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi kekasih kepada Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana Rose berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah pengintip peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose. Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya, namun Ariana Rose tegar untuk tidak memberitahu. Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana Rose dan disebabkan itu, Ariana Rose memberitahu kisah sebenar.

Sejak itu, Ariana Rose membenci Tengku Kamil. Untuk melupakan sejarah hitam itu, Ariana Rose mula melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana Rose bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana Rose. Namun Ariana Rose semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana Rose menerima lamaran tersebut. Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati yang dia akan berkahwin dengan Ariana Rose, gadis yang dicintainya. Ariana Rose juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan. Ariana Rose terkejut tapi dia menerima suaminya.


Kami-Kami Yg Happy

IMG_4063
IMG_4068
IMG_4073
IMG_1237
IMG_1240
IMG_1248
IMG_1266
IMG_1269
IMG_1276

IMG_1246 Sorry yer byk pictures kat entry ni.

No caption needed. 

Ater owner blog pemalas lipas nak buat entry panjang2. Plus mood pun agak kedaung gak sehari dua ni. Jadinya korang layan jer lah pictures ni. Mcm2 aksi dorang buat. Pantang pegang camera & iPad, mcm2 gambar yg di amik. Begitulah kan. Byk lagi, beratus2 pic. Tapi cukup lah ni jer yg Lyn tepek.

Cheers!!


Wordless Wednesday #135

1


Blue Lover

When talking about color, always pop-out in my mind is blue color. Mmg tak boleh nak elak. Beli apa2 mmg nak warna biru. Sampai my family tegur. hehehe.

Kata blue loVer kan… Hehehe

Btw, I just bought a new reward for myself this year, also in blue color. I wear it today. Bau kedai lagi. hehehe

Okey, back to my picture…

page1 First time I wear kebaya kimono cardigan during my nephew’s engagement. Baru first time jugak ada collection kebaya gini. Sebelum ni mmg takde, sbb tak suka baju yg besar2 gebau ni. Rimas.

Tapi tgk org pakai teringin jugak. Semua ko teringin kan Lyn!!! Match with stained glass maxi pencil skirt also in blue. Hehehe. Both I bought via instashop. Mmg senang nak shopping skrg ni. Semuanya di hujung jari jer. Tak payah nak berasak2 kat luar segala.

New color coming soon. Selepas ni byk lah collection mcm ni. Can wear with pants also. Multipurpose kan. If you guyz interested, please check-out their IG @inhannashop for kebaya kimono & @thecolortree_kl for pencil skirt. Happy browsing!! :D


Homemade Laksa

20131225_144154
Homemade laksa. My niece yang buat. Kemain klu sebut pasal laksa semua tak sabar2 nak makan. Selagi tak siap selagi tu lah duk tanya bila nak masak. Biasalah hantu laksa kan. Ramai kat rumah ni hantu laksa. I pun. Hehehhee


Closing of 2013

I've got no plan during new year last week. Seriously I’m not in the mood to celebrate. I meant for this year lah. Previous2 year rajin plak celebrate. Hehehe. Tak pelah sesekali duduk rumah & enjoyed TV show lagi bagus, dari berasak2 kt luar dgn org. Okey fine.

On Monday before new year, my boss aka President/CEO dah inform nak lunch together on Tuesday. Katanya for new year lunch. So on Tuesday itself, we were having a lunch together with corporate staffs/ office staffs. So we heading to USJ Taipan together. Pool car gitu.

We had our lunch at Logenhaus Roast & Grill. For your info, this restaurant is belonging to his good friend. Ordered & chit-chat. Mcm ni lah klu keluar dgn colleagues with bosses. Nak snapped pics pun payah. Malu uolssss. Org lain sibuk borak2, kita snapped pic. Apa hal kan. So ni pun amik sorok2. hehehe.

While we were waiting for our  main course, we were given a basket of garlic bread together with mushroom soup. The next dishes arrived….

20131231_130623The restaurant's special, Grilled Chicken with Spicy Peppercorn Sauce inclusive fries and vegetable. The chicken is roasted perfectly. Together with steamed vegetables. Mmg menepati citarasa betul lah. Puas lah sorang mkn. Rasa sengkak jugak perut.

Makan dan berborak. Biasalah kan. Tu mmg agenda utama klu pergi makan. But takda lah cerita pasal kerja sgt. Just borak2 kosong jer.

20131231_135229 Dessert of the day. Home made ice-cream choc with choc chip. Very original taste. Yummmm3. Ni semua makanan Lyn jer. Maklumlah snapped sorok2. hehehe

Around 3pm jugak baru kita balik to office. I like the restaurant’s environment, is not bad. Menarik. Cuma parking lah agak payah. Tau2 jer lah Taipan kan. Always full with cars & jammed gitu.

