Showing posts with label Childhood. Show all posts
Showing posts with label Childhood. Show all posts

Caca Marba

Seven years ago, when I started my first blog, I knew absolutely nothing about blogs or blogging. By now, I've built and managed my blog every day. Sometimes ada jugak masa terlepas pandang especially on weekend. Weekend adalah hari rest, so say NO to blog. hahaha

Kadang2, byk idea mencurah2 nak ditulis.

Ada masa, nan hado. Pening fikir nak tulis apa. 

Like this today, I’ve no idea to write in my blog. But tulis jer lah, even ntah apa2 pun. Hehehe

20140413_181449 Sapa2 yg lahir tahun 70an, 80an, sure ingat akan gula2 susu pelbagai perisa ni. Dulu2 klu beli 10 sen dpt 3. Sekarang, tak dpt lagi jah woooiii. Brg semua dah mahal. Kadang2 sanggup simpan duit belanja sekolah sbb nak beli gula2 ni. Lyn lah antaranya.. hehehe

I was surprised when I got this from my sister. Ingat kan takde jual lagi dah. But seriously I couldn’t find them. Bila dpt terus makan non-stop. Cuma rasa tak sesedap dulu. My fav was choc of coz. But the rest pun sedap jugak. Budak2 skrg sure tak tau gula2 ni kan.

20140412_134506 My lunch during my seminar last week. Lately ni mmg jarang sgt mkn nasi especially dinner. Lunch kadang2 je mkn. Klu mkn pun, mmg akan pastikan bukan heavy lunch. Just a simple that was good enough. Org tanya, diet ker?? Yes, I am. Lyn mmg akan susah hati klu org kata Lyn berisi. Padahal tak pun. Sbb dia jarang jumpa Lyn kot. *Statement nak sedapkan hati sendiri*

My weight still maintain at 45- 47kg only & not exceed 50kg. So kena maintain tuh. Hehehe


Suatu Ketika Dulu

permainanRindu zaman kanak2 dahulu. Semua kini tinggal kenangan. Klu lah boleh di putarkan balik, kan best. Best jadi kanak2 ni. Tak payah nak fikir apa2 yg serabutkan otak. Yer tak??

Boleh main2.. Lari sana, lari sini…

Boleh kejar ayam satu kampung…

Boleh main guli… Boleh main galah panjang..

Isshhhh mmg semua boleh lah senang cerita.

Bila penat, balik rumah, mandi, makan & tidur. Serious mmg best..

Ok.. antara permainan kat atas tu mana yg korang pernah main?? Mostly semua pernah lah kan. Semua Lyn pernah main kecuali main meriam buluh tuh. Yg tu mmg tak pernah seumur hidup. Klu dgr meriam even sampai sekarang ni pun, siap tutup telinga ko. Bingit.

Yg paling suka main getah. Zero point… Hehehe

Korang pulak?? Mostly pernah main semua kan. Tp klu yg perempuan pernah main meriam buluh, korang mmg terror. hehehe


Alkisah Bertindik

Hi LoVers,

Saja nak tanya, umur berapa korang dah start bertindik?? Ke tak pernah bertindik langsung? Hehehe.

Kalau Lyn masa umur 6 thn dah bertindik dah. Coz my mum mmg suka anak2 dara nya melawa. Sbg anak, ikut jerlah rentak mak nya yer. Klu skrg nak bertindik kena pergi kedai emas kan. Sepasang klu tak silap RM10 and above. Last time, I brought Puteri bertindik. Mula2 dia ok lagi. Kali kedua, menangis tak henti2. Habis satu JJ dgr dia menangis. Hahaha. Kecut perut jugak lah Lyn time tuh. Terus bawak balik. Pujuk2 dia dlm kereta terus dia tertidur.

Nak tau pengalaman Lyn masa bertindik kecik2 dulu?? Klu Lyn cerita sure korang ketawa. Hahhhh!! belum cerita korang dah ketawa yer. Hehehe

Ok2.. nak cerita la ni. Dulu2 klu nak bertindik kena tunggu benggali dtg rumah. Takde lah nak pergi kedai ni sume. So ada lah sorang benggali ni dah biasa dah dtg jual karpet, kain baju kat kawasan rumah kitorang. So dia pun ada sediakan khidmat bertindik ni. Lepas bargain2 segala bagai, dia setuju. Tapi tak lah kitorang buat on the spot. My mum & my dad kenalah bagi anak dia bersediakan. Dtg2 terus tembak telinga mau lintang pukang lari. Hahaha. So dorang pun inform lah kat kitorang ada benggali nak dtg tindik telinga. So suka lah. Lyn & adik excited lah kan.  So lepas beberapa hari si benggali ni dtg lah rumah.

Masa dia dtg. Lyn dah menyorok. Takut gila ko telinga nak kena tembak. Adik Lyn ni sgt cool. Dia mmg dtg menyerah jer. So dia punya kes dah selesai lah. So boleh bergaya dgn earring baru. Kes Lyn ni tak habis lagi. Still lagi menyorok.

Puas dorang pujuk2 Lyn tak nak keluar. Sampai one stage Lyn menyorok bawah katil. Hahahaha. Can you imagine!! Lyn menyorok bawak katil my mum time tuh. Hahaha. Terukkan. Hahaha. Lama jugak Lyn kat bawah katil tuh, tak mau keluar. Masa tu mmg dah nangis2 taknak keluar. Puas dorang pujuk. But finally Lyn mengalah sbb my dad janji nak belikan something klu Lyn keluar & bertindik. So keluar jugak lah akhirnya. hehehe

So selamat lah bertindik even menangis pun. hehehe. Lepas bertindik, pakai earring, telinga Lyn merah2. Lepas tu bengkak pulak. Tanggal balik, sapu minyak gamat. Lepas beberapa hari baru lah ok sampai skrg. Bukan apa, kulit Lyn ni sgt sensitif. Tak boleh kena gigit nyamuk, luka skit. Sure akan berjangkit. Even kat muka pun. Bukan sembarangan skin care Lyn boleh guna. Takut nnti pimples sume keluar. Just guna herba product jer skrg ni.

Dulu masa kekecik, pakai subang emas yg ketip tuh. Yg separa bulat tuh. Sampai sekarang ada lagi. Arwah Abah Lyn belikan. Esok2 boleh bagi kat anak plak. Gituwww. Lyn jarang pakai. Suka pakai design yg besar2. Byklah jual kat luar skrg. Sediakan jer lah duitnya. Hehehe

Ermmm.. tu je lah pengalaman Lyn bertindik. So pengalaman bertindik korang mcm mane pulak?? Or anak2 korang??


Wordless Wednesday #129

7 Mafasifih ifingatfat??


I’m 70’s. How About You??

1 Totally correct!!!


Sabun Dulu2

Parrot_SoapMasa Lyn kekecik dulu, satu keluarga pakai sabun parrot ni. Tak ingat lah exactly the name. Tapi sabun ni mmg popular satu ketika dulu. Dah lah wangi, rasa best jer. Murah pun murah. Skrg ni tak sure still ada lagi ker tak. Lyn sendiri tak pernah jumpa lagi.

Tapi zaman dlu mmg sempoi. Sabun tu lah buat syampu, sabun tu lah buat mandi. Kira all in one lah. Skrg… syampu lain, body wash lain, conditioner lain. Dulu tak heran pun klu tak pakai conditioner. Janji rambut bersihkan uolssss..

Lagi satu…

cap kapak Sabun cap kapak. Sabun ni mmg duk guna cuci baju. Dulu2 mane de washer machine segala. Mmg cuci pakai tangan lah jawabnya. Habis digonyoh baju sampai bersih. Tapi klu guna sabun cap kapak ni mmg bersih. Buih pun banyak. Tiap kali my mum basuh baju, kitorang main buih. Lepas tu habis basah baju, langsung kena marah. hehehehe

Korang masih ingat kan lagi sabun2 ni. Umur sebaya & lebih kurang dgn Lyn sure lah tau. Yg muda2, remaja2 ni maybe lah tak tau kot.

Setakat hari ni mmg tak pernah jumpa lagi sabun2 ni. Mesti ada rasanya. Cuma tak meluas dah mcm dulu2. Zaman dah berubah. Segala jenis sabun pun berubah jugak lah kan.  

Dorang lahir2 dah ade Dynamo, Rejoice, Dettol, Comfort Ultra & etc. Mane lah nak kenal jenama ni semua. Ye tak??

[Pic, credited to Google image]

Dulu & Sekarang

21
Source : FB


Si Manis Gula Kapas

Do you like cotton candy??

Yes I am.

Masa kekecik dulu mmg suka gula2 kapas ni. Pantang nampak sure nak beli. Parents I pun suka melayan. Abah Lyn balik kerja mesti beli sorang satu. Padahal manis tu, tapi selamba jer makan.

gula2 kapas2 Cotton candy in pink color. Mesti kena warna pink ke erk?

gula2 kapas Tapi warna biru lagi mengancam #Eh

Bila dah besar panjang ni, bila nampak jer serious takde nafsu nak beli. Cuma dlm hati, ‘manis nya gula2 kapas ni. Dulu kemain aku hadap”.  Sekarang dapat free pun tak teringin nak makan.

Masa kekecik dulu dah merasa kannnnnnn. Tak heran la gamaknya tuh. Hehehe.

[Pic, credited to Google image]


Cerita Menyenyel

Menyenyel??

Pelik kan bunyi nya.

Macam bahasa indon.

Tau ape makna nya?? Umpama mengejek lah. Dari mana kitorang dpt word menyenyel ni, Lyn pun tak pasti. Bahasa keturunan kot. Dari tok nenek sampai skrg ni mmg guna perkataan menyenyel.

12But to us, menyenyel ni mcm bila ko ckp, tetiba ada org ajukkan or mengejek ape yg ko ckp. Dia akan ulang ape yg kita ckp tu dlm bentuk mengejek. Faham tak?? Faham lah kan. As simple as that. Takkan tak faham kot. Hehehe

Normally, bila kita bercakap, ada org menyenyel balik. Ape korang rasa?? Rasa cam nak bagi pelempang jer kat org tuh kan. Betul tak?? Lyn mmg pantang klu ada org menyenyel ni. Rasa nak bagi menyepak jer. Lagi2 klu kita betul2 serious berckp, time tu plak dia sibuk nak menyenyel. Mmg kena jer lah.

Kat rumah ni, klu sapa2 menyenyel mmg mulut dia kena jentik. Especially budak2 lah. Sesama dia lah klu gaduh2 manja. Dah menyenyel satu hal, ni siap keluarkan lidah lagi. Tu mmg kena jentik lah jawabnya.

Dulu.. zaman2 sekolah rendah pun dah biasa bab2 menyenyel or mengejek ni. Zaman sekolah dulu lagi hebat. Mengejek nama bapak masing2. Lyn pernah kena sampai menangis2 dibuatnya. Bila di kenangkan balik, nak gelak pun ada. Nak marah pun ada. Tapi tu lah zaman sekolah kan. Klu takde yg pahit, takde lah manisnya :D

[Pic, credited to Google image]



Cerita Yg Makin Dilupakan

Burung Gagak dan Sebuah Kendi

Pada suatu musim yang sangat kering, dimana saat itu burung-burungpun sangat sulit mendapatkan sedikit air untuk diminum, seekor burung gagak menemukan sebuah kendi yang berisikan sedikit air. Tetapi kendi tersebut merupakan sebuah kendi yang tinggi dengan leher kendi sempit. Bagaimanapun burung gagak tersebut berusaha untuk mencoba meminum air yang berada dalam kendi, dia tetap tidak dapat mencapainya. Burung gagak tersebut hampir merasa putus asa dan merasa akan meninggal karena kehausan.

Kemudian tiba-tiba sebuah ide muncul dalam benaknya. Dia lalu mengambil kerikil yang ada di samping kendi, kemudian menjatuhkannya ke dalam kendi satu persatu. Setiap kali burung gagak itu memasukkan kerikil ke dalam kendi, permukaan air dalam kendipun berangsur-angsur naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut dapat di capai oleh sang burung Gagak.

Anjing dan Bayangannya

Seekor anjing yang mendapatkan sebuah tulang dari seseorang, berlari-lari pulang ke rumahnya secepat mungkin dengan senang hati. Ketika dia melewati sebuah jembatan yang sangat kecil, dia menunduk ke bawah dan melihat bayangan dirinya terpantul dari air di bawah jembatan itu. Anjing yang serakah ini mengira dirinya melihat seekor anjing lain membawa sebuah tulang yang lebih besar dari miliknya.

Bila saja dia berhenti untuk berpikir, dia akan tahu bahwa itu hanyalah bayangannya. Tetapi anjing itu tidak berpikir apa-apa dan malah menjatuhkan tulang yang dibawanya dan langsung melompat ke dalam sungai. Anjing serakah tersebut akhirnya dengan susah payah berenang menuju ke tepi sungai. Saat dia selamat tiba di tepi sungai, dia hanya bisa berdiri termenung dan sedih karena tulang yang di bawanya malah hilang, dia kemudian menyesali apa yang terjadi dan menyadari betapa bodohnya dirinya.

Sang Kancil denan Buaya

Pada suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan. Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia ternampak akan pepohon buah-buahan yang rimbun merendang di seberang sungai.

"Alangkah nikmatnya jika aku dapat merasai buah-buahan itu", fikirnya sendiri.

"Tetapi, bagaimana aku hendak menyeberang ke sana, aku bukannya pandai berenang", timbul sedikit keraguan dalam dirinya.

Setelah mundar mandir memikirkan cara untuk menyeberang sungai itu, timbul satu idea untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

"Nasib baik aku dikurniakan akal yang bijak", katanya sendirian sambil berlari ke tebing sungai untuk menjalankan misinya.

"Sang Bedal, ooo, Sang Bedal!", panggil Sang Kancil.

Tiba-tiba muncul ketua buaya-buaya di sungai itu. Dengan bengisnya dia berkata.

"Apa kau mahu Kancil?", sambil matanya meliar memerhatikan tubuh Sang Kancil.

"Alangkah enaknya kalau diratah kancil ni", fikirnya yang sedang kelaparan itu.

"Oh, begini, Raja Sulaiman menitahkan aku untuk menghitung berapa banyak buaya yang ada di sungai ini. Baginda mahu menjemput kalian ke kendurinya", mulalah Sang Kancil menjalankan tipu helahnya.

"Benarkah begitu!", serta merta nafsu lapar Sang Bedal mula menguasai diri dan dengan pantas dia memanggil anak buahnya.

Maka datanglah gerombolan buaya mengikut arahan tuan mereka.

"Jadi Sang Kancil tunggu apa lagi, cepatlah hitung bilangan kami sekarang", kata Sang Bedal kepada Sang Kancil.

"Hahaha, siap kau Bedal, mudahnya kau kena tipu dengan aku", kata sang Kancil dalam hati.

"Sabar Sang Bedal, aku fikir lebih baik jika kamu semua beratur hingga ke hujung sana. Lebih mudah untuk aku kira kamu semua", ujarnya.

Tanpa berfikir panjang, Sang Bedal mengarahkan anak buahnya untuk menurut cadangan Sang Kancil tadi. Selesai mereka beratur, mulalah Sang Kancil melompat ke atas buaya yang pertama.

"Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk", hitung Sang Kancil

Tiba sahaja di tebing sebelah sana, Sang Bedal bertanya,

"Jadi bila kami boleh pergi ke kenduri Raja Sulaiman, Kancil",

"Ada 30 ekor buaya yang bodoh di dalam sungai ini. Maaf Sang Bedal, sebenarnya tiada kenduri Raja Sulaiman, aku cuma mahu menikmati buah-buahan di sini. Hahaha, terima kasih Sang Bedal", kata sang Kancil dalam nada mengejek.

Sambil buaya-buaya lain mengerumuni Sang Bedal yang sedang keliru atas penipuan Sang Kancil, mereka bertanya,

"Jadi tak adalah makan", kata buaya yang pertama

"Kita semua dah kena tipu", kata buaya kedua

"Ini semua kau punya pasal", kata buaya ketiga sambil menyalahkan Sang Bedal. "Serang!!!", serentak mereka menjerit.

Lalu berlarilah Sang Bedal kerana dikejar anak-anak buahnya yang sedang marah. Sambil Sang Kancil dengan asyiknya menikmati buah-buahan itu.

********************

Masih ingat lagi dgn cerita2 dongeng ini? Mesti ingat kan.

Teringat zaman kanak2 dulu, kita di sogokkan dgn cerita2 dongeng spt ini. Walaupun ianya cerita dongeng, ianya tetap ada unsur2 pengajaran untuk kita semua pelajari.

Ermmm.. rasanya budak2 zaman skrg tak didedahkan lagi dgn cerita2 sebegini. Berbeza cerita mungkin. Yelah skrg ni mcm2 cerita ada. Upin & Ipin, Boboboi, Harry Porter & etc. Skopnya mungkin berbeza. Tetapi jika ada unsur2 pengajaran tidak salah lah. Tapi jgn lah cerita yg tidak boleh diterima akal atau tahlul. Takut2 akan merosakkan minda anak2 kita.

Kadang2 layan cerita kanak2 ni pun boleh jugak terhibur. Sambil2 release tension :)


Masih Ingat Lagi??

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

**********************
Malam yang sepi..pi..pi.. pak mat jual topi..pi..pi..
topi yang koyak..yak..yak.. pak mat jual tempoyak..yak..yak.
tempoyak yang enak..nak..nak.. pak mat jual anak..nak.nak..
anak yang hilang..lang..lang.. pakmat jual gelang..lang..lang..
gelang yang patah..tah..tah..pakmat jual getah..tah..tah..
getah yang putus..tus..tus.. pakmat jual tikus..tkus..kus..
tikus yang mati..ti..ti.. pakmat jual roti..ti..ti.

