Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Diari Ramadhan 1435H : Day 13 & 14

Kalau hari Jumaat mesti meriah skit juadah berbuka puasa. Sbb masing2 balik dari Universiti. Yg dkt2 jer lah pun. Especially my niece yg kat UIA. Boleh di katakan tiap2 minggu balik. Klu dia balik tuh, sure macam2 dia tuntut. Hehehe

20140711_192201Day 13. Tapi takde lah meriah mana pun. Balik2 juadah yg lebih kurang sama jer. Kuih muih jer lah yg ada pun.

20140711_192142 Add in otak2. Request by my niece. Dia jer yg teringin nak makan. Bila dah beli kita pun hentam sama. Hhehhe. Sedap betul otak2 ni. Teringat zaman dlu2, pekena otak2 kat Bangsar. Mmg paling sedap kat sana. Masa berlalu, ntah ada ntah tidak kedai tuh. Lama dah pun.

20140712_192349Day 14. Niat hati nak pergi baazar hari sabtu tuh. Beria lah plan nak pergi petang tuh. Tapi tak jadi pulak. Sbb masing2 duk pasak nak ajak keluar pergi The Curve. So layan kan jerlah dorang yg nak shopping raya. Kononnya nak jugak berbuka kat luar dgn budak2 tuh. Pun tak jadi jugak. Lepas shopping still ada masa nak balik, so senang berbuka kat rumah jer.

Order nasi kerabu dgn kakak tuh. Balik rumah dah sampai dah nasi kerabu. Delivery gitu. So tak payah susah2 nak berbuka kat luar.

20140712_192035Homemade air asam boi. Sedapnya Ya Rabbi. Buat sendiri mmg lah sedap. Hari tuh my BIL beli air ni kat bazaar, sekali Lyn minum bau air paip pun ada, bau hanyir pun ada. Terus Lyn muntahkan balik. Eiiiii geram betul lah dgn dorang. Klu nak menjual pun biarlah semenggah skit. Ni tak, dah lah ambil duit org. Hasilnya sedeyyyyyyy. Meniaga lah elok2. Kerja nya nak menganiaya jer.  Terus taubat tak nak beli lagi. Siap pesan dah dgn BIL jgn beli lagi.

Buat sendiri puas hati. Hari2 boleh minum. Beli jer 2 bungkus asam boi, masak dgn gula sampai pekat & hancur isi asam boi tuh. Bila2 nak minum bancuh jer. Senang.

Terliur tgk air tuh? hehehe

Diari Ramadhan 1435H : Day 11 & 12

Maaflah korang sbb Lyn suka sgt letak pic2 makanan kat blog time bulan Ramadhan ni. Sabar lah yer walaupun baru jer jam 8.30am. Jgn meleleh air liur tuh. Alaaaaa.. dah besaq panjang habaq hang, takkan lah terliur kot. Hahaha

20140709_192546Day 11.  Simple jer menu hari tuh. My mum tak masak apa pun. Just ini jer lah untuk berbuka puasa kitorang berenam. My niece takde so tak meriah lah.

20140709_192556 Murtabak ayam kira menu wajib jugak lah. Boleh di katakan tiap2 hari mesti ada. Penjual nya kawan abg Lyn. Klu kat kedai dia, mmg berderet org beratur nak beli murtabak glamour dia ni. Selalu abg Lyn call dulu. Kira order awal lah. Nanti dkt2 berbuka dlm pukul 7pm. Baru pergi amik. Mmg sedap lah murtabak dia ni. Makan gitu jer pun dah sedap. Takyah nak cicah2 bagai. Tiap2 thn mesti pekena punya.

20140710_192708Day 12. Lagi simple. Kuih 2 jenis plus cekodok ikan bilis. Cukup lah tuh. Masak lauk pauk untuk dinner pun mmg takde sapa nak makan. Mmg kenyang lah. Mane lah boleh masuk lagi pun. Tunggu sahur nanti baru kita makan nasi. Setakat hari ni, boleh kira lah berapa kali Lyn makan nasi time sahur. Kira mmg tak selera lah kan. Dah elok2 tidur lepas tu suh heavy sahur, mmg tak lah. Bangun mmg ttp bangun. Kadang tu makan roti & minum susu pun dah kenyang. 

20140710_191802Tapi hari tuh my sis masak nasi ayam untuk berbuka puasa. Kebetulan my niece balik dr UiTM Segamat hari Khamis tuh. Johor kan weekend hari Jumaat & Sabtu. Tu yg masak sedap2 untuk anak dia. Sepanjang puasa ni, sekali ni jer anaknya balik. Lepas ni tak balik lagi dah. Tunggu cuti raya jer nnti, baru lah nampak batang hidung dia. Hehehe

Dan buat pertama kalinya, Lyn tertewas jugak akhirnya. Makan nasi ayam time berbuka. hehehe. Tak tahan tgk ayam tuh. hehehe. Tapi skit jer lah. Buat syarat merasa. hehehe. Selebihnya Lyn hirup sup jer. Sedap. My SIL mmg pakar buat nasi ayam. Marvelous!!!