But I'd definitely be back soon!!! Korang pun boleh try :)


Kucing Garang

Scary jugak tgk kucing garang mcm ni. Bukan apa, takut dia menggigit or mencakar jer. Kalau kat rumah my mum, dgr jer kucing bergaduh, terus jer tutup pintu. Takut dia masuk menerkam kita plak. Kang tak memasal jer kan.


Engagement Day

IMG_1183Alhamdulillah, engagement day running smoothly last weekend. Penutup tirai 2013. Tiba2 iolsss bertunang senyap2 kan. Yelah, tunang jer kot. Takkan nak jemput semua org.

Ok… Ok…

Hahaha… Jgn speku iolss bertunang yer. It’s not my engagement ceremony. Hehehe. Lyn saja jer berlakon duduk kat hantaran tuh. Ambil berkat. Mana lah tau, 2014 it’s my turn pulak. Korang doa2kan lah yer. Amin.

Orait, it’s my nephew engagement. Tapi sebelum menghantar rombongan ke rumah pihak perempuan. Pagi tu kita buat majlis doa selamat dlm pukul 11am. Selesai majlis pun lebih kurang 12pm. Makan2 & kitorang ready gerak ke rumah pihak perempuan lepas Zohor. Bersiap lah masing2 kat rumah my sis. Kenduri baju lain, ke rumah pihak perempuan baju lain. Tu lah org perempuan kan. hehehe

IMG_4075Tema hantaran dr pihak kitorang warna purple. My niece aka kakaknya yg decorate. My niece mmg pandai menggubah. Ada jer orang tempah kat dia. Korang klu ada nak tempah pun boleh roger2 Lyn yer.

Lepas Zohor kitorang gerak ke rumah pihak perempuan. Tak sempat panas punggung dah sampai. hehehe. Dekat jer rumahnya. Tolak traffic light, jammed segala, 10 minit paling lambat sampai. hehehe. Kawan sekolah. But not same age. Tapi muda lagi lah. Baguslah klu niat baik kan.

IMG_4139 Sampai kita amik pic dulu. My bro & BIL mmg org yg sgt punctual yer. Kitorang semua mcm lipas kudung bersiap. Tak sempat nak berhias lebih2. Hehehe

IMG_4146 Rombongan kami beramai2. I oulsss mane ntah. Kebelakang tu kot. Sorang2 bawak hantaran. 7 dulang jer. Tak byk pun.

IMG_4184Disebabkan dia ni duduk apartment, semua majlis berlangsung kat surau kediaman dorang. Senang sikit, tak payah berasak2 kat dlm rumah yg kurang besar. Segala urusan semua di sini. Dorang berbincang, kita masing2 dgr jer. Semua kata putus dah diambil. Tempohnya setahun lebih. Tapi klu nak cepat kan dlm setahun pun takpe. Kata my sis, end of 2014, makan lah nasi minyak. Insya Allah.

Selesai urusan kat bawah, yg lelaki mkn dulu. Kitorang yg perempuan naik atas utk upacara sarung cincin.

IMG_4222 My mum, bakal nenek sarung kan cincin merisik.

IMG_1061My sis sarung kan cincin tunang kepada bakal menantunya. Selesai. So next, it’s photo session.

IMG_4230 My mum, Yana, my Kak Lang & SIL Kak Long.

IMG_1096My sisters

IMG_1102  The rest. Lyn adalah kat situ. Bukan sihat sgt tuh.

IMG_1103 Group anak dara & mak dara.

IMG_1124My nephew & her fiancĂ©.  Anak my sis yg bongsu. Abang nyer belum lagi. Adiknya lepas dulu. Hehehe. Congratulations Fauzi & Yana on your engagement. Hope everything will be fine until ur big day. Amin

Settle semua kita turun untuk jamuan makan.

IMG_4294 Rombongan kami dah nak beransur pulang. Maklumlah perjalanan mkn masa lama uolssss. 3 jam ko. Hahaha. Padahal 10 minit dah sampai. Hehehe

IMG_1174Ok ni dia hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. 9 kesemuanya. Tersengih2 ko yer dah bertunang. Lepas ni kita makan nasi minyak lah pulak. Selesai dah satu majlis.

Kitorang still lagi lepak2 rumah my sis sampai petang. Berborak ramai2 sampai ada yg tertidur. Yelah sesekali jumpa mmg tak sah klu tak berborak lama2. Masing2 dgn topik masing2. Yg bergurau senda, gossip2. Mmg seronok.

Balik rumah, penat jugak lah. Sebab awal pagi dah bgn tolong my mum masak lemak ikan kering & nenas, sayur goreng & sambal belacan. Tu jer yg my mum masak. Selebihnya my sis order kat org lain. Mlm tu kitorang repeat lauk sama jer. Byk lagi lebih. Sayang terbuang kan. Lagi2 masak lemak tuh. Lyn mmg repeat byk kali. Sampai hari Ahad pun still elok lagi. Makanan2 ni  klu kita masak elok2, betul2 masak, dua hari masih boleh bertahan lagi. Kan korang?