Hi LoVers,
Selamat Hari Raya again!! hehehe.
Hari ini baru berkesempatan nak update entry untuk Syawal. Lyn tulis pun light2 jer lah yer, sbb tak berapa nak ada mood menulis skrg ni. hahahaa
As usual 1 day before Lyn baru start cuti. So pagi selasa tu baru lah berkesempatan nak tolong apa2 kat rumah. Luckily my sisters semua dah start cuti Monday tuh, so dorang lah yg byk tolong kat dapur. Rumah dah siap berkemas, langsir semua dah pasang ahad tuh. So tak risau dah. Cuma kena concentrate yg bab masak2 ni pulak. After Zohor kita start masak. Slow2. Tak rushing pun. Yg penting kena siap awal sbb malam raya boleh lah kita rest kan. Tak payah nak sibuk kat dapur lagi. Alhamdulillah semua lauk pauk siap dimasak awal.
1st Syawal....
Pagi2 tu kena siap panaskan lauk pauk sementara menunggu yg lelaki pulang dari masjid. Settled semua baru kita plak mendandan diri. Baju semua dah siap dah iron. Tinggal nak sarung jer.
Lauk wajib di Hari Raya. Mesti ada ketupat, kari ayam, rendang ayam, kuah kacang, rendang daging, agar2 & kuah lodeh. Terlupa pulak nak snapped. Hehehe
Bila semua dah berkumpul baru lah kita mulai dgn sessi bersalaman mengikut turutan & sesi memberi duit raya. Lyn mmg sengaja taknak tepek picture2 tersebut sbb pd Lyn tak perlu lah kan. Hanya untuk simpanan keluarga jer. Selesai sessi bermaafan, kita makan pulak. Spt biasa, mmg tiap kali beraya, adik beradik mmg ada bawak juadah raya ke rumah mak. Tapi sampai rumah my mum, lauk mak & neneknya yg dipandang. Hehehe.
Thn ni mmg tak ramai yg beraya dgn kami. Masing2 di rumah mertua.
My Along's family. My eldest bro
My sister's family, 2nd sister
Lyn, my sister & anak nya
My youngest brother. Anak sulung kena kerja
My niece's family
Men's group
Women's group
Our family picture for Hari Raya 2016. Ini sahaja sebahagian yg ada. My Angah, Abg Uda, my adik beraya rumah in law. My nephew's family pun di rumah mertua. My niece sorang lagi dlm pantang. Baru jer bersalin hari Sabtu before raya tuh.
Owh yer, tema merah & champagne / gold ni requested dari Maam besar. Dia teringin sangat nak sama thn ni. Selalu tak pernah lah sama mcm ni kan. Depends kat family masing2 lah nak warna apa. Bila maam besar dah request, kita kenalah ikut. Permintaan dia kan.
Selesai bergambar, kita pergi menziarahi kubur. Balik tu, mmg ramai sedara2 kami yg dtg. Bila ada org tua di rumah ni, mmg ramai yg dtg ziarah. Hari lain tak dpt, jadinya time hari raya begini lah dorang dtg melawat. Mmg sampai ke malam rumah sentiasa ada org dtg. Even sampai hari raya ke 4 pun masih ramai yg dtg. Lyn & my sis mmg tak kemana pun sepanjang 4 hari tuh. Klu kitorang keluar, sapa pulak yg nak menolong my mum. Jadinya kita beraya di rumah jer. Raya ke 5 baru lah ada chance nak keluar rumah beraya.
Cuma hari raya kedua Lyn keluar ke Sunway Pyramid jap. Tu pun tak lama. Tulah org takde kampung. Pi beraya kat shopping complex pulak. Hehehe