Wordless Wednesday #112

34 Creative :)


Diari Ramadhan 1434H : Day 19 & 20

IMG_0392Menu hari ahad simple2 jer. Dah tak tau nak beli kuih ape. org pun dah byk tak jual. Agaknya masing2 sibuk buat kuih raya kot. Hehehe. Yg ada pun kuih yg tak berapa nak famous. Tapi popia basah tu mmg sedap sampai kan Lyn mkn 3 ketul. Lupa plak org belakang. Hehehe

Hari tu plak Lyn sakit kepala bagai nak rak. Mmg tido je lah jawabnya. Letak minyak tak jalan gak. Akhirnya ku tarik rambut sampai berbunyi. Tak menjadi gak. Dah mlm baru menjadi. Terus baik. Cuma kepala sengal2 sbb kena tarik dek tuannya. Hehhehe

IMG_0393 Hari ke 20 Ramadhan. Serious tak sangka tinggal lebih kurang 9 or 10 hari saja kita akan berpuasa. Menu simple2 jugak. Hari isnin adalah hari yg agak malas jugak. Dgn mood tak berapa nak baik. Mood nak memasak pun kureng. So mkn saja ape yg ada.

Mlm tidur awal. Lyn tak berapa sihat. Tapi ttp bangun sahur walaupun hanya minum air kosong & kurma.


9 Kanak2 vs Hidangan Berbuka Puasa



Diari Ramadhan 1434H : Day 17 & 18

17 of Ramadhan tu jatuh hari Jumaat, dan sempena Nurul Al-Quran. Lyn spt biasa bekerja la walaupun di Selangor. Tapi hari tu takde kerja sgt pun.

Adik beradik Lyn semua cuti. Dorang pun ada kerja kat rumah. Mengemas & buat kuih katanya. Mmg tak dpt nak join lah kan. Lyn balik kerja tu semua dah siap.

IMG_0376 Petang tu pun berbuka simple2 jer. Masing2 kepenatan. Lauk pauk tuk sahur pun my mum masak ringkas2 jer. Telur masin & acar timun. Cukup lah. Kadang2 masak yg simple2 tu lagi lah menyelerakan.

Kuih muih, murtabak, mane yg sedap kita repeat mcm biasa. Beli byk pun bkn semua yg dimakan. Klu sedap tu repeat byk kali pun tak pe, sampai jemu dibuatnya. Hehehehe.

IMG_0382 Hari sabtu pun simple jer. Kuih 2 jenis. Cukup. Kuih sagu merah tu, baru dpt rasa hari ke 18 Ramadhan. Tak tau lah takde org jual atau pun takde sape pun teringat nak beli.

IMG_0383Ada rezeki di petang Ramadhan. Kitorg dah merasa dah lauk hari raya dr kawan kakak Lyn. Biasalah org jawa kan suka buat aktiviti munjung seminggu sebelum Syawal. Tu kira aktiviti tradisi dorg lah. 

Kitorang pun ada buat jugak tahun2 lepas. Thn ni tak pasti lagi, tgk keadaan memasing. Korang ada buat aktiviti munjung ni?

Dan malam tu jugak, mlm bersejarah sbb my sis & niece berjaya memujuk Lyn pergi bazaar Ramadhan kat Bandar Klang. Bazaar yg jual kain baju tu. Bkn bazaar makan. I’m not driving, ikut my niece’s hubby. Klu drive tak pegi lah jawabnya.

Parking dah lah susah, menapak jauh plak. Org.. jgn ckp lah, ramai sgt2. Sampai nak jln pun payah. Tak sampai 10 minit Lyn dah pening. Tahan gak lah, sbb nak habiskan merayau. Bila dah ramai org sampai tak tau nak beli apa. Pukul 9.30pm kita pergi, pukul 12am dah balik. Lyn tak larat dah. Tu yg ajak dorg balik. Sampai rumah pengsan. Cukup lah sekali Lyn pergi. Walaupun mlm, tapi serious tak larat.


Surprise From Mum

Tiap2 kali raya, we are looking forward nak buat kuih raya beramai2. Lama dah kita tinggalkan tradisi membuat kuih raya ni. Masa Lyn sekolah dulu, mum & sis mmg rajin buat kuih tak kira lah kuih tradisional or moden.

Tapi ianya semakin dilupakan disebabkan kekangan masa & faktor umur. Mum tak berapa sihat sangat. Sis pun sibuk kerja.

But not this year. Aura mana yg dtg, tahun ni masing2 excited nak buat kuih tradisional. Mum suddenly came out with this idea. Sure lah on weekend nnti kita buat.

But…

But…

Hari Isnin lepas kitorang balik rumah, kat kabinet penuh tersusun kuih goyang or lebih dikenali sbg kuih ros. Everyone was shocked. Bkn ape, mum tak berapa sihat. Tapi dia nak buat jugak kuih. Sbb kita dah janji nak buat sama2 on weekend. Katanya, dia boring tak tau nak buat apa kat rumah, dari duduk saja lepas aktiviti ilmuan dia, baiklah dia buat kuih katanya. Dan kebetulan my niece ada, dia lah yg tlg sama & pantau neneknya kat dapur. Gilir2 dorang buat.

IMG_0367 Ni lah hasilnya. Berbalang2 jugak hasilnya tau. hehehe, Anak2 semua bising gak, sbb takut my mum penat. Lagi2 dgn faktor umur & time puasa kan. Taknaklah dia penat. Tapi dia kata dia masih kuat lagi. Alhamdulillah, berkat doa ahli keluarga.

Sedap semestinya air tgn seorang ibu. Resepi jgn ditanya yer. Lyn tak tau. Klu nak rasa meh dtg rumah Lyn hari raya nnti. hehehe.

Tapi kitorg mmg suka pun mkn kuih goyang ni. Arwah Abah paling suka. Tak pernah beli berzaman2 dah. Klu beli pun bau hapak. Baru2 ni my auntie kata, kwn my cousin jual RM25 tuk 100 keping. Bagi kitorang mahal jugak lah. Sedangkan modal tak seberapa pun. Mum kata satu adunan dpt jugak 2 balang sederhana yg modal nya tak sampai pun RM10.

Tgk berapa byk dia amik untung.

Dua hari jugak mum habis kan masa utk buat kuih goyang ni. Jgn terkejut kat kabinet penuh balang kuih goyang tau. Hehehe. Kuih2 lain sipi2 jer tempatnya. Hahaha

Next project ada lagi. Tunggu!!!!!


Diari Ramadhan 1434H : Day 15 & 16

Sedar tak sedar, kita sudah pun masuk hari ke 20 berpuasa. MasyaAllah, sekejap jer kan. Tinggal beberapa hari lagi kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan yg penuh barakah. Sedih

IMG_0373Dua hari menu tak mmg tak byk beza pun tuk kami bertujuh berbuka puasa. Kuih-muih seperti biasa mmg ade since we are not taking heavy breaking fast.

Popia basah tu mmg kitorang looking forward sgt nak mkn. Ada sekali beli mmg out lah, tapi yg ni mmg sedap. Cukup rasa & pedasnya.

IMG_0374Next day tu ada cempedak goreng. Lyn mmg tak boleh bau cempedak. Mcm mane Lyn tak leh bau durian & nangka mcm tuh lah. Boleh buat pening kepala okey. Cempedak dari mane ntah, Along Lyn yg beli. Beli yg mentah jer. Kita goreng sendiri. Mkn panas2 baru lah sedap.

Ada org kata meriah menu kitorang, tapi pd Lyn biasa2 jer. Takde byk beza pun. Dan setakat hari ini, Lyn belum berbuka kat luar lagi. Act Lyn prefer berbuka di rumah bersama2 family dr berbuka di luar. Sesekali boleh lah.

Weekdays mmg kita home cook. Weekends sape2 nak berbuka luar, dipersilakan. Tapi setakat hari ni mmg semua nya ada berbuka di rumah. Kitorang bukan biasa pun berbuka kat luar. Kat rumah lagi jimat. Mkn ikut keperluan, bkn nafsu.


Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

nuzul-quran-3Al-quran adalah rahmat, hidyat, syifa, nur, fuqan dan menjelaskan segalanya pada manusia. Percaya atau tidak manusia hanya akan berjaya jika dia berpandu dengan Al-quran dan sunnah.

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran bersamaan dgn 17 of Ramadhan. Pada yg bercuti, best lah korang cuti straight 3 hari. Lyn bekerja spt biasa. Maklumlah company yg dipelopori oleh org non-muslim. Begitulah gamaknya walaupun bekerja di Selangor. Huhuhu

Have a great long holiday & happy shopping for Aidilfitri :)

[Pic, credited to Google image]


Amazing Talent at the Age of 3





Diari Ramadhan 1434H : Day 13 & 14

IMG_0368Menu berbuka puasa hari ke 13. Mmg tiada beza. Cekodok cicah sambal tumis ikan bilis. Kuih ketayap tu mmg Lyn mencari2 sgt. Tak semua org jual. Tapi yg my BIL beli, boleh tahan jugak rasanya. Takdalah tawar meleset.

IMG_0369My SIL bagi ikan pari & ikan cencaru bakar sekali dgn air asam. Ada jugak cekodok udang. Disebabkan kitorang mmg tak mkn heavy waktu berbuka, jadi nya ratah jer ikan bakar cicah air asam. Cuit skit sorg. Beriya Lyn, my sis & mum mkn. Maklum lah org berpuasa. Yg lagi dua org perempuan kt rumah tu tgh cuti. So dorg mkn ala kadar jer.

Lyn mkn sampai tak larat nak bangun. Ater duduk kat bawah kan, sekali perut penuh mmg payah lah nak bgn. Buruk perangai ko ni Lyn!!! Hehehehe

IMG_0370Next day pun simple2 jer. Mcm mane hari lain, mcm tu lah hari seterusnya. Tak byk beza. Kita tak biasa mkn nasi berlauk. Jadi mkn gini pun dah kira sgt2 kenyang. 

page5Air asam boi yg Lyn teringin sgt. Hari tu pergi bazaar tak tengok pun air2 yg dijual. Sbb tak teringin langsung. Balik tu terkenang2 air asam boi. Cari kat area rumah dua tiga hari gak, baru lah dpt. Tpi tak berapa nak sedap. Sedap lagi buat sendiri. Ishhh ko ni Lyn byk sgt complaint. hahaha

My SIL bagi meehoon goreng. Boleh buat tambah2 menu. Cukup lah tuk kitorang bertujuh. Rezeki bulan Ramadhan ni mmg melimpah ruah sungguh. Ada jer org bgi mknn. Amin2. Bak kata org, rezeki jgn di tolak, musuh jgn dicari. Tak gitu…


Wordless Wednesday #111

hanya_ramadhan-v2

Diari Ramadhan 1434H : Day 11 & 12

Tertewas jugak akhirnya. I went to bazaar Ramadhan on Saturday @ 11th day of Ramadhan. My first visit to bazaar for this year. Hehehe. Hopefully it will be on first & last. Sbb panas & ramai sgt org.

The mission simple jer. Plan nak beli ape, pilih dan terus balik. Jgn nak ngada2 tawaf dua tiga kali kat bazaar tuh. Mmg letih nak wooiiii.

IMG_0358
page4Lyn just beli dua jenis kuih jer. My sis kirim kari daging. Tu pun payah nak dpt sbb memasing byk buat rendang daging. Akhirnya dpt jugak. RM 5 pun dptnya secoet jer.

Actually, misi Lyn nak cari laksa jer. Tu jer yg lyn duk ngidam & teringin. Nasi kerabu dah dpt. So nak taknak sanggup ku redah bazaar Ramadhan tuh. Beli dkt org yg sama jugak. Sedapppp. Tapi tak mkn masa berbuka sbb dah kenyang sgt. Balik terawih baru makan.

IMG_0364Hari Ahad tu kan memasing ada rumah. Adalah plan nak masak itu ini. Tapi tak jadi apa pun sbb masing2 duk tgk TV. Dah tengahari baru cari bahan nak masak.

IMG_0365 Akhirnya terciptalah tauhu sumbat. Hahaha. Tu pun tak dpt byk. Tapi cukup lah tuk kami anak beranak. Murtabak ayam mesti kena repeat beli lagi. Time ni dah masing2 teringin. Terus call, by the time terus pi amik. Senang. Hehehe

Lepas mkn, memasing sengkak perut. Lyn lepas jer selesai semua, masuk tidur awal mlm tu. Mata bagai di gam2. Sbb esoknya hari Isnin kan, mmg patut tidur awal. Maklum lah, bulan Ramadhan ni mmg kita tak cukup tidur.

Nasib baik lah kat rumah ni semua senang bgn sahur. Klu tidak, mmg hangin jer kan pagi2.

Ok, habis.


Nurul Berpuasa

IMG_0322...Nurul, my little granddaughter. She’s already 6 years old.

Tahun ni pun dia still bertatih2 berpuasa. Hari pertama complete satu hari, masuk hari kedua, demam. So terus lah tak berpuasa beberapa hari sampai demam nya baik. Lepas baik pun puasa separuh hari jer. Balik kindie, lunch, lepas tu sambung balik puasa. Takpelah, slow2 latih dia. But adalah hari yg complete. Tapi tak ingat berapa hari dah.

Dia tak mcm Puteri, Puteri tu mmg kuat & cekal hati. Ikut abg2 nya jugak dari kecik mmg dah diajar berpuasa. Setakat hari ni mmg dia puasa penuh. Walaupun penat sekolah pagi petang, muka dia ttp ceria.

So Nurul masih berlajar lagi. InsyaAllah nnti puasa penuh lah tuh. Ape2 pun kita kena ajar dia slow2. Jgn dipaksa2.

Bak kata seorg ustaz, sebaik2nya kita ajar anak2 kita solat dulu. Secara automatic dia akan berpuasa. Mane ada kita tgk org yg Solat tapi tak berpuasa. Takda kan. Tapi ramai yg kita tgk, tak Solat, tapi berpuasa satu hari. Sama2 lah kita fikirkan.


Diari Ramadhan 1434H : Day 9 & 10

Masuk hari berpuasa yg ke 9, kami masih lagi berbuka di rumah ramai2. Tapi seingat Lyn pun, tiap2 hari mmg kitorang akan berbuka di rumah. Klu ada pun, Lyn atau my sis jer yg kadang2 takde. Berbuka dgn kawan2 or client. Yg lain2 mmg biasa di rumah saja.

Tapi setakat hari ni, mmg Lyn masih lagi berbuka dirumah.

IMG_0354 Takde byk beza pun klu buka dirumah. Itu saja menu yg tiap2 hari mmg ada. Kuih saja yg bertukar ganti. Juadah wajib masih ada setiap hari.

IMG_0355 Agar2 sirap bersantan hasil kerja my mum. Katanya risau tak buat ape kat rumah. Tu yg tiba dtg idea nak buat agar2. Selalu buat agar sirap jer, kali ni tukar skit. Letak dlm fridge, lepas tu mkn time berbuka mmg sedap. Kebetulan buat byk. Berhari2 jugak baru habis.

IMG_0357Next dah tak byk beza. Tak kuih muih. Mkn nasi goreng & cekodok jer. Kata my BIL dah boring asyik kuih yg sama jer.

Yg sedap tu mmg sedap lah. Ada tu jual kuih ntah apa2 ntah. Keras berdengkang lah. Masin, tawar hebeh pun ada. Kotnya pun nak meniaga, elok2 lah. Org beli dgn duit woooiii, bkn dgn air liur. Jadinya masak tu biarlah semenggah skit.Ye dok??

Sekian


Passport Renewal

It’s happen on 4th of Ramadhan. Org lain semua lepas sahur boleh tidur balik sbb hari Sabtu, Lyn tak tidur sbb takut kesiangan. Lepas Subuh, lepak2 sat terus bersiap nak ke Kompleks PKNS Shah Alam. Bring along my niece, Baby. Ni kes nak renew passport for myself & buat sekali passport untuk dia.

Disebabkan tak amik pic lagi, pagi tu sampai terus ada adik ni menyapa.

Nak buat passport ke kak?

Haah

Dah amik gambar? Klu belum boleh lah amik kat kedai tuh.

Teruslah menonong Lyn pergi. Ramai jugak. Siap2 amik gambar, terus pegi queue kat Imigresen. Dah ramai nya. Waktu baru pkul 7.15am. Pukul berapa lah dorg ni dtg. hehehe

IMG_0325Tgk lah yg dpn Lyn ni, dah queue pjg. Sapa yg dah ade pic, selamat lah dpt queue dpn. Yg Lyn lambat skit.
 
IMG_0326 Tgklah dua muka org sembab tgh beratur. Lyn rasa yg dpn Lyn tu adalah dlm 50 org. Yg belakang kitorang lagi, kemain pjg. Kemain lama kitorang beratur sementara nak tunggu Imigresen buka jam 8am.

IMG_0327Tepat jam 8am pagi, semua org dpt masuk. Alhamdulillah, semua mereka in queue. Takde konsep ko nak potong-memotong yer. My niece dpt no 4042, Lyn dpt no 4043. Cpt jugak kaunter dorg ni. Mmg non-stop dorg akan panggil.

IMG_0337 Tiba giliran kitorang kebetulan dpt kaunter sebelah2. Masa tu jam baru pukul 8.50am. Dua2 pegawai Imigresen perempuan yg entertain Lyn & my niece mmg peramah belaka. Senyum jer walaupun bulan Ramadhan. Kaunter lain pun sama. Seronok lah kita mcm ni.

Proses pun cpt. Masa nak buat byrn agak lambat skitlah sbb hanya satu kaunter saja yg ada.

IMG_0330 So sementara menunggu passport kitorang siap dlm waktu 2 jam, so terpaksalah kitorg berjalan2 kat bawah tuh. Bagi pada org2 lain plak nak duduk. Actually, takde kedai yg bukak lagi pun. So terpaksalah jln2 buang masa. Klu tak bulan Ramadhan mau kita lepak McD. hehehe

Jam 10.15am kitorang naik ke Imigresen semula. Waktu collect dlm pukul 11am gitu. Tgk org2 yg sama queue dgn kitorang pun dah ada kat sana tuk collect passport. Saja Lyn tunjuk no giliran, & pegawai tu kata passport dah siap. So amik no. & tunggu no di panggil. Kira cepat lah. Tak sampai 2 jam dah siap. Bagus2

IMG_0340Ni lah passport Lyn & my niece. Lepas ni dah boleh fly fly!!! Woootttt Wooottttt. Location?? Secret lah kan. 3 locations at the moment. Hehehe

Excited!!!

IMG_0333Lepas siap collect passport kitorang duk merayau kat bazaar Ramadhan kt PKNS tuh. Mmg rambang mata tgk mcm2 fesyen baju especially tuk kids. Lyn mmg takdelah nak beli pun sbb baju pun dah siap tempah. Dan Lyn mmg tak reti pakai baju ready made. Sure ada yg tak kena.

Keluar dr PKNS tak terus balik rumah. Boleh plak pergi SCM, duk shopping raya. Hehehe. Ermm sessi menghabiskan duit lagi. Hahaha.

Diari Ramadhan 1434H : Day 7 & 8

Masuk hari ke 7, tiada beza pun. Lauk-pauk  spt biasa tuk sahur.

IMG_0347 Kita mkn utk berbuka mmg simple2 jer. Kuih-muih, kurma, tembikai, pisang & cekodok spt biasa terhidang. Korang berbuka lagi meriah rasanya daripada family kitorang.

page2Tapi hari tu rezeki bertambah2. My SIL bagi mee goreng basah, letak pulak cili jeruk. Mmg menikam kalbu sungguh. Mkn jugak waktu berbuka. Itu pun sesenduk pun dah rasa kenyang. My sis & adik balik kerja beli pulak nasi kerabu & nasi lemak. Yg ni mmg tak makan byk lah sbb perut sudah sengkak ya amat. Mkn pun cuit2 dkt dorg jer.

Perut I kecik uolssss. Mmg tak boleh isi byk2.

IMG_0351Next day pun simple saja. Beli kuih 2 jenis pun mmg sampai ke sahur lah jawabnya. Kekadang dah di pesan tak payah beli kuih byk2, tapi my BIL tu 2 jenis mesti tak tinggal. Kira nya klu takde tu tak complete.

Roti john mcm tiap2 mlm ade. Tapi klu sedap tak kisah repeat 2 3 kali pun. Ni jenis org yg tak kedekut meniaga. Mayonnaise & sayur2 dia mmg byk sampai meleleh2. Tu yg sedap tuh. Jadi bila sedap org pun tak kisah nak beli hari2.

Tu jer menu berbuka puasa kitorang.

Lepas berbuka, lepak2 jap, Solat Maghrib & masing2 hilang ke masjid tuk Solat Terawih. Tapi bila balik takdenya nak mkn lagi. Ke bilik tidur lah jawabnya. Kebabom sebelum bgn tuk sahur.


Cerita Puasa

Hi LoVers,

puasa_equation Sedar tak sedar dah 10 hari kita menjalani ibadah puasa. Sekejap jer kan. Tak sangka dah 10 hari. Rasa mcm mimpi. Another a few days. Semoga Allah permudahkannya. In Sha Allah.

Saja lah nak tanya persiapan raya korang? Lyn pun tak baat ape lagi. Biskut raya pun main tunjuk2. jer. Baju raya pun belum amik lagi. Next week baru nak amik. Thn ni pun baju raya 3 pasang jer. Cukuplah tuh. Baju thn lepas pun tak habis pakai. Hehehe

Weekend ni plan nak duduk rumah nak buat kuih rempeyek kacang dal & kacang tanah. Tolong my sis. Dah lama tak buat rempeyek ni. Teringin sangat nak buat sendiri. My mum tgk jer. Lagi pun dia tak sihat. So biar dia berehat puas2.

So korang dah shopping raya?? Weekend ni sure penuh shopping mall. Happy shopping & have a great weekend.

Cheers!!!

[Image credited to Google image]


Suka-Suka

Pernah Naik Harley Tak?

Dua orang pemuda sedang asyik naik kereta, tiba2 sebuah motor Harley Davidson memintas kereta mereka dan penunggangnya berteriak, aloo..bro ! Korang pernah naik harley ke tak? Dan kemudian meluncur laju.

Hampeh mamat tu! Baru naik Harley dah sombong! Kita kejar! Kata pemuda yang memandu. Jom balas kawannya.

Mereka memecut dan berjaya memintas Harley. Tak lama kemudian, Harley tersebut berjaya memintas lagi, dan penunggangnya berteriak, bro! Korang penah naik Harley ke tak? Dan harley itu meluncur laju meninggalkan kereta kedua pemuda itu.

Hampeh! Hoi! Berlagak.....eksiden baru padan muka! Jerit pemuda yang memandu kereta tersebut.

Rupanya di suatu selekoh tajam, Harley tersebut memang kemalangan dan penunggangnya dihempap motor Harley. Setelah tahu yang terlibat itu ialah Harley yang berlagak tadi kedua orang pemuda itu berhenti dan menghampiri penunggang tersebut.

Bro, korang pernah naik Harley tak??? kata penunggang Harley sambil menahan sakit.

Ha ? Kau ni dah eksiden macam ni pun masih nak berlagak lagi ke? Apa yang kau nak haa? Kata salah seorang pemuda itu.

Lalu penunggang Harley itu pun menjawab, maksud aku, aku nak tanya kalau korang pernah naik harley...boleh la bagitau aku kat mana BREK motor nih!

Percuma

4 org sahabat baik, lelaki A, lelaki B, lelaki C dan lelaki D sedang bermain golf. Sedang bermain, si lelaki D pergi ketandas sebab skit perut. Sedang menunggu si lelaki D siap, mereka yang lain bercerita tentang kejayaan anak2 mereka

Lelaki A : Anak lelaki aku sekarang ni dah jdi sorang salesman yg berjaya. Sampai die boleh bg sebijik keter Exora kat kawan die dgn PERCUMA.

Lelaki B : Wow!!! hebat, anak lelaki aku plak dah berjaya sebagai arkitek smpai die bleh bg sebijik rumah baru pd kwn die dgn PERCUMA.

Lelaki C : Cit!! anak lelaki aku lagi hebat, die dah jadi hartanah yg berjaya smpai bleh bagi 1 hektar tanah kpd kwan die dgn PERCUMA

Sedang mereka bercerita, si lelaki D smpai lalu mencelah

"Anak perempuan aku menganggur jer, tak kerja, tapi boyfriends die bagi KETER, RUMAH dan TANAH dgn PERCUMA jer"


Diari Ramadhan 1434H : Day 5 & 6

Setakat hari ni still lagi berbuka di rumah bersama2 keluarga. Belum lagi menjengah bazaar Ramadhan yg rata2 nya masyarakat kita berduyun2 ke sana.

Yg rajin my BIL beli kuih dua jenis. Tu lah yg paling byk. Kadang tu pun payah nak habis. Sampai sahur pun kekadang ada lagi berbaki.

IMG_0345 Murtabak ayam yg we are looking forward tiap kali puasa. Klu tak puasa pun ada gak jual. Tapi klu puasa, mmg beratur kemain pjg. Di sebabkan peniaga tu kawan abg Lyn, so kita siap2 call sebelum amik. Sekali beli mmg lebih kurang 10 keping. Bagi kat adik beradik gak. Takdalah 10 keping tu semua kita org punya. Hehehe. Mmg sedappppppppp.

IMG_0343Hari minggu kita buat mee goreng. Selalu mee goreng kita buat time breakfast, now bila time bulan puasa kita ganti buat time berbuka pulak.

IMG_0344 Asam pedas ikan pari tuk sahur. Disebabkan semua dah kenyang, mmg tak mkn mlm, so kita mkn time sahur. Sedapnya. Lagi2 letak bendi & terung my fav. Time berbuka cicah plak dgn cekodok. Alahaiiiii.. mmg tangkap cintan betul la.

IMG_0346 Masuk hari ke 6, menu pun lebih kurang sama gak. Murtabak ayam repeat dah 3 kali rasanya start puasa hari tuh. Cekodok cicah sambal tumis, tembikai & kurma mmg wajib ada. Yg lain2 tu tambahan jer.

Tapi kali ni takde kuih. Dah boring asik kuih yg sama jer. Ada plak nasi goreng. Daripada membazir nasi putih tu, baik la di goreng. Ada gak faedah nya.

So korang punya menu mcm maner plak?? Sure lagi meriah & menarik kan :)


Wordless Wednesday #110

hanya_ramadhan1
hanya_ramadhan2
hanya_ramadhan3
Source : Clumzycaffein


Diari Ramadhan 1434H : Day 3 & 4

Actually, takde beza pun berbuka setiap hari di rumah. Byk mane mknn, sedap tau tidak, mahal atau murah, yg penting berkumpul sekeluarga tu yg paling best & seronok sgt. Bukan selalu dpt berkumpul sebulan mcm ni, setahun sekali jer.

The best moment ever.

IMG_0324Mmg tak byk beza berbuka dirumah. Juadah yg hampir sama setiap hari. Kuih muih saja yg bersilih ganti. Kali ni dpt beli tepung pelita yg sangat sedap dan lembut. Mmg cair di mulut. Otak2 repeat tuk kali kedua.

IMG_0341Next day pun takde beza. Kali ni beli kuih pun ala kadar jer. Ater masing2 malas nak keluar. Tu pun BIL yg bawak balik. Cukup lah. Memadai tuk kami betujuh berbuka puasa. Itu pun byk yg lebih. Simpan, kot2 lepas terawih ada yg lapar lagi. Hehehe

Normally, Lyn lepas terawih mmg tak makan dah. Tgk TV jauh sekali. Mmg melayan mata jer tidur sampai ke sahur baru bangun. Maklum lah bulan puasa gini mmg tak cukup tidur. So bila dpt tidur tu mmg nikmat sgt2.

Owh yer, bulan puasa mcm ni mmg masing2 kena ringan tulang tolong menolong. Lepas berbuka my sis punya kerja. Basuh pinggan & kemas2. My mum of coz lah masak, Lyn, adik & anak buah Lyn  sediakan ape2 mknn utk hidangan. So lepas berbuka mmg kitorang goyang kaki. My sis plak yg amik turn. hehehe. Tiap2 thn gitu. Baru lah teratur kerja.


Diari Ramadhan 1434H : Day 1 & 2

Setakat hari ni, hari kelima berpuasa.. belum sehari pun kitorang ke bazaar Ramadhan. Klu boleh mmg nak elakkan. Lebih suka masak sendiri. Puas hati. Kita nak makan apa, kita masak ikut selera kita. Klu pegi bazaar kang semuanya tak kena. Dr kita complaint2 tak puas hati, masak sndiri lebih afdal.

IMG_0314 Hari puasa pertama ala kadar jer. Lauk2 pauk mmg kita masak, tapi mmg tak mkn nasi pun. Spt biasa cekodok cicah sambal tumis tu mmg wajib. Klu ada pun nasi goreng. Lain2 kuih muih. Kuih2 tu selalu BIL yg beli kat gerai2 kecik area rumah. Klu takde, mmg kosong meja. Tu pun beli RM2 pun tak jugak habis.

Kurma, tembikai atau pisang mmg wajib selain daripada cekodok. Yg lain2 tu buat tambah jer.

IMG_0321Sama jer menu hari kedua. Selang seli jenis kuih jer. Tu pun klu ada kuih yg menarik. Beli tepung pelita kajut keras tak sedap. Mmg sekali jer lah merasa. Sbb tu Lyn rasa lebih baik masak sendiri. Klu beli sure ada yg tak kena. Yg dorg ni meniaga pun elok2 lah kan. Nak untung jer, sedap ke tak, main hentam jer jual.

page1Hari kedua my mum buat bubur lambuk. Teringin katanya. Kat masjid area rumah my mum mmg dorg agihkan setiap kali bulan Ramadhan. Tapi takde sapa nak tlg amikkan. Semua org kerja & sekolah. Tunggu weekend jer lah klu ada pun. Tu yg my mum masak. Puas mkn satu family. Sampai waktu sahur pun ada lagi.

Otak2 tu mmg sedap. Sekeping 70 sen. Mmg puas jugak mkn. Rasa dia mmg tip top la. Dua hari gak kitorang repeat. Lepas tu dah jemu.

Menu korang mcm maner plak?? Sure lagi meriah kan..


Juadah Wajib

Korang ada juadah wajib bulan Ramadhan ni??

Kitorang mmg ada, dari dulu2 lagi. Mmg wajib bila tiba bulan Ramadhan. Selama sebulan yer. Bukan buat sekali sekala tau.Without failed lah kiranya.

IMG_0316 Ni dia. Cekodok cicah sambal tumis ikan bilis. Kadang buat cekodok udang jugak. Janji cekodok tu ada. Sambal tumis tu alternate jugak lah. Sometimes cicah kuah kari or cicah asam pedas. Depends lah. Mane yg ade. Tapi walau mcm mane pun, sambal tumis kena standby ada jugak. Kira wajib jugak lah tuh.

Since we are not taking heavy breaking fast, menu2 spt kuih, mee goreng or kuih muih lah yg kita makan. Kitorang mmg tak biasa mkn nasi waktu berbuka puasa.

Lauk pauk & nasi mmg masak spt biasa, tapi untuk sahur nnti. Normally klu dah berbuka mmg takde sapa pun mkn nasi lepas tuh. Klu lapar pun, lepas terawih just makan kuih-muih yg sedia ada lagi.

Sahur baru lah kita makan nasi. Tu pun sesenduk pun payah nak habis. Lyn jarang jugak mkn nasi time sahur. Klu tak lalu sgt tuh, mkn kurma 4 – 5 biji & minum air susu. Cukuplah tu untuk bersahur. Tapi klu lapar sgt, mmg mkn nasi lah jawabnya. Hehehe. Yg lain2 mmg makan nasi.

Yelah, klu time tgh tidur di suruh bgn makan nasi, sapa yg lalu kan. Tapi kitorang sama ada nak sahur atau tak, mmg wajib bgn. Klu tak mkn nasi pun, memadai dgn minum segelas air.  Mmg dah di latih dari kekecik lagi. So mmg kena bgn. “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah”.


Ramadhan

39


Lepak & Makan2

It was last minute plan.

Balik dari kerja, my sis ajak bawak mak & lain2 pergi makan nearby our house. Dua kereta je yg pergi. Tak roger pun yg lain2. Actually the main point, nak bawak my mum mkn luar. Since yg lain2 ada kat rumah, kita bawak lah sekali.

Sampai kedai mkn, nampak lengang. So 5 meja sekali kita cantum. Panjang hehehe. My youngest sis & BIL join gak, after balik dari kerja. Kesian waiter tu kena amik order, ramai pulak tuh kan. Tapi dah kerja dia, redha jer lah.

IMG_0317Ni lah sebahagian yg ada. Pun dah agak ramai. Klu semua adik beradik Lyn ada, mahu kitorang satu family yg conquer. Even 5 meja pun dah ramai jugak. Just makan simple2 jer. Tu Lyn lah. Yg lain2 mkn heavy jugak. Sbb mlm tu cuti masak. Mkn luar katanya. Hehehehe

IMG_0308 Ni dia ketua rombongan. Bkn yg tudung hitam tu. Budak kecik yg baju hijau tuh. Dia lah yg paling over ya amat. Saja kita usik2 dia suh jaga rumah tak payah ikut, terus buat muka sampai mulut pun boleh buat penyangkut baju. Hehehe

IMG_0323 With my nephew yg shy shy sgt. Abg si Puteri.  Nak amik pic pun kena paksa uolssss. Tu pun bkn dia pandang camera pun. Mmg serious malu ya amat. Nak ajak pergi mana2 pun susah. Hidup dia hanya dlm rumah, baca buku, tgk TV. Nak bercampur dgn org mmg tak lah melainkan adik beradik dia. Dgn sepupu sepapat pun susah. Yg geram nya, bulu mata dia panjang melentik mcm perempuan. Hehehe

Makan & borak2, tu lah kerja kitorang beli sesekali berkumpul. Jalan2 kat Giant jap, