New Stuff :)

Lama dah tak cerita pasal new stuff kan. Bukan designer handbag pun. Yg tu malas nak cerita. Biarlah rahsia kata Dato’ CT. Gitu kan. hehehe

Talking about new eyeliner that I bought last time.

IMG_0003It’s Maybelline Hypersharp Liner. Sebelum2 ni dah try brand lain spt MAC, Avon, Redearth & Stage. Kali ni beralih ke Maybelline plak. Sbb bila baca review semua kata senang nak apply.

P1100191....This eyeliner is my favorite, black color & long lasting, washes easily with water. The normal price is RM23.90. But beli masa tu beli ada sale. So jadi RM21++. Murah kan. Semua orang boleh beli. Reasonable.

P1100194....Nampak berus tu sgt tirus & halus kan. Lagi halus dari eyeliner Stage yg Lyn pernah try sebelum ni. But just give it a try. Mane lah tau sesuai kan.

P1100183...Owh it’s true beb. Easy to apply & draw. Senang sgt bila nak draw & hujung alis tu senang je bila nak bentuk. Lagi satu dia cepat kering & tak mudah smudge. That’s why I like it very much.

Dahla my sis & lil sis pun nak beli jugak.

Okey2.. sila beli. Tak rugi pun. Really recommend. Hehehe

Img0226 24x36-01Ermmm lepas ni nak try design mcm ni pulak lah. Pretty cool rite??

Makan Je Laaa..

To be honest, kat rumah mak sendiri mmg mewah dgn makanan. Bukan setakat mewah jer, nak makan ape2 sume boleh. Bisa di atur.

Balik kerja, mesti ada minum petang. Tak nasi goreng, cekodok ikan bilis. Tak pun lempeng. Itu semestinya.

IMG02161-20111229-1818 Sesekali ada goreng pisang. Bukan ada tanam kat rumah nak kait2 mcm dulu. Masa arwah Abah ade senang nak makan pisang. Amik je kat kebun. Skrg ni serba serbi kena beli. Nak beli kena tnggu pergi pasar plak. Baru lah dpt merasa pisang or ubi goreng.

IMG02164-20111230-2051Nak but tempoyak pun kena beli durian kat luar. Dulu kat kebun time musim durian, mane yg kurang elok tu bolehlah buat tempoyak. Skrg ni nak buat tempoyak ke nak makan ke, semua dah kena beli.

My mum mmg buat tempoyak sendiri. Tak pernah seumur hidup pun dia beli. Sbb ada incident gak ni. Talk later lah erk. Geli plak nak cerita. hehehe

Sesekali bila dah ade stock tempoyak boleh lah masak gulai asam tempoyak dgn ikan. Jumaat lepas my mum masak dgn ikan parang & ikan kembung. Sedapppp giler. Letak plak terung bulat kan. Lagi lah sedapppp.

Klu org tak makan durian mesti ape2 saje yg berkenaan durian tak makan kan??

Tapi Lyn boleh makan gulai tempoyak dgn ikan & serawa durian jer. Yg lain2 berkenaan dgn durian & tempoyak mmg Lyn tak makan. Ape lah lagi durian. Totally out. Bau saje dah cukup buat ku rasa nak pengsan. hehehe

Selamat Hari Lahir Mama…

P1080192 To beloved Mama, Puan Hajjah Ainan Binti Mat

3rd January 2012

Today is Mum’s birthday and I want to extend a very happy birthday to the best mother. May Allah showers her the best of love, health and iman.. not only today, but all the year through.. Amin.

You’re the best in the world. Semestinya Mama saja buah hati yg kami ada didalam dunia ini. Bersama Arwah Abah mendidik kami adik beradik sehingga menjadi insan yg berguna. Biarpun Arwah Abah tiada lagi, tapi Mama tetap kuat berdiri memberikan kata2 semangat utk kami semua.

