Diari Ramadhan 1435H : Day 13 & 14

Kalau hari Jumaat mesti meriah skit juadah berbuka puasa. Sbb masing2 balik dari Universiti. Yg dkt2 jer lah pun. Especially my niece yg kat UIA. Boleh di katakan tiap2 minggu balik. Klu dia balik tuh, sure macam2 dia tuntut. Hehehe

20140711_192201Day 13. Tapi takde lah meriah mana pun. Balik2 juadah yg lebih kurang sama jer. Kuih muih jer lah yg ada pun.

20140711_192142 Add in otak2. Request by my niece. Dia jer yg teringin nak makan. Bila dah beli kita pun hentam sama. Hhehhe. Sedap betul otak2 ni. Teringat zaman dlu2, pekena otak2 kat Bangsar. Mmg paling sedap kat sana. Masa berlalu, ntah ada ntah tidak kedai tuh. Lama dah pun.

20140712_192349Day 14. Niat hati nak pergi baazar hari sabtu tuh. Beria lah plan nak pergi petang tuh. Tapi tak jadi pulak. Sbb masing2 duk pasak nak ajak keluar pergi The Curve. So layan kan jerlah dorang yg nak shopping raya. Kononnya nak jugak berbuka kat luar dgn budak2 tuh. Pun tak jadi jugak. Lepas shopping still ada masa nak balik, so senang berbuka kat rumah jer.

Order nasi kerabu dgn kakak tuh. Balik rumah dah sampai dah nasi kerabu. Delivery gitu. So tak payah susah2 nak berbuka kat luar.

20140712_192035Homemade air asam boi. Sedapnya Ya Rabbi. Buat sendiri mmg lah sedap. Hari tuh my BIL beli air ni kat bazaar, sekali Lyn minum bau air paip pun ada, bau hanyir pun ada. Terus Lyn muntahkan balik. Eiiiii geram betul lah dgn dorang. Klu nak menjual pun biarlah semenggah skit. Ni tak, dah lah ambil duit org. Hasilnya sedeyyyyyyy. Meniaga lah elok2. Kerja nya nak menganiaya jer.  Terus taubat tak nak beli lagi. Siap pesan dah dgn BIL jgn beli lagi.

Buat sendiri puas hati. Hari2 boleh minum. Beli jer 2 bungkus asam boi, masak dgn gula sampai pekat & hancur isi asam boi tuh. Bila2 nak minum bancuh jer. Senang.

Terliur tgk air tuh? hehehe

5 comments:

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum,

Otak2.....best2..hehe aritu balik kg pn dpt mkn ni..aihhh best nya tgk juadah berbuka akk ari2...

regards,
Triplesmiley


Mummydearie said...

Oh, sangat terliur tengok air asam boi tu, Lyn apatahlagi dengan ais ... Kalau balik kampung raya, my sis mesti siap-siap buat asam boi ni. Nanti tetamu datang, jirus je air. Hehehe...

Lyn Yusoff said...

Idzwa,
takdelah meriah sgt..
simple2 jer tuh

Lyn Yusoff said...

Sofia,
ala sofia. hari2 menu pun lebih kurang sama jer.. takde menarik pun.

Lyn Yusoff said...

MD,
senang kan. puas hati lagi buat sendiri. mmg hari2 duk repeat air ni lately..