Showing posts with label Dissatisfaction. Show all posts
Showing posts with label Dissatisfaction. Show all posts

Suka & Duka

Hi LoVers,

I just noticed that I'm not updating my blog regularly. Does anyone even care?? Of coz lah tak kan. hahaha. Tak payah nak pikir nak update ape tiap2 hari. Sehari satu entry saja sudah. hehehe

Tak payah nak mengadap lappie tiap2 malam. Ada mood update, takde mood tak payah update. Senang cerita. Seriously I got my own time back. I got my long nap. Tidur awal at 10pm. Bangun pagi seriously fresh gila. Suka, suka, suka… :)

Tapi ada jugak cerita2 yg tak sedap di dgr skrg ni. It’s all about my personal life, about my marriage life, about my lifestyle, about my personal thing, about everything and so on. I don’t even care about others life including org yg bercakap pasal Lyn ni except my family. Since I’m not disturbing his/her life, so please tak payah nak busy body about my life. That’s all.

Kadang2 manusia ni tak boleh nak tgk org senang kan. Pernah dgr kan, apa saja rezeki semua Allah tentukan. So klu takda rezeki di sini, In Sha Allah Allah berikan rezeki dlm bentuk lain. Jadi bersyukur saja lah. Tak perlu nak canang perihal org lain. Lyn tau, dia mmg dengki dgn my lifestyle yg agak senang skit. Sedangkan dia still kat takuk tu je lagi.  Mane taknya asyik sibuk dgn hal org jer. Diri sendiri tak terjaga. Tapi rezeki org kan berbeza. Berusaha saja lah kan. Ermmm, tapi mmg ada saja lah yg tak kena kat mata dia lah.

Lyn beli kereta baru pun jadi masalah kat dia.

Lyn pakai tudung pun jadi masalah kat dia.

Lyn hidup senang skit, pergi travel pun jadi masalah kat dia.

Lyn tak kahwin lagi pun jadi masalah kat dia jugak.

Seriously, Lyn mmg tak faham. Tak tau lah apa cara nak bagi dia puas hati. I’m not even care about his/her life. Pi lantaklah situ lah. Pd Lyn senang, Lyn tak kacau hidup org, jadi tak payah nak kacau hidup Lyn. Mcm Lyn ckp tadi lah.

Mungkin dia takda kerja agaknya duk sibuk busy body pasal org lain. Atau sebab life kita mmg best sampai dia jeles. Hahaha. Moga2 kau berubah lah yer. Tak baik ada PHD kat org sgt. Bkn dpt apa pun.


Sessi Luahan Perasaan

Ermmmm.. tak tau nak mulakan macam mana.

Since my blog is not private, dan mmg tak tau nak private kan mcm mane. Mmg Lyn takkan tulis apa2 lah yg private lagi confidential dalam blog Lyn ni. Cuma something happen last night. Adalah berbalas sms dgn hamba Allah ni. Panjang berjela jugak lah Lyn menaip since dia mmg payah nak reply WA. So sms the only way yg dia sure akan reply.

The sms quite long jugak lah yer. Sbb Lyn bercerita from A to Z. Kira 3/3 jugak lah panjangnya. So lama jugak Lyn tunggu hamba Allah ni reply.

And taraaaaaaaaaaaaaaa….

Ingat kan pjg gak. Rupanya… sms dia sgt simple yer. Hanya 4 patah perkataan sahaja untuk menjawab persoalan Lyn yg panjang nak mam*us tuh. Huh!!!! Serious I can’t imagine the answer only like that. Serious Lyn hangin betul.

Aku tulis panjang2, ko reply tu jer. OMG!!!!! Memang takda perasaan betul lah kan.

So I just leave it there. Malas nak reply balik. Sbb klu reply sure Lyn akan hangin balik. Lantak pi lah situ. Susah kan klu berckp dgn org yg takde perasaan ni.

Block the number, block the Whatsapp. I don’t want to answer his/her call & sms anymore. I’m so tired with that kind of thing.

Malam tadi mmg emo pun. Since my auntie came & visit me. Huhuhu.

Now I feel better. Dah tak emo dah.

Saja nak luahkan perasaan hari ni. Btw, I’m ok yeah. Tengok ni Lyn senyum ------>> ^___^ Hahahahhaa


Busy Body

A : Eh ko bila lagi?? Adik dah kahwin, anak2 buah pun dah kahwin. Memilih sgt ko ni…

B : Sampai jodoh kahwinlah..

I hate this kind of question. Seriously. It’s really annoying I tell you. Mana2 pergi, tak kira lah kenduri kahwin jer, majlis apa ker, sure soalan ni lah yg org duk tanya. Sibuk lah menjadi reporter yg tak bertauliah. Interview sana sini. Erggghhh. Sometimes, Lyn senyap malas nak jawab. Seriously, I’ve no mood to answer this kind of bull**** questions.

