JB Trip : Jalan-Jalan di Johor Bahru

Hi LoVers,

Good morning & have a good week everyone!!!

Today Lyn nak sambung our trip in JB. Our second day running smoothly. Cuma tak larat dgn cuaca yg membahang jer. Pening gak kepala. Since kitorang booked hotel without breakfast, mmg saja jer pun sbb kitorang nak enjoy makan kat JB. Bkn selalu pun turun JB pun kan. So sesekali turun tuh, harus lah cuba makanan sana. 

Plan sepatutnya pukul 9am. Tapi biasalah janji melayu kan. Hahahha. Kitorang berdua lepas Subuh mmg tidur balik & kunci jam at 8.30am. Tapi bilik sebelah, masih membuta lagi. Kitorang ketuk2, dorang baru nak bangun. Cam hampeh kan. At last kul 10am jugak baru keluar cari breakfast. 

Our plan nak pekena kacang pool. Thanks to waze. Sbb klu takde waze ni mmg sesat baratlah jawabnya. Hehehe. Mcm nak tempat rasa mcm takde masalah sgt, sbb salah sorang kwn kitorang ni selalu outstation kt JB. So mana2 tempat makan dia tau. Cuma masalah jalan jer yg kena cari betul2. 

Sampai dah kat Kedai Kacang Pool ni. Kata kwn Lyn pemilik kedai ni suami Wan Maimunah. Bekas suami lah. Katanya dah cerai. Lyn plak tak dgr citer. So okey, tak penting pun. Kat sini dorang order mcm biasa. Tapi tang nak mintak sudu garfu boleh plak dia kata self service. Mcm hape plak. So kena lah ambil sendiri. Mcm ko tak boleh hantar order, hantar lah sudu garfu sekali. Haihhhhh....

Kawan2 Lyn layan kacang pool

Lyn pekena lontong. Boleh tahan sedap. Lepas breakfast kitorang gerak ke Dang Bay. Saja lepak2 cuci mata. Panasnya mmg membahang. Hanya Allah saja yg tau. 







Sebahagian dari picture2 di Dang Bay. Tak larat nak tepek semua. 

Settled lepak & bergambar, so kita pekena Starbucks dulu. Panas kan kat luar. Kena ice blended, kemain segar bdn. Klu tak lemau kemain dgn panas membahang. Kita melepak kt Danga Bay tak lama pun sbb kita ada plan lain. 

Plan memanjakan diri. hehehe. Spa & facial time. Wahhh kemain jauh kan memanjakan diri. Hehehe. Bkn apa, selain dari makan2 & bercuti, kitorang mmg nak memanjakan diri jugak. Sesekali memanjakn diri berjemaah. Selalu buat sorang2. Hehehe

Mana kitorang dpt semua tempat2 ni?? Ni semua via groupon. Kwn Lyn, Erin yg mencari semua package2 spa & facial ni. Gigih kan. By 2pm onwards adalah masa untuk spa & facial time. Aduhaiiii mmg best lah. Rasa fresh sungguh badan. Our session ended at 5.30pm. 

Feel fresh after spa & facial time. Muka happy sbb dpt memanjakan diri while in JB. Mmg best. So after that kitorang balik hotel dulu before going out for dinner. Sepatutnya nak gerak terus jer, tapi kawan Lyn yg sorang tu pening kepala. So kita balik rehat dulu lagi bagus. Boleh gak baring2 & rest dulu. Lagipun hotel & tempat kita spa tu pun tak jauh. 

Balik hotel sempat lah lelap sekejap. So citer dinner tu kita sambung next entry. Bye!!!

4 comments:

idzwa kamaruddin said...

wahhhh suka giler tgk gambar kat pokok kelapa tu! happening ;)

Mummydearie said...

Amboi, happening sungguh short vacation di JB yerk! Ada sesi memanjakan diri lagi! Kalau akaklah kan memang meronda sampai melecet kaki baru balik ke hotel. Cantik gambar kat Danga Bay tu. Bukan main lagi korang 'couple' dengan pokok yerk!

Lyn Yusoff said...

Idzwa,
Kannnn.. mintak tlg adik2 kt situ snapped kan..

Lyn Yusoff said...

MD,
happening kak.. rasa taknak balik. tapi masing2 tak boleh nak stay lama lah kan...
mmg berjalan & memanjakan diri sungguh kat sina. mmg sampai sakit kaki dibuatnya..