Showing posts with label My Note. Show all posts
Showing posts with label My Note. Show all posts

LoVe Friday!!




New Update

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!Korang apa khabar?? 

Lama rasanya tak menulis dlm blog ni. Mmg ada update skit2, tapi yg simple2 jer. Nak menulis pjg2 tu mcm dulu tak bersemangat kaedahnya. Byk cerita yg Lyn tak update lagi. Cerita ke Krabi, Thailand.. Perth, Australia. Jgn kan cerita holiday, cerita open house pun Lyn tak update jugak. Hahaha. Tak tau bila lah mood nak menulis mcm dulu tu dtg balik. Skrg ni Lyn lebih suka update dkt Instagram. Boleh follow lynyusoff. Private tuh, klu Lyn kenal nnti Lyn approved yer. Motiffff promote. #Eh hahaha. 

Skrg ni jadual free Lyn, tak mengadap lappie sepenuhnya di rumah. Cukup lah kat office dah mengadap lappie. I need my leisure time. Lyn akan buat benda lain. Bkn lah mengadap lappie & HP semata2, tapi adalah benda yg lain yg perlu dilangsaikan. Maklumlah faktor umur yg sudah meningkat ni, perlu lah utamakan benda2 yg lebih afdal. Tak gitu?? Lyn akan tidur awal lebih kurang jam 10pm. Atau bila ABC (Allah bagi cuti), lepas Isya' Lyn dah masuk tidur if tak kemana2. Siaran TV pun Lyn tak tgk. Klu rasa nak tgk, weekend nnti baru Lyn catch-up semula. Alaaa, Astro kan cerita ulang2. Boleh je tgk anytime.

Weekend pun tgk keadaan skrg ni klu Lyn nak keluar. Klu keluar saja2 tanpa arah tujuan or nak window2 shopping ni, Lyn dah  mula elakkan. Bila perlu Lyn baru keluar. Tapi setiap weekend Lyn ada class. Dah start dah sebelum puasa hari tuh. So cuti raya, class cuti. Minggu kedua raya dah start balik sampai lah skrg ni. So mmg Lyn habis kan masa di situ. Nampak tak yg masa window2 shopping, lepak2 segala tu dah di bahagikan kepada benda yg tak membazir. Adalah masa nak lepak2, window shopping tu semua, tapi kurang lah skit. Klu dulu, pantang weekend.. mesti takde kat rumah. Skrg ni if takde kat rumah pun, my mum tau Lyn kemana. Bkn berpeleseran gitu. Hahhaha

Ehh.. byk pulak celoteh pagi ni..

Raya dah nak habis dah ni. Esok last klu tak silap. Ke ada lagi jemputan open house??

Ada gak sok sek sok sek yg nak buat open house lagi weekend ni. Last call katanya walaupun raya dah habis. Lepas ni Hari Raya Korban pulak. In Sha Allah bulan September nnti.

Eh berbalik pasal blog td... nnti lah ada masa Lyn update lah cerita2 yg tertunggak tuh. Klu takde mood nampaknya kita skipped jer lah. hahahah..

Oklah korang, nnti kita sambung lagi yer. Bye!!!!


Coolness

Have a good weekend & enjoy ur open house!!!




Hello!!!

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

I'm back to the office today after long holiday. Actually tak lah panjang mana pun cutinya. In total including weekend, baru 6 hari. So bertabah lah yer. Hate it or love it, say hello back to our daily routine of going back to work. Huhuhuhu

So what happens after the Hari Raya holiday?

Hari Raya open houses?? Starting this weeks will be packed with the open houses invitations lah kan. Sure lah bertindih2 sampai tak tau nak pergi yg mana satu. Heehehe. Jalan akan jammed semula. 

Iolss baru bercakap pasal makan2 di group WA ex-schoolmates. Suka hati korang lah nak makan apa pun. Selera masing2. Ada yg kata Lyn tahan2 makan sbb nak diet. Bkn nak tahan makan, tapi dgn umur sekarang ni mmg menjaga pemakanan & kesihatan. Bkn semua Lyn boleh bedal jer. Ni ada yg kata, selagi hidup makan lah selagi boleh. Eh makan lah, takda sapa yg melarang. Cuma Lyn ada jadual pemakanan sendiri dan mungkin tak sama dgn org lain yg boleh bedal nasi lemak, roti canai, mee goreng, teh ais, nasi berlauk hari2. 

During Ramadhan month, most of us were craving a lot of food. Sure lah lepas raya makan pun agak tak ingat jugak kan. Jadi pandai2 lah masing2 yer nak start your diet ke tidak. Pilihan di tgn masing2. So takda istilah nak tahan2 makan ke hapa. 

Ok out off topic.

Owh yer, Lyn saja nak share our family photo. As usual mmg tak cukup quorum tiap kali on 1st raya. My Kak Ngah, Abg Uda & my adik at in law's kampung. This Raya with red & champagne/gold theme. Suka sangat. 

Have a wonderful Raya and welcome back to work!! :P


Salam Aidilfitri 1437H

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Wish all my friends, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin. May this Raya comes with full of love, peace and prosperity :)

Di kesempatan ini, Lyn ingin memohon seribu kemaafan diatas ketelanjuran kata yg sengaja atau tidak disengajakan di media sosial ini. Semoga dengan kemaafan kalian akan memberi keberkatan pada Lyn di bulan yang mulia ini.

Di harap dengan kedatangan Syawal tidak berapa lama lagi akan menceriakan lagi suasana Hari Raya kalian. InsyaAllah :D

Bulan Ramadhan bulan yg diberkati
Disambut dgn hati yang suci
Hendak kirim kad tak sempat lagi
Kiriman di sini jadi pengganti

Mari bersama menyambut lebaran
Memupuk perpaduan sesama kita
Aidilfitri hari kemenangan
Saling bermaafan dihari mulia

Last but not least, once again.. wishing all of you a Happy & Blessed Eid. Drive safe and have a nice trip Balik Kampung.

LoVe,
Lyn Yusoff
29th Ramadhan 1437H

Hujung-Hujung Ramadhan

Hi LoVers,

Ermm... Raya just around the corner. Hari ni pun dah 26 hari kita di dalam Bulan Ramadhan. Sekejap saja kan. Kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan yg mulia ini hanya beberapa hari je lagi. In Sha Allah. Semoga Ramadhan kali ini yg terbaik untuk kita, Amin.

Owh yer... bercakap pasal Ramadhan, masih lagi org bercakap tentang bazaar Ramadhan. Lyn sampai ke hari ini mmg tak jejak lagi. Bagus. Mmg tak teringin langsung nak pergi. Juadah yg sedia ada kat rumah pun kadang2 tak habis makan. 

Selama berpuasa ni, Lyn hanya 3 hari jer berbuka di luar. Selebihnya mmg dirumah bersama2 family. Dari dulu pun Lyn kurang nak berbuka di luar ini. Adalah beberapa faktor yg Lyn rasa tak perlu lah Lyn cerita kan. Tapi mane yg Lyn rasa perlu, Lyn pergi lah. Ikut hati. Sbb tu boleh kira lah hanya beberapa kali jer berbuka di luar. 

Last Friday berbuka di Chicken Rice Shop. Since I was on half day leave sbb ada urusan di KWSP & Bank. Dan dah pun berjanji dgn anak dara sorang tu nak beli kan dia segala baju seluar kasut raya, so Lyn pergi lah lepas settled semua urusan. Ambil dia kat rumah & terus jer gerak. Kita mmg sampai awal. So booking tempat, byr food & chaw untuk jalan2 shopping. From top to toe mmg dia yg pilih sendiri. Lyn tinggal byr jer. Ermm untung jadi dia. Hari tu neneknya dah sponsor, kali ni auntie dia pulak sponsor. Saje lah usik2 dia, lepas ni tak dpt duit raya lah kan sbb dah shopping sakan. Tersengih anak dara tuh. Sure risau takut nnti tak dpt duit raya. Hahahaa

Shopping settled kan sebelum berbuka. Sbb Lyn malas nak lama2 kat Sunway Pyramid tuh. Kami bertiga. My niece dtg later before buka puasa. Dia dr office. Lepas berbuka, ingat terus nak balik tapi kitorang masih sambung shopping lagi. Tak lama pun. By 8.45pm kita gerak balik. Nak singgah beli brg untuk portluck next day. 

Saturday ada portluck adik beradik. Pagi tu dlm pukul 8am, Lyn bersiap sedia kat dapur nak sediakan dessert. Ni request dr my nephew. So kita buatlah untuk dia. 

Caramel puding jer. 4 loyang Lyn buat. Sebenarnya Lyn dah plan nak buat menu lain. Tapi dah ada org request, so kita buat lah untuk org mengidam tuh. Nasib mengidam makan jer, klu mengidam lain, bertambah lagi ahli keluarga. Hahahahah

Meriah kan the foods?? Ada mee kari, ayam golek, spaghetti, cekodok ikan bilis, sambal tumis, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, popia basah, caramel, char kueh teow, tembikai, air sirap laici, air anggur & air mangga. 

Memang meriah sungguh lah even ada yg tak dpt dtg. Majoriti my niece & nephew yg kat Uni. Tunggu raya nanti baru jumpa dorang ni semua. Kita mmg lepak sampai midnight malam tu. Catch-up mcm2 cerita. Pic kejadian tak boleh nak tepek sini. Mcam tak sesuai pulak.

Nasi lemak homemade by Maam Besar. Kita tak pernah request makanan apa2 pun untuk berbuka puasa. Apa yg ada kita makan. Jauh skali nak memintak. Klu teringin kita beli jer. Takde kita senyap. Tapi hari Isnin hari tu my mum buat kan nasi lemak. Semua org yg ada kat rumah tak tau langsung. Time nak berbuka baru kitorg perasan. Kemain my mum sorok nak buat surprise pada anak2 nya. So sweet of you Mak!! Love you!!! :)

Kita mmg jarang2 beli or makan nasi lemak. Klu my mum buat tu kira makan sampai lebam lah. Mmg sedap. Lagi2 ada sambal tumis sotong. 

Hari2 yg lain sampai semalam, kita berbuka simple2 jer. Cekodok ikan bilis mmg wajib kena ada. Kuih muih pun tak byk. Kata my BIL dah ramai dah yg tak menjual. Ermm maklum lah dah nak raya. Masing2 dah sibuk shopping & balik kg. 

Lyn rasa hari ni ramai yg last kerja kan. Esok pagi sure jalan dah jammed dek org balik kg. Lyn masih bekerja lagi sampai next week. Cuti awal pun bkn buat apa, org takdok kg. hahahha. Jadi duduk lah diam2 kat sini. Ehh boleh lagi shopping last minute ni. Haaaaa shopping lagi. Selagi tak raya. Hahaha.

Pada yg balik kampung tu drive safe & semoga kalian sampai ke kampung dgn selamat.


Ramadhan Kali Ini

Hi LoVers,

Sedar tak sedar dah 19 hari kita di bulan Ramadhan. Terasa hampir dkt kita akan meninggalkan bulan yg sgt mulia ini. Ramadhan Lyn biasa2 jer spt thn2 yg lepas juga. Tak pernah lagi jejak bazaar Ramadan setakat hari ini. Dan In Sha Allah, dah berjanji takkan pergi pun. 

Sepanjang Ramadhan ni, mmg Lyn berbuka di rumah. Hanya sehari jer hari tu ada majlis berbuka puasa dgn Bos & management staffs. Ni mmg wajib kena pergi. Tak boleh tidak. hehehe. 

Menu2 kitorang spt biasa jer. Tak ada lauk yg best mcm kalian semua. Menu kitorang mmg tersangat simple. Mmg takde nasi & lauk2. Sbb kita mmg dah di ajar makan yg ringan2 jer waktu berbuka. 