Klu dah geram sangat, Lyn menjawap jugak kekadang.

Napa, kalau aku kahwin ko nak sponsor aku berapa ratus ribu??

Tunggu lah klu ada anak raja ke dato’ kaya masuk meminang. Bukan macam ko, sedih dpt laki pun biasa2 jer. Aku mesti lah nak yg class2

Jodoh tu rahsia Allah… Setiap manusia ada jodohnya. Jadi tunggu jer lah <--- ni kira ayat manis lah ni. Lain2 mmg mendapatlah jawabnya. Seriously mmg kena lah kan.

6Klu tak reti jugak, pi dengar ceramah agama pasal jodoh ni. Tak pun nnti aku belikan buku pasal jodoh. Baca & faham betul2.

Kekadang Lyn tak faham kenapa lah dorang ni sibuk bertanya pasal jodoh org. Tau lah ko dah kahwin & beranak pinak. Tapi soalan2 mcm tu sometimes buat org kecik hati. Yer, mmg Lyn kecik hati klu org tanya soalan mcm tuh pada Lyn. Ko mmg tak rasa, sebab ko dah beranak pinak & berlaki.

Kadang2 yg tanya tu my friends even my aunties, uncles & cousin pun tanya. Senang cakap sapa yg kenal kita tu mmg duk lah bertanya pasal jodoh ni. Sibuk tanya pasal jodoh org. Sangat busy body. Patutnya mendoakan, bukan sibuk duk bertanya sana sini. Sekali dua oklah kan. Tapi tiap kali jumpa asyik tanya soalan yg sama, mmg mendapatlah jawabnya. Geram betul.

Mcm tu jugak lah klu orang duk tanya bila nak dpt anak. Sbb my youngest sister, sampai skrg masih belum ada rezeki dpt anak even dah kahwin lama. Kita faham each other. Sometimes dia kata, buat pekak jer lah kak. Orang ni tak faham agaknya RAHSIA ALLAH.

[Pic, credited to Google image]


Panda Eyes

Since last week, rasa mcm tak best jer. Malas nak bercakap pun iyer. I’m a bit moody.

Tapi ikut time jugak lah. Kang klu moody kat office tak memasal pulak kan. Tapi dlm kena buat kerja tu merungut jugak lah if org tanya itu ini & nak sesuatu dgn cepat. Ingat kita ni robot or sotong ker nak buat kerja byk2. Tangan ada dua je kot. Lain lah tgn byk mcm sotong, sekali one short buat terus siap. Tgn manusia ok. Ada limit jugak kan.

I cried yesterday. Sampai bengkak jugak lah biji mata. But ni bukan pasal kerja. Pasal lain yg Lyn tak boleh nak reveal. Sgt2 rahsia. Whatsapp my sister, tapi seriously tak best menaip ni. Tak puas. Then petang kat office, time bos went out for a meeting, I called her back. So easy skit berckp via phone.

I cried again. Over kan?? Hehehe.

And both of us cried. Huhuhu. So bermula lah sessi luahan perasaan. So sebagai adik, kenalah mintak opinion kakak kan. So bincang punya bincang, so we come out with one solution. My sis mmg sokong sgt2. Dia pun harapkan kan Lyn.

Another phone session with mum pulak. I cried again. I don’t know why. Gila touching. Berckp lah bagi pihak seseorang ni. Mum’s agreed with my solution yg Lyn discuss dgn my sis tadi. Oklah Semoga Allah kuatkan hati Lyn untuk berckp. Tapi sampai pagi ni, benda ni tak terluah lagi. Harap2 ptg or malam ni, terluah lah hendaknya. Amin.

Tapi peliknya, moody yg teramat. Sampai nangis2 gitu. Dah lama tak mcm ni. Pelik2.

As expected, my red aunty came to pay a visit. You know what?? Yes, I got my period. hehehe.

Patut lah over semacam moody nya. Bila fikir2 balik, dulu2 tak pernah pun mcm ni. Klu moody pun tak lah touching sgt sampai nangis2. Mungkin faktor usia kot. Maklum lah semakin berusia ni, hati makin sensitif. Pantang terusik sikit. Huhuhuhu.

I got PANDA EYES. Pppffftttttttt :)


Annoying :(

A lot of sms that I received these few days. Seminggu tu repeat ntah berapa kali ntah. 

Situasi 1 

PRU13, parti mana yang anda sokong?
1. BN
2. PR

Adakah anda rasa Kerajaan Pakatan Selangor mampu menunaikan semua janji menifesto mereka?
Ya/ Tidak

Ermmm… korang nampak tak ape yg Lyn nampak? Ermm pada Lyn sapa yg buat kerja Lyn undi lah. Undi tu kan RAHSIA. Masing2 ada hak untuk mengundi parti mane yg mereka suka. 

Situasi 2 

Tiba2 dpt pulak sms dari Bank Islam. Dah byk kali jugak dpt sejak guna second no ni 3 thn lepas.

“Pembiayaan anda tertunggak melebihi 3 bulan. Sila byr untuk elak tindakan undang2. Tel Bank Islam : 03-2690****. Abaikan jika bayaran telah dibuat.

Oh please!! I don’t have any account with Bank Islam. Dan Lyn percaya second no yg Lyn guna ni pernah digunakan oleh org lain. Customer ko tak update profile, so buta2 jer Lyn dpt sms ni.

Tiap kali dpt sms yg bukan2 ni, tekan menu & delete. That’s it. Tak kuasa nak pening2 kepala. Annoying giler....

 

Pagi Yg Hangin

image
image
image Korang kena baca dr bawah ke atas. Baru faham jalan cerita nya.

I was disappointed with TM’s service. After kes haruk mengharuk baru dorang dpt solve my problem. Dahlah suka2 potong internet & phone line rumah org, bila check kata tak byr. Dah ko potong my bank acc via autopay, pastu kata aku tak byr. Lagi lah aku hangin mcm singa lapar. Plus payment autopay aku tak leh detect. So no point lah buat autopay bagai ni.

Kita nak senang, ni lagi menyusahkan nak call & fax bagai.

Nasib baik within 4 hours internet & phone line rumah dah ok. Klu tidak, mmg kena haruk lagi lah namanya. Aku siap2 dah sound, aku takkan byr RM10 for re-connection. Klu next bills ko charge mmg kena haruk lagi lah jawabnya. Lagi satu Lyn bgitau org tu, Lyn nak tgk next bill plak mcm maner, if happen again, I want to cancelled my autopay. Nasib lah. Ermm.. tak habis2 dia mintak maaf, so ADA AKU KISAH!!!!!

Erggghhh… dorang ni buat kerja sambil lewa. Gaji nak byk, duit org ko nak cepat, tapi service kemain mcm nokharammmm. 

Please do something lah Telekom Malaysia Berhad. Ni zaman 2013 laaa. Bukan zaman kuno lagi. Please upgraded ur system.

Selesai masalah tuh, internet pun dah okey, terima plak satu call.

image Takde maknanyer aku nak amik another CC lagi. Lagi nak menyusahkan hidup aku. CC yg sedia ade pun dah tak pakai lagi. Just byr saki baki jer. Tak lama lagi habis lah hutang aku. Baru lega. Dan takde pasal nak tambah masalah hutang  lagi.

Enuff..

Sekian curahan hati di hari Jumaat :p
 

Patah Selera

I’m not complaining person. But bila Lyn dah start complain, mmg habis semua Lyn ckp. Hahaha

Berbulan2 tak makan nasi lemak. Bukan favourite pun sebenarnya. Tapi bila teringin mmg mintak my niece tolong belikan kat pasar.

IMG02688-20121003-1948 Nasi lemak paru. Paru dah sedap dah digoreng letak cili mcm tuh. Nasi pun out. Tang sambalnya… MasyaAllah.. Lyn tak boleh nak accept. Sambal mentah ker hape yg ko bagi ni. Serious tak masak. Terus patah selera nak makan.

Tak makan langsung Lyn dibuatnya. Lyn hanya amik paru goreng tu jer. Yg lain mmg jadi mknn nico lah nampaknya.

Isshh tak kenapa lah masih ade peniaga yg mcm ni. Meniaga sbb nak dpt duit & untungnyer saja. Tapi hasilnya.. alahaiiii sedih betul. Kita membeli pakai duit tau, bkn pakai air liur. Cuba lah semenggah skit.

Btw, bkn Lyn sorang yg je patah selera. Si Puteri pun siap ckp tau. 

Ishhhh.. patah selera adik nak makan macam ni. 

Budak kecik pun pandai uolssssss.

Meniaga Ntah Apa2 Ntah

Bulan2 puasa ni apa saja yg korang tak teringin. Ape yg nampak kat bazaar mmg korang nak beli kan. Makan tak mkn belakang cerita, yg penting beli. Betul tak?? Nafsu.. nafsu..

IMG02531-20120722-1912Teringin nak beli air asam boi letak limau kasturi. Ni kes gotong-royong kat kawasan perkuburan ari tuh lah. Ada org sediakan air limau. Nak buat malas. Tunggu puasa cari lah kat bazaar Ramadhan Sri Andalas ari tu. Dapat. RM2 sebungkus. Dah lah sedap. Memang kena dgn tekak kitorang. Nyesal beli sebungkus. Klu tau beli 2 bungkus sekali. Ermmm tamak lagi. hehehe

Kali kedua teringin lagi. Tapi takdelah nak pegi bazaar yg best tuh. Beli je ari tu kat area rumah. RM2.00 gak. Kata air asam boi + limau. Tapi takde ape2 pun. Nampak cam air sejuk.

