Pusing-Pusing Cari Makan

Alkisahnya membeli handphone utk my nephew di Subang. Dari pagi duk pasak kat telinga ajak Lyn beli hp. Ajak abgnya, abgnya suruh ajak Lyn. Sbb dorg tak tau tempat. Tempat familiar, tapi dorg ni mane lah reti sgt. Masing2 membesar di Klang. Time sekolah hantar jauh2. Masuk jer Form 1 semua belajar luar Selangor. So dorg tak expert sgt area sini.

Pergi tempat jual handphone yg famous di Subang. Lyn tak masuk pun. Org mmg penuh. Kedai dah lah kecik. So biarkan budak berdua tu yg survey. Dapat dah hp, so ke misi seterusnya. Niatnya nak beli rojak famous kat SS15 tuh, tapi pergi balik queue punya lah panjang. Tak sanggup nak tunggu, so drove straightly to Seksyen 7 Shah Alam.

Misi mencari laksa & cendol. Sure ramai org tau kat mana location ni.

20131012_164710 Spot my niece & nephew tgh tunggu order. Lyn & my nephew yg sorg dah bgtau nak order ape, dorg just tunggu, amik dan byr. Kena dera budak berdua tu. Hahaha. Kitorang duduk dlm kereta melayan internet. Sesekali balik dr Uni, kita kasi dera. Hahaha

Tetiba baru perasan akak tu catwalk. Oppssss. Hehehe

20131012_171435 6 bungkus laksa & 4 bungkus cendol biasa untuk rumah my mum. Another 6 bungkus laksa & 5 bungkus cendol pulut tuk rumah Abg Lyn. Kenduri kendara namanya sebelum Raya Haji. Kena plak time mendung kan, mmg sesuai sgt pekena laksa.

20131012_171727My portion. Nice. Kuah pun pekat. Cukup masam & pedasnya. Sebabnya hantu laksa mcm Lyn ni, mmg senang sgt tau tekak ni menepati citarasa ke tidak. Klu sekali rasa sedap, In Sha Allah kita repeat lagi. Tapi klu nan hado, sekali tu jelah ko rasa duit aku. Hehehe. Owh cendol dia pun sedap gak. Boleh terjah lagi nnti. Hehehe

Kita ni klu nak meniaga kenalah semenggah skit. Org beli kan guna duit, bkn air liur kannnn.#Eh #Tetiba

Ni hi-tea cum dinner. Kenyang.


4 comments:

Mummydearie said...

Ini cendol paling famous kat Shah Alam tu ke Lyn? Akak ni kalau suruh pergi Shah Alam, memang asyik aje sesat memanjang. Mesti bertemankan husband. Kalau tidak, cendol ke mana akak ke mana. Mahu leh sampai highway gi utara pulak nanti!

Erhmm dah lama tak gi kedai handphone kat subang jaya tu....handphone yg ada dah menunjukkan ciri-ciri menggelupur minta diganti :D

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
tak sure lah kak famous ke tak, kt shah alam ni byk rasanya yg famous.. tapi mmg ramaiiiii sgt org.
takpe akak ade hubby leh teman. okelah tuh kan. Lyn anak2 buah jer rajin teman.. hehehe

pergi lah kak, skrg ni byk new model. klu dah menggelupur tuh mmg wajib di ganti. hehehe

lily lotus said...

memang tempting betul. lagi2 lily baca entry ni masa ptg time mendung pulak tu hihi

Lyn Yusoff said...

Lily,
time petang mendung plak tuh..
semuanya tempting rite