Gambar Lawak

10
9
8
6Hahahaha


Vanilime

Panas2 sedap pekena ice-cream kan. Tapi lg sedap klu dpt pekena aiskrim Malaysia. Tapi takde sapa nak jual. Nak buat sendiri, ermmmmm… Hehehe

Tak dapat aiskrim Malaysia, dpt aiskrim lain pun boleh lah jugak.

IMG_0748
Walaupun tak sehebat Baskin Robbins, Cornetto, Walls & etc, tapi ice-cream ni ttp menjadi kegemaran Lyn. Vanilla & lime, vanilime gitu namanya. Dlm vanilla luar lime. Kat pasaraya tak pernah jumpa la lagi. Selalu Lyn beli kat pakcik  ice-cream yg dtg rumah siap dgn loceng tu. Klu dia dtg, mmg 10 batang Lyn rembat. Sebatang RM1.00.

Buat stock kat fridge. Bila2 teringin ngap2 masuk mulut. Sambil2 tgk TV pun boleh. Time cuaca panas, lagi lah. Dua batang sekali boleh ngap. Hehehe.

Nak buat ubat sakit tekak & demam pun boleh. #Eh Hehehe


Wordless Wednesday #125

P1120741
P1120742


Bila Lapar

Lyn ni nak kata kuat makan tu tidak lah. Sometimes ok jer tak amik dinner pun. But time nak dkt PMS, mmg lapar memanjang. Lepas makan, makan lagi, dan makan lagi. Hehehe

Kekadang tu, makanan yg kurang enak pun jadi sedap jer. hehehe

IMG_20131012_234040 Salah satu satay ikan ni lah. Memula Abg Lyn bagi, Lyn buat tak pandang jer. Bawak gak lah balik rumah. Kot2 ada sapa nak makan nnti. Tapi time lapar, sebungkus ni Lyn hadap sorg. Nampak tak permainan di situ. Sedap jugak rupanya. Klu nak suh beli kat PD nun. Tak dapat lah nak rasa lagi.

Ada sekali malam tu kat rumah my mum. After Maghrib tu Lyn dah pekena sup sayur. Ratah gitu tuh ater dah kenyang. Tapi tetiba melapar plak. Mintak tolong my sis beli kan mee hailam. Tu pun puas memujuk. Selalu anak2 buah Lyn jadi mangsa, tapi dorg semua kat Universiti. Nak tak nak my sis lah yg kena beli kan.

untitled Semangkuk mee hailam Lyn makan sorg. Yg lain pun makan jugak. Dah masing2 tak tahan godaan bila Lyn nak makan mee hailam. Mmg sedap lah. Berkali2 dah repeat.

Yg hari2 lain tu tak yah letak lah. Yg paling ketara time nak PMS.

Ermmm Lyn, salahkan PMS plak. Ke ko yg mmg kuat makan #Eh :D


Dek Kerana Malas Nak Memikir

Sepuluh Ringgit

Ali : Mak, nak sepuluh ringgit 
Mak : Tak boleh..
Ali : Kalo mak bagi, nti adik bagitau apa ayah berbual dengan bibik semalam masa mak kluar pergi Giant.
Mak terus amik rm10 dalam handbag, sambil serah rm10 pd Ali.
Mak : Apa yang diorang borak?
Ali : Ayah cakap, "Bibik, esok jangan lupa gosok baju saya".
Mak : Kuang ajr punya anak!!

Pasal lewat

Guru : Kenapa awk dtg lambat?! 
Boboy : Sebab saya lambat bangun
Guru : Kenapa awk lambat bangun?!
Boboy : Sebab saya tidur lewat
Guru : Kenapa awak tidur lewat?!
Boboy : Sebenarnya sejak kebelakangan ni saya lambat pulang dari sekolah
Guru : Kenapa awak lambat pulang dari sekolah?!
Boboy : Sebab saya kena denda di sekolah
Guru : Awak kena denda pasal apa?!
Boboy : Pasal lambat dtg ke sekolah
Guru : #%^

Burung

Seorang ketua kampung telah kehilangan burung peliharaan yg sangat dia sayang..lalu ketua kpg tersebut telah memangil semua penduduk kpg untuk menyiasat perkara tersebut.

Ketua Kg : Siapa yg ada burung?

Semua lelaki di kpg tersebut berdiri. Ketua kg hairan dan menyedari yg dia telah silap ketika bertanya soalan.

