Lawak & Gelak

Kisah Ulama’ Dgn Pramugari Cantik

Tersebutlah kisah seorang ulama’ yang menaiki kapal terbang untuk pergi ke sebuah negeri. Sejurus tiba waktu solat, ulama’ tersebut pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Tatkala beliau sedang mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama’ itu lalu menegurnya,

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu, sebab mengotorkan sinki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!
Ulama’ : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!
Ulama’ : (Dengan sifat bersahaja) saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…
Pramugari: ??



Kisah Abang Curang

Suatu hari, seorang suami baru pulang dari meeting (sebenar nye dating) dan melihat isterinya menangis teresak2...

Suami : Kenapa ni yang?
Isteri : Sudah la bang, lepaskan saja saya ni!!
Suami : Eh..kenapa awak cakap camtu plak??
Isteri : Saya tahu. Awak ada jumpa perempuan lain kan?
Suami : Eh...apa awak cakap ni?? (kontrol konon)
Isteri : Sudah la bang. Semua nya dah terbukti. Ada perempuan yang jawab telefon masa saya call awak, dah banyak kali..
Suami : Eerr..aaa... ba...baik la. Abang mengaku..abang ada perempuan len. Tapi, apa yang perempuan tu cakap kat awak?
Isteri : Huh..nyampah!! Mentang2 saya tak tau omputeh, tapi saya ada hafal apa yang dia cakap..
Suami : Dia cakap apa?
Isteri : Dia cakap.. "The number youu have call, cannot be reached at this moment. Please try again"...asal saya telefon je..dia cakap camtu...dia tak reti cakap Melayu ke???


Lawak Singkat Suami Isteri

Suami : Sayang ada dekat mana tu ?
Isteri : TV9 ---> ( dekat dihati )

Suami : Sayang bahagia tak bersame abang ?
Isteri : NTV7 ---> ( i feel good )

Suami : Kenapa sayang mengahwini abang ?
Isteri : Mc'Donald ---> ( i lovin it )

Suami : Sejauh mana abang bermakna dalam hidup sayang ?
Isteri : TV3 ---> ( inspirasi hidupku )

Suami : Kenapa sayang cintakan abang ?
Isteri : Loreal ---> ( kerana dirimu begitu begitu berharga..)


Perompak Bas Kilang

Di suatu petang sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas.

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut. 

Sorang perompak berkata..
"Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
"Tapi, kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..Hahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa, takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak. Tak kesian ker??."

Tetiba makcik tu berdiri..
" Weh, ko nie, tak paham ker. Kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."


2 comments:

Mummydearie said...

Hahaha...makcik gila seks rupanya! Aduhai, Lyn. Akak tahan tutup mulut daripada awal membaca tapi sampai bab nak kena rogol semua tu, akak dah tak larat nak tahan gelak. Lantaklah bos nak kata apa!

Lyn Yusoff said...

MD,
over tau akak ni..
kemain gelak sakan tau.. hahhaha