************************
Air pasang dalam
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur
Ayam menetas
Itik Baba jatuh dalam parit
Itik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik keretapi pergi Kuala Lumpur
Jumpa gadis cantik menyorok bawah dapur

*******************************
Assalamuaikum.
Kum apa kombat.
Bat apa batman.
Man apa mentol.
Tol apa tolak.
Lak apa lakse.
Se apa sepak.
Pak apa pakcik.
Cik apa cicak.
Cak apa cawan.
One apa one two three four five six seven eight nine ten.
POOMM!!

****************************
For sure korang masih lagi ingat lagi dgn lagu zaman kanak2 kita dulu. Ke ada yg dah lupa. Tapi bila di pikirkan balik, camna lah kita boleh hafal lagu2 ni kan. Padahal kecik lagi tuh. Ermm kes berkawan2 lah kan. Bila sorang tau, nyanyi dua tiga kali, dah boleh nyanyi & hafal.

Sekarang, even dah beranak pinak pun still tak pernah lupa. Kekadang tu secara tak sengaja kita pun turut menyanyi sama. hehehe. Seronok sebenarnya duk layan lagu kanak2 ni.

Budak2 zaman skrg, tak semua tau lagu ni rasanya. Sebahagian jer kot. Dorang lagi hafal lagu gangnam style &Justin Bieber #Eh

Korang macam mane pulak? Still ingat lagi lagu kanak2 tuh??


Jajan @ Keropok

Ingat dgn keropok ni??

imageYang ada baby meniarap ni?? Sure lah ingatkan. Zaman kekecik dulu suka nau makan keropok ni. Klu ikut umur keropok ni, dah tua agaknya baby ni. hahaha. Lama dah kot keropok ni. Sampai sekarang ada lagi.

Lyn suka betul dgn keropok ni. Dah lah lemak, crispy plak tuh. Krup krap kruk krap kalau makan. Dulu dlm pack kecik2 kan. Skrg ni dah ada yg besar. Senang skali beli.

Murah dan sgt sedap pulak tuh. Yg pasti boleh habis on the spot.

Love it and hope it still lasting till we all get old....... : )

[Pic, credited to Google image]

Belon Straw

imageMasih kah kau ingat pada belon tiup ni??

Klu korang lahir end 70’s or early 80’s sure korang kenal belon tiup ni. Selalu beli kopok ape ntah mesti ada belon ni dgn straw dia skali. Seposen jer. Cara nak tiup, lekat jer isi tiub kat straw, pastu tiup jer. Tapi ada tips, korang ingat tak tips ni?

Before tiup tu, masukkan dulu dlm mulut, kasi bentuk elok2 pastu tiup. Bila dah besar, boleh tiup & letup2kan pakai mulut. Ingat tak, ingat tak??

Skrg ni masih ade lagi. Klu pergi kedai runcit area my house, my niece Puteri yg rajin beli. Dah Lyn pun teruja main sama. Sambil tu ajar dia main letup2 skali. Dah mcm budak kecik plak. Hehehe..

Seronok betul bila teringat zaman kanak2 dulu. Jika boleh diputarkan masa ini kembali, alangkah indahnya.

Ermmm… I miss those moments :(

[Pic, credited to Google image]

Gula Asam

image [Pic, credited to Google image]

Masih ingat tak korang lagi dgn gula asam seposen ni?? Lyn tak pasti korang panggil apa. But rasa dia masam2 manis kan. Lyn suka sgt gula seposen ni. Tiap kali Arwah abah Lyn balik kerja sure dia beli gula ni.

Klu dulu nak makan gula asam ni, mmg makan sekeping2. Comel kan :) Harga pun murah. Seposen jer. Skrg ni tak pasti. Lyn pun dah tak pernah jumpa lagi dah gula asam ni.

Tapi baru2 ni, Lyn berjalan2 kat Giant ternampak lah org jual mknn kat kiosk kecik2 tuh. Lyn belek2 lah satu mknn ni. Lyn tanya ape, org tu kata gula asam seposen yg dlm bungkusan merah tuh. Baru lah Lyn teringat gula asam tuh

IMG02438-20120622-1540Gini rupanya asam yg Lyn maksud kan tuh. Dlm bentuk cube. Bila rasa mmg sebiji mcm gula asam sekeping2 tuh. Di moden kan bentuk nya & ada lapisan jelly berselang-seli dgn gula asam tersebut.

Looking good. But I’m still prefer with old ones.

Bila Lyn rasa yg baru tuh, boleh lah mengubat kerinduan pada gula seposen yg lama tuh. Mmg lah sama tapi ttp tidak serupa.

Main Tepek Jer :)

Disebabkan takde ape nak cerita. Buat entry pun dah dkt kul 11pm, waktu hamba nak tidur. Jadinyer, tepek lah muka sendiri. Hehehe

I’ve found this pic in my folder. Korek2 terjumpa & terus tepek kat sini. Lagi pun dah lama tak tayang muka sendiri kan. Rindu plak. Bluekkk #Eh

Scan10011 Pic ni mmg ada sentiasa dalam wallet smpai skrg. When I was 6 0r 7 years old if I’m not mistaken. Pipi kembung ker?? atau Lyn saje duk kembung kan pipi tuh. Hehehe

P1090446... Hah!!! Sama tak dgn Lyn yg skrg ni??

Rambut panjang tetap sama. Tang muka jer nampak cengkung skit skrg. Owh yer.. mmg nampak cengkung skrg ni. Ramai yg tegur jugak kata tak sihat ker. Saya sihat, cuma busy skit & tak cukup tidur. Gitu kan tak cukup tidur.

Tak cukup tidur apenya, pantang nampak bantal, pantang weekend.. membuta jer kerja ko Lyn. Itu kata tak cukup Hahahaha

Anak rambut maintain byk. Bulu tangan ttp sama cam dulu. Lebat. hehehe.. Ikut keturunan lah uolsss.

Owh yer.. dulu time sekolah rendah, kawan2 termasuk Lyn mmg ada nama gelaran. Bukan kita yg bagi pun, dorang yg pndai reka sendiri. Nama kekadang takde kena mengena pun. Tapi dorang klu nak mengejek, bkn kira nama tu sedap ke tak. Yg tak sedap tu lah yg jadi bahan lawak. Sabar jelah.

Tapi malu nak reveal kat sini. Sure korang tergelak2 nnti. Jadinya, biarlah rahsia. Bak kata Dato' Ct. hehehe


Tiada Lagi Permainan Ini

Bila boring2 kan, pasti teringat zaman kanak2 dulu. Rindu plak nak bermain macam zaman kedik2 dulu. Klu boleh nak jadi kecik balik. hahaha..

Tapi mane boleh kan.

Budak2 skrg, lahir2 dah ade laptop, Iphone segala bagai. Kita dulu, tempat main belakang rumah jer. Klu nak best skit, cari lah benda yg best skit nak buat main. Zaman Lyn dulu, mmg semua sedara mara & jiran2 jadi kawan. Tapi skrg bila dah besar pjg, sorang2 pg berhijrah ikut family.

Seronok main masa zaman kanak2 dulu. Sampai ke Maghrib baru reti nak balik. Selagi mak tak panggil, abah tak bawak kayu mmg tak balik2. Ya Allah, Lyn rindu zaman2 tu dulu. Klu lah boleh putarkan waktu ni kembali..

Alangkah indah nya.

Agak2 korang ada tak main permainan yg Lyn sebutkan nanti. Meh kita tgk satu2.

image Main tutup botol. Permainan ni cukup famous. Klu pegi kedai mesti cari tutup botol ni. Malu nak amik senyap2, kena lah beli air botol sekali. Lepas tu main time petang kat beranda. Memang layan. Lyn terror main ni. Selalu menang.

image Kenal tak korang permainan konda-kondi ni? Agak takut gak main permainan ni. Klu lah kena kayu yg dipukul masak woooo. Tak pasti asal usul permainan ni. Tapi klu nak main permainan ni, kena ada dua kayu. Satu utk memukul, satu lagi untuk menyungkit. Klu kat rumah Lyn dlu sanggup korek lubang dgn cangkul. Klu buat kat pasir nnti habis kena mata org. Tapi mmg syok.

image Batu seremban ni klu tak tau, sedih uolssss. Dulu pakai batu jer nak main batu seremban ni. Klu rajin skit, amik kacang hijau ketak dalam uncang. Tapi tak kuasa eh nak buat. Selalu layan baru seremban kat tangga besar rumah kami ni. Best giler.

image Tapi permainan ni yg paling mak & abah bising klu kitorang yg perempuan ni main. Kata sesuai tuk lelaki, tpi kitorang yg perempuan pun main sama. Camner tuh?? Lyn klu nak main guli ni senyap2. Klu tak sure kena marah.

Mak selalu kata…. Dah tumbuh ke main guli tuh???

