30 Fakta Tentang Perempuan

1. Perempuan adalah makhluk yang paling sensitif bila diorang tengah datang bulan. Ni kita panggil sindrom datang bulan (PMS). *amaran: jangan pernah buat kami marah masa ni..

2. Perempuan paling suka berborak. Jadilah pendengar yang setia.

3. Perempuan suka ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan. Jadi tak hairan lah kalau dalam tandas pun mereka nak bergambar..hihihi..

4. Perempuan kalau memuji perempuan lain memang tak akan habis..

Gadis A : Comel la awak ni
Gadis B : Tak lah awak lagi lah cantik dari tittew *ala2 manja
Gadis A : Yeke thanx, tapi kita rasa awak pakai apa pun nampak sweet dear..
Gadis B : You more sweet la syg..

5. Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulalah bising berat dah naik.. *diet

6. Bila buah hati mereka tak balas mesej dalam tempoh yang lama, 3 perkara yang berada di fikiran mereka  samada mereka rasa bf mengabaikan mereka, bf marahkan mereka atau bf rasa mereka menjengkelkan atau menganggu.

7. Perempuan sukakan pujian, lebih2 lagi dari seseorang yang mereka sukai.

8. Bila perempuan marah mereka bukan sengaja nak marah tapi sebab mereka sayang dan ambil berat.

9. Perempuan yang paling garang sebelum kahwin adalah isteri yang paling manja.

10. Bila seseorang perempuan jatuh hati, mereka akan mengatakan  kenapa mereka tak berjumpa dengan orang itu lebih awal.

11. Perempuan sukakan lelaki yang bersikap melindungi, tapi jangan terlalu melindungi sampai mengongkong pula.

12. Perempuan tak kan pernah dapat mencari perkara negatif pasal seseorang yang mereka sukai setelah mereka jatuh cinta.

13. Bila perempuan benci kan seseorang jangan terkejut bila bestfriend mereka pun ikut sama benci dekat orang tu.

14. Perempuan bila  melayan bestfriend mereka kalah pasangan bercinta, sampai orang lain pun boleh jealous dengan kemesraan mereka.

15. Bila sedih, perempuan suka dipeluk sebab mereka rasa selamat.

16. Kadang-kadang perempuan suka bagi petunjuk dekat seseorang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka *tetapi tulah lelaki ni tak faham bahasa isyarat.

gf : Awak tau tak saya suka dekat teddy bear (sambil pandang dekat teddy bear dekat kedai)
bf : biasa je..
gf : comel :) *dalam hati ( saya nak suruh awak belikan teddy tu lah!!! :)

17. Walaupun mempunyai kawan lelaki dan peminat yang ramai tapi dalam masa yang sama dalam fikiran diorang hanya ada seseorang yang mereka sayang sahaja.

18. Bila perempuan mula cemburu mereka boleh jadi detective yang paling berjaya tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh sampai lubang cacing pun mereka selidik.

19. Perempuan  suka banyak berfikir dan suka buat kesimpulan yang bukan2 tentang buah hati mereka. Tapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan tu tak berlaku pun..Risau tak sudah.

20. Walaupun dah banyak baju tapi tetap mengatakan tiada baju untuk dipakai.

21. Perempuan akan berasa cemburu bila ternampak kekasih mereka dengan perempuan lain walaupun sekadar kawan.

22. Jangan tipu kami kerana kami akan selalu dapat tahu.. :)

23.Walaupun bersedih perempuan tetap akan tersenyum. Mereka akan nangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria semula di hadapan orang.

24. Air mata adalah senjata wanita.

25. Bila perempuan senyap secara tiba2 maka hairan lah sebab ada sesuatu yang berlaku disitu.

26. Jangan lupakan tarikh lahir seseorang perempuan sebab perempuan sentiasa menunggu si dia wish happy birthday walaupun tiada hadiah..cukup sekadar mengingat untuk menunjukkan mereka dihargai si dia.

27. Perempuan dapat mengingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan lelaki. Sebab tulah bila lelaki mungkir janji mereka akan ingat sampai bila2.

28. Kalau perempuan selalu menghubungi awak tu sebab mereka tak nak lost contact dari awak.

29. Walaupun busy mana tolonglah luangkan sedikit masa untuk perempuan sebab mereka ni agak mudah berkecil hati. Pasti akan ada perasaan sedih.

30. Bila seseorang perempuan sudah meninggalkan seseorang lelaki ni, takkan ada peluang kedua buat si lelaki tu,Mungkin ada lagi perasaan sayang tapi lebih banyak perasaan benci kerana disakiti.



4 comments:

Mummydearie said...

Memang betullah! Tak syak lagi. Ini kira baiklah ada 30 aje, Lynn. Yang sebenarnya banyak lagi tentang perempuan yang tak mampu dihuraikan :)

OKje said...

Yelah Lyn....pompuan mmg cam tu....hanya pompuan je yg tahu kenapa pompuan macam tu hehe....

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
mmg byk lagi kak..
lebih dr 30 sepatutnya...

Lyn Yusoff said...

Hainom OKje,
kannnnnn..
perempuan yg sgt special hehehe