Ketua Kg : Bukan itu maksud saya...Siapa yg pernah lihat burung?

Semua perempuan di kpg tersebut pun berdiri. Menyedari dia tersalah mengajukan soalan lagi, ketua kampung pun berkata.

Ketua Kg : Maksud saya, siapa yg pernah melihat burung saya.?

Maka berdirilah isteri Ketua Kg tersebut bersama seorang janda.

Ketua Kg terperanjat kerana rahsia skandalnya terbongkar dan dia kena flying kick dari isterinya kerana curang.


Petang Jumaat

Normally, after working hours on Friday, Lyn jarang balik awal ke rumah. Selalunya Jumaat lah hari lepak2 coffee2 dgn member2. The place normally at Empire Shopping Mall or Subang Parade.  Itu jer yg dkt dgn office masing2. Tapi nak sampai ke sana tuh, mmg jammed yer anak2 kat KESAS Highway ni. Biasalah Jumaat kan. Always jammed. Hari lain kureng skit.

So Jumaat lepas, tak ingat bila, tapi bukan last week. 2 weeks ago rasanya, takde gang nak coffee2. Balik kerja terus balik rumah. Jammed jugak, sbb hujan lebat sgt2. Jalan pun tak nampak. Sampai rumah makin reda.

Selalunya, klu Lyn balik mum’s house, tempat pertama mesti terjah dapur dulu. Tengok my mum masak apa. Buruk kan perangai. Hehehe.

Hari tuh, my mum masak gulai asam ikan kembung campur terung, ikan pari bakar & air asam. Klu dipikir2kan jam2 tu gak nak makan. Tapi sabar. Mandi & bersihkan diri dulu. Lepas siap semua, terus terjah dapur untuk makan. hehehe

IMG_0741 Nasi secoet, kuah gulai asam sikit, terung always my favorite 3 ketul & ikan pari cicah air asam. Walaweiii mmg marvelous tak hingat dunia koo! Org lalu depan pun tak perasan. Hehehe.

Dah habis nasi, kita meratah plak. Ermmm time menulis ni pun meleleh air liur. Hehhehe


All The Way…

Kenal sayur rebung??

Ermm bukan restaurant rebung tuh. Hehehe. Ni sayur rebung. Kenal kan?? Rasanya budak2 skrg tak kenal kot sayur rebung ni. Dorang lebih kenal asparagus kot. Motifff!! hahaha

My sis & BIL bought all the way from Kedah. My sis beraya rumah PIL dia kat Kedah sana. Balik penuh satu guni dia bawak balik rebung. Napa tak beli kat sini?? Owh kitorang ade beli kat sini, tapi tak berapa sedap. So mmg serik gak lah nak beli lagi.

IMG_0744Dulu2 masa arwah Abah Lyn ada, rajin dia amik kat kebun. Mmg puas  lah mkn. Skrg ni, takde sapa nak pi carik pun kat kebun tuh. Semua main beli jer. Dah tu tak sedap lah pulak. Hahhh ni rupanya rebung tuh. Kena siang buangkan kulit2 dia dlu. Mmg miang skit lah. Ater dari buluh kan.

Korang tau tak dari buluh?? Ke tak tau.

IMG_0742 Mmg leceh skit lah nak siang rebung ni. Plus miang skit. Lyn tolong gak my mum siang. Tapi separuh jalan tgn dh gatal2. Terus my mum suruh stop.

IMG_0743Dan ini lah hasilnya. Seguni rebung dpt lah sebesen besar gak lah. Ermm puas makan ni. Hehehe. Lepas tu kena potong nipis2 plak. Lyn dan my mum berdua habiskan memotong. Gatal gak tapak tgn. Tapi tak seteruk mula2 tuh.

Siap jer, terus panaskan air. Cuci bersih2 dan celur sampai betul2 masak. Lepas tu baru boleh simpan dlm fridge. Bila2 nak makan, amik jer.

Dalam seminggu ni dua kali gak lah my mum masak rebung. Sekali masak lemak rebung, dan Jumaat hari tuh masak tumis air rebung campur bayam. Sedap giler. Yg penting kena ada sambal belacan. Baru ngam hoooo!

Ada lagi sebekas rebung dlm fridge tuh. Nanti nak ulang masak tumis air. Ermmm klu nak buat ulam pun boleh. Tapi jgn lupa sambal belacan tau.