Okey takpe lagi.. tunggu berbuka nnti kita rasa.

Org yg pertama rasa ialah Lyn. Dah la rasa tawar hebeh. Lepas tu bau air paip & hamis aka hanyir gitu. Terus potong stim nk minum. Suh my mum rasa pun sama gak. My niece rasa pun sama gak. Terus lah buang ke sinki. My sis mmg taknak rasa sbb tgk kitorang pun dah mual2 gitu.

Hampeh kan. Dah lah meniaga di bulan Ramadhan yg mulia ni. Tapi hasilnya masyaAllah mmg tak boleh nak accept. Bau air paip & hanyir. Sape yg nak minum. Org yg takde tekak boleh lah. Giler betul.

Mmg terus banned gerai tuh. Kitorang kenal pun ownernya. Sorry to say lah. Org nak meniaga ko pun nak meniaga. Tapi hasilnya sgt tak bagus. Serious tak ikhlas meniaga. Lepas ni takkan beli ape2 air pun kat situ.

Baiklah minum air sirap & teh o panas kat rumah ni. Walaupun hari2 air yg sama tapi bersih dari air yg kita masak. Tak gittew..

Wartawan Tak Berbayar

Suka tgk melodi??

Suka tgk propaganza??

Semua Lyn tak suka tgk. Sebab masing2 duk canang cerita org sana org sini. Org ni bagus, org ni tak bagus. Gossip2 murahan tak sudah2. Publisiti murahan lagi. Naik boring aku. Even ko letak lah Aaron Aziz ker jadi pengacara, idak lah aku minat nak tgk pun. Buang masa den jer.

Tapi mak suka Kiah propah kat Galaksi tuh. Classsss ko jah. Ckp tak cover2 gitu. Main hentam kormo jer. Takde nya nak jaga hati org. Tulus dan mulus gitu. Hehehehe

Nak lagi cerita panas?? Sini2 meh hakak nak cerita….

Dari dulu sampai skrg, Lyn sentiasa di hujani soalan2 cepu cemas. Gittew kan. Sesekali tanya hakak leh senyum lagi. Tapi adalah sorang dua yg mmg tak faham bahasa, tanya gak soalan yg sama berulang2 kali. Naik menyampah plak. Ermm Lyn rasa korang boleh agak ape soalannya.

Bila Lyn nak kahwin?

Bila dah kawin. Bila nak timang anak pulak ni. Merancang ker?

Bila dah ada anak sorang, tanya lagi soalan lain. Bila nak timang anak kedua plak.

Ni lah soalan2 'wartawan yg tak bertauliah dan tak berbayar' yg sibuk duk tanya perihal org lain. Dah takde kerja ker agaknya org2 gini. Sesekali tanya boleh diterima lagi, tapi bila tiap kali jumpa, bersembang on the phone, kat FB pun ko nak tanya, mmg nak makan sepak terajang aku lah kan.

Yeah, I admit that I’m not married yet even umur dah 30an. So ko tak percaya Qada’ dan Qadar Allah? Ke nak suruh aku baca kitab Agama kat ko baru ko nak faham. Sibuk nak merasa nasi minyak aku katanya. Ermm tak payahlah nak susah2 tunggu aku kahwin, aku boleh belanja ko mkn nasi minyak. Wa tada hal punya. Apa lah sgt nasi minyak tuh. RM50 pun tak habis uolssss. Mkn lah nasi minyak tu sampai lobammm. Hahaha

Tak sama nasi minyak kat kedai dgn nasi minyak org kahwin?? Haaaaaa.. bila ada kenduri kahwin tu ko pergi lah without failed. Confirm ko boleh mkn nasi minyak sampai muntah. Tak gittew..

Ermmm.. letih nak melayan soalan 'wartawan tak berbayar' ni. Buat pening kepala jer.

Next time klu org tanya Lyn lagi, bila nak kahwin?

Lyn nak jawab gini jer, nanti bila jodoh I sudah sampai, I dtg jumpa you okey. You sponsor lah I 30k. Kan you gak tak sabar2 nak tgk I kahwin :P

Gittewwww!!!

Lunch Yg Kiciwa :(

I was in KLCC mid of May due my work there. Half day in KLCC for something. Pagi bekerja spt biasa, after lunch mmg rushing ke KLCC. My appointment at 3pm.

So since I’m alone, tempat yg paling senang & relax tuk lunch ialah di Secret Recipe. Tak suka nak berhimpit ramai2 di food court gitu.

IMG02378-20120517-1231 I’m not feeling well, tapi gagahkan jugak. So bila tak sihat ni, tekak mmg nak makan yg masam2 jer. If tak sihat pun mmg ku makan noodle in tom yam kung jugak. Knowing me, klu dah suka satu2 makanan tersebut, mmg akan di repeat beberapa kali.