Weekend Bersama Nasi Kerabu

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

So how’s ur weekend?? Lyn just resting at home. I didn’t go anywhere. Just want to spend my time with beloved family. Tgk tv, movie, main games & tidur. Itu jer kerja Lyn this weekend. Kena pulak petang2 skrg ni hujan, mmg sedap lah tidur. Bukan apa, cara ni saja nak rest kan badan after one whole week bekerja.

Kebetulan this weekend takde jemputan kenduri kahwin. So semua org berkumpul kat rumah my mum. Adik beradik yg jauh takde lah. Yg sebelah2 rumah ni, mmg kerja melepak ramai2. Borak2, gossip2 lah kerja nya bila dah berkumpul.

Tambahan pulak my nephew tgh semester break, mmg gamat lah rumah klu dia ada. Riuh dgn kebisingan dia tuh. hehehe. Ada jer cara dia nak mengusik auntie2 & neneknya.

Ok ni cerita minggu lepas. Lyn mmg teringin betul nak makan nasi kerabu. Last 3 years, Lyn pernah outstation di Kelantan selama 5 hari. Dan selama tu, makanan wajib Lyn di sana ialah nasi kerabu. Tak kira breakfast, lunch or dinner, mmg nak makan nasi kerabu. Yg pastinya breakfast mmg tiap2 hari nasi kerabu. Sampai kwn2 Lyn pelik, Lyn boleh makan nasi kerabu tiap2 hari. hehehe

Tapi bila kat sini mmg payah lah nak cari yg sedap. Dah pernah jumpa dah, tapi sekejap jer org tu jual. Cari lagi, takde dah. Pernah jugak beli kat restaurant kelantan area rumah my mum, mmg sedap. Tapi lately ni rasanya dah kureng dek cerita dr my sis yg pernah singgah membeli. So agak frust jugak. Kat Teh Tarik Place pun ada jugak. Tapi malas nak keluar rumah jauh2. 

Last week, my sis & BIL bawak balik nasi kerabu. Katanya sedap sgt. Dorang pernah gak membeli time hari bekerja. Tapi tak pernah lah dorang bukak mulut cerita kat Lyn. Klu tau, awal2 lagi Lyn dah pergi beli. Bila org ckp sedap, kita pun kena lah try dulu sedap ke tidak. Dan hasilnya……

IMG_1569 Sgt lah sedapppppppppppppp. *tgk berapa byk huruf P Lyn type hahahaha*

Mmg kena lah dgn citarasa tekak Lyn ni. Serious mcm Lyn pernah rasa kat Kelantan tuh. Kata my BIL, penjual ni mmg org Kelantan. Ermm patutlah sedap bangat. Mmg tak rugi klu Lyn hari2 pergi beli.

Actually, sebungkus Lyn makan tak cukup yer. Mau nak 2 bungkus. Tapi mengenangkan org lain pun tak mkn lagi, takkan ko nak paw jugak org lain punya kan. Jadi biarlah masing2 merasa sama.

Dah plan dah nak pergi lagi this week. Tapi disebabkan my mum buat breakfast & makan2 hari ahad, tak jadi lah nak terjah kedai nasi kerabu tuh. Jadi postponed next week lah nampaknya.


Bandung 2014 : Our Breakfast

I will update more about the guest house & supir in the last entry of Bandung. Skrg ni kita cerita yg bab shopping2 & jalan2 dulu yer. Hehehe.

IMG_1490Our Subuh at 5am in the morning. So mmg akan terjaga. Ater di Malaysia kan dah pukul 6am. Waktu Lyn snapped pic ni, at 5.55am. Terang menderang kan. Rasa lain sgt kat sini. Time ni masing2 dah keluar mencari rezeki. Kat sini time Subuh sampai 3 Masjid kita boleh dgr Azan. Dkt sgt dgn guest house ni.

Mandi, solat & boleh tidur balik ok. Hehehe. Tak pun skodeng org lalu lalang. Kena plak bilik kitorang dkt dgn tingkap, lagi senang skodeng. hehehe.

Our guest house ni kita booked mmg including breakfast. 4 days 3 nights, so 3 hari jugak kita breakfast kat sini. Senang. By 7am kita dah turun dah. Luckily mmg kita berempat yg terawal. My mum sgt punctual ye. So kena ikut. hehhee

Our 1st day breakfast. Kena ambil coupon kat receptionist. Itu tugas Lyn tiap2 hari.

IMG_4440 Time ni ada maggi goreng, nasi goreng, kuih-muih, roti bakar & few lagi lah. Tak berapa nak ingat. Time ni takde org pun. Nak air sejuk, air panas pun ada. Pilih jer lah. Siap makan, boleh lagi lepak & borak2 lagi. Anak buah Lyn tak join pun. Hubby nya duk tidur lagi. Siap breakfast kita naik atas semula.

IMG_4444 Ni kawasan bilik kitorang. Naik atas dulu sementara tunggu supir sampai jam 8.30am. Paling lama mkn & borak2 kat situ pun dlm 1/2 jam or 45 minit. Sbb tu boleh lagi lepak2 kat bilik. Siap boleh lelap lagi. Hehehe. Masa kat bawah tuh, dpn pintu guest house, penuh dgn org jual souvenir. Tau je dorg kan. Selalu klu jual mcm tu sure mahal.

IMG_4705 Our 2nd day breakfast. Kali ni ada nasi goreng, kuih muih, roti bakar & ade acar timun & carrot. Sedap betul. Lyn sampai ulang 2 3 kali. Air guava tu, 3 hari Lyn repeat. Tiap kali breakfast, 2 3 kali jugak Lyn ulang amik. Sedap betul. Pure guava tau. Takde campur2.

Hari kedua pun tanpa budak 2 org tuh. Kita siap berborak lagi, ttp jugak tak dtg. Dorang turun pukul 8am. Sekali harung terus keluar naik van jalan2. 

Our 3rd day. Hari kitorang nak check out which is on Saturday. Our last breakfast kat sini. Dorang punya staff mmg friendly gila. Sampai kitorang plak tak tau nak borak apa. hehehe.

IMG_4706As usual our punctual time at 7am. Time tu mmg tak ramai. Lepas tu ramai lah org dtg breakfast. Majoriti mmg semua dari Malaysia. Ada yg dari Puncak Alam, Shah Alam & Terengganu pun stay kat sini.

IMG_4987Kali ni masing2 amik mknn byk. Maklum lah last day kan. Tak tau bila lagi akan dtg sini. Kan Lyn dah ckp, air guava tu tak tinggal. Sedap sesangat.

IMG_4988 Ok baca doa dulu sebelum makan. Gitu tau masing2. hehehe. My mum duk bising, 2 hari dah breakfast, tak sehari pun budak2 tu turun breakfast sekali. Lyn siap whatsapp suruh join makan. Tu pun tak dtg. Ishhh geram betul.

IMG_4990At last yg dtg wife nya jer. Yg laki duk membongkang lagi tak sudah2. Hahaha. Pukul 8am baru dia turun breakfast. Our third day ni lama jugak kita stay borak2 kat sini. Saja tgk gelagat org. Sambil2 tu berborak plak dgn org yg sama2 dtg dari Malaysia.

IMG_4442Klu nak tau kat sini lah tempat kita makan. Luas & besar even kerusi & meja besar2 belaka. Laluan kitorang hari2 ke bilik, sbb bilik kitorang kat bahagian atas ni. Mmg hari2 kena meredah tempat ni.

Waktu malam nampak mcm sunyi jer. Lyn pernah jugak turun pukul 10pm. Tapi berteman gak lah. Klu sorang2 tak berani kot. Tempat org kan. Lain dari tempat sendiri. Apa2 pun best stay kat sini. Semua staff peramah.

Owh I miss Bandung!!


Family Gathering 2014 : Last Day

This is my last entry for family gathering. Tu pun dah skipped dua tiga entry. Boring plak nnti duk cerita yg sama jer.

Pagi tu masing2 bangun awal. Lyn pun lagi lah puas betul tidur. Dari lepas Isya’ sampai next day morning. Mmg heaven betul tidur, takde org kacau. Pagi2 my sisters semua sibuk kat dapur siap kan breakfast. Habis kan semua makanan. Malas lah nak bawak balik rumah. Nugget, ayam, fries semua kita goreng pagi tuh. Tiba2 dtg idea nak buat nasi lemak. Tapi takdelah santan kelapa, guna santan kotak jer. Pun boleh lah. Jadi jugak. Cuma kurang rasa lemaknya.

At least lepas lah hajat nak makan nasi lemak.

20140126_115422Kitorang klu buat family gathering, serba-serbi bahan nak memasak mesti cukup. Dari yg benda kecik sampai ker besar. Ckp jerlah nak apa, sure ada. 

My sisters & SIL lah yg sibuk kat dapur. Dari breakfast sampai ke lunch pun tak sudah2 memasak. Disebabkan kita check-out anytime, dorang siapkan lauk lunch. Takde lah sibuk nak singgah mana2 nnti. Nasi putih, ikan cencaru goreng, sambal kicap & ada lah lauk pauk yg tak habis semalamnya. Mmg heaven betul makan. Mcm kat rumah sendiri dibuatnya. hehehe. Complete ko.

Lepas mkn adalah yg tidur balik, yg pergi swimming pun ada jugak. Tgk TV.

page4Yg kitorang sibuk discuss our next family gathering. InsyaAllah after raya. Location byk jugak lah. Antaranya Penang, Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Cameron Highlands [repeat, dua tahun lepas kitorang pergi tak puas] & byk lagi. Tapi semuanya bergantung pd majoriti.

Next time kalau pergi pun kita sewa bus. Senang skit. Maklum lah kitorang ni family besar. Klu naik kereta & jalan jauh2 ni leceh. Naik bus senang. Sekali harung jer semua ada. Konvoi ni bukan apa, kang ada plak yg tertinggal jauh. In Sha Allah, semoga semuanya berjalan dgn lancar.

By tengahari kita dah siap kemas, bersihkan mana yg patut. Budak2 muda kena pastikan apartment lagi satu bersih sebelum balik. Kitorang apartment tingkat bawah. Sorang2 buat spot check. Dah bersih baru senang hati nak balik.

Before balik Klang, singgah jap kat Teluk Kemang. Ada yg nak cari souvenir lagi. Tak lama pun. Isi minyak kat PD, terus shoot balik Klang. Tak singgah RNR mana2 pun. Jalan pun lancar jer. Sampai rumah around 5.30pm. Syukur masing2 sampai dgn selamat.

Biar pun penat & letih, yg penting kita satu family seronok. We had fun together. Semoga dpt pergi ke location yg seterusnya.

Tamat :)


Macam Tomato

IMG_0870What’s is look like?? Look like tomato rite. But it’s not. So apakah dia??

We called ‘pisang kaki’ in Malay. Klu dlm English, Lyn tak sure org panggil ape. Pisang kaki ni jarang2 org jual. Bukan senang nak cari buah pisang kaki ni tau. Tak semua kedai buah ada jual. Korang pernah makan?? Ke baru first time dengar.

My sis bought it at Pasar Banting. Jauh dia mencari. Act the main point was to bought durian. Dah ada buah pisang kaki ni, beli lah sekali.

IMG_0869 Ni rupanya beli dah di bersihkan & dipotong. Dalam tu ada yg ada biji, ada yg tak. Nasib2 lah kan. Dia punya isi mmg manis. Krup krap krup krap masuk mulut. Mmg sedap. Tapi klu masuk fridge lagi sedap. Sejuk. RM10 untuk 8 biji. Tak sempat petang dah habis di makan. Hehehe.

Bukan senang nak cari buah ni. Pegi NSK, kedai buah pun belum tentu ada org jual. Mane erh ade jual. Takkan nak pergi Banting lagi. Jauh. Teringin lagi ni. Tak puas makan hari tuh.

IMG_0873Lontong. It was supposed to be my breakfast. Tapi sudah jadi lunch sbb my sis lewat balik. Hehehe. Tapi takpe. Lontong all the way from Pasar Banting ni mmg sedap. Tak rugi tunggu. hehehe

Ok.. dua2 teringin sekarang ni. Sekian :)


Rezeki Pagi Hari

20131105_084124Got this from my colleague. Mmg sgt2 surprised. Masuk office tiba2 nampak ni atas meja. Tanpa sebarang message ker ape. So mcm dah tau sapa yg bagi. So pegi lah jumpa dia & say thanks. Courtesy gitu kan.

Lyn : Amoi.. you got lottery ya?? I got breakfast from you this morning.
Friend : Ehh.. no lah. I just want to belanja you lah lengloi. Sometime you bagi I kuih lah, apa2 lah. So this is my time lah kan.
Lyn : I tot you menang lottery ker apa. Hahahhaa
Friend : Aiyoooo… if menang pun, takkan lah I belanja you dengan duit tuh. Dosa kan??
Lyn : (Tau plak dia dosa, hehehe) Tau pun. Ingat tak tau. Btw, thx yea. Now nak makan. Lapar. (makan sambil borak2 dgn dia kat pantry)

She’s my colleague yg sgt kamcing dgn Lyn. Kawan gaduh & baik semua dia kat office ni. Kelam kabut pun dia. Hehehe. Tapi klu takde dia, boring jugak. Nak borak dgn sapa kan. Dah lah Lyn sorang jer perempuan Melayu kat office ni. Dgn Chinese lain Lyn kureng skit. Dgn dia jer Lyn ok. Klu ada kawan Melayu lain oklah kan. Tapi borak2 jer yer. Gossip2 tarak. Chinese kot. Takdenya aku nak bergossip dgn dia. Tapi okey jugak takde gang Melayu kat office ni. Kurang skit bergossipnya. Oppsssss!!


Awesome Breakfast

IMG_0769 Rasa mcm raya kan klu breakfast mcm gini. Full & completed yer. Ada nasi impit, kuah kacang, kari daging & kuah lodeh. Ala-ala hari raya gitu. Hehehe. Takde majlis apa2 pun. Tapi kitorang saja2 jer masak mcm gini.

Alaaa klu dah ramai2 pun masing2 lah keluar idea nak makan ape time weekend. Asik mee goreng, nasi goreng, mee hoon goreng, sesekali kita tukar selera pulak. Baru lah mantap sih. Hehehe

IMG_0768
Tengahari sambil2 tgk tv, pekena kacang rebus. Ada yg biasa & sambal jugak. Mkn panas2 mmg sedap. Dgn cuaca pun agak mendung jer kan. Mmg elok lah sgt mengisi perut yg kruk2 bunyi nya. Padahal baru memasing mkn heavy breakfast.

Ni last week punya cerita. This week menu lain pulak. Hehehe


Western Katanya

Western ke if breakfast McDonalds?? Tak kot. Dah jadi normal dah sekarang ni if people breakfast mkn McD or KFC.

Dan saya adalah teringin nak breakfast McD. Bukan selalu pun. Selalu mkn roti or kuih, kali ni bertukar lah selera skit. Sesekali je tuh.

20131008_080346Drive thru jer uolsss. Bukan susah pun. Dan tak amik masa yg lama pun nak order. Tunggu pun sekejap after 1 car berlalu. Tapi nak pilih makan apa tuh yg kedaung skit. Maklum lah I olsss jarang breakfast McD. So tak berapa tau sgt.

20131008_083038

20131008_083508I just bought egg  McMuffin & hot tea. That’s all. Begitu I punya breakfast yer uolsss. Sampai office pun lambat skit. Tapi layan breakfast yg sedap2 ni dulu. Hot tea tu pekat nau. Rasa pahit gila kat tekak. Curah air panas skit, baru lah sedap masuk mulut. Tu pun tak habis, sbb Lyn jarang minum manis pagi2. Simpan separuh sejukkan dlm fridge. Time lunch baru minum.

Ermm sesekali jer makan gini. Tak leh selalu. Nanti addicted. Hehehe


Manis vs Suam

20130927_104824Hot Chocolate & Hot Cappucino

Lyn mmg tak minum manis early in the morning, even bila2 pun. Mmg jarang sangat. Sesekali keluar baru request nak minum minuman manis. Klu tak, mmg air suam jer lah berbotol2 kat office ni. Kat rumah pun. Kuar terpaksa lah kan. But normally klu lunch area office pun Lyn bawak jer botol air. Nak malu?? Tak yah malu pun. Bukan mencuri pun kan.

Dek kerana client ku turutkan saja duk melepak kat Krispy Kreme melayan hot choc. Sesekali tak pe, bkn selalu pun di pagi hari. Hehehe. Tak bubuh gula pun dah boleh di katakan manis. Ishhhh, mmg tak boleh lah, pekat sgt choc nya. Rasa melekat dkt tekak ni.

Balik tu, dlm kereta kemain bilas tekak dgn air suam setengah botol. Baru hilang haus. Minum manis mmg sedap, tapi tak kurang rasa haus pun. Jd bertambah haus adalah.

Jadi marilah kita sama2 amalkan air suam untuk kesihatan kita. Ecehhhhhh.. *iklan bayar sendiri*


Kerja Makan

Weekend, when I was at mum’s house, mkn2 ni mmg tak boleh tolak tepi. Penuh menu yg dorang list kan apa nak makan. So on weekend, mmg takde istilah makan kat luar. Owh yer.. weekdays pun. Kami mmg selaluuuuuuuuuuuuuu makan di rumah sahaja.

So bila di rumah my mum, say NO to diet. Hahahaha

IMG_0697 Keropok lekor all the way from Terengganu. Sedap jugak. Tapi klu dpt keropok losong mmg terbaik. Cicah dgn kuah pencicah tapi kureng. Pi amik kuah tauhu sumbat yg mum mmg standby buat. Lagi terbaikkkk!!!

20130928_205632Dinner, mee hailam, my selection.. my sis Kak Ngah belanja org2 kat rumah. Dia pun dtg unplanned. Boring duduk rumah, anak2 tak blik. Dua2 kat UiTM, yg sorang exam, yg sorang busy dgn assignment. Owh yer, my niece Baby pun dah sambung study kat UIA sana. Dah la senyap sunyi rumah.

20130929_091132Sunday breakfast. Mee goreng & taugeh yg byk. Lyn mmg suka taugeh. Tak kisah lah masakan ape. Klu ada taugeh, mmg itu yg Lyn kaut dulu. Lepas jer breakfast, lepak2 sat, mata pun mengantuk, so back to my ‘sangkar’ again. Hahaha. Hari minggu kan hari berehat, jadinya tidurlah cukup2.

20130929_203830Asam pedas ikan pari & terung. Owh yer saya pencinta terung yer. Klu letak dlm masakan, itu jugak yg Lyn amik dulu. Lama jugak tak makan ikan pari ni. Bila dpt, dua ketul gak Lyn ratah. Ermmm nampak tak taugeh disitu?? Hehehe

Bila berbicara pasal mknn, lagi2 yg sedap2, air tangan mak pulak tu, mmg susah lah nak diet. Pantang mmg takdelah kan. Ni pantang nampak. Hahaha. Dulu pun Lyn pernah pantang gak. Sebulan lebih jugak lah sbb operation. Masa tu tak lalu nak makan. Asik2 mknn yg sama jer. Ikan gelama, bubur, masak pindang tuh jelah Lyn mkn. Lepas habis pantang, selamba jer mkn.

This week & next week, InsyaAllah diet. Best therapy of diet :)


Terima Kasih Mak

Seronok kan bila kita nak makan sesuatu ada yg tlg buatkan. Korang pun sure seronok kan??

Kat rumah Lyn ni, mmg pantang sungguh klu ckp nak makan sesuatu. My mum mmg akan buatkan. Ckp lah nak makan ape pun. Klu tak buat on the spot, esok lusa or next weeknya mesti my mum buat kan. Itu adalah mak saya. Sangat rajin. Sgt sihat walaupun sudah berusia 72 thn.

Sometimes kita taknak susahkan dia. Tapi my mum tak kisah. Selalunya klu buat tuh, sure helping each others. Sambil berborak sambil prepare the food reramai.

Tak ingat bila, but during weekend on Sunday, kita prepare begedil daging for our breakfast. Ni adik Lyn yg teringin. So pepagi dia dah bgn tlg buat semua ni.

IMG_3216Resepi Lyn tak sure sgt. Tapi ada kentang yg yg dah di rebus dan di lenyekkan. Daging kisar, kita pakai brand Ramly tu. Daun sup, garam & sedikit tepung klu tak silap. Act kita makan lebur jer. Tak ikut resepi mana2 pun.

IMG_3215 Ni begedil yg dah di masak. Begedil yg mentah td kenalah dicelup dlm telur yg telah dipukul sebelum digoreng. Kena hati2 nak goreng begedil ni. Dia sgt lembut.

Mkn panas2 lagi sedap. Dan klu nak sedap lagi, boleh cicah dgn sos. Nak lagi sedap buat teh O panas. Hehehe

Ape2 pun my mum was great mum. Jasa & keringat beliau tiada tolok bandingan nyer. Berilah wang berjuta2 pd nya, belum tentu boleh membayar jasa mereka yg membesarkan kita. Terima kasih Mak. WE LOVE YOU!!!


My Breakfast

Klu nak merasa breakfast yg best, mmg kena tunggu weekend. Sbb weekdays, takde nya nak breakfast kat rumah awal2 pagi tuh. I’m not a morning person that's why I take my breakfast really late. Like around 8.30am onwards.

I can't eat too much in the morning, plus tak leh breakfast awal, sure lah sakit perut memacam nanti. I don’t eat a heavy breakfast. Normally I have a light breakfast. Just a bread or kuih. That's all. Kenyang.

Klu hari Ahad kat rumah mmg disajikan heavy breakfast. Hehehe..

IMG-20130421-00165 Tak mee goreng, mee hoon goreng or kueh teow goreng. Mesti ada.

But nasi lemak mmg kitorang jarangggggg sgt masak. Berlemak uols. Beli pun jarang, ape lagi nak masak. Lagi2 kat rumah ni masing2 tgh diet, takdalah nak makan yg lemak2 gini. Semuanya bertapis skrg.

Tapi last week punya breakfast, kueh teow goreng bubuh cili jeruk mmg terbaikk!!!! Letak taugeh banyak2. Terus terliur pagi2 ni. Okey Ahad ni nak masak kueh teow lagi. Lalalalala


My Breakfast

I’m not taking heavy breakfast such as nasi lemak, roti canai, mee goreng & etc everyday. Dan masa breakfast Lyn only after 9am. Dah biasa mcm tu. If makan awal, sure lah akan sakit perut memulas. Pantang gamaknya. Hehhee

Normally, I only took kuih muih or some bread together with plain water or dutch lady milk or choc. That’s it.

imageKlu rajin, Lyn akan singgah kat kedai area my house beli kuih2 skit. Klu malas awal2 lagi mmg dah prepared roti kosong Gardenia dari rumah.

Tapi tak lah roti semata. Normally letak planta & gula skit. Cukup lah 3 keping tuk breakfast. Kenyang tau. Sbb perut Lyn kecik kan. Hehehe. Tu pun kadang2 sesak gak nak habiskan sampai 3 keping. Selalu 2 keping breakfast, sekeping lagi tuk petang.

Time boring letak planta & gula, letak plak sambal goreng or sambal tumis. Tu lagi sedap. Lagi berselera makan. Yg tu selalu 3 keping habis sekali gus time breakfast. Hehehe.

Ermmm memilih kan?? Hahahaha

Breakfast korang pasti lagi hebat. Tak nasi lemak, sure roti canai. Tak pun McD. Hehehe

[Pic, credited to Google image]
 

Waffles Yummyyy!!!

Owh well!! Lyn mmg selalu ketinggalan keretapi lah.

Klu movie mmg selalu cam gini. Bab makanan ni adakalahnyer punya habit yg sama. Tertinggal keretapi jugak. hehehe

Gardenia dah launch 1st waffles baru2 ni. Normally we can only found waffles in Mall or shopping complex that sells waffles. Klu lalu tempat jual waffles, bau nyer cukup sedap. Betul kan??

Here we go!!!

IMG02273-20120319-0936 My niece bought it last time. Actually baru 1st time nak cuba. We bought Fresh Egg Vanilla flavor. Besides that, another flavors.. Maple Wholemeal, Blueberry, Banana and Classic Cinnamon.

IMG02274-20120319-0936This is how it look at. 2 waffles at RM1.40. Ermmm.. good deal. Looks so tempting rite? Size tak terlalu besar dan kecil. Just nice. Klu nak yg besar sila lah buat sendiri. hehehe

IMG02275-20120319-0937Try it 1st. You can eat it plain without jam or butter. Memang sedap. Normally Gardenia tak pernah mengecewakan. Klu nak lagi sedap bubuhlah jam or ape2 saja. Klu bubuh ice-cream pun sedap. So far Lyn mkn macam tu jer.

Tapi klu makan mcm tu pun dah sedap, tak perlulah letak ape2 lagi. If u want to try, sila kan.

So far Lyn baru try fresh egg vanilla jer. Tak pernah try yg lain lagi. Bila dah sedap, haruslah repeat lagi. So now siap buat stock tuk breakfast, just in case tak sempat nak beli breakfast kan.

Soon nak try flavor yg lain pulak. Lepas ni nak letak ice-cream or nutella. Sure lagi sedapppp. Tapi bila kat office, takde masa nak buat ni semua. Bukak plastic terus makan je. Dua ketul ni mmg kenyang lah sampai lunch time.

If you ever find this in the shop, do give it a try. Really recommended :)

Sedappppppppppppp :D

Tupperware Ok!! :)

IMG02229-20120215-0852 Sandwich telur + mayo

IMG02231-20120216-0830 Small roti john

Almost everyday, I took a simple breakfast. It’s super easy. Lyn mmg jenis tak boleh amik heavy breakfast before 11am. Perut ni tak boleh nak accept. Setakat kuih2 boleh lah.

Klu sengaja amik heavy breakfast such as mee goreng, nasi lemak or etc mmg meragam lah jawabnya. Mau lah tak senang duduk asyik nak pegi ladies jer.

Tak tau lah kenape, tapi perut ni dah mmg biasa mcm tuh. Pernah gak sesekali mencuba amik heavy breakfast, lepas tu mmg meragam betul2 yer. Tu lah nak sgt try kan. Confirm meragam punya. Tu kes nak try & error lah tuh.

Sebab tu mmg everyday makan yg simple2 jer with plain water.

Ermm btw, my colleagues pelik sbb tak pernah tgk Lyn bancuh air manis kat office. Yup.. mmg betul since sari dlu sampai skrg. Mmg hari2 minum air suam jer. Sebotol besar tu mmg utk sehari suntuk. Tu pun kadang tak cukup. Top up lagi kat office. Even klu Lyn lunch kat area office pun, Lyn selamba jer bawak tupperware biru ke kedai makan.

Sampaikan my colleagues kata,

Tak malu ke bawak tupperware, kan boleh je beli air suam kat sini.

Laaaa.. buat ape nak malunya. Bukan ada org marah pun.*I bawak tupperware ok.. bukan tipuware. Opssss!!!*

Ermmm bawak tupperware berisi air suam pun nak malu ker?? Ape dahhhhh… bkn mencuri pun :DD

Bila Cuti Jer.. Makan :)

Kat my house ni, nak makan ape jer sure dpt. Ckp jer lah, sure ada depan mata. Tak kisah lah sape yg masak. Ade saje rezeki dari adik beradik keliling.

Duduk dkt2 dgn adik beradik ni untung, time masak sure hantar kat rumah my mum. Dgn lauk yg dorang bagi termasuk lauk yg my mum masak sure melimpah ruah. Kadang tu tak habis sbb terlalu byk yg bagi.

The best part, time nak panggil anak2 buah Lyn, main jerit jer panggil, pastu menonong2 lah bebudak tu dtg rumah. Best kan. If ada emergency pun, tak susah.

IMG02175-20120102-1540My breakfast on Sunday. Nasi impit, sayur lodeh, rendang kerang & kuah kacang. Dah mcm hari raya plak buat hidangan mcm ni. My mum teringin sgt. So kita buat jer, jamu anak2 beranak kat rumah beramai2 tuk breakfast. Hehehe. Makan ramai2 lagi best kan.

Lunch time, I didn’t take lunch coz I’m full already. Yelah dah heavy breakfast kan. Tak larat nak masuk byk2 dlm perut. No space at all. Maklum lah, perut mak kecik uolsss. Tak boleh isi byk2 nnti meletops. hahaha..

Owh no..

I’m just kidding :)

IMG02176-20120102-1550 Lunch time tgk orang makan jer. Lyn just ratah siput sedut masak cili padi. My SIL yg masak. Kan dah kata kan, duduk rumah dkt2 senang nak rasa masakan kakak ipar. Hehehe

Kenyang.. cari bantal & kebabommmm. Dah mcm ular sawa dah rupanyer lepas makan tidur.

But I’m lucky person. Walaupun lepas makan tidur, badan ttp maintain. Jgn ckp besar Lyn. hahahaha

It’s true beb. Jangan jeleous. Sbb Lyn dah buat bertahun2 lamanyer. Ermm terror tak??

Tak Jadi Nak Sentap…

P1100057P1100058Korang bayangkan ler, bila bangun pagi nak breakfast, makanan tuk breakfast ko tak makan langsung dr dlu. Serious sentap ku di pagi ahad. Dgn perut lapar ya amati, tetiba ada pulut kuning dgn rendang daging jer.

OMG!!! dua2 pun Lyn tak makan. Setakat makan kuah kari dgn kentang tak kenyang kot. Nasi plak takde. Giler frusttttttt. Plus pulak takde org kat rumah. Semua nyer pergi kenduri kahwin & berkhatan.

Ermm ingat hati nak membeli jer makanan kat luar, tapi malas nak drive sume.

So menyelongkarlah almari makanan suddenly ternampak tauhu sumbat.

Wowwww!!!! it’s my favorite!!!!

Terus cancel nak beli makanan. Ater dah ade tauhu sumbat.

P1100056 Memula makan dua ketul dulu. But still ada space lagi dlm perut ni.. Hahahaha

Tambah lagi 2 ketul…. Ermm ada lagi space.. Heheheh

Last2 6 ketul Lyn makan sambil mengadap cerita Pisau Cukur. Hah koo!!! kenyang giler.

Nasib baik tak sentap terus sampai ke petang kan. Pandai mak ku sayang. Dia tau anak dia yg sorang ni tak makan pulut & kari daging. Di buatnya tauhu sumbat. hehehe

Mum.. u’re awesome!!!!! Love u ma!!! :D

Simple Dish…

Korang agak2 klu tgh malam lapar tak hingat, korang makan aper??

Maggi??

Roti??

Kuih raya?? Since byk lagi kuih raya kat rumah. Tak habis2 lagi. Hari Raya Haji pun dah nak dekat. hehehe

Cekodok??

Start engine, zassssss ke kedai2 makan yg berhampiran??

Maggi semestinya tidak. Not allowed at mum’s house. Mau makan, kena sorok2. Nanti maam besar bising okey. hehehe

Kitorang ada stock roti jer. Kuih raya tolak tepi. Nak goreng telur malas. Jadinya, potong roti jadi dua keping. Bancuh telur, celop & goreng. Senang bangat. Mum’s idea. Sebagai anak, yer saja. hehehe

IMG01995-20111015-2321 Dah siap. 6 keping roti menjadi 12 keping. Lyn yg goreng, sambil berborak dgn mum. Mum pun lapar gak tuh. hehehe

IMG01996-20111015-2325 Agak2 makan mcm tu tak best, cicah plak dgn sos life. Shared with mum & niece. Tiga org yg kelaparan di tengah malam. Sambil makan sambil tgk TV dan borak2.

IMG01997-20111016-0912 Next day, mum buat mee goreng tuk breakfast. Lyn awal pagi dah bangun sbb laparnya ya amat. Padahal a nite before makan roti. Pagi2 dah lapar kembali.

Mandi & bersiap terus breakfast mee goreng 2 pinggan. Buruk lantak betul. Hahahaha

Lepas makan, katil & bantal panggil semula. Wajib lah tidur jap.

Ya Allah. lepas makan je tidur. Mcm mane tak gemuk.

Eh!! tapi I tak gemuk uolssssss. Hehehe

Asyik2 entry pasal makanan. Bila lah ko nak berisi yer Lyn!!!!