Korang faham2 jer lah ape di maksudnya. Dah jadi org jantan ker sampai main guli tu. Hehehe. Nak beli jgn harap lah kan. Klu kirim kat kawan2 pun senyap2 suh dorang simpan. Klu parents tau masak kena marah. hehehe

image Ni lagi best, main teng teng. Paling famous sgt kan. Semua orang pun pandai main. Klu nak main mainan ni, mesti pilih gang yg terror2 jer. Nak menang. hehehe

imagePermainan getah ni pun famous gak. Normally perempuan jer yg syok main. Tapi time kitorang main budak lelaki pun main sama. Ziropoint klu nak mula2 main lompat getah ni.

Pastu ada yg ada lagu. Yg tu cam skipping tuh. Salah satu lagu nyer, Rumah terbakar panggil bomba, bomba dtg berlumba2. Alamak dah lupa laaaaaa. hehee

image Main baling selipar ni pun best gak. Mmg kenangan betul lah. Tapi kena carik gang yg kuat2. Siap one two zoom lagi. Klu nak carik gang yg best2, siap main tipu lagi. Mata duk kenyit2. Hahaha. Tapi sakit woooo klu kena baling kat badan. Huhuhu

Actually byk lagi permainan zaman kecik2 dulu. Tak larat nak bubuh kat sini. Tapi mmg syok lah main sampai kena bising baru lah reti nak balik. Hehehe..

Tapi budak2 skrg sure tak tau pasal permainan kita kecik2 dulu kan. Dorang skrg ada PSP, kereta control, game, laptop & etc. Zaman sudah berubah. Agaknya klu ada anak nnti, suh dorang baca blog or google jer lah. Nak main takde nya dah.

Apa yg pasti, Lyn tetap merindui zaman kanak2 dulu. Walaupun mak abah bising sbb balik lewat sampai kan dah masuk waktu Maghrib, tapi itulah kerseronokkan yg tidak lagi Lyn kecapi.

[Pic, credited to Google image]

Gula2 Zaman Sekolah Dulu

Pada mereka yg lahir akhir thn 1970an, awal 1980an dan jugak awal 1990an sure kenal dgn gula2 & makanan2 zaman tersebut kan. Mustahil lah korang tak ingat. Zaman dulu takde gula2 atau makanan yg mahal2. 10 sen pun dah dpt beli gula2.

imageSape tak kenal tora & ding dang ni. Klu beli sure dpt mainan. Kadang2 beli bkn nak coklatnyer sgt, tapi nakkan mainan yg kat dalam tuh. Ingat lagi Mat Sentul? Kemain dia punya iklan kan. Hehehe

image Ni gula2 rabbit. Rasa susu. Lyn tak berapa suka sgt. Tapi sesekali layan boleh lah. Rasanya dah takde lagi skrg ni.

image Gula2 udang ni mmg my favorite. Gula2 dia mmg sedap. Ade gula merah klu tak silap. Yg paling best ada kertas yg boleh dimakan. Melekat2 kat mulut nnti. Hehehe

image Gula2 susu ni pun sedap jugak. Klu my dad balik kerja sure beli kan ni satu plastic. Tapi dah pesan nak yg choc jer. Yg lain2 kureng skit. Tak berapa nak in. Gula2 ni dari susu, tapi dibezakan dgn perisa yg lain2 juga spt strawberry, kelapa, jagung & etc.

image Sugus ni sape tak kenal mmg lah. Sampai skrg still ada lagi. Tapi Lyn tak suka sgt sbb manis.

image Gula2 bendera ni famous gak dulu. Gula2nya biasa jer. Time Lyn dlu, klu dah habis makan gula2 ni, terus ikat bendera Malaysia ni kat basikal, lepas tu round satu kampung. Tak pun letak kat rumah. Semangat Malaysia betul hehehe

image Chewing gum ni jarang kitorang dpt makan. Maklumlah gula2 getah kan. My parents takut kitorang tercekik. Sekali dpt makan mmg sampai buat belon lah. Boleh letup2 kat mulut. Hehehe

image Gula2 t-drops ni mmg mcm2 perisa. Mahal skit dari gula2 yg lain. Kat dlm tu ada gula2 & serbuk putih. Tak pasti lak ape dia. Tapi manis.

Selain dari yg Lyn sebutkan kat atas, pasti byk lagi gula2 yg kita makan dulu2 kan. Tak larat nak ingat lagi.

Yg pastinya… Lyn rindu zaman kanak2 dulu. Klu lah boleh diputarkan masa ni ke belakang, Lyn lah orang yg pertama yg akan gunakan zaman kanak2 sebaik yg mungkin.

[Pic,credited to Google image]


Pergghh Sedapppnyer!!!!

