Puasa

Puasa 1

Dalam sebuah kelas tabika, di sebuah kawasan perumahan…..

Cikgu: Apa khabar murid-murid? Apa khabar 1Malaysia?

Murid-murid: Baikkkkkk, cikgu.

Cikgu: Semua puasa hari ini? Angkat tangan siapa yang puasa!

Ali: Cikgu, saya cikgu….. saya tak pernah tinggal puasa cikgu!

Cikgu: Bagus, bagus, inilah baru murid cikgu. Walaupun masih kecil, tapi sanggup berlapar dan berdahaga.

Cikgu: Murid-murid lain patut malu pada Ali.

Cikgu: Semua murid berikan tepukan kuat kepada Ali. Ali cikgu nak tanya, awak niat puasa  macam mana?

Ali: (Dengan bangganya), SAHAJA AKU BERPUASA RAMADAN ESOK HARI DUA RAKAAT MENGKUT IMAM KERANA ALLAH TAALA!!!!!!!

Cikgu dan murid lain: Terdiam, tak kata apa-apa!!!!


Puasa 2

Suatu hari di bulan puasa...

Jam telah menunjukkan 1 tengah hari. Kaki-kaki tak berpuasa mula mengerumuni kedai Pak Dol yg terkenal dengan pekak badak. Memang sudah menjadi rutin tahunan kedainya memang tak menang tangan bila menjelang bulan puasa. Pinggan yg belum basuh mula menimbun di sinki dan sesudah melayan pelaggan untuk mengambil nasi Pak Dol pon mula ke sinki untuk membasuh pinggan.

Tiba-tiba kedainya diserbu oleh Majlis Agama dan terus mengarahkan semua pelanggan ke satu sudut sambil memegang pinggan makan masing2. Pak Dol yang masih khusyuk membasuh pinggan tidak perasan yang gerainya sedang diserbu.

Kemudian ketua Majlis Agama yang berserban menepuk bahu Pak Dol sambil berkata "Minta I/C'.

Pak Dol pun cepat2 membersih tangannya dan ke terus meja lauk mengambil pinggan dan terus mengisi nasi. Dalam tersengih2 dia pun berkata "ai.. Pak Haji pon tak pose ke?.."

Pak Haji yang masih dalam keadaan bingung tersentak."Aku bukan nak nasi... aku nak I/C" pekiknya. Serentak dengan tu pelanggan yang mulanya ketakutan ditangkap ketawa terkekeh-kekeh melihat gelagat Pak Dol.


2 comments:

Mummydearie said...

Keh3x *ketawa sambil tutup mulut* Niat puasa tu dah betullah, tersasul sikit jek. Otak kata lain, mulut cakap lain punya pasal ler tu :)

Lyn Yusoff said...

MD,
hahahha. kelakar betul. niat puasa terus jadi niat solat.. hehehe