Al-Fatihah & Terima Kasih

Al-Fatihah

Salam takziah ke atas keluarga kakak Lyn yg tersayang, Jaliah Binti Haji Yusoff & Hussein Bin Katan ke atas permergian anakanda bongsu yg dikasihi, Allahyarhammah Hazlinda Binti Hussein ke rahmatullah pada 16th June 2009 jam 2.30am di Hospital TAR Klang akibat sesak nafas. Allahyarhammmah sebelum ini pernah dimasukkan di hospital yg sama akibat demam denggi. Allahyarhammah meninggalkan seorang suami yg baru dinikahinya selama 2 minggu. Pemergian Allahyarhammah turut meninggalkan kesan yg amat mendalam pada Lyn sekeluarga. Jenazah tiba di perkarangan rumah tepat jam 3.30am. Jenazah diletakkan di ruang tamu sebelum dimandikan dan dikafankan lebih kurang 9am.

Suasana hiba menyelubungi keluarga Lyn, saudara mara, rakan2, org ramai yg turut hadir menziarahi Allahyarhammah & keluarga kami. Jenazah di sembahyangkan di Masjid Al-Muhsinin Kg Sg Kandis dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Badak Klang berdekatan dengan kubur Ayahanda Lyn yg dikasihi, Allahyarham Haji Yusoff Bin Tahir.

Kepada yg hadir menziarahi, menolong kami sekeluarga, kami ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. Terima kasih juga yg hadir ke kenduri tahlil Allahyarhammah selama 3 hari berturut2 serta ucapan takziah untuk kami sekeluarga. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa kalian.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhammah Hazlinda Binti Hussein dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. Amin...

7 comments:

adibah said...

Innalillahi wainna ilaihirojiun.. Masih ada lagi entry lynn tetang majlis nikah arwah kan?

Takziah untuk lynn sekeluarga. Be strong, ya.


Al-fatihah.

Lyn Yusoff said...

Terima kasih Kak Mimi..

Yup. masih ada lagi entry majlis nikah arwah.

♥Syamelia♥ said...

it's our pleasure...
u take care taw...

rasa mcm baru jer jumpa arwah masa dia nikah hr 2...
sungguh x sangka. kn...

Fazs said...

Salam beb,
Kuatkan semangat yer, maaf beb sbb x dtg, aku pn x sehat sgt ptg tu, smpi harini still selsema (bdn rase nk demam)...takziah tuk family ko yer beb, hrp bole jmpe ko nnti, take care.

Lyn Yusoff said...

Amy,
yeah... btl kata u..
u baru jumpa arwah masa nikah tu kan. Dah takdirnya begitu..
kami semua redha..

Fazs,
Wassalam..
tak pelah fazs, kitorang terima takdir yg Allah dah tentukan.
thx so much..
ko pun take care n rest cukup2..
InsyaAllah nnti kita jumpa ok.

Anonymous said...

takziah kak lyn..
ajal maut dan jodoh di tangan Allah..
kesiannya especially her husband.. baru nikah 2 weeks.. tkpa laa..

semoga rohnya dicucuri rahmat..

- Lina RD

Lyn Yusoff said...

thx lina..