Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

I Miss You!!

Hi LoVers,

I miss Perth so much. The people, the lifestyle, everything is the best.

This was taken at our balcony at Baileys Serviced Apartment, Perth.

I should blog about it soon. In Shaa Allah... About Krabi too. Hahahaha.

Bye!!!


Away....

Hi LoVers,

Good morning everyone!!

For time being, Lyn tak update for a few days. Kerana......

I will be away starting today until next week for holiday, lalalalalalala :)

And I might not be able to online during this period of time. Tak kuasa nak on laptop segala.  Since ini adalah perancangan percutian yg agak lama, kita kenalah gunakan sepenuh masa untuk melihat negara org. Lyn hanya akan update Instagram @lynyusoff sahaja In Sha Allah.

Doakan perjalanan kami ke negara berjalan dgn lancar & baik2 sahaja. Amin.

Bye & see you next week!!!


USS Singapore

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Before Lyn update cerita Krabi, Lyn nak update story about USS Singapore dulu. It was last year trip. Girl's trip before CNY eve. Two of them my niece & sorang lagi kawan my niece kat Uni. Trip ni lama jugak lah plan. Nak booking tix flight lagi, booking tix USS lagi. Semua Lyn buat sendiri. Dorang ni mana lah reti. Yg dorang tau, mak pak bagi duit jer. Cukup time terus pergi. hehehee

Flight from KL to Singapore. Dpt harga murah time tuh. Stay kat hotel biasa2 je. Our trip ni 2 days 1 night jer. Sampai Singapore pepagi Subuh tu terus pergi USS dulu & enjoy. Later baru kitorang check in hotel untuk 1 nite stay & next day terus jer balik. Our main program mmg nak pergi USS jer. 




Kami selepas sampai entrance USS. Punya lah ramai orang sbb time tu cuti CNY kan. Even cuti pun ramai jugak yg dtg. Lyn time ni mmg holiday lama. Tu sebab nak ke sini.

First tempat kitorang pergi, lepas jer masuk entrance terus jer ke belah kiri. Lepas tu terus masuk tempat dorang buat filem. Seriously Lyn mmg dah lupa apa nama dia. But it was real. Terasa mcm kita nak dlm filem tuh. 

Next our location is Transformers. 



Time ni mmg ramai betul orang queue. Mmg hati dah panas dgn kaki pun lenguh mcm nak pengsan dibuatnya. Kesian kt budak2 ni. Lyn pun tak daya jugak. Konon nak surrender, tapi mcm dah separuh jalan kot. Baik lepas kan jer. 

Seriously mmg best naik transformers ni walaupun mula2 kitorang cuak sebenarnya. Dah lah kitorang berempat duduk depan. Mau tak menjerit. But seriously mmg best. Nasib baik keluar tak ting tong. Hahahhaa

Konon nak masuk rumah mumia ni. Tapi ramai sgt orang sampai tak boleh nak menyempit2 skit. Last2 kita bergambar jer lah.

Yg ni lagi sakit hati. Dah half way queue, sbb mmg excited nak naik. Rasa dlm sejam lebih jugak lah queue, dah dkt nak sampai our turn, dorang punya system shutdown. Ko rasa tak hangin?? Sabar jer lah. 

Last2 layan Madagascar. Best lah pulak walaupun untuk budak2. Tapi we had fun. Yg penting boleh sama goyang dgn dorang. 

Then sambung pulak dgn Sesame Street Show. Best. Ramai jugak org2 dewasa yg layan. Tak rugi pun. Tix kan berbayar, selagi boleh layan, kita layan jer. Hehhehee.

Lepas tu kita sambung bergambar & shopping sebelum gerak ke hotel. Tak shopping byk pun. Biasa2 jer. Yg penting2 jer kita beli. 






