Diari Ramadhan 1435H : Day 15 & 16

Bila menjelang Ramadhan ni kan, sebenarnya ia salah satu cara dpt mengeratkan silaturrahim sesama keluarga & adik beradik. Kenapa Lyn ckp mcm tuh? Sbb time ni lah kita dpt berbuka sama tak kisah lah di rumah atau di luar.

Mcm Lyn sendiri, time ni lah time berkumpul ramai2 time berbuka. Klu tidak, di bulan yg lain2 kan, sorang duduk dlm bilik, sorang on diet, sorang makan, sorang tgk TV. Masing2 dgn aktiviti masing2. Tapi di bulan yg mulia ni kita berkumpul & berbuka ramai2. Seronok kan. Lagi2 klu semua adik beradik ada. Lagi meriah :)

20140713_192641 Day 15. Niat nak pergi bazaar Ramadhan hari sebelumnya kan cancel. So kononnya hari Ahad tu lah dah plan nak pergi. Tapi tak pergi jugak sebenarnya. Sbb I olsss sgt malas. hahaha. Lagi satu my mum dah sound nak masak mee hoon goreng, lepas tu ada karipap frozen and a few lagi. So nnti my mum kata tak makan plak bila byk2 nanti.

20140713_192923Dan my youngest sis buat potato wedges pulak. Home made tau kentang ni. Kopek, potong semua sendiri. Bukan beli yg dah siap tau. Tak main lah. hehehe. Dia siapkan semua. Lyn tukang goreng. Seronok main goreng2 kentang ni. Cicah plak dgn cream sauce.  Goreng pun tak byk. Lebihnya simpan masuk fridge, next day boleh goreng lagi. 

20140714_192151 Day 16. Pun simple2. Takde apa yg menarik. Repeat balik potato wedges dan kuih muih skit. Kuih kasuwi tu sedap betul. Selalu gak repeat kuih ni. I’m not having a heavy breaking fast, sbb nak layan makan mee kari. Hehehe

20140714_211542Tak plan pun nak buat mee kari. Sebenarnya lauk kari semalam tu byk lagi. Ayam dah kurang dah. Jadi nya dari terbuang jer kuah kari tuh, my mum beli mee taugeh segala, jadi lah mee kari. Hehehe

Lyn makan pun lewat after balik dari Masjid. Tak tahan tgk. Hhehe. Pertama kali jugak makan camni lepas berbuka. Selalu mmg tak makan lagi dah malam2. Tunggu sahur baru makan. Tapi mee kari tu menggoda sgt. Tak leh tahan. Jadinya kena lah pekena sekali dua. Ehhh sekali jer. Lyn tak leh repeat dua kali klu makan mee kari. Cepat muak.

Pejam celik, pejam celik dah 19 hari kita puasa. Cepat nya masa berlalu kan. Ramadhan bakal melabuh kan tirai :(


4 comments:

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum,

Home made wedges tuh nmpk menarik...hurmmm mee kari ekkk...akk kasi sofia idea nk mkn ape arini..haha bile dh masuk kerje je..asyik lah buntu xtau nk buka puasa apa

regards,
Triplesmiley


Mummydearie said...

Bulan puasa ni letak apa pun nampak sedap je. Cubalah semua gambar yang dilihat masa berpuasa tu ditunjuk balik masa lepas berbuka, memang takdalah tergoda lagikan :)

Bagus juga idea tengok gambar makanan masa puasa ni. Terus kenyang. Nak buka nanti tak payah susah-susah mengidam itu, ini ...

Lyn Yusoff said...

Sofia,
idea tu. sbb tu pi letak pic makanan hari2. hehehe.. sofia yg bujang pun tak reti nak berbuka apa.
kitorang yg ramai2 ni pun pening gak nak masak apa hari2.. tension

Lyn Yusoff said...

MD,
saja nak bagi org tgk..
takde niat lain pun.. tapi klu sedap, mengidam lagi kak. hehehee