Wordless Wednesday #74

2012-10-19 22.01.47

2012-10-19 22.03.34

2012-10-19 22.03.42

2012-10-19 22.02.08

Dua Pilihan

Now, I got 2 choices.

Follow my heart or follow my brain.

Actually, it was really difficult to choose either A or B. Bukan senang nak buat pilihan yg agak payah ni. Serba serbi tak kena.

imageOwh btw, I’m not sharing this things to everyone. Lyn rasa bkn masa yg sesuai nak cerita kan semuanya. So don't start asking me questions. Takut plak Lyn nak jawab. Takut nnti ada org yg tanya benda yg tak sepatutnya. Hehehe

To be honest, Lyn adalah cerita dkt one of my bff. So now, she’s keep asking about that things. Tu yg Lyn rasa tak boleh nak jawab tuh. So I just decided not to reveal to everyone. Tapi bila di pikir2 kan balik. Kena jugak dpt kan opinion orang. Tapi dgn org yg betul lah kan. Klu tak nnti kena hentam balik. Hahahaha

I hope I'll be strong enough to face this kind of situation. May ALLAH give me strength. Amin :)

Happy working!!

Enuff said.

[Pic, credited to Google image]

Lawak Hujan

image
image

It’s Really Works!!

Hi LoVers!!!

Do you heard about biting new shoes??

Kat mana nak gigit?? Depan? Belakang?

And does it really work??

IMG02637-20120822-1725Normally, it’s happen pd kasut yg fully covered. Mcm Lyn mmg allergic pakai kasut yg fully covered ni. Mulalah bahagian belakang tu melecet. Klu dibiarkan boleh jadi luka. So back to basic, Lyn mmg ikut petua org dulu2. My mum pun suruh buat jugak. Alaaaa try jer kan. Klu tak jadi tak rugi pun. 

Base on my experience, it’s really works!! Bukan lah nak percaya sangat benda ni, but apa salahnya kita mencuba kan. Klu tak sampai bila kasut tu nak gigit kita.

Owh yer, klu nak ikut petua ni kena kasut yg baru dan yg belum dipakai. Klu dah pakai tak jadi dah yer anak2. Lagi satu gigit kat belakang tu. My mum pesan sebelum nak gigit tuh. Ckp ni dulu. ‘Sebelum kau gigit aku, aku gigit kau dulu’ [I'm bite the shoes before the shoes bite me!!] Hehehe.

Sounds so funny rite?? But it’s really works!!

Lepas tu pakai jer, InsyaAllah takkan melecet. Ape2 semua tu kuasa Allah kan. Kita ni sekadar mengikut petua org dulu2 jer.

How about you guys?? Have you tried this before?

Monday Bluessss :(

image

Dinner Time

Hi LoVers!!

Good morning everyone!!!

Today is our first day to work after a raya holiday. Agak liat jugak lah nak pergi kerja. Ada yg still cuti lagi?? Korang mmg hebat lah. Sure Monday blues melanda hari ni including myself. Huhuhu. Tapi meh lah bekerja dgn rajin yer. Wah gitu!! walaupun…… Hehehe

Let’s talk about my dinner. 2 weeks dinner baru nak cerita hari ni. Hahaha. Malas nak menulis mcm gitu lah I sekarang ni.

Dinner plan beriya ke sana ke sini dgn my friend, finally we heading to The Curve. Lepas tu pening nak dinner kat mane. Last2 dinner je kat IKEA. A visit to IKEA is not complete until you try their Swedish meatballs. It’s totally about shopping or whatsoever, but dinner kat situ pun dah cukup best.Sampai pun dah 9.00pm++ . Orang pun dah tak ramai. So sap sap soii jer dah siap. 

IMG02704-20121020-2158Our selection. It was a nice dinner. One of my favor Swedish Meatball... Yummy!! Amik yg 10 ketul jer. Tu pun seksa nak habiskan. Maklumlah perut & mulut I kecik uols. Kena potong dua baru boleh masuk. hahaha

Niat hati mmg nak pekena meatballs jer. Tengah duk melilau tgk menu ternampak muffin plak. Looks so tempting. So terus jer amik. 

IMG02705-20121020-2225Really looked yummy!!! Menyesal beli dua je for each of us. Klu tau sedap sure Lyn nak extra satu lagi. Hehehe.

Even simple dinner, but I’m full until next day. Mcm Lyn cakap tadi, perut I kecik kan. So klu mkn byk, mmg boleh cover tuk next day nya. So jimat kan. Lalalalalalalaa :)

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hi Lovers, 

This is a sticky mode, do scroll down for latest entries. Thx yea... :) 

Assalamualaikum semua…

Kepada pembaca blog ini & juga kawan2 diluar sana…

imageLyn & keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1433H, kepada kaum muslimin & muslimat.

Sama2 lah kita mengambil iktibar dari pengajaran kisah Nabi Ibrahim yang teramat mencintai Allah lebih dari segala2nya.

Pada yg balik kampung tuh, berhati2 di jalan raya. Ingat lah orang tersayang. Happy longgggggg holiday.

[Pic, credited to Google image]

Facebook Effect On Kids

image
image
image Kids nowadays!!! :DD

*Sebenarnya takde mood nak wat entry. Tu yg main tepek jer tuh hehehe*


Wordless Wednesday #73

image LOL


Si Demuk & Si Sepet

IMG02698-20121013-1919 Lyn tak tau lah kenape budak dua orang ni amik pic macam ni. Mcm hape jer Lyn tgk. Eloklah sorang budak demuk, sorang lagi budak sepet. Memang sesuai sgt perangai budak dua org ni.

Klu dorang ni takde, mmg sunyi sepi lah rumah neneknya.

Klu ada.. mmg riuh sekampung. Kalah org yg nak buat kenduri. Hahaha. Klu ada lagi sorang si Baby tuh, mmg ckup sgt quorum. Owh jgn lupa... tambah lagi sorang.

Saper lagi.. Lyn lah. hahaha. Dah Lyn pun kekadang perangai mcm dorang gak. Dorang lah buah hati pengarang jantung masing2 kat rumah ni. Dorang lah tempat menyakat segala bagai. Sbb tu klu jumpa, lepak dlm bilik mmg mcm nak kenduri. Bisinggggggg. Padahal borak2 kosong jer. Dia punya riuh… mak aihhhhh… mcm nak bagi satu kampung dengar. hahah

Ape2 pun Lyn sayang budak2 bertiga ni. Tunggu weekend, kita lepak2 kat shopping complex. Hehehe

Mood Swing

I went to sleep last night in no mood to work, so I decided to set my alarm for 6:00am as usual.  The plan was to could get up early, have breakfast to avoid the tummy-butterfly-syndrome. hehehe..

Went to office dlm keadaan yg agak moody. But the best moment, traffic so clear. Tu yg paling Lyn suka.

Tapi still takda mood.

Kenapa erk...Ermmm...

Actually, its because of holiday mood. So I was in no mood to work even for that half day. Huhuhu. Baru hari Isnin dah menghitung hari nak hari Khamis. Mood swing gitu katanya. Hari ni dah Selasa, cepat2 nak hari Khamis. Tapi kena kerja jugak kan. Owhh damn!!!

Badan jer kat office, tapi hati dah kat rumah dah. Over tau ko Lyn. Hehehe. Mcm lah nak Raya Puasa. Raya Haji jer pun. Tapi kitorang mmg sambut dgn meriah jugak. Ada kenduri & korban kat depan rumah. So mmg excited jugak lah sbb tiap2 tahun mmg mcm ni.

Okey2.. tak nak cerita lagi pasal cuti. Coz I'm still working until Thursday. Huhuhu. Kepada yg cuti awal balik kampung tu mmg I jeles uolsssss. Huhuhu *ishhh ko takde kampung jgnlah sibuk nak cuti awal Lyn. Huhuhu*

Owhhh tidak!!! My sis cuti awal. Ishh gerammmmmnya :(


Photo Obsession :)

P1110259
P1110261
P1110262
P1110265
P1110267
P1110268 Both of them so gediksssss!!!! Especially budak kecik tuh.. LOL

Kuih Lama Dilupa Jangan

Memang susah nak dpt mkn kuih lama2 kan. Nak buat takdalah kan. Sebab nak mknnya 2 3 org jer. Jadinya carik je lah. Nak membeli pun bukan semua tempat ada jual. Mencari2 gak kat pasar malam kot2 ada dijual. Takde langsung. Kuih2 lain adalah.

Bkn jugak Lyn sorang yg teringin kaedahnya. Mum & sis pun teringin sama. Budak2 jgn haraplah. Semua kuih lama dia tak tau.

Abg Lyn plak yg rajin tolong carikkan kuih2 lama ni. Tak sure kat pasar mane dia beli. Tapi bila dpt mkn tuh, mmg hilang kempunan. hehehe. 

IMG02697-20121013-1919Memang kitorang request nak makan kuih tepung gomak. Kuih ni mmg sedap. Nak membuatnya agak remeh jugaklah. Berasaskan kacang hijau. Klu kena gaya mmg sedap. Tapi tak boleh ulang byk kali. Cepat muak. 

IMG02699-20121013-1920Lagi satu kuih dangai. Korang tau ker?? Lyn mmg sukaaaaaaaaaaa kuih ni. Mcm Lyn ckp tadi lah. Nk buat jgn haraplah kan. Memang beli je senang. Kuih ni berasaskan kelapa. So cara buat mmg tak reti lah. Reti makan jer. Hahaha

Anak2 buah Lyn keep on asking ni kuih ape. Maklum lah dorang tak pernah tgk ape lagi mkn kan. Sbb tu jgn lah lupa nak kenalkan pd dorang kuih2 tradisional lama kita ni. Nnti dorang hanya tau cup cake, macaroon, red velvet & etc jer :P

Murni Discovery

Seriously, never been there before.

My friend brought me for dinner last time. The location at Aman Suria. Actually, branch lain pun ade gak. Tapi korang Google sendiri lah yer. Hehehe. But the exact location serious tak hingat, sbb I’m not driving. So buat tak kisah & tak amik port sgt. Normal mcm tuh kan. If driving, mmg Lyn akan ingat. So klu nak pegi next time pun boleh dah.

The restaurant so simple. Tak penuh dgn decoration yg boleh merimaskan customer. But I like the environment. Cuma restaurant ni agak tersorok skit. Tapi tersorok2 pun, giler ramai customer okey.

IMG02696-20121012-2221 The chicken chop special & ice lemon tea for myself. Tempting rite?? It’s only RM12. Murah kan. The rest pic mmg Lyn tak amik lah. Sbb concentrate mkn punya pasal. Hahaha. Chicken chop ni mmg sedappppppppp.

The price so reasonable. Takde lah mahal mencekik sgt pun. Lagi satu portion dia sgt besar. Klu nak share dua orang pun boleh. Lyn yg makan chicken chop ni skit punya seksa nak habiskan. Last2 kawan Lyn yg tlg habiskan. Hehehe.

Spaghetti yg kawan Lyn mkn pun nampak sedap & mmg byk. Cuma tak berkesempatan nak rasa. Balik tu Lyn cerita kat my sis & nieces, dah lah dorang pun ajak pergi. InsyaAllah, klu ada masa mmg nak terjah Murni Discovery sekali lagi. Tak puas hari tuh.

Really recommended for you guys!!

Boleh Ke Kita??

image Agak2 nya boleh ke kita contohi cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan??

Evolution of Education

image

Musim Hujan

Skrg ni kan dah start musim hujan.

Tak pagi, petang. Tak petang, malam.

Klu hujan pagi, liat lah nak bangun pergi kerja kan. Mmg di tarik2 jer selimut tu balik. Klu hujan malam, syok plak tidur. Hehehe. Mau liat nak bgn pagi. hehehe

Sape ade peel mcm tuh?? Takda?? Elehhhhh ngaku jer lah. Jgn nak malu2. Sebab Lyn pun mcm gitu. Hahahaha

P1060312 Btw, selalu hujan time bulan October ni, selalu orang kaitkan dgn Deepavali. Ape relevant nye yer? Org selalu ckp… dah nak dekat Deepavali ni, sure lah musim hujan. 

My indian colleague pun cakap mcm tu jugak.

Btw, cuaca di Malaysia kan dipengaruhi oleh dua monsun iaitu monsun barat daya (May hingga September) dan monsun timur laut (November hingga Mac). Tapi kaitan dgn Deepavali tuh cam tak logik plak. Ermmmm.. watever…

Ape2 pun korang kena berhati2 masa musim hujan ni. Jgn main hujan nnti demam. Klu drive time hujan2 ni kena lah hati2. Jalan licin uollss. Nak selamat, duduk rumah time2 hujan ni. Tarik selimut, tidur. Syok wooooo!!! Sejukkkk. Hahaha

Wordless Wednesday #72


image
Remind me of myself :p 
 

Misi Mencari Sup

I’m not feeling well. Cough, flu and headache in package.

Nasi langsung tak jamah dek takde selera. Off to Seksyen 18, Shah Alam nak mencari sup. Mmg teringin nak makan sup time tak sihat gini. Actually boleh jer masak sndiri. Tapi mim alif lam sin. Hahaha. Nak suruh my mum masakkan, ermmm tak yah lah. Takmau nak susahkan dia. Yg tak tak sihat nyer awak, jadi pandai2 lah.

Heading to Seksyen 18 Shah Alam dgn penuh sabar. Tau je lah petang2 time org balik kerja. Jammed ya amat. Sampai sana terus order. I bought 2 of  soup perut & 2 of mee hoon soup.   

IMG02695-20121009-2059 Was my dinner during that night. Soup perut & nasi putih. That's it. Cukuplah tuk alas perut bila seharian tak makan yg heavy. Utk org yg tak sihat mcm ni, mmg elok pekena soup panas2. Segar u :)

Actually, Lyn dah lama tak pekena soup ni. Dulu masa office dkt dgn Seksyen 18 Shah Alam ni, blh dikatakan selalu gak pekena soup ni. Mmg sedap & macam jenis soup ada. Tapi my fav soup perut & mee hoon soup.

Sudah dpt dah soup yg sedap tuh. Sekian :)

In Reality

Orang Inggeris bila berseorangan, dia akan mengembara dalam negaranya. Bila berdua, mereka akan mengembara ke negara orang lain. Bila bertiga atau ramai, mereka akan menjajah negara orang.

Orang Cina bila berseorangan, dia akan berfikir. Bila berdua, mereka akan berniaga di negaranya sendiri. Bila bertiga atau lebih, mereka akan berniaga di negara orang.

Orang Melayu bila berseorangan, dia akan tidur. Bila berdua, mereka akan bersembang. Bila bertiga, mereka akan bergaduh.

*******************
Tersenyum membaca artikel ni. Ada jugak betulnya…

Tepuk dada tanya selera :P


Makhluk Asing

IMG02693-20121007-1352My niece, Puteri made this drawing a few days ago.

Bila di tanya, pic ape tuh?

Tu dua orang makhluk asing.

Mcm tu erk makhluk asing??

Boleh laaaaa. dari takde. hahaha 

Tak mcm makhluk asing pun. Mcam kucing jantan & betina jer. Siap ada misai bagai tuh, sure lah kucing. Ape2 jer lah adik woiii.. janji bahagia :)

Kat semua di canang nya pic makhluk asing ni. Dah la masing2 ketawa berdekah2. Gitu lah imaginasi budak2 skrg. Okey lah for a start.

Patah Selera

I’m not complaining person. But bila Lyn dah start complain, mmg habis semua Lyn ckp. Hahaha

Berbulan2 tak makan nasi lemak. Bukan favourite pun sebenarnya. Tapi bila teringin mmg mintak my niece tolong belikan kat pasar.

IMG02688-20121003-1948 Nasi lemak paru. Paru dah sedap dah digoreng letak cili mcm tuh. Nasi pun out. Tang sambalnya… MasyaAllah.. Lyn tak boleh nak accept. Sambal mentah ker hape yg ko bagi ni. Serious tak masak. Terus patah selera nak makan.

Tak makan langsung Lyn dibuatnya. Lyn hanya amik paru goreng tu jer. Yg lain mmg jadi mknn nico lah nampaknya.

Isshh tak kenapa lah masih ade peniaga yg mcm ni. Meniaga sbb nak dpt duit & untungnyer saja. Tapi hasilnya.. alahaiiii sedih betul. Kita membeli pakai duit tau, bkn pakai air liur. Cuba lah semenggah skit.

Btw, bkn Lyn sorang yg je patah selera. Si Puteri pun siap ckp tau. 

Ishhhh.. patah selera adik nak makan macam ni. 

Budak kecik pun pandai uolssssss.

Hair Today, Gone Tomorrow

I think it's really time to cut my hair. Yes, I did. Last time I cut it was nearly a year ago. So, anyway, last week I got my hair cut.

Setakat trim hujung rambut tu adalah.

After hair wash and my hair look so damn dry. What to do.  Too much chemical and damaged my lil hair :(

IMG02692-20121006-1418I told my hairdresser to maintain the style. Still dgn layer ‘V’ of coz. Actually, rambut Lyn dah hampir nak sampai pinggang. I know its still super long. Bila potong skit pun, you can’t even tell a difference.  And now dah pendek. Takat bra length dah. 

Masa potong rasa sedih giler tgk rambut2 bertaburan kat lantai tuh. Huhuhu. But to be honest, rambut Lyn cepat panjang. So tak risau sgt. Rambut yg dah potong tu, Lyn suh dorang masukkan dlm plastic sbb Lyn nak bawak balik. Dah jadi habit dah :)

Next step…

It’s rebonding time. 

IMG02690-20121006-1214....Sekali harung Lyn buat. Menunggu dgn penuh sabar. From 11am till 3pm baru siap semuanya. I feel so sleepy sampai tersengguk2 dibuatnya. The total lost is RM199 including hair cut, rebonding, hair wash, hair blow together with 1 bottle of hair cream.

Murah kan?? Sbb dorang tgh buat promotion. Hehehe

For now, let's take a look at my new hair.

Opsssss… sorry..

Sorry no pic. Terlupa nak snapped. Later will show you. Actually, takde beza pun dgn sebelum2 ni. Cuma dah pendek skit jer :)

Senyum Jumaat

Meh kita layan lawak pagi2 Jumaat ni.

image
[Pic, credited to Google image]


Like A Boss!!!

imageBaby nowadays. Mane lah hati tak senang kan :)

Mandi orang mandikan.

Menyusu orang susukan.

Pakai baju ada org pakaikan.

Senang cerita, serba serbi ada org buat kan. Macam manelah hati tak senang. Hahaha

[Pic, credited to Google image]

Lelangit Merah Pecah

imageMengiurkan tak tgk pic lips yg sexy ni?? Hahaha

Bukan nak cerita pasal lips ke hape, ni nak cerita pasal Lyn kena lelangit pecah. Dia punya sakit MasyaAllah, pedih ya amat. Mkn benda keras pun sakit klu terkena. Makan benda pedas ape lagi. Pedih wooooo..

Bila terkena lelangit pecah ni serious mcm nak demam. Mula lah flu & batuk non stop. And yes, I'm having a flu & cough now. Lagipun sekarang musim demam. Maklumlah cuaca pun tak menentu skrg ni. Jadi hati2 lah ye. Korang jaga kesihatan korang baik2 tau.

Petua??

Lyn takde petua nak hilangkan lelangit pecah ni. Biarkan jer dgn harapan dia akan baik sendiri. Dan selalu dia akan baik sndiri pun. That's it.

[Pic, credited to Google image]
 

Wordless Wednesday #71


image

Peplum Lover

I love peplum style.

And now….

Peplum dress fashion trend back into the trend among fashionistas. I like it!!

Sana sini duk cerita pasal peplum tops, peplum dress or etc. 

imageTo be honest peplum top is more versatile and easy to wear. It can be wear with coordination skirts, skinny jeans or even hot pants. Klu nak pergi kerja pun sesuai. Bukan sexy sgt pun. Style pe pakai peplum pergi kerja.

Skrg ni klu nak cari tops. Lyn memang cari peplum style jer. And I got a few of peplum tops. Tapi belum pakai lagi. Tengah ikut giliran. hahaha..

[Pic, credited to Google image]


Taken 2

 
Knowing me, I’m not movie lover. Selected movie yg Lyn tgk. Taklah setiap movie keluar Lyn pegi. It’s not me lah anyway. Hahaha

Last week, dpt lah tonton Taken 2. Walaupun terpinga2 tak tau cerita sbb tak follow Taken 1st part dulu. Tapi boleh agak skit2 dari ape yg my friend cerita kan. Review?? Tak pandai lah sgt. Korang kena pergi tonton sendiri.

It's really good. Trust me.

Mandi Kunyit & Garam

Tak tau mane silapnya habis satu badan Lyn gatal2. Berbintat2 merah. My mum ckp kena gigit binatang. Mmg separuh badan jugak kemerahan dibuatnya. Tak boleh nak biarkan, sbb mmg gatal ya amat. Nak garu pakai kuku mmg taklah. Takut luka. So pakai lah kain duk garu2. Dah mcm kera kena belacan dah. Serba serbi tak kena. Hahaha.

Next day pergi kerja habis satu bdn merah2. Cuma tak naik kat muka & tangan jer. Klu naik kat muka sure bengkak muka ku. Hahaha. Tunjuk dgn my assistant Indian girl tu. Dia punya menjerit satu office dgr. Nasib baik awal pagi. Org tak ramai masa tuh. Hahaha.

Dia suh sapu kunyit dgn garam. Katanya tu amalan org india. Time kerja mane nak ku cekoh brg2 tu semua kan. Kena tunggu balik lah jawabnya. For time being, sapu minyak jer. Tu pun surut jap, lepas tu dia dtg balik.

Balik kerja tu, lepas mandi.. mmg amik kunyit yg buat masak tu campur skit garam & air. Dah mcm nak goreng ikan plak Lyn rasa. Hahaha

image Habis satu badan Lyn sapu. Mane tang yg tak boleh tuh, my sis tlg sapukan. Lepas tu kena biarkan semalaman. Tgn Lyn dgn tgn dia sekali warna kuning. Yg paling tak tahan dia kata..

Dah boleh goreng dah akak ni.. Hahaha

Tau lah bdn kena aku sapu kunyit & garam. Ada hati nak goreng aku yer. Hahahah. Ko ingat aku ayam ker?? huhuhuh 

Berkesan jugak garam & kunyit tuh. Cuma pedih skit lah sbb ada garam kan. Tapi Alhamdulillah next day mmg nampak kurang. Dua hari jugak Lyn mandi kunyit & garam tuh. Makin lama makin hilang merah2 tuh. Cuma yg tak best tgn, badan2 semua jadi kuning dek mandi kunyit punya pasal. Bau badan pun dah mcm kunyit. Hahaha. Puas gak nak menyental kasi hilang.

Nasi baik ade Pure Seduction by VS. Terus jadi wangi badan ku. Lalalalalalala :)

[Pic, credited to Google image]
 

Kerana Tiada Idea

imageimage
image
image

Good Luck!!

Students around the country will be sitting for the PMR exam starting tomorrow.

P1110053... This year, dua org anak buah Lyn, Haziqah aka Kakak & Syamil akan menduduki PMR esok. All my best wishes and prayers go out to them. Byk pesanan penaja dgn budak berdua ni. Hehehe. Since last week, tak bagi dorang stress sgt. Just relax & buat revision skit2. Semoga dorang dapat menjawab soalan dgn tenang. InsyaAllah.

Last but not least…

Good luck to all PMR candidates tomorrow.  May Allah bless you :D 

*Tetiba2 teringat zaman amik PMR dulu. Kelakar. Hehehe*

 

Kesenangan Selepas Kepayahan

image Anyway, have a nice weekend everyone!!

Oh My English!!

image
image
image LOL
[Pic, credited to Google image]