Kita mmg tak stay lama kat situ. By 7pm kena gerak sbb nak check-in kat hotel. Since kita dah informed late check-in tak lah risau sgt. Cumanya masing2 dah penat sgt. By 7.30pm kita gerak ke hotel. 

Sampai hotel kita makan dulu sblm mandi & tidur. Malam tu kitorang tak kemana. Lyn tidur awal sbb migraine menyerang. Budak2 ni biasa lah merayau dkt2 area hotel. Tu pun dah pesan awal2. Jgn lelama sgt.

Next day, lepas jer breakfast, kita terus ke Airport. Flight tengahari tuh. Sampai awal spt yg di janjikan. Tak delay.

Ermm itu lah percutian setahun yg lepas. Part Krabi ni tak tau lah bila nak start menulis. Tunggu mood mari lah kot. hahahaha


Back Today!!!!

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!



Just got back from Krabi. Safely landed KLIA on Wednesday. Alhamdulillah, my holiday went well. Syukur sangat. 

Penat tak habis lagi ni. Semalam Lyn masuk kerja dah. Weekend nnti baru boleh rest puas2. Entry Krabi later2 lah Lyn post yer. 

Have a good weekend. Bye!!!!


Krabi Here We Come!!!

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

I will be away for short vacay in Krabi, Thailand. This is my second visit to Krabi after a few years ago. I think almost 10 years back kot. 

Today is my second day in Krabi. Arrived yesterday morning. Alhamdulillah, the journey was good. Jadual Lyn mmg padat di Krabi untuk beberapa hari ni. Apa2 Lyn akan terus update di Instagram. Cuma di blog ambil masa skit lah. Tunggu Lyn balik & betul2 bersedia untuk menulis.

Doakan Lyn baik2 di sini & selamat pulang nnti. See u soon on Thursday.

Bye!!!


Mekz Cafe

Tumpang bro's house for a quick OOTD. Gitew. Bersiapan nak berjumpa gang tuk trip in May next year In Sha Allah. Tengahari ni sebelum heading ke Kajang. 

Pagi tu Lyn byk urusan di Cyberjaya & USJ. So niat hati mcm nak pergi straight dari Cyber, tapi urusan settle awal. So balik dululah. Lagi pun berjumpanya jam 3pm. Kang mereput plak nak pergi mana. hehehe. Sempat tukar baju lain lagi. 

After Zohor baru Lyn gerak ke Kajang. Tu pun leka terlepas masuk highway. Tu lah bergayut punya pasal mmg terlajak lah dibuat. Nasib baik ada jalan lain. Maklum lah awak kan sorang2, so kena struggle skit. Tak kuasa nak call2 tanya org. Lagipun memasing ade waze, ikut jer. Hehehe.

Berjumpaan kul 3pm, tapi Lyn lewat. Biasalah boleh sesat plak nak mencari kedai Amy ni. Kena call tanya dulu. Bila dah sampai, "eh aku dah lalu lah dpn ni, nape tak nampak?" Maklum lah tgk2 kalut tuh mana lah nak perasan pun kan. Sampai sana dorang dah half way dah duk discuss pasai trip ke ehemmm ehemmm tuh. Ehemm lah sgt. Hahaha

Alhamdulillah, 60% semua benda dah settle. Accommodation, transport, itinerary semua dah beres. Tinggal benda kecik2 yg melibatkan benda2 kat sini kena settle sebelum terbang nnti. Ada yg dah settle, ada yg jugak in process. Slow2 lah sbb memasing semua busy hujung tahun ni. Ada lagi 4 bulan lebih. Sempat lagi. Yg penting tempat tinggal & transport settle dulu. 

Di awal2 perbincangan. Muka masing2 flawless lagi. Tgk hujung2 nti. Hahahaha. Lyn pulak melapar kat sini. Order kueh teow hongkong klu tak silap. Amy yg recommend. Sedap woiii. Tak rugi try. Yg lain2 sudah makan. Dorang kan sampai awal. 