Tiada apa yg boleh menggantikan kasih sayang mu walaupun dgn wang ringgit. Jasamu amat besar dan tiada tolok bandingannya.

Semoga Mama di limpahkan rahmat oleh Allah SWT. Di kurniakan kesihatan yg baik, dipanjangkan usia serta dimurahkan rezeki. InsyaAllah. Kami sentiasa mendoakan Mama.

Once again, Selamat menyambut ulang tahun yg ke 71. Semoga sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Amin.

Kami semua sayang Mama.

Muahhhhhhxxxxx

On behalf of,

Keluarga besar,

Allahyarham Tuan Haji Yusoff bin Tahir & Puan Hajjah Ainan Binti Mat.

2012

Jalan2 & Makan…

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

1st week on 2012. It’s Monday yeah. Ada lagi ke yg long holiday?? Lyn dah start kerja dah hari ni. Korang dah kejer?? Ke still cuti lagi. hehehe

Let’s talk about my outings before new year hari tuh.

Myself & my friend having an outing a day before Christmas eve last year. Plan pun last minute. Tapi korang taulah Xmas tu ramai org tul shopping. Otw ke Sunway Pyramid tu dah tau dah jalan jem. Lagi2 baca twitter. Ramai yg merungut Sunway jem kemain. We got an idea. Before heading to Sunway Pyramid kitorang lunch dlu kat Ayam Penyet Dataran Sunway. Lepak2 & borak.

Then, drove back to my friend’s house opposite Sunway Pyramid & parking jer kereta kat rumah dia. You know what, kitorang jln kaki ke dri rumah my friend ke Pyramid. hahaha. Klu nak drive tak tau sampai pukul berapa, dgn jln nak masuk parking jem giler. Kitorang berjalan 10 minit, naik jejantas dah sampai uolsss. Tapi mak gayat. hahaha

Actually, kitorang pegi IT expo kat Sunway Exhibition tu. Nak survey gadget sebenarnya. But the end tak beli pun. Jalan2, shopping & window shopping segala bagai sampai sakit kaki. Bila sakit, cari port duduk & lepak.

P1100180 Lepak kat Rotiboy. We didn’t take heavy meal coz dua2 still kenyang lagi. Just makan Rotiboy & teh ice. Not bad tapi kureng kick. hehehe

P1100181 Saya mmg suka bergambar. Pantang keluar mmg bawak camera. Photo habit kan. Sambil makan, sambil gosip kt port Rotiboy tuh. Tempat lain sudah bertukar2 org, kitorang still tak bangun lagi. hahaha

P1100182Talk to my hand. Hahaha. Sorry lah my friend ni gediks pemalu nak amik gambar. Penyegan rupanyer minah ni. Bluekkkkkk!! Sepanjang melepak tu mmg berborak sakan jer lah. Semua topik kitorang cover. Mmg byk topik. Perut lapar pegi sambung makan kt Ayam penyet. Dua kali dah Ayam Penyet, cuma outlet jer lain2.

P1100186 Dah my friend mengidam nak makan nasi goreng kaw katanyer. Penuh dgn cili padi uolss. Bukan kacang panjang okey. Sedap jugak, tapi awak ni tgh tak de mood nak makan nasi.

P1100187I had bakso for my dinner. Siang tu pun makan soto jer. Pastu sambung ke Rotiboy. So dah byk kali dah makan. Cukup lah tuh.

Makan2 dan borak2.

Settled makan, kitorang sambung shopping & window shopping sampai lobam.

Balik tu kat luar Sunway Pyramid penuh dgn org yg nak celebrate Xmas. Mcm2 yg dorang jual. Kitorang tgk jer, bkn sambut pun kan. Tapi mcm pasar malam dah aku rasa.

Still berjalan kaki, naik jejantas balik rumah my friend. Naik jenjantas kena gelak sbb gayatkan. Aduhaiii sabar jer lah.

