Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Kembali Mengumpul

Dulu2 rajin mengumpul novel. Tiap kali ada cerita best mesti beli. Baca sekali jer lepas tu simpan buat pekasam. Hehehe. Agak2 boring pi selongkar balik, then baca balik. Klu cerita best, sure baca dua tiga kali. Amik feel katanya. hahaha

Ermmm lama dah kes mengumpul novel tuh. Zaman2 baru mula kerja, sejak pegang duit sendiri. Dpt gaji jer mesti beli. Tapi takde lah byk mana pun. Paling byk pun dua buah novel jer. Sbb klu beli byk, ntah bila lah nak habis baca. Lyn ni mmg ikut mood. Tapi klu cerita novel tu best, jam2 tu gak nak habis kan. Ermmm tak sabar nak tau ending. hehehe.

Then stop dah mengumpul novel bertahun2 lamanya. Macam malas jer.

Lately ni dah mula mengumpul novel balik.

20140903_224537 Semua gara2 cerita kat TV. Hehehe. Pantang ada cerita best, mmg Lyn beli. Mcm Lyn ckp tadi, tak sabar nak tau ending. hahaha. Lately ni jer start kumpul balik. Start pun dgn Projek Memikat Suami & onwards. Novel dua yg bawah tu was my favourite too. Mmg ulang2 jugak baca. Yg lain2 jgn di tanya, ntah kemana pergi nya.

Luckily, I’m not a novel collector. Beli mana yg best jer. Bukan mcm org lain, siap bertimbun2 novel kat rumah. Siap boleh buat library lagi. hehehe.

Lepas ni tak terpikir lagi nak beli novel apa. Lepas jer Rindu Awak 200% belum ada lagi cerita yg berjaya mencuit perasaan. Hahaha.

Kerja Gila

Hi LoVers,

I felt like I had nothing to say. I still feel I have nothing to say. I’m the most boring person to talk to. Apa lagi nak menulis. Seriously I’ve nothing to write in my blog.

Actually ada jer pic nak tepek & cerita kat dlm blog ni. Tapi tu lah mood tak berapa nak ada. Mcm bosan jer kan nak tulis. Hehehe

Tapi ada satu kerja gila yg Lyn buat last weekend. Mmg gila. Ni dek penangan cerita pukul 7pm tu lah. Tak perhabis lagi tgk kat TV pi carik novel dia pulak.

20140616_221820 Dari hari Jumaat malam Lyn cari novel tuh. Kebetulan pergi AEON Bukit Tinggi, so singgah sekali Popular. Cari2 tak jumpa. Tanya pun, dorang kata dah habis. Ok tak putus asa lagi. Next day boleh carik.

Hari Sabtu, pergi bookstore kat Kompleks PKNS Shah Alam, takde stock. Check plak kat MPH SACC Mall, pun takde. Siap mintak dorang check kat mana yg still ada lagi. Katanya kat MPH Giant Sek 13. Pergi jugak lah sbb nak puaskan hati. Sampai sana takde. Kata system yg check kt SACC tu tak update. Bengang gila okey.

Ok tarik nafas jap.

Tak puas hati lagi tuh. Call pulak Popular AEON Bukit Raja, katanya takde stock juga. Worst come to worst, call MPH Subang Parade. Call, kebetulan ada. Berdesup pergi sana ok. Hahaha. Kali ni suruh my nieces yg keluar. Malas nak parking kereta. Tu pun park kat tepi jalan, suruh dorg pergi beli. Dari jauh dah nampak dorg jinjit plastic bag, so for sure lah ada. Puas hati terus. Hahaha.

Kesian budak2 tu jadi mangsa. Tapi takpe, Sabtu ni dah janji dgn dorang nak main bubbles kat SCM. Upah lah tuh. hehehehe

Dan buku setebal tu, dua hari jer Lyn habis baca. Best jugak jalan cerita dia. Tapi now tgh tgk TV version plak. Harap2 sama mcm novel.


Rindu

20140309_145920Balik dari Bandung kemain mengidam nak makan McD. Tapi takde lah jam2 tu gak beli. Kat sana pun ade McD jugak. Tapi mcm, nak buat apa dtg jauh2 mkn McD. Kat Malaysia kat ada. Dah pergi tempat org, baiklah enjoy their food rite. Bkn selalu dtg pun.

20140307_094818 Dah lama tak beli novel. Ni gara2 Zahrain Alimin & Nawwal Husna lah Lyn terjebak beli novel ni. Mmg layan kat TV, tapi tak puas. Kebetulan pergi SACC hari tuh ada hal, singgah MPH terus. Nasib baik ada. Tu pun tinggal 2 jer.

Sepatutnya sehari je boleh habis. Tapi tak dpt lah, sbb baca hari kerja kan. Klu baca sorok2 tak best. Petang Jumaat baca, perang sabtu dah habis. Now novel ni dah tercampak kat rak jadi perhiasan. Hehehe. Yg lain2 taknak baca sbb tak feel nnti klu tgk TV. Alaaaaa next week episode last pun.

Tapi dorang berdua tu comel lah. Klu couple kan bagus. Tapi masing2 dah ade buah hati. Dlm drama jer lah boleh couple2. Luar2 tarak boleh woooo… :)