Puasa Dan Kesihatan

Berpuasa didalam bulan Ramadhan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat (perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa) dan boleh memudaratkan .

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

  1. Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.
  2. Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
  3. Mengulangi makanan sepanjang malam.
  4. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan/
  5. Tidur selepas kenyang makan.

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

  1. Fasa pertama (dua hingga tiga hari) - Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah)
  2. Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari) - Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.
  3. Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa ) - Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Source

No comments: