Gelak Santai

Konsep Kita

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini…

Isteri : Apalah abang nie…asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang…tak adil lah macam nie…asik asik abang aje…

Suami: La…abis ayang nak cakap macam mana…

Isteri : Abang cakap la…rumah kita…kereta kita…TV kita…sofa kita… bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama…

Suami: Ahhh..iya lah…iyalah…

Isteri: Hmm…abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?…

Suami: Haa…ada awak nampak…seluar dalam KITA…???

Isteri: %#**^&%#@


Orang Gila

Seorang Lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada petugas resepsi adakah pesakit di katil nombor 27 ada.

Petugas tersebut lalu memeriksa dan dengan segera kembali ke telefon memberitahu lelaki tersebut, bahawa katil nombor 27 sememangnya kosong.

“Bagus sekali…!” Kata si lelaki, “… Itu bererti aku sudah betul-betul berjaya melarikan diri.”


Filem

Seorang penerbit mahu mengeluarkan sebuah filem paling hebat di dunia. Dalam filem itu diadakan adegan pertempuran yang paling hebat pernah difilemkan.

Penerbit : Saya akan menggunakan dua pasukan tentera… Setiap satu mempunyai 25, 000 orang.

Pengarah : Kalau dua pasukan sudah lima puluh ribu. Macam mana kita nak bayar mereka?

Penerbit : Senang je… Kita gunakan peluru hidup.

Pengarah : !#$^*%)(*&


DNA

Ah San ditahan polis atas tuduhan membunuh. Beberapa hari sebelum didakwa di makhamah, peguam iaitu Gunalan, datang bertemunya. Kata Gunalan, “Encik Ah San, saya ada satu berita buruk dan satu lagi berita gembira untuk Encik Ah San.

“Berita buruk, kita baru saja terima ujian kimia dan diapati sampel DNA Encik Ah San sama dengan DNA yang terdapat pada baju dan seluar mangsa”

Ah San tepuk dahi. “Alamak, matilah aku. Berita baiknya?”

“Paras gula dalam darah Encik Ah San dah turun, dari 15 kepada 5.” Jawab Gunalan.


2 comments:

Mummydearie said...

Bagus letak lawak jenaka hari Jumaat cam ni. Terus malas nak buat kerja. Dok gelak je!

Lyn Yusoff said...

MD,
hahahaha..
boring la kan. kira time nak balik jer ni :P