Girls Outing :)

Hari raya kelima, my auntie & family dtg anak beranak beraya. Kebetulan Lyn tgh siap2 nak keluar dgn my nieces. Tapi my mum tahan dulu sbb dorang kan dtg beraya. Ermm lagi pun tak sedap lah keluar rumah sedangkan ada tetamu dtg.

Lepas je my auntie & family balik terus kitorang zasssss keluar rumah. Dah berjanji dgn anak2 dara ni nak bawak ke The Curve. Dah asyik dia pasak dah berhari2, bawak kan jelah. Nak menyopping katanya. Maklumlah org byk dpt duit raya. hehehe

P1090253 Lepas berjalan2 carik barang kat The Curve & street market tu, masing2 kepenatan. Mana taknyer, panas membahang kat luar tuh. Mcm bulan puasa lak dibuatnyer. Letih sungguh. So sementara tu duk melepak kt tengah2 The Curve tu.

P1090257Kebetulan ada tempat duduk kt tgh2 decoration hari raya tuh, kat situ lah kitorang duduk melepak. Semestinyer warna biru menjadi idaman ku. Same with my top. hehehe. Tengok anak dara tuh, kemain tersengih dpt pergi jalan2.

P1090259 Walaupun dah raya, masih ramai lagi yg menjual baju raya, samping raya, accessories even kuih raya pun ada jugak. Klu tak sempat beli utk hari raya, boleh beli tuk open house plak. Ater open house kemain ghairah minggu ni. Penuh tiap2 minggu.

P1090285Ada tarian tradisional masa kitorang lepak2 kat situ. Dah lah masing2 khusyuk tgk orang melentok2 pinggul & badan. hehehe

P1090265Eh, ada perayaan kuih bulan kan. Sana sini orang jual kuih bulan. Layan jelah. Syok gak bila sesekali layan lagu2 sentimental ni. Sejuk kemain menusuk kalbu. Hehehe

Owh, tidak window shopping jer kat sini. Sbb dah janji dgn budak2 berdua tu, klu nak pergi boleh, wa no hal tlg drive & bwak ke sana, tapi dgn syarat mesti membeli sesuatu. Klu tak, tak hingin wa nak bawak lagi next time.

Mmg masing2 shopping sakan. Dah mmg niatnyer nak membeli kan. Takpelah. Tapi paling tak suka, keluar tak beli ape2. Rasa mcm pegi buang masa jer. Dari buang masa gitu, baiklah duduk rumah. Betul tak??

2 comments:

SURIA AMANDA said...

jom girls outing ngan along..bila? sila plan...

Lyn Yusoff said...

Suria,
jummmm along....
mane erk kita nak pg...
mari lah kita plan sama2..
hehehhe