Hujan & Makan2

Hi LoVers,

How’s ur weekend? Mine was resting at home. No activities. Just watching TV, sleeping, playing games on my Ipad, makan, borak2. Itu jer lah activity nya. I just spent my quality time with my family & myself too.

Mmg heaven giler lah bila dpt rest puas2 kat rumah. Maklumlah dah seminggu bekerja, masa rehat pun limited. So bila weekend, apa salahnya balun kaw2. Seronok.

IMG_0754 Owh yer, on Sunday afternoon started hujan lebat sampai ke malam. Non stop yer. Saat entry ni di tulis pun, kat luar tu still hujan lg. Even tak lebat, sejuk nya sampai ker tulang. Sure tidur dlm kesejukan. Ermm klu lah hari Ahad syok lah sambung tidur. Tapi hari Isnin kan, kena lah bangun pergi kerja yer anak2. Walaupun kekadang menarik selimut tu lagi heaven. Hehehe

Sinonim kan hujan & makan. Klu hujan jer sure perut lapar kan.

IMG_0753Kitorang semalam asyik lah makan jer kerja nya. Lepas satu, satu masuk mulut. Tengahari tu my mum buat tauhu sumbat. Kena plak hujan2 ni kan. Perut lapar sokmo. Pantang nampak mknn, habis di makan. Nasib baik lah ade stok mknn dlm fridge & almari mkn. Sambil borak2, sambil makan. Tak sedar dah licin. Hehehe

Petang tu plak kawan my sis hantar nasi kunyit, ikan cencaru bakar & jagung rebus. Mmg rezeki sungguh lah. Tapi mkn skit jer, perut dah sengkak. Tak boleh masuk lagi dah. hehehe.

Biasa kan time hujan perut lapar. Ke tak biasa. Hehehe. Lyn time tak hujan takde lah nafsu makan membuak2 mcm tuh. Tapi time hujan, kemain nafsu makan. Over Ya Rabbi. Hehehe.

Korang plak  mcm maner??


Have A Lovely Weekend

198728 Have a wonderful weekend everyone!

Do you have some special plans? I haven’t got any. I’m just hoping to get some rest and take it easy for the next couple of days.

Cheers!!! Bye!!!


Bahan Lagi

Mama Lia

Suatu Malam di dalam rumah suami isteri sedang duduk sambil menonton tv:-

Isteri: Nie semua salah abang la!! 
Suami: Laa apasal plak Nie!
Isteri: Kan saya dah cakap dulu, jangan kasi nama LiaKat Anak kita! Abang degil,.
Suami: Ok laa tu apa la awak nie Saya suka nama Lia, sedap di sebut.
Isteri: Ok apanya!! Sampai semua orang jiran-jiran kita panggil saya MamaLIA. Mamalia...mamalia..mamalia....tensen tau tak!!!

Spender

Wawa : Mak, tadi abu dan kawan kawan buli wawa mak. 
Mak : Kurang ajar tenuk tenuk neh. Diorang buat apa dengan kau.
Wawa : Diorang suruh wawa panjat pokok kelapa tadi sebab diorang nak tengok sepender wawa.
Mak : Dah melampau neh. Abis kau panjat la pokok kelapa tadi. Seronoklah abu dengan tenuk tenuknya tengok sepender kau tu.
Wawa : Mak, don’t worry mak. Relax mak.
Mak : Relax tengkorak unyang kau. Diorang dah tengok sepender kau, lagi mak nak relax ke.
Wawa : Mak jangan risau, hari nih wawa tak pakai sepender.
Mak : APAAAAA !!!! (pengsan)


Aidiladha Kami

A day before Raya Aidiladha, I’m working as usual. Tak amik cuti pun. Since my sis sume cuti, bagi dorg yg tolong my mum masak2 kat rumah. Bagi kita kat sini, Raya Aidiladha lebih kepada ibadah korban jer. Ziarah2 tu kurang lah kan, berbeza dgn Kelantan & Terengganu, kat sana sgt meriah.

Persiapan kitorang biasa2 jer mcm korang jugak. Petang isnin tu baru start masak. Masak awal mlm boleh rest sambil tgk tv.

Next day, yg lelaki ke masjid untuk solat. Kitorang yg kat rumah mcm biasa, takde buat apa2 pun. Lepas breakfast tgk tv jer.

page1 Btw, ni antara lauk2 yg dorg masak. Ketupat semestinya ada. Rendang ayam, rendang kerang, kuah kacang, kari ayam & sayur lodeh. Kira ni semua menu wajib la tiap kali menjelang raya.

Thn ni kita tak buat ibadah korban. Sebab tiap2 thn kita buat kan. Thn ni kita rehat dulu. Bagi peluang pd org lain pulak yg buat. Dorg buat kat dkt dgn rumah kitorang gak. Tapi tak pegi tgk pun. Sebabnya panas sungguh hari tuh. Lagi pun kitorang prepare for something petang tuh.

Petang lepas Asar, kita ada buat makan2 skit untuk adik beradik & sedara mara skit. Alaaa kecil2an jer. Tak jemput sapa2 pun. Semua kita yg conduct buat. Anak2 buah Lyn ada, ada yg balik dari Uni. So biar dorang yg buat kerja.

page2 It’s BBQ time!!! So bagi budak2 bujang2 ni yg membakar. Plan lama jugak ni. Nak buat selalu pun tak cukup quorum. Kali ni pun tak cukup quorum gak. Adik Lyn beraya kat Kedah nun. Ada yg tak sihat. Ada yg balik kg. So mane yg ade, kita buat jer lah. But majoriti ramai yg ada.

Kita bakar ikan cencaru, ikan kembung, ikan pari & ikan keli. Semua budak2 ni yg settled kan. Kita yg perempuan ni tukang makan jer. Hehehe

page3Lauk2 pun bertambah skit jer. Lauk2 raya tu kita hidangkan. Ada tembikai, kacang rebus & my niece buat mashed potato & coleslaw. Percubaan pertama tu, dan Alhamdulillah menjadi. Tapi tak seenak KFC lah of coz. But not bad. Hehehe

page3 Ni kumpulan nasyid mane ntah aku pun tak tau. hahaha. Dah sepesen semua berjubah bagai. Sekarang ni musim jubah mcm ni erk. Murah jer. Lyn tak tersenarai lah kan. Takde jubah uolssss. Mak sedara & anak sedara.

P1130015Antara family Lyn yg datang. Dalam rumah ada lagi ramai. Yg tu group anak2 dara. Duk lah cerita pasal Uni masing2. Sok sek sok sek duk cerita pasal hostel masing2. Yg group lelaki duk lah citer pasal kereta motor. Kitorang, mcm2 topik ada.

Lyn makan seekor ikan, mashed potato & coleslaw dah kenyang. Lepas tu duk berborak jer kerja nya dgn adik beradik. Alaaaa bila berkumpul tu mcm2 lah cerita. Cerita pasal family & family gathering for next year In Sha Allah.

The main point was to celebrated September & October babies. September rasanya takde.

P1130039 Mereka2 ni semua, Abg, Kakak & my niece semuanya lahir bulan October. Ini adalah surprise nya. Dorang tak tau pun. Surprise kenalah plan betul2 baru lah menjadi kan. It’s red velvet cake from Secret Recipe. Ermmm not bad.

Sambung makan, gelak, borak. Itu lah kerja kitorang bila berjumpa adik beradik & sedara mara.

P1130067Owh yeah, my bro’s birthday too. Abg Lyn yg sulong, Along. My wali after my Arwah Abah passed away. Petang tu dia takde. So kita celebrated for him after Maghrib. Dia pun terkejut tuh. Ape tak nya, dah tua2 kena potong cake. Malu dia uollssss. Hehehe

P1130089 Budak2 ni tak habis lagi membakar ikan. Makin nak malam, makin byk permintaan. Laku betul dorang meniaga. hehehe. Mane tak nya masing2 duk request nak ikan apa. So kena lah buat.

P1130082 Muka org yg happy dan kepenatan. Memang penat but everyone enjoyed the moment during the family gathering. We had a lots of fun. Shared everything to each other. Itu untungnya bila adik beradik ramai & keluarga besar. Lyn kan adik beradik 9 org. Bila berkumpul tu mmg havoc. Dah mcm kenduri. Hehehe

Pukul 9 kita dah hampir siap berkemas. Masing2 tolong sama. So cepatlah habis semua. Ada yg dah balik jugak sbb next day ada yg kerja. Lyn cuti next day tuh. Kemas kena kasi clear semua.

Mmg penat yer. Tapi seronok. Malam tu masing2 tidur mmg tak hingat dunia. Kebabommm awal. Yg tak kerja seronok lah boleh bgn lewat. Yg bekerja aduhaiii mmg bercinta nak bgn awal. Hehehe.