Noodle in tom yam kung & ice lemon tea for my lunch. Enuff for me.

But…

But…

Rasanya tak seperti di Secret Recipe yg lain. Huhuhu. Mee nya sikit, kuahnya agak masin, kuah tak banjir sgt. A bit frustrated. Huhuhu..

Mmg Lyn tak sihat, tapi deria rasa I kuat okey. So mmg tak kena dgn selera Lyn ari tuh. Berbeza sgt dgn SR lain.

Takkan recipe tak sama?? Klu tgn yg buat tak sama tak kisahlah kan. Yg penting recipe sama lah kan. Frust lagi.

Jadinya, Lyn makan ala kadar jer lah tuk alas perut. Ater dah byr mahal kan. Redha jer lah :(

Bahana Ini!! :(

Suka dapat makan pelam masam2??

Cicah pulak dgn kuah rojak or kuah kicap mmg awesome rite?? Lagi2 klu pelam muda, mmg kruk krak lah bunyinya bila kita duk mengunyah.

IMG02276-20120319-1923 Dua penuh bag plastic my BIL bawak balik. Dia amik kat rumah kawannya. Malam tu mmg terus kopek sbb tak tahan masing2 duk telan2 air liur.

IMG02277-20120319-1932My sis lah jadi tukang potong. Adalah dlm 6 – 7 biji yg dipotong. Meleleh air liur lagi. Tunggu dgn sabar jer lah. Selesai potong ngap2 masuk mulut padahal masam giler2 ni. Nak jugak makan.

IMG02278-20120319-1934Kebetulan ada kuah rojak, cicah pulak dgn kuah rojak. Sekali kuah rojak ni tak best. My sis buat pulak kuah kicap letak sambal belacan. Makan lah ramai2 even masam sekali pun. Tapi Lyn takdelah mkn byk sgt. Takut gak sakit perut. Tapi mmg iye kena sakit perut.

Mlm tu tidur siap sapu minyak kat perut. Dalam sedap2 tidur tuh, boleh pulak terbangun kul 3am sbb perut memulas. Mencicit2 ke toilet. Mencirit okey. Huhuhu. Masuk tidur balik, kul 6.30am kena balik. Seyes mmg tak tahan giler pagi tuh.

Bersiap pergi kerja pun, punyalah takde mood. Kat office, 2 3 kali gak mencirit. Hanya Allah je yg tau mcm mane perut ku memulas tak hingat. Bergelen2 balm CNI Lyn sapu kat perut. Terus insaf.

Balik tu Lyn cerita kat my mum. Teruslah my mum membebel. Insaf terus taknak makan lagi. Insaf 8000 kali. Hehehe.

Tapi lepas tu ade gak curik2 makan. Bila my mum nampak jer, terus dia bagi signal warning. Yg pelik Lyn sorang jer kena gitu. Mungkin tak sesuai dah mkn masam2 gitu. Jadinyer kena elakkan.

Alhamdulillah, sehari jer perut memulas gitu. After a day, Lyn semakin sihat. Amin.

Moral of the story : Tak mau dah makan masam2 lagi.

Bored & Bored :(

I don't know what is really wrong with me lately? Really feel bored with my work. Out of sudden I'm feeling like this. Huhuhu.

I feel like I want to go travel somewhere to find a peace, but due work commitment & masa yg agak terhad, terpaksalah ditangguhkan buat sementara waktu.

Maybe one day I will get to go on one of these holidays. I will find a date, I will. Must be before May or after May. Sbb May nnti ada big project. Yuhuuuuuuu!!!.

Can’t wait!!!!

Super excited!!! :DD

Tetiba jadi excited pulak kan. *wink wink*

Ermm… I feel bored. Mcm boring dgn routine harian skrg ni. Mcm la baru benda ni kan. Padahal hari2 mcm ni. Ishhh tak baiknyer mengeluh tak tentu pasal.

Kerja boring..

Blogging pun boring..

Duduk rumah tak buat ape2 pun boring..

Semua boring yer Lyn…..

But I like shopping. Yg tu tak boring. Hehehe

Sometimes I feel I wanna stop blogging. Sbb kekadang tu takde idea & boring nak menulis. Tapi boleh ker masalahnya?? Tak boleh kot. Dah nak masuk thn ke 5 tetiba nak stop. Dunia Lyn ni mane leh stop woiiiii. Giler ke hapa kan.

Rasanyer this weekend nak pergi somewhere yg tidak memboringkan lah. Dah lama dah tak pergi tempat tuh. Harap2 tak boring. Klu boring gak, baik lah tidur jer. Yg tu tak boring sbb boleh balas dendam tidur. Hahahaha

How To Remove Eyebag??

P1100181 Abaikan orang2 kat belakang tuh.