Hahhhh muka lemau dek kepenatan. hahaha. Dari kul 3.30pm sampai lepas Maghrib ok kitorang kat situ. mau tak lemau. Muka pun tak flawless lagi dah, sbb tu Amy tutup dgn tgn dia. Hahahah. Lepas settled, semua gerak balik. Lyn hantar Kak Dee kat komuter Bangi & terus chow balik. 

Owh, yer, thanks Amy sbb sudi belanja kitorang. Malu ok taukey kedai belanja. Tak best lah pulak kan. Tapi dah dia nak belanja, kita terima jer lah. Lain kali tak boleh lah. Org berniaga kan. Klu free memanjang apa jadinya pulak. hehehe.

Klu korang rajin bila2 ni boleh singgah kedai Amy. Ni address nya. 

Mekz Cafe,
6, Jalan Seri Putra 1/2
Bandar Seri Putra, 
43000 Kajang, Selangor. 


In Advance Kaedahnya

Baru terperasan pic ni dlm draft. Rupanya sepatah haram pun tak menulis lagi pasal aktiviti ni. Ok2, let's membebel back.

It was happen during perhimpunan Bersih 4, end of August. Kengkonon tak jadi sbb takut jammed segala bagai. Akhirnya, kita meet-up jugak. Jumpa di Sunway Putra Mall. Lyn biasalah naik komuter, senang tak payah tukar train. Dari Stesen Bukit Badak terus ke Stesen Putra. Tapi yg tak bestnya train delay & org ramai gila kot. Semua pakai nak pergi perhimpunan. Ok, abaikan.

Lyn terlewat dari yg lain. Tapi takpe, dtg jugak. Berjumpa dia Restaurant 100 Tahun. Nun hujung kat Level 4. Letih gila berjalan. Nasib pakai flat shoes. Hehehe

4 of us. Mya, Kak Dee & Kak Tina. Amy patut join jugak, tapi last minute dia ada hal. So kita teruskan dgn our discussion. This is our next year trip, in May. In Sha Allah. Tak nak reveal. Nanti nak pergi baru kita cerita yer. Tak pun kat sana jer nnti kita update, or else tunggu je Lyn update dlm blog. hahahaha

So kita jumpa ni bahagi2kan tugas. Nak survey itu ini. Nak kena study byk tempat. Mmg perlukan semua benda in details klu boleh. Klu nak diikutkan senang jer arrange trip ni. Berborak2 dlm WA jer & terus come-out with our destination. Sap2 sui pilih tempat & byr. Mmg cepat & pantas betul kami2 ni wat decision. Hahahah.

Dan yg paling tak perasan, Lyn pun ada trip early April. Sebulan sebelum trip dgn dorang ni. Aduhaiiii dah beli ticket baru teringat. Tu lah gelojoh sgt. Tu pun update later.

Settled discuss dgn dorang, Kak Dee & Kak Tina gerak awal. Lyn & Mya sempat lagi ronda Sunway Putra Mall. Kan dah baru, harus lah jalan2. Bak kata Mya, bkn selalu pun dtg sini. So kitorang pun jalan2, sambil2 tu survey pakaian & luggage yg nak di bawak. Jalan2 jap, then terus kita balik. Tak larat dah. 

So kitorang naik komuter jer. Mya stop kat KL Sentral then naik LRT. Lyn terus ke Bukit Badak. In Sha Allah early November ni jumpa lagi untuk update task masing2.

Sekian.

JB Trip : Last Day

Last day in JB. Pagi tu kitorang check out awal dalam pukul 10am. Sbb byk sgt tempat nak singgah nnti. Nasib baik lah semua bangun pagi & bersiap on time. Klu tak, terlajak lagi lah nampaknya. So my friend settled kat check out semua. Kitorang settle kan brg2 yg nak di bawak masuk dlm kereta.

