11 November 2010

Betulkah Perokok Juga Ada Hak??

Ya! Hak untuk mengetahui hakikat sebenar di sebalik harga sebatang rokok.

Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan:

  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau;
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok;
  • 5 sen untuk peruncit;
  • 1 sen untuk keuntungan pemborong/ pengedar rokok;
  • 1 sen untuk dinikmati penanam/ pengawit tembakau.

Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen.

Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan:

  • 20 kali lebih risiko kanser paru-paru;
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru;
  • 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat;
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung;
  • 2 kali lebih risiko serangan strok;
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok.

Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda.

BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT!!

taknakInfoline Berhenti Merokok : 03-8883 4400

www.infosihat.gov.my | www.myhealth.gov.my

3 comments:

  1. katankan TAK NAK pada rokok..hhihihi..

    ReplyDelete
  2. Legasi,
    sila baca erk..
    sayangi lah org yg tersayang..

    Mummysyafie,
    ye betul kak..
    katakan TAK NAK pada rokok :)

    ReplyDelete