Balik tu lalu federal highway kemain jem dari Shah Alam ke I-City. Tak faham aku. Takkan semua org duk sambut Xmas kot. Bagi jer lah org2 yg sepatutnyer sambut pg sana. Yg lain2 tu duduk lah rumah. Sanggup erk korang drive dlm jem2 gitu.

Nasib baik Lyn tak lepas lagi simpang ke rumah Lyn, klu tak masak woooo nak mengharungi jem yg cam hampeh tuh.

Sampai rumah, siap leh tgk TV lagi, lepas tu kebabommmm tak hingat dunia.

Tu lah cerita saya seminggu yg lepas. Cerita basi dah pun. hahahaha

Lucu Petang 2.1.12

Keturunan

Seorang ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu : Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup utk 7 keturunan.

Anak : Tapi kenapa keluarga kita skrg miskin sgt ibu?

Ibu : (Tersipu malu) Sebab kita ini keturunan yg kelapan nak…

Rompakan

Suatu hari pekerja kilang memproses kelapa sawit dikejutkan dengan rompakan geng bertopeng.

Perompak : Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang kamu semua ada. Cepat!!

Pekerja : Tapi… kami semua tak bawak barang kemas klu pergi kerja. Duit pun sikit jer.

Perompak : (Berfikir sekejap) Kalau awak semua takda barang kemas dan duit, kami rogol kamu SEMUA. Hahahaha

Pekerja : Alaaaa.. takkan lah makcik yg kat belakang tu pun nak rogol juga? Tak kesian ker??

Tiba2 makcik itu berdiri sambil berkata : ‘Weiii kau ni tak paham ker?? Kalau dia cakap SEMUA… SEMUA la!!!

Asli

Sally ingin berkahwin dengan pilihan sendiri namun ditentang oleh bapanya, Robert. Setelah dipujuk, akhirnya Robert bersetuju untuk memberikan kebenaran dgn syarat Sally perlu mencari lelaki yg sopan santun dan original (asli).

Selepas berkahwin dan melalui malam pertama, Sally bertemu dgn Robert dan keluarganyer bahawa suaminya mmg asli.

Robert : Macam mana engkau tau laki engkau itu ORIGINAL?

Sally : (Dengan selamba bercampur megah) Betul Papa!! Asli, plastik pun tak buka lagi!!

Robert : !%^$#(&^%

1.1.2012

Hi LoVers,

Alhamdulillah, thanks to Allah for still giving me the chance to stay alive till today. Thank you for another year in my life. Syukur sgt2 :)

8Nothing interesting today. I’m just resting at home alone. Yang lain2 semua dah keluar. Tinggal lah awak sorang2 mengemas ape2 yg patut dirumah. Sambil tu tgk TV & blogwalking.

New year eve?? I’m celebrating with my lovely friends. Nice huh. Last minute plan katanya. hehehe.

I wish 2012 will bring more happiness and wonderful days for me. InsyaAllah.

Tomorrow still holiday rite?? So happy holiday everyone!!

See you in the next entry.

Bye!!! :)

[Pic, credited to Google image]

Last Entry For 2011

Hi LoVers,

Good afternoon everyone!!

2011 will be the end.

Tomorrow gonna be a new year & new month for everyone. Time flies.

So how’s ur planning for new year eve??

I didn't plan anything so far. Resting at home must be fun. Tak payah nak berasak2 dgn org kat luar ramai2 tuh. Dari rumah my mum pun dah boleh tgk fireworks. So okey lah tuh. Cool rite.

goodbye-2010-hello-2011To all my friends & readers…. Wishing you a New Year filled with new hope, new joy and new beginnings. InsyaAllah.

Once again, Happy New Year and a blessed 2012 everyone!!!

*Hugs*

Bye!!!

[Pic, credited to Google image]

Cara Nak Hilangkan Rasa Sedih

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya hanphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.

Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu, ataupun anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

8. Jangan lupa ALLAH.

Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur'an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

Credit to this blog