Bergambar dulu kat depana hotel. Semua my friend yg booked & settled kan. 2 rooms for RM360 without breakfast. Cuma hotel ni jauh skit dari JB town. But should be ok. 

So settled semua kita pi brunch sekali. Location nya di Restoran ZZ Sup Tulang. Location nearby Hospital Sultanah Aminah klu tak silap Lyn lah. Sbb awak tak drive kan, so tak amik port sgt. Kt belakang rasa nak membuta jer. Tapi tak sedap lah pulak kan. Hehehhe




Ni lah tempat nya. Environment kampung2 gitu. Boleh pilih nak dulu bersila or duduk di kerusi. Masa kitorang sampai org penuh. Tapi rezeki jugak lah nasib baik ada tempat kosong. Service cam lemb skit. Panggil tiga empat kali mau nak mai dtg. Fed-up gak. Nasib baik tak blah. Jaga hati2 kawan gak Lyn ni. 

Btw, kat sini famous sup tulang, mee rebus & sup ayam. So Lyn dah tak tau nak makan apa. Sup tulang mmg tak makan ler. So terpaksa lah amik sup ayam & nasi putih. Kawan Lyn yg dua org order mee rebus sup tulang.

Ni lah order Lyn. Nasi putih & sup ayam. Ermmm sup ayam tu di goreng & dimasak sup. Actually Lyn tak boleh telan pun. Lyn ingat sup ayam mcm kat sini. Bkn rupanya. Klu ada sup perut ke sedap jugak. Tapi ilek pocik. So makan jer apa yg ada. Rezeki kan. Tgk org lain tu tak makan. Ko dah ada mknn pun merungut yer Lyn. Huuhuhuhuh.

Lepas brunch, kitorang ke Plaza Angsana. Kawan Lyn cari buah tgn untuk family. Lyn tak beli apa pun sbb mcm takda apa yg menarik. 

Then hantar pak kawan Lyn si Ayu ni ke rumah makcik dia. Dia kena stay sampai Isnin sbb dia ada kerja kat JB. So kitorang hantar dia & terus berdesup balik. Nak singgah rumah makcik dia pun tak dan sbb dah pukul 2.30pm. Masing2 mengejar masa. Next day nak kerja woiiii. Tak boleh nak sambung cuti. 

So tinggallah kitorang bertiga balik ke Shah Alam / Klang. Lyn mmg tak drive. Pening kepala. So membongkang kat belakang. Tapi takde lah tidur lama mana pun. Makin pening kepala plak nnti. Dlm perjalanan hujan lebat, so kena lah slow2 nampak. Tak lama jugak. Lepas tu kasi besit lah. hehehhee.

Berhenti 3 kali jer. Sekali kat shell beli snack. Then berhenti kat R&R Pagoh nak beli buah2an. Dan sekali kat Seremban untuk Solat Jama'. Alhamdulillah, kitorang sampai tepat2 azan Isya' kat Masjid Shah Alam. Hantar my friend Erin kat sana. Hubby dia tunggu situ. Sbb lepas tu dorang ada agenda lain. So Ainil yg hantar Lyn balik rumah. Alhamdulillah selamat sampai semua. 

Balik tu kemas2 brg, basuh baju & terus tidur. Mmg tak boleh nak extend lagi. Sbb penat sgt kan. Off hp & tidur dgn aman malam tuh. Nasib baik next day tu senang nak bangun. Maklum lah Monday blues kan. Korang faham2 jer lah yer. hehehhee.

Alhamdulillah, tamat dah our vacation 3 days 2 night. We had alots of fun. Should repeat again after this. Destination lepas ni oversea pulak. Next year, In Sha Allah.


JB Trip : Jalan-Jalan Malam Di Johor Bahru

Ok, continue cerita kat JB.

After rest kat hotel dlm sejam, lepas Maghrib kita gerak ke Hotel Granada for our buffet dinner. Our voucher bought via groupon. Semua my friend, Erin yg settled kan. Lyn just booked the date 4 days before we went there.  

Sekali lagi thanks to waze kerana bawa kitorang ke sana. Klu tak, sesat ke barat lah kita. Hehehe. Our buffet dinner started at 6.30pm till 10.30pm. Kita sampai pun dlm pukul 8pm. So boleh lagi makan sampai lebam. 


Sambil makan sambil bergambar. Lyn pulak x dpt nak snapped environment kat hotel tu sbb sibuk makan. Lapar woiii masing2. Just makan breakfast tu & minum kat Starbucks. Mau tak lapar. Tapi malam tu mkn sopan2. Takut nnti klu melahap tak hingat dunia, mau sakit perut. Hahahaha

To be honest Lyn mmg tak diet langsung masa kat JB. Semua main belasah makan jer dari 1st day sampai sampai lah balik. Kata nak enjoy the food, buat apa nak diet kan. Balik nnti jer lah sambung diet balik. Hehehe

1st plate

2nd plate. Yg ni Lyn ulang dua kali. Sedap wooo dpt makan BBQ ni. Sos nya dah lah sedap. 

My last plate

Best betul buffet dinner kat situ. Even tak byk choice tapi makanan dia mmg sedap. Berbaloi lah beli groupon RM78.00 for 2 pax. Cuma taklah mewah sgt. But not bad. Kita stay sampai habis buffet. But one of my friend gerak awal sbb nak pergi rumah pakcik dia. So tinggal lah kami bertiga. 

Malam tu plan nak karaoke. Mulut dah gatal lama tak nyanyi. Puas lah cari karaoke, tapi jauh plak dr location kitorang tuh. Yg ada pun bkn family karaoke. Ni yg jenis serve alcohol & pelayan. Ermm mmg tak lah woiiii. Scary woiiii.

At last kitorang jalan2 kat Danga Bay jer. Ada jugak gerai2 mcm uptown kita kat sini. Tapi tak kuasa lah nak singgah. Sesak & jammed segala bagai. Yg kat sini pun Lyn tak pergi, ni nak pergi kat JB. Tak payah lah. Sure berhimpit2. 




Since kitorang bertiga, jadinya kita melepak kat Istana Bukit Serene jer. Ramai jugak org yer lepak2 kat sini yer. Semua ambil peluang nak bergambar kat Istana ni sambil tgk waterfall. Kitorang pun bergambar gak lah. Bkn selalu pun dtg. Tengah2 bergambar, tiba2 dgr siren kereta polis. Rupa2nya Tengku Mahkota berangkat ke Istana Bukit Serene. Ada satu kejadian dpn mata kitorang, tapi tak yah lah reveal. Kesian pulak klu di pikirkan balik.

Settled bergambar, kita ronda2 jer kat JB tuh sambil menikmati JB di waktu malam. Pukul 12.00 kita gerak balik hotel nak ambil kawan kitorang yg sorang tuh. Dia tunggu kat hotel. Lepas jer fetched dia, kitorang ronda2 JB semula. Sebenarnya kitorang masih cari tempat karaoke, tapi tak jumpa. Ermm bkn rezeki nak melalak kat JB lah gamaknya. Nanti kt KL lah repeat.

Alang2 dah nampak cafe time ronda2 tuh, kitorang suffer sekali.

Tak ingat lah cafe apa. Tapi yg penting halal. Muka masing2 dah penat dah tuh. Tapi lapar & haus. Tapi takda lah mkn yg heavy pun. Mee hoon tomyam tu kitorang shared berempat. Yg lain2 kitorang order fries & nugget jer. Makan borak, borak makan. Tu jer lah kerja kitorang.

Dah penat baru teringat balik hotel. Nasib baik lah tak jauh dr hotel tempat lepak tuh. Balik hotel, bersihkan diri, lepak & sambung berborak sampai pukul 3am. Padahal time kat luar kemain menguap bagai. Sampai hotel, mata masing2 segar bugar. Layan borak sampai 3am & terus sambung tidur. Nyenyak tidr pagi tuh. Sedar2 kwn Lyn kejut Subuh.