Tgk pic pun dah siap telan2 air liur. Belum makan lagi kan. Ermm buruk perangai betul lah ko Lyn. Hahaha

Korang pernah makan limau kasturi pastu letak asam boi kat tengah2 tuh?? Ya Allah, terliur Lyn masa tgh type entry ni. Tak leh tahan woooo!!!

Dulu2 rajin giler mkn limau & asam boi ni. Sbb, pokok limau kasturi kat belakang rumah jer. Time dia berbuah byk2, mmg sepaket asam boi kitorang dah standby awal2 dah. Cukup jer masa mmg makan ni jer. *okey.. terliur lagi*

Perghhh tak leh tahan dah ni.

Dulu klu makan ni, bukan setakat lidah jer merah, siap gigi & bibir pun merah skali. Dah rupa ape dah. Tu klu kena asam boi merah lah. Klu asam putih tak berapa nak ngam. Lyn prefer merah instead of putih *gediks*

Skrg ni dah lama dah tak buat. Pokok limau sudah takde. Nak beli pun kekadang susah nak dpt. Nak cari kat rumah makcik2 pun tarak. Jadinyer… meleleh2 lah air liur tgk pic ni.

Lagi pun skrg ni dah kurang makan asam2 ni. Faktor usia barangkali. Tapi klu nak pekena sesekali ape salahnya kan.

Ermmm harus cari limau kasturi & asam boi soon :)

[Pic, credited to Google image]

Aiskrim Malaysia

IMG02012-20111022-1812Kenal tak ni aiskrim Malaysia??

Klu tak kenal, tak tau lah nak ckp ape. Mmg tak patut.. tak patut….

Skrg ni mmg susah nak dpt aiskrim Malaysia kan. Rata2 kat luar sana jual aiskrim modern. Aiskrim ni jarang sgt org jual. Lyn terperasan ni masa pegi #OctTwtFest last month. Sebatang 50 sen if I’m not mistaken.

Mahal kan??

Zaman dulu2 seingat Lyn my auntie jual seposen jer. Hari2 duk ketuk pintu rumah dia nak beli ais krim asam boi & milo. Tu mmg my favorite. My auntie plak mmg buat flavor tu jer. Sbb tu je yg laku. hehehe

Lyn pernah gak suh my mum jual. Tapi dia malas nak melayan. Katanya, klu buat nnti anak2 sndiri jer yg makan. Tak done nak menjual. hehehe… Nak untung gak mak aku ni. hehehe

Tapi at last my mum layankan jugak. Tapi bukan utk jual lah. Tuk makan sendiri & anak2 jer. Yelah kan, klu asyik mintak duit jer, mau my mum tak bising. Bila dah buat tu, senang skit. Bukak katup pun peti ais mak sendiri. Boleh makan sampai lobam. Ape de hal. hehehe

Tapi skrg ni susah nak dpt aiskrim Malaysia ni. Org lebih suka makan aiskrim cornetto atau aiskrim batang. Klu jumpa aiskrim Malaysia ni mmg bonus lah.

Sesekali nak gak mengimbau zaman kanak2 dulu. Teringin plak nak makan aiskrim Malaysia ni. Mau balik kerja nnti pgi carik plastik aiskrim. Agak2 ade lagik tak?? Ada rasanyer kan. Klu tak mengidam lah den ni hah. hehehe..

Dah lah susah nak carik. Huhuhuhu..

Choki Choki!! :)

Ingat lagi dgn coklat choki??

Klu tak ingat, meh nak tunjuk…

choki Ni rupanyer coklat choki nyer anak2.

Zaman Lyn kecik2 dulu mmg dah merasa choki ni. Klu beli sampai 5 btg. RM1 jer. Sekarang ni beli satu paket terus. Ada 5 btg gak. My niece, Puteri mmg suka choki ni. Bukan dia sorang je suka, Lyn pun suka sama.

Actually, dah hampir terlupa dgn choki ni. Kebetulan dia beli ari tuh, Lyn rasa satu. Terus pegi beli dua paket. Bkn satu, bukan dua, bukan tiga, sampai lima batang Lyn makan. Dapppp nyer. Khayal terus makan coklat. Hehehe

Klu dah hantu coklat mmg gitu rupanyer. hehehe

Skrg ni mmg simpan stock dlm handbang. Sbb ape, klu balik keje tgh jam2 tuh mmg duk melayan makan choki. Hilang gak rasa tension bila jam sepanjang jalan.

Kan stress ubatnya coklat.

Shopping pun ubat stress gak. Muahahaha

[Pic, credited to Google image]