Menu utama yg wajib ada ialah cekodok ikan bilis cicah sambal tumis. Mmg tiap2 thn akan ada. Sebulan yer without failed. Klu takde, rasa tak complete berbuka puasa kami sekeluarga. Menu sampingan kuih muih, kurma & buah-buahan. Kuih muih ni mmg beli lah. Tapi bkn lah bazaar yg melaut tuh. Beli di kedai2 biasa jer. 

Murtabak semestinya ada. Kwn abg Lyn yg jual. Tapi nak beli murtabak ni mmg kena queue pjg jugaklah. Sbb murtabak ni sgt sedap & famous.

Lain2 sampingan roti john. Ni anak buah Lyn yg jual sempena Ramadhan ni. Hari2 biasa sebelum Ramadhan ni dia jual burger jer. Kira bulan ni special lah skit. 

Mcm Lyn bgitau tadi, menu kitorang tersangat lah simple. Lauk pauk mmg masak, tapi untuk bersahur nanti. Mmg takda siapa pun akan makan nasi waktu berbuka. Klu ada yg nak makan nasi pun, bkn nasi berlauk lah. Klu sapa2 teringin dorang beli nasi kerabu, nasi lemak, laksam, nasi ayam or mee soup, ikut citarasa masing2. Mcm Lyn mmg jarang sgt makan nasi. Klu ada pun nasi kerabu, kan my fav tuh. Hehehe. Kuih muih pun beli aka kadar jer. 2 jenis setiap hari. Tu pun tak habis uolsss. Semua2 ni mintak my BIL or my niece yg belikan. 

Begitulah menu kitorang setiap hari. 

Eh ni bkn Lyn punya sorang. Ni satu meja yg punya juadah berbuka puasa dgn my boss & management staff hari tuh. Lokasi di Kelab Shah Alam Selangor. Menarik jugak berbuka kat sini. Byk betul makanan. Kebetulan pergi time weekdays, mmg tak ramai org. Nak ambil makanan pun senang. Tapi my boss kata weekend mmg penuh sampai kan nak ambil makanan pun kena queue pjg. Majoriti company ni kan semua chinese, so dorang spt biasalah kena lah menunggu dgn penuh sabar. hahahaha

Time sahur kat rumah ni ada 3 session. Pukul 4.00am turn Lyn, my mum, adik & BIL. Pukul 4.30am my uncle. Pukul 5am my sis & anak dia. Sahur pulak masing2 makan nasi berlauk. Itu pun ikut tekak masing2 lah. Mcm Lyn tgk keadaan. Klu mood nak mkn nasi, makan nasi lah. Klu tak makan kurma di blend dgn susu. Tu lagi mengenyangkan dr makan nasi. Lyn mmg jarang2 sgt makan nasi. 

Setakat hari ni mmg tak pernah failed lagi bgn sahur even ABC pun. Teringat pesan Arwah Abah Lyn, walaupun kenyang tapi bgn jer lah sahur walaupun hanya minum seteguk air. Byk rahmatnya. Sampai hari ini Lyn ingat pesan Arwah Abah.

Oklah korang, selamat berhujung minggu & happy shopping!!! :)


Kenangan Berpuasa

Hi LoVers,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 12 hari kita di dalam bulan Ramadhan. Allah... sekejap jer kan. Rasa mcm baru jer puasa. Semoga Ramadhan kali ini adalah yg terbaik daripada sebelum2 ni. In Sha Allah...

Ermmm saja lah nak mengimbau zaman2 dulu. Korang masih ingat tak umur berapa korang start berpuasa??