Ok sekian. Nanti sambung lagi.

Selamat menyambut Awal Muharram 1437H.

JB Trip : Jalan-Jalan di Johor Bahru

Hi LoVers,

Good morning & have a good week everyone!!!

Today Lyn nak sambung our trip in JB. Our second day running smoothly. Cuma tak larat dgn cuaca yg membahang jer. Pening gak kepala. Since kitorang booked hotel without breakfast, mmg saja jer pun sbb kitorang nak enjoy makan kat JB. Bkn selalu pun turun JB pun kan. So sesekali turun tuh, harus lah cuba makanan sana. 

Plan sepatutnya pukul 9am. Tapi biasalah janji melayu kan. Hahahha. Kitorang berdua lepas Subuh mmg tidur balik & kunci jam at 8.30am. Tapi bilik sebelah, masih membuta lagi. Kitorang ketuk2, dorang baru nak bangun. Cam hampeh kan. At last kul 10am jugak baru keluar cari breakfast. 

Our plan nak pekena kacang pool. Thanks to waze. Sbb klu takde waze ni mmg sesat baratlah jawabnya. Hehehe. Mcm nak tempat rasa mcm takde masalah sgt, sbb salah sorang kwn kitorang ni selalu outstation kt JB. So mana2 tempat makan dia tau. Cuma masalah jalan jer yg kena cari betul2. 

Sampai dah kat Kedai Kacang Pool ni. Kata kwn Lyn pemilik kedai ni suami Wan Maimunah. Bekas suami lah. Katanya dah cerai. Lyn plak tak dgr citer. So okey, tak penting pun. Kat sini dorang order mcm biasa. Tapi tang nak mintak sudu garfu boleh plak dia kata self service. Mcm hape plak. So kena lah ambil sendiri. Mcm ko tak boleh hantar order, hantar lah sudu garfu sekali. Haihhhhh....

Kawan2 Lyn layan kacang pool

Lyn pekena lontong. Boleh tahan sedap. Lepas breakfast kitorang gerak ke Dang Bay. Saja lepak2 cuci mata. Panasnya mmg membahang. Hanya Allah saja yg tau. 







Sebahagian dari picture2 di Dang Bay. Tak larat nak tepek semua. 

Settled lepak & bergambar, so kita pekena Starbucks dulu. Panas kan kat luar. Kena ice blended, kemain segar bdn. Klu tak lemau kemain dgn panas membahang. Kita melepak kt Danga Bay tak lama pun sbb kita ada plan lain. 

Plan memanjakan diri. hehehe. Spa & facial time. Wahhh kemain jauh kan memanjakan diri. Hehehe. Bkn apa, selain dari makan2 & bercuti, kitorang mmg nak memanjakan diri jugak. Sesekali memanjakn diri berjemaah. Selalu buat sorang2. Hehehe

Mana kitorang dpt semua tempat2 ni?? Ni semua via groupon. Kwn Lyn, Erin yg mencari semua package2 spa & facial ni. Gigih kan. By 2pm onwards adalah masa untuk spa & facial time. Aduhaiiii mmg best lah. Rasa fresh sungguh badan. Our session ended at 5.30pm. 

Feel fresh after spa & facial time. Muka happy sbb dpt memanjakan diri while in JB. Mmg best. So after that kitorang balik hotel dulu before going out for dinner. Sepatutnya nak gerak terus jer, tapi kawan Lyn yg sorang tu pening kepala. So kita balik rehat dulu lagi bagus. Boleh gak baring2 & rest dulu. Lagipun hotel & tempat kita spa tu pun tak jauh. 

Balik hotel sempat lah lelap sekejap. So citer dinner tu kita sambung next entry. Bye!!!