Let’s take a look at eye bag & dark circles. Nampak ketara sgt kan?? Ishh sedey betul tgk mata sendiri. Dgn tak cukup tidur & penat bekerja. Aduhaiiiii!!!!

Sometimes, I try to hide with make-up & concealer. But still nampklah skit even tak ketara sgt kan.

Nak kata Lyn ni rajin tak lah jugak. Mula2 jer verangan. Ambil uncang teh lah, amik timun lah lekap kat mata. Sehari dua je Lyn buat, lepas yilek pocik. Hangat2 taik ayam jer lah. Hehehe

Tak puas lagi dgn tuh..

Siap beli pad tuk remove eye bag & dark circles.

13052010347Sama, sehari dua je bertahan, lepas tuh… hilangggggggggggg. Terus tak buat. Tu lah kalau ada perkataan Mim Alif Lam Sin. Tak leh buat ape lah. Ikutkan je perangai tuh. Mmg tak jadi ape lah.

Tapi bila tgk2 eye bag & dark circles tu mmg sedih jugak lah. Bila lah nak hilang erk?? So Lyn kenalah buat gak. Klu tak ko tgk jelah menatang tu ari2 kat cermin. huhuh

Korang ada petua selain dari yg Lyn sebutkan tadi?? Klu ade meh share meh.

Ermmm klu sume petua ko nak Lyn, buat nyer idak.. mmg tak kemana lah jawabnya.

Okey2.. lepas ni kena RAJINNNNNNNNNNNNNNNNN!!!

Traffic Jammed :(

Pernah kan lagi bila kita rushing nak pergi kerja, tiba2 jln jammed tak bergerak??

Nak kata ade accident, roadblock mmg takde. Rupanyer segala jenis lori baik kecik, besar godang or kontena sibuk jugak nak lalu tempat yg sama tuh. Lepas tu buat jalan cam mak pak dia sendiri, masuk kuar menghimpit sesuka hati.

Sure korang pernah alami benda yg sama jugak kan.

Tak kira lah kat highway or jalan biasa mmg mangkuk hayun ni sentiasa ada. Semak kan. Kena plak time kita nak pergi kerja. Lagi lah semakkkkkkk!!!

IMG02242-20120224-0814 Setau Lyn lah, bukan ker dorg ni telah ditetapkan masa2 yg sepatutnyer boleh keluar. Jgn nak ganggu waktu puncak org sume nak pergi kerja. Bukan ape, klu dah semua kat jalan dorang yg conquer, alamatnyer jammed lah jalan. Tu belum yg rosak kat tengah2 jalan, lagi lah mengganggu perjalanan org ramai.

Article ni Lyn terjumpa kat Berita Harian. So boleh click for the details.

Mulai Isnin ini, kenderaan berat kelas dua dan kelas tiga (lori melebihi enam tayar) dilarang memasuki Lebuh Raya Plus Expressway Berhad (PLUS) selama tiga jam bermula jam 6.30 pagi kecuali pada Sabtu, Ahad dan cuti am, bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di laluan berkenaan. Ketua Pegawai Operasi Plus, Nik Airina Nik Jaafar berkata, larangan itu akan membabitkan laluan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di antara Shah Alam dan Jalan Duta, Lebuhraya Utara Selatan (NSE) di antara Sungai Buloh dan Bukit Lanjan serta Lebuh Raya Persekutuan Laluan Dua (FHR2) di antara Subang dan Sungai Rasau yang menerima sehingga 450,000 kenderaan setiap hari.

Jangan lah hanya fokus utk pengguna highway saje, jalan biasa pun kena ambil kira jugak. Klu tak sampai bila nak mengadap jammed jer kan. Pihak bertanggungjawab kenalah ambil tindakan yg sewajarnya utk mengatasi masalah ni. Tak larat dah nak face benda ni tiap2 pagi.

Ermmm nasib lah tak reti bawak motor kan. Klu tak, dah lama dah pergi kerja naik motor. Vroommmmm vrommmm gitu... Hehehehe


Tak Belajar Undang2, Puiiiiiii

IMG02230-20120216-0815

IMG02234-20120217-0820Situasi yg sama di hari yg berlainan.

Since transferred to HQ ni, masalah ni lah yg Lyn hadapi pagi2 kat Kesas Highway. Everyday mmg mcm ni. Kita ni bagai nak rak lah queue pjg2 sampai sakit jiwa nak masuk kerja cepat2, tetiba ada makhluk kurang ajar selamba masuk dari kanan. WTF!!! !#$%^&*()(*&

Mmg jenis tak belajar undang2 ke dorang ni, ke lesen beli. Puiiiiii!!!

Klu korang hangin tak?? Sure hangin kan org main cilok2 gini. Klu korang tak hangin, something wrong with u lah beb. hehehe

Korang bygkanlah, semua org nak cepat pergi kerja, tapi kepala hangguk ni pikir mcm dia sorang jer yg nak cepat kan. Ade sehari tu sampai kereta dpn Lyn ni duk honk punya lah lama sbb sakit hati dgn dorang ni.

Padan muka ko kan!!!

Orang mcm gini mmg patut diajar jer.

Tak boleh nak pikir langsung kan pd org yg queue pjg2 tuh. Penat dorang queue… aleh2 kemain baik kau mencelah. Bongoks punya org.

Mcm ni lah org Malaysia, tak reti undang2 jalan raya. Selagi boleh boh.. ko main boh jer kan. Bengong tul.

Klu kita pun tak suka org buat macam tuh, samelah dgn org lain jugak. So jgn sesekali kita ikut cara dorg. Habis kena sumpah seranah nnti. Tak memasal jer kan...

So ikut lah undang2 jalan raya yer kawan. Reminder to myself too :)


Pilihan Di Tangan Kita..

Setuju tak kalau Lyn ckp ape yg berlaku semua pilihan kita??

Kita memilih utk belajar..

Kita memilih utk bekerja..

Kita memilih utk berkahwin..

Kita memilih utk hidup senang..

Kita memilih utk bahagia…

Pendek kata, ape saja yg berlaku samada baik atau tidak.. itu semua pilihan kita. Betul tak korang?? Namun keadaan sekeliling yg mempengaruhi hidup kita.

Kita tgk orang bahagia.. kita pun mahu bahagia..

Kita tgk org senang.. kita pun mahu senang..

Tapi ada jugak org yg tak senang dgn kita, walhal sejentik sekelumit hal dia pun kita tak ambil peduli. Dia nak tonggang terbalik pun kita tak kisah. Tapi bila hal kita sibuk plak dia nak ambil tau. Concern gamaknyer. Tapi nampak sgt concern tak bertempat.

Bukan lah tak boleh ambil kisah langsung. Tapi tak worth it ko nak tanya pasal personal hidup seseorang tu melainkan org tu bagitau sendiri. Ni tidak, selagi boleh kau nak tanya, semua kau nak korek dari A sampai Z.

Ada ke org nak cerita semua hal pd org lain?? Tak kan??

Even Lyn pun sgt secretive. Hal2 tertentu yg rasanya kita boleh share, kita share. Even dlm blog pun, tak semua personal life & diary Lyn tulis kat blog ni. Semuanyer ditapis. Mane yg boleh, mane yg tidak boleh ditulis.

Tapi klu ko nak korek semua rahsia org mmg tak patutlah. Bila tak di bagitau, mula lah nak sentap, walhal rahsia org kot. Tang ko, baik punya ko simpan rahsia kan. Tang org kemain ko nak bongkar selongkar bagai.

Ishh.... Tak patut betul.

Semua org berhak tuk berahsia. Jadi bila org taknak bagitau tuh, pasti ada sebabnya. Jgn plak berfikiran negatif kata itu ini.

Jadi pilihan semua tu kat tgn kita sendiri. Tepuk dada, tanyalah selera.


Mood Swings & Me :(

mood swingsEvery now and again I have a crazy weird mood swing.

Nowadays its happen, mmg 10 minutes mood bertukar2 skrg ni. Tak pasti lah kenapa. Nak kata ‘red flag’ dah lepas pulak. But ntah lah. Pening nak pikir. Lantak pi lah situ. Janji tak susahkan org.

Nak pikir pasal kerja, life, personal & so on, mmg mcm gini lah kot. Bila okey kang, mula lah ketawa & senyum2 sinis. Bila tak okey, mmg tak bercakap sepatah haram pun. Buat muka lah gamaknya. Muahahaha..

Btw, I’m not in Selangor at the moment. Outstation. Soon balik lah. Sbb lepas ni ada misi yg perlu diselesaikan. Even outstation ttp mendapat berita baik dr my boss. Tersenyum sampai ke telinga okey. Siap tersengih2 lagi. Hope everything doing well. Spt yg diharap2kan. InsyaAllah.

Another project & reward for myself & family. Syukur sgt2. Amin :D

Anyway, today seems to be mood swing day again but better than yesterday, InsyaAllah. I can only do self care, take deep breaths, and hope it swings back the other way soon.

Take care everyone!!!

Enuff said.

*Hugs*

[Pic, credited to Google image]


Hangin Petang :(

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

How’s ur long holiday?? Awesome?? Mine was great :)

Talking about holiday later lah ok. Nak habiskan cerita yg dalam draft ni dulu.

I was in Equatorial Bangi last week. Ada hal kat sana mlm tuh. So lepas kerja mmg trus menghala ke Bangi. Sbb klu pergi lmbt sure lah jem.

Before that, singgah jap pgi makan kat McD. Bukan ape perut mmg kelaparan sgt2 coz since morning mmg tak makan ape2 pun. Byk kerja sampai lupa time makan. Drop off at McD tepi highway nak menghala ke Bangi sana.

1st time makan situ. Tak tau dah nak kemana. Tak familiar kat area situ. Nampak je McD main singgah jer. Tapi menyakitkan hati betul. Dah lah customer ramai, tapi satu counter je yg bukak. Berbulu betul aku. Sepatutnyer klu ramai bukak lah dua tiga counter kan. Bukan susah pun. Erghhhh..

Lepas tu service kemain lombab nak mampus. Yg cashier pun terhegeh2 nak baca order & bagi makanan pada customer. Kemain dia tgk screen ulang2 kali. Aduhaiiiii… Lepas tu yg Lyn perasan, time org nak order baru terhegeh2 nak buat segala menu especially burger. So mmg on queue yg panjang. Sampaikan kakak kt belakang aku bising kemain. Lyn leh sabar lagi, tapi bila perut dah lapar jd tak sabar plak.

Gerammmmmmm…

Hanginnnnn…….

Ikutkan hati nak blah jer. Tapi tak tau nak tuju kemana lagi. So redha jer lah. Wat to do.

IMG02190-20120118-1818Lyn beratur dalam 20 minit rasanya. Yg depan Lyn ada 2 org customer jer bukan 20 org tau. Can you imagine, nak beli 1 set of value meal kena beratur sampai 20 minit. Dammmnnnnnn.. suck!!!!!

Nasib baik lapar. Klu tak mmg Lyn tak singgah pun.

Jadi makan pun dgn takde mood sbb bengang punya pasal. Huhuhu..

1st time rasa bengang makan kt McD outlet ni. Tak pernah kena lagi mcm ni kat mane2 outlet McD. Next time mmg takkan ku singgah lagi.

1st & last lah ni. Gua dah blacklist. Hahahaha.

Gara-gara Ini…

Owh dah lama sungguh tak makan donut. Since Puteri craving for it, Lyn niatlah nak belikan tuk dia. Tapi selalu sgt terlupa or tak sempat.

Last 2 week, after having something at outside, drive straightly to my house, fetch Puteri & Baby dulu baru lah kitorang pergi. Actually, Baby nak beli brg sbb tu kena balik rumah dulu.

Kitorang ke Klang Parade jer. Dkt dgn my house. Lagipun klu nak ke Subang sana sure jammed bagai nak rak. Nak mencari parking punya lah payah kt KP tuh. Aku rasa nak mengamuk jer. Plus dgn cina2 yg nak sambut CNY ni. Sure lah dorang bershopping bagaikan. So mmg pack sgt2.

So after bought donuts for them, jalan2 cari barang shopping complex tuh sambil2 window shopping, tapi takde ape yg berkenan pun kat hati ni. Giler lama tak pegi Klang ni. Klang dah semakin sesak. Tu yg malas tuh. Time terdesak baru pg. hehehe.

Back to parking, my nieces dah lintas ke kereta dulu. Yg Lyn just unlocked kereta dari jauh. Tapi kereta mak tak kunci uolssssss. Hebat kan?? Rasanyer dah locked dah. Tapi mcm manelah boleh jadi mcm ni. Perangai lama dah dtg balikkkkk!!! Huhuhu

My niece pun perasan. Ya Allah!! nasib baik lah takde pape. Seriau naik bulu roma bila tak kunci kereta. Almost 1.5 hours gak Lyn dalam shopping complex tuh. Masuk2 tgk sume completed. Alhamdulillah tak de pape yg hilang. Naik cuak gak checked satu.

Syukur Alhamdulillah.

Dalam kereta duk pesan dgn my niece jgn bagi tau neneknyer. Klu tak nnti, 7 hari 7 malam my mum membebel. Hahaha

Dulu dah pernah terjadi kat rumah Lyn tak locked kereta, dia pun bebel, tak larat nak dgr. hehehe

IMG02179-20120107-2052 Gara2 donuts lah ni. Sbb nak beli ko sgt sampai aku tak locked kereta. Hahaha

Tetap nak salahkan donuts. Padahal salah sendiri. hehehe

Korang jgn jdi mcm Lyn okey. Sentiasa checked tau.

Next time, don’t be careless Lyn!!!


Arghhhh!!! :(

I hate when people argued with me. Lagi2 jenis mengugut. Owh damnnnn!!!! I hate this people. Huhuhuhu…

It’s totally ruin my whole day. Owh I’m serious.

bad-mood1 There’s reason why I’m having this bad mood.

A few days back asyiklah carik pasal tak tentu dgn aku ni. Aku dah start muak dah perangai org mcm ni. Letih okey.

I always have a reason for everything I feel. Takdenya nak moody or marah melulu.

So sume entry mmg Lyn pull back. Takde mood nak up kan. Next time jer lah, sok2 jer.

Ermmm owh tolong!!! I’m looking a new job. Puhlissssss help me!!!!