Actually, Lyn pun tak ingat umur berapa yg Lyn betul2 puasa. Rasanya lambat jugak lah. 8 or 9 thn kot. Ishh lupa lah. Tapi seingat Lyn lah, dulu mmg puasa yang yuk gitu, pagi2 dah bukak periuk. Puasa acah2 jer. Awal2 dulu belajar puasa separuh hari dulu. Tengahari makan lepas tu sambung puasa balik. Even sampai skrg pun ramai ibu bapa yg praktikkan anak2 dia puasa separuh hari. Bagus kan. Tak boleh mendesak sgt. Klu pengsan anak tu nnti mcm mana. Bila dah besar & dah larat, kita puasa separuh hari. 

Arwah Abah Lyn mmg tak paksa kitorang puasa beriya time tuh. Maklum lah belum baligh. Tapi yg di tekankan bab solat. Yg tu mmg wajib. Jadinya puasa ni slow2 lah belajar. Bila kita solat In Sha Allah secara automatiknya kita akan berpuasa. 

Lyn masa kecik2 dulu mmg byk ragam klu di suruh berpuasa. Sakit perut lah. Gastric lah. Kepala pening lah. Mmg seribu satu sakit yg akan keluar nnti. Hahaha. Pernah jer belakon beriya berpuasa, tapi masuk bilik air minum air paip. Hahahaha. Korang pernah tak?? Sure pernah kan. Jgn tipu lah klu tak pernah minum air paip. Rasanya rata2 ada pengalaman yg sama. Pantang masuk bilik air, sure minum air paip. Sampai kan nak ambil wuduk pun sempat lagi minum. Aduhaiii mmg tak boleh blah sungguh. hahahaa.

Pernah gak abg2 & kakak2 yg dah kerja time tu suruh Lyn & my sis penuhkan puasa sebulan. Sbb apa? Sbb nak dpt duit raya. Klu tak cukup sebulan, tak dpt duit raya. Tu yg berlakon puasa tu, sampai ada masanya tak tahan, tu yg duk telan air paip tuh. hahahaha. Mmg tak pernah kantoi, dorang pun tak tau. Tapi Allah tau. 

Ishhh mmg mcm2 alasan lah yg dibuat. Tapi yg best bab minum air paip tuh lah. Mana2 pun Lyn baca & dgr, sure ada pengalaman mcm ni. Ermm zaman skrg ada lagi ker yg duk telan air paip?? Tak kot. Budak2 skrg dah maju. Alasan apa erk klu tak puasa skrg ni? Gastric kot. Hahaha. Time tak puasa, kemain elok takde gastric. Bila masuk je bulan Ramadhan, dan2 gastric menjelma. hahaha

Tapi mak pak zaman skrg mmg menitik beratkan budak2 berpuasa. Pd Lyn tak salah, tapi jgn lah sampai mendera. Klu umur dia  5 6 thn, apa salahnya bagi dia pelepasan puasa separuh hari. Lepas makan tengahari sambung balik. Kan elok praktikkan mcm ni. Jgn lah di paksa puasa sehari suntuk sedangkan anak tu tak tahan. Ada Lyn baca sampai lembik2 budak tu berpuasa. Bila mintak berbuka, mak nya tak bagi. Tak eloklah mcm ni. Kesian budak tuh. Klu lembik sampai pengsan anak tu mcm mana? Hahhh kan lagi payah. Jadi bagi lah kelonggaran pd mereka. In Sha Allah, lama2 nnti boleh juga mereka berpuasa penuh.

Islam ni kan mudah. Jadi sama2 kita belajar yer.

Oklah semua, rasa mcm pjg pulak entry kali ini.

Have a great weeken & happy shopping!!!


Cerita Jumaat

Hi LoVers,

Salam 5th Ramadhan. Sekejap jer kan. Tup2 nnti dah akhir Ramadhan. 

As usual, hari Jumaat jer mesti entry pendek jer. Ermm mmg hari2 pun entry pendek jer pun. Lagi banyak cerita eh ko Lyn. hahaha. 

Minggu ni tak kemana2 kot. Minggu ni nak sambung rest jer. Klu ada pun, nak keluar sekejap nak beli shawl untuk anak dara sorang tu untuk buat raya. Hari tuh dah belikan on9. Yg color nak beli ni payah pulak nak dpt. Nampak gayanya kena keluar jugak sat. Tak jauh mana pun. Seksyen 7 jer. Sana melambak butik. Nak belikan tudung untuk my mum skali harung. 

Lyn tak shopping apa pun. Baju raya next week siap. Hantar dobi then tunggu raya nnti baru pakai. Shawl pun dah beli on9. Senang. Lain2 tu akan di pikirkan kemudian. Lagi2 skrg ni dah berumur, raya pun ala kadar jer. Yg penting siap semua keperluan untuk my mum. Anak dia takpe. Tak raya pun shopping gak. So pandai2 lah dia nak hidup. Hahahhaa

Oklah nak sambung buat kerja. Have a good weekend & happy shopping!!! :)


Salam Ramadhan 1437H

Hi LoVers,

As Salam semua.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada kaum Muslimin & Muslimat. Semoga kita dapat menjalami ibadah puasa dgn sempurna.

Maafkan segala salah silap Lyn sepanjang menulis di dalam blog ini.

Salam Ramadhan 1437H.


Weekend

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Minggu ni adalah minggu rest di rumah. No outing at all. Minggu menqada' tidur & sewaktu dengannya. Hahahaha.

Have a good weekend & happy fasting!!!


Perth 2016

Hi LoVers,

I just got back from Perth on Tuesday night. Yesterday, I was on leave. Today baru kembali bekerja seperti biasa. But a little bit tired. Huhuhuhu

Here's some itinerary during our holiday. 

Perth : 5 days 4 nights

27th May 2016 (Friday)
  1. The Park Hive IGA
  2. Lake Clifton
  3. Busselton Jetty

28th May 2016 (Saturday)
  1. Cape Leeuwin Lighthouse
  2. Fremantle (E-Shed Market, Fremantle Market, Fremantle Prison & Cicerello's)

29th May 2016 (Sunday)
  1. Caversham Wildlife Park
  2. Lancelin Sand Dunes
  3. The Pinnacles Desert

30th May 2016 (Monday)
  1. Swan Bell Tower
  2. Watertown
  3. Murray Street
  4. Hay Street

31st May 2016 (Tuesday)
  1. King's Park
Lyn akan update later yer. Mmg byk sgt cerita yg hendak di kongsi. Bila pikir2 balik entry Krabi pun tak menulis lagi. Bersabar la yer korang2 semua. In sha Allah, ada kelapangan Lyn akan update slow2.

Bye!!!


Away....

Hi LoVers,

Good morning everyone!!

For time being, Lyn tak update for a few days. Kerana......

I will be away starting today until next week for holiday, lalalalalalala :)

And I might not be able to online during this period of time. Tak kuasa nak on laptop segala.  Since ini adalah perancangan percutian yg agak lama, kita kenalah gunakan sepenuh masa untuk melihat negara org. Lyn hanya akan update Instagram @lynyusoff sahaja In Sha Allah.

Doakan perjalanan kami ke negara berjalan dgn lancar & baik2 sahaja. Amin.

Bye & see you next week!!!


All About Monday





Friday

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Ermm rasa dah lama tak menulis. Nampak tak betapa malas nak menulis entry skrg. Dah ada tanda2 nak tutup blog dah nampaknya. hahahah. Seminggu sekali, paling byk pun 3 kali menulis skrg ni. Owh damnnn!!! mmg malas dah nampaknya. 

Bukan kerana nak pergi holiday next week. Ehh tu pun salah satu faktor jugak. hehehe. Tapi ni jenis mmg all in one malasnya tak boleh nak kata. Vitamin M ni klu dah ada dlm bdn, mmg payah nak buang. Redha jer lah nak woiiii.. hahahhaa

Alhamdulillah, kerja yg sepatutnya kena settled kan before going for holiday dah siap. Lega lah skit. Klu ada pun skit2 jer yg perlu di lunaskan next week. But not so urgent. Klu dpt siapkan before holiday as a bonus. If not, boleh jer hand over pd my clerk since information pun tak cukup lagi. Baru lah dpt tarik nafas dlm2 sehari dua ni. Klu tak mmg kelam kelibut gamaknya. Lyn ni jenis habis waktu kerja mmg malas nak pikir pasal kerja. Next day dtg baru pikir. Itu Lyn lah. Org lain Lyn tak tau. Balik rumah nak happy jer. 