Ermmm ini lah cerita Aidiladha saya bersama keluarga tersayang :D


Wordless Wedneday #124

3
LOL


Migraine Menyerang Kembali

Owh seriously, Lyn dah lama tak kena migraine ni. Dulu2 mmg kerap jugak lah.

Lately ni, two days in a row, sakit kepala sebelah kiri kemain hebat. Lyn ni jenis mmg tak suka makan ubat. Bukan takut, tapi mmg tak suka. Selagi boleh tahan, In Sha Allah Lyn tahan. Paling kuat pun Lyn sapu balm & mintak my mum urutkan. Siap sendawa non-stop, dengan my mum sekali sedawa sama. Hehehe.

1st day duk sapu balm kat kepala. Pantang rasa jer, mula lah duk sapu. Sampai bilik kat office pun bau balm. Mula la org menegur. “U tak sihat ker?” Mlm tu makin tak tahan plak. Sapu minyak & urut pun tak jalan gak. Ermmm nampaknya mcm nak kena telan panadol jer. So terpaksa lah nampak gayanya. Huhuhu. Suruh my niece beli kan. Mlm tu after having a dinner, telan gak panadol 2 biji. Ada lah kurang skit. Tidur, next day woke-up, I feel better than before. Alhamdulillah.

2nd day, nampaknya dah makin kurang. Tak telan dah panadol lagi. Tak urut dah. Sapu minyak pun sekali jer kat office. Tapi ada lagi ubat yg paling mujarab. Nak tau ape ubatnya..

Urut telapak tangan jer uolssssss. Believe it or not?? But it works okey…

Klu sakit kepala belah kiri, urut sebelah kanan. Klu sakit belah kanan, urut sebelah kiri. Simple as that.

My BFF yg suruh buat. Klu tanya dia awal2 hari tuh, dari 1st day Lyn dah buat. Hehehe.

Now, Alhamdulillah, I feel so fresh & better. Amin :)


Cerita Lalat Dan Semut

Beberapa ekor lalat nampak terbang berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup kembali pintu rumah. Kemudian nampak seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan yang penuh dengan makanan lazat.

"Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ini saatnya menikmati makanan segar," katanya. Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju pintu saat dia masuk, namun ternyata pintu kaca itu telah terutup rapat. Si lalat hinggap sesaat di kaca pintu memandangi kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangannya seolah meminta agar dia bergabung kembali dengan mereka.

Si lalat pun terbang di sekitar kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca itu, dengan tak kenal menyerah si lalat mencoba keluar dari pintu kaca. Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan bolak-balik, demikian terus dan terus berulang-ulang. Hari makin petang, si lalat itu nampak kelelahan dan kelaparan.

Esok paginya, nampak lalat itu terkulai lemas terkapar di lantai. Tak jauh dari tempat itu, nampak serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Dan ketika menjumpai lalat yang tak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni dan beramai-ramai menggigit tubuh lalat itu hingga mati. Semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang mereka.

Dalam perjalanan, seekor semut kecil bertanya kepada rekannya yang lebih tua, "Ada apa dengan lalat ini, Pak? Mengapa dia sekarat?" "Oh.., itu sering terjadi, ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini. Sebenarnya mereka ini telah berusaha, dia sungguh-sungguh telah berjuang keras berusaha keluar dari pintu kaca itu. Namun ketika tak juga menemukan jalan keluar, dia frustasi dan kelelahan hingga akhirnya jatuh sekarat dan menjadi menu makan malam kita.

"Semut kecil itu nampak manggut-manggut, namun masih penasaran dan bertanya lagi, "Aku masih tidak mengerti, bukannya lalat itu sudah berusaha keras? Kenapa tidak berhasil?"

Masih sambil berjalan dan memanggul bangkai lalat, semut tua itu menjawab, "Lalat itu adalah seorang yang tak kenal menyerah dan telah mencoba berulang kali, hanya saja dia melakukannya dengan cara-cara yang sama." Semut tua itu memerintahkan rakan-rakannya berhenti sejenak seraya melanjutkan perkataannya, namun kali ini dengan mimik dan nada lebih serius, "Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeda, maka nasib kamu akan seperti lalat ini."

"Para pemenang tidak melakukan hal-hal yang berbeda, mereka hanya melakukannya dengan cara yang berbeda."

Source : FB

Pusing-Pusing Cari Makan

Alkisahnya membeli handphone utk my nephew di Subang. Dari pagi duk pasak kat telinga ajak Lyn beli hp. Ajak abgnya, abgnya suruh ajak Lyn. Sbb dorg tak tau tempat. Tempat familiar, tapi dorg ni mane lah reti sgt. Masing2 membesar di Klang. Time sekolah hantar jauh2. Masuk jer Form 1 semua belajar luar Selangor. So dorg tak expert sgt area sini.

Pergi tempat jual handphone yg famous di Subang. Lyn tak masuk pun. Org mmg penuh. Kedai dah lah kecik. So biarkan budak berdua tu yg survey. Dapat dah hp, so ke misi seterusnya. Niatnya nak beli rojak famous kat SS15 tuh, tapi pergi balik queue punya lah panjang. Tak sanggup nak tunggu, so drove straightly to Seksyen 7 Shah Alam.

Misi mencari laksa & cendol. Sure ramai org tau kat mana location ni.

20131012_164710 Spot my niece & nephew tgh tunggu order. Lyn & my nephew yg sorg dah bgtau nak order ape, dorg just tunggu, amik dan byr. Kena dera budak berdua tu. Hahaha. Kitorang duduk dlm kereta melayan internet. Sesekali balik dr Uni, kita kasi dera. Hahaha

Tetiba baru perasan akak tu catwalk. Oppssss. Hehehe

20131012_171435 6 bungkus laksa & 4 bungkus cendol biasa untuk rumah my mum. Another 6 bungkus laksa & 5 bungkus cendol pulut tuk rumah Abg Lyn. Kenduri kendara namanya sebelum Raya Haji. Kena plak time mendung kan, mmg sesuai sgt pekena laksa.

20131012_171727My portion. Nice. Kuah pun pekat. Cukup masam & pedasnya. Sebabnya hantu laksa mcm Lyn ni, mmg senang sgt tau tekak ni menepati citarasa ke tidak. Klu sekali rasa sedap, In Sha Allah kita repeat lagi. Tapi klu nan hado, sekali tu jelah ko rasa duit aku. Hehehe. Owh cendol dia pun sedap gak. Boleh terjah lagi nnti. Hehehe

Kita ni klu nak meniaga kenalah semenggah skit. Org beli kan guna duit, bkn air liur kannnn.#Eh #Tetiba

Ni hi-tea cum dinner. Kenyang.


Western Katanya

Western ke if breakfast McDonalds?? Tak kot. Dah jadi normal dah sekarang ni if people breakfast mkn McD or KFC.

Dan saya adalah teringin nak breakfast McD. Bukan selalu pun. Selalu mkn roti or kuih, kali ni bertukar lah selera skit. Sesekali je tuh.

20131008_080346Drive thru jer uolsss. Bukan susah pun. Dan tak amik masa yg lama pun nak order. Tunggu pun sekejap after 1 car berlalu. Tapi nak pilih makan apa tuh yg kedaung skit. Maklum lah I olsss jarang breakfast McD. So tak berapa tau sgt.

20131008_083038

20131008_083508I just bought egg  McMuffin & hot tea. That’s all. Begitu I punya breakfast yer uolsss. Sampai office pun lambat skit. Tapi layan breakfast yg sedap2 ni dulu. Hot tea tu pekat nau. Rasa pahit gila kat tekak. Curah air panas skit, baru lah sedap masuk mulut. Tu pun tak habis, sbb Lyn jarang minum manis pagi2. Simpan separuh sejukkan dlm fridge. Time lunch baru minum.

Ermm sesekali jer makan gini. Tak leh selalu. Nanti addicted. Hehehe


Levi’s® Revel Roadshow

Early in the morning, at the Sunway Pyramid just for Levi’s® Revel Roadshow. Wottt Wott!!!

IMG-20131020-WA0002Went there with my lovely nieces. Boleh jugak jd photographer. Since it’s weekend, yg sorang sure tak sekolah, yg sorang lagi balik dari Universiti. Dorg ni twin. Kemana2 mesti berdua. Hehehe. Tu yg mengikut jer tuh. Pantang ajak, ye saja jawabnya. Hehehe.

20131005_111705 Went there of coz I was invited by Redmummy to join this roadshow. Bukan Lyn sorang je. Ade jugak yg lelain. Tapi waktu Lyn sampai ni belum nampak yg lain2. Hanya Kak Red jer.