Skrg ni tgh packing barang untuk holiday. Terus jadi blur bab2 packing ni. Bila tak bawak, takut memerlukan bila sampai kat sana. Bila bawak kang tak pakai pulak. Confuse betul. Baru packing skit, rasa dah berat. Kumbah balik. Buang mana2 yg perlu. Tp sebenarnya perlu pun. Kena simpan space skit untuk shopping nnti. Klu tak shopping nnti mak stress nak woiii!! hahaha.

Oklah malas nak cerita pjg2 sbb takde mood dah. Nanti kita cerita lagi. Esok ada kenduri kat rumah. Semoga semuanya berjalan dgn lancar. Amin.

Have a good weekend everyone. Bye!!!


Minggu Stress

Hi LoVers,

Lately ni masing2 moody kat office. Sejak masuk kerja selepas Labour day hari tuh, my boss mcm hape ntah perangai nya. Masuk office, dia mula buat muka klu ada yg tak kena. Sorang2 kena hentam. So Lyn tak terkecuali gak dia tegur. But to be honest, Lyn tak pernah lah kena marah kaw2 dgn dia. Biasa2 pun dia tegur jer. Sbb Lyn jenis yg cepat berubah muka bila ada yg tak kena. He's noticed that. Mcm staff lain, mmg kena kaw2 punya. But Lyn dah biasa dah. Maklumlah kerja PA mcm Lyn ni dah biasa dah dgn bos marah2 staff kuat2 ni. Previous office pun sama, siap hentak2 meja & carut2 lagi. Telinga pun dah lali uollsss. Hehehe

So baru2 ni pun my office ada buat some renovation skit. Dia punya kecoh, suruh org pantau sana sini. My GM sure lah kena pantau2 gak, tapi dgn Lyn pun terlibat sama tanya pendapat ok ke tak. Ko rasa?? Ishhh tak payah kot. Dorang tau lah kan, dah kerja dorang. 

Dgn Lyn submit cuti awal tu pun dia byk tanya. Hari Selasa 2nd May tu Lyn submit. Dia tak sign pun. Siap dia tanya sapa yg handle kerja Lyn nti. Dlm hati, mcm baru hari ni aku cuti?? Selama ni my clerk lah yg akan handle klu Lyn cuti. Cuti2 sebelum ni & thn2 lepas, ke Krabi baru ni pun dia gak yg buat. Yg penting Lyn briefed dulu. Taklah Lyn tinggal buta2 jer. Mana yg Lyn kena settled, Lyn settled kan. Mana yg nak kena follow-up, I'll leave it to her. My GM pun akan tolong dia gak since dia pun staff biasa2 jer. So Lyn amik form tu semula. Malas nak berckp time tuh. Sebelum Lyn apply pun, Lyn dah informed my clerk awal sebulan yg Lyn nak cuti. So no issue kot. So next day baru Lyn jumpa dia & explain. Baru lah dia faham. Lyn letak balik form, petang tu baru dia sign. Hehehe. Alhamdulillah..

But.. but...

Nak cuti end of this month ni, kerja melambak2 pulak. Dgn project baru masuk. Dgn report nak kena settle kan. Meeting nak kena attend. Ishhhh mmg byk lah. Bertabahlah Lyn. Sesungguhnya ujian ko tu sebelum nak pergi bercuti. Hahahhaa

Weekend mmg tak dpt nak slot time. Last week, sibuk beli brg untuk kenduri minggu dpn. Weekend minggu ni kena pergi kursus (jgn tanya kursus ape, hahaha). Next week, hari sabtu kenduri Tahlil & Doa Selamat yg mana family kitorang mmg buat tiap2 thn sebelum menjelangnya Ramadhan. Cuma Ahad jer lah Lyn free nak shopping beli brg. Actually, takdelah byk benda nak kena beli pun since dah beli awal2 hari tuh. Tinggal saki baki skit jer sbb di sana sudah pre-winter nak woiii. Jdnya semua kena re-arrange. Tu pun Lyn slot time lepas kerja hari Isnin baru ni beli brg skit. Tapi tak boleh la lama2 pun sbb nak next day kerja. Nak beli & belek2 pun mcm rushing jer. But klu masa itu jer yg ada, terpaksa gaklah. 

Dlm kepala ni duk pikir bila nak slot time beli benda ni semua. Konon mlm tadi nak keluar, tapi bila sampai rumah jadi malas dgn perut tak berapa nak sedap. So postponed lah ke esok, tak pun esok2 nya. Hahahhaa.

Blog ni pun ala2 mcm malas jer nak keluar new entry, ater tuan punya blog pun dah malas menulis. Duk pikir nak holiday sajo. Hahahaha..

Ermm... elok lah di tutup blog ni nampaknya. Hujung thn. In Sha Allah...

Oklah lah, bye semua. Selamat berhujung minggu!!!


Short Monday Entry

Hi LoVers,

Good morning & happy Monday everyone!!! 

Back to work after weekend. Spt biasa kena kerja. Kena byk siapkan kerja sebelum hujung bulan ini sebelum bercuti panjang. Nak pergi holiday dgn kawan2 blogger katanya. Destinasi nnti Lyn bagitau later lah yer, since kitorang semua tak mention pun kat mana2 lagi. Hahahaha

Start May ni mmg byk benda nak di discuss kan. Nak berjumpa, tapi dlm WA group mmg bertubi2 jugak chit chat nya. Bagus jugak ada WA ni, boleh create group & boleh berbincang dgn mudah. Taklah perlu nak jumpa selalu. Cuba bayangkan klu takde WA, payah jugak nak discuss. Cuba klu discuss melalui SMS, tak ke payah. E-mail pun susah gak.

Actually dah agak kedaung jugak sbb kepala dah pikir nak holiday jer. Kerja pun nak taknak kena siapkan. Klu tak nnti, tak boleh cuti. Ermm btw, my annual leave already approved. Yeayyyy!!! Tapi kerja rasanya makin bertimbun pulak. Ishhh2. So kena lah berusaha untuk menyiapkan dgn jayanya. 

Oklah cerita lite2 jer hari ni. Sbb sudah tak tau nak tulis apa. Byk lagi entry yg Lyn hutang. Krabi, PD and ada lah entry yg tak penting pun sebenarnya. So klu tak tulis pun, org tak kisah pun. Hehhee..

Nak cerita ni jer sebenarnya....

My niece, Puteri dpt tempat ketiga dlm pertandingan taekwando Daerah Klang. We proud of you baby even dpt no 3. Lepas ni boleh jadi bodyguard acik. Hahahhaa

Dlm WA kemain papa nya kata "lepas ni boleh jadi bodyguard papa & mama!!!" hahahhaa


Hello May!!!

Hi LoVers,

Good morning. Welcome back to work everyone after long weekend!! Hehehe.

Mood pun tak berapa nak mari skrg ni. Cuti 3 hari punya lah sekejap sgt. Sedar nak masuk Selasa dah. Anyway, Happy May everyone!! Tinggal sebulan lagi nak puasa. Jgn lupa ganti puasa yer pd siapa2 yg cuti tuh. hehehehe.

Let's watch this video. Nice & beautiful :)



Yeay!!!

Hi LoVers,

Long weekend is coming up due to Labour day. Many people use the Labour Day holiday as part of a long weekend. 

Have a good Friday & long weekend everyone!!! 

Enjoy ur holiday yeah!!! Cheers :))


Ubat Stress

Ini lah hasil nya apabila stress selain bershopping :(