I’m Levi’s fan since dari dulu2 lagi, so bila kata nak pakai jeans tu, mmg duk terbayang jeans Levi’s jer. Since new Levi’s® Revel was launching, Lyn nak merasa kehebatannya. Owh yer, Levi’s® Revel ni khas untuk ladies jer yer. Tak kira umur, dah kahwin atau belum, Levi’s® Revel mmg sesuai di semua peringkat. Material dia sgt lembut tau.

20131005_112854 Di roadshow ni, anda boleh pilih beberapa jeans yg disediakan mengikut pilihan masing2. Mine was Demi Curve & slim fit. Ala2 skinny jeans gitu. Tak sure size ape?? Dorang boleh ukurkan untuk korang. Mine, 26. Kecikkan. Rasanya pakai dulu size 28. Owh dah kurus kot. *perasan* Hahaha

Btw, I’m queue up for the 360° photobooth. Mmg ramai yg beratur. Actually the main point was to captured moment 360° bila korang memakai Levi’s® Revel ni. Pretty cool rite. So ko berdiri diam2 dlm booth tuh, buat lah pose camne pun,  dia akan captured automatically. Cuma yg seriau sbb tinggi. Mak gayat uollsss. Hehehe.

To those who are tried Levi’s® Revel dan masuk ke photobooth tu, korang sendiri akan dpt copy from them. Besides that, Levi’s ® akan upload dlm fan page mereka di facebook. Klu korang nak tgk, pegi search my FB page, Lyn Yusoff. Yg friends jer lah yer blh tgk. I got the copy too.

20131005_114228 Dah pakai Levis’s® Revel. Haruslah bergambar. Seriously, it’s damn cool if you are wearing Levi’s® Revel ni. Memang jatuh cinta terus.

page2Another pose from yours truly. Kira dah mcm jadi model lah pulak. Model berangan lah gitu kan. I loVe the design so much. Yg Lyn tried ni mmg sedap & comfortable sungguh bila pakai. Kata Kak Red, nampak nau kaki ku yg panjang tuh. Hehehe.

Levi’s® Revel or another design from Levi’s® mmg lah agak mahal. Tapi berbaloi2 bila beli sbb sgt tahan lasak. Tak yah tiap2 bln nak beli. Worth it ko. Lyn punya ada yg dah berusia lebih 8 thn, still elok dan masih boleh fit lagi.

20131005_124717
20131005_124737Kami adalah lucky girls selected by Redmummy, Maria, Ida, Akma & myself. Kesemua kami merasa memakai Levi’s® Revel yg awesome itu.

20131005_125241Thx to Kak Red sbb bagi peluang Lyn dan lelain attending Levi’s® Revel roadshow pada 5th Oct 2013. I got the goodies too. Seronok sgt.

You guys, if you wanna buy, please check out their outlets. Beli jgn tak beli :)

Actually, petang tu jugak ada Nuffnang Foodfest di same location. Tapi Lyn tak pergi pun. Ada benda lain yg perlu di settled kan.


Happy Weekend!!

Happy Weekend Wishing you a fabulous weekend!!


Pity Me

Hi LoVers,

I’m too tired.

I’m not feeling well since Tuesday. Having a sore throat in the evening. But still can enjoyed with my family. We had family gathering during Raya Haji. Later, I will update more soon.

Yesterday, woke up early in the morning, terasa kepala berat sesangat. Telan air liur pun terasa perit. Mmg sah2 tak sihat. Nasib baik lah Lyn cuti. So just take a good rest at home.

Lama dah tak mcm ni. Sekali datang mmg in package. Sore throat, headache, flu, cough & body pain. Cuma badan jer tak panas sgt. Telan panadol, sapu minyak angin, tidur je lah sepanjang hari.

And today, I’m working as usual. No MC, no annual leave. Feel better today. Harap2 bertahan lah sampai ke petang. Klu tak larat jugak, Lyn mintak lah balik awal. Hehehe

Oklah guys, better stop here. This is only blog update for today. Cerita yg panjang2 tu, next week lah Lyn publish. Takde mood bila tak sihat gini. Hope will recover soon. Bye!!!


Wordless Wednesday #123

6 Agree!!


Salam Aidiladha

Hi Lovers,

This is a sticky mode, do scroll down for latest entries. Thx yea... :)

Assalamualaikum semua…

Kepada pembaca blog ini & juga kawan2 diluar sana…

P1110408Lyn & keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1434H, kepada kaum muslimin & muslimat.

Sama2 lah kita mengambil iktibar dari pengajaran kisah Nabi Ibrahim yang teramat mencintai Allah lebih dari segala2nya.

Pada yg balik kampung tuh, berhati2 di jalan raya. Ingat lah orang tersayang. Happy holiday :)


Finally!!!

It was last minute plan.

If klu plan2 sure ada jer yg tak jadi nnti. So after spent so much time at group whatsapp, finally we heading to Ikea for lepaking. Actually, my friend teringin nak makan meatball. Lyn pun teringin gak. Hehehe. So layan jer.

Tak balik rumah pun. Straight from our office. Jumpa kat sana terus. Klu balik nnti malas pulak nak keluar balik. Biasalah klu lepas kerja jalan jem tu biasa. Org ramai pun biasa. Klu nak tunggu org tak ramai, bila masanya pulak kan. Klu pikir org ramai, sampai bila pun tak keluar rumah.

Our main plan mmg ke Ikea restaurant. Pilih, order & bayar. Tempat duduk kena sorang tlg carik. Kitorang berdua tukang order.

IMG02705-20131002-2225 (1) Finally, I got this. Meatball. Yummyyyyy!!! Lama jugak teringin nak makan meatball ni. Lately ni Lyn jarang ke Damansara sana. Klu tak dulu, boleh di katakan dua minggu sekali mesti pergi. Skrg klu nak shopping pergi SCM jer. Dkt dgn rumah.

IMG02705-20131002-2225 Muffin ni sgt sedap yer. Rugi beli satu. Konon nak queue nak beli lagi, tapi malas sbb perut dah kenyang. So next time jer repeat lagi nnti. Hehhee

Makan, borak, gelak.

Makan, borak, gelak.

Dah kenyang baru gerak balik. Next day nak kerja uolsss. Klu tak kerja mau sambung melepak. Hehehe


Weekend Yg Happy

Two weeks in a row, I’m quite busy with a few activities, sampai tak cukup tidur di buatnya. Datang kerja hari Isnin, for sure lah Monday blues & muka ketat Ya Rabbi. Pity me. Huhuhuhu

I usually spend my weekends to rest with my family. Sometimes with friends. But apa2 pun, my family, my first priority.

thSo this week, masa untuk berehat sepuas2nya.

Have a great weekend my friends!!!


Bahan Gelak Korang

Janda

Cucu : Nenek !! nenek ..!! Datuk meninggal !! 
Nenek : Bila cu ??
Cucu : Baru je, jatuh dari pokok sukun, cepat nek ke rumah, keluarga sudah berkumpul semua. Mari cepat nek !!
Nenek : Kejap cu , nenek pinjam HP kamu dulu cu ..
Cucu : Nak tepon siapa nek ??
Nenek : Bukan! nenek nak buka facebook dulu .. nenek nak ubah status dari BERKAHWIN menjadi JANDA

Mental

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalau takut dengan ayam, jika ternampak ayam dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa lama doktor pun melalukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih atau tidak..

Doktor : Adakah kamu tahu siapa kamu sekarang?. 
Lelaki : Ya ,doktor..
Doktor: Siapa kamu sebenarnya..?
Lelaki: Saya ini manusia doktor..
Doktor: Yeke?..bukan jagung..?
Lelaki: Bukan..!! Saya manusia..
Doktor: Kamu takut dengan ayam?
Lelaki: Tidak doktor..
Doktor: Hmm.. nampaknya kamu dah sembuh..
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan..
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya dah berubah jadi manusia??...
Doktor :.........*mati sakit jantung*..



Berjimba Sakan

Bosan duduk rumah, roger kawan2 ajak melepak. Just 3 of us. Actually the main point of coz lah nak minum2 lepak2 makan2 gitu. Tapi setelah bosan tak tau nak buat ape, meja lain dah bertukar org, kitorang jer yg tak bangun2.

Tetiba, ada pulak yg bersuara..

Jom karok??

Kitorang pandang dia, dia pandang kitorang. Apelagi..

Jom.. Redbox Sunway.

Bayar bill, terus jer melulu. Since kita mmg kat Sunway Pyramid, main terjah jer lah. Tak payah nak call2 bagai.

IMG-20130628-WA000
IMG-20130627-WA007 Di sebabkan Lyn sorang jer yg hantu nyanyi, jadinya 60% semua mic kat Lyn. Aku conquer sorang. Hahaha. Yg dua org tuh, nyanyi2 gitu jer. Mmg tiap kali pergi karok pun mmg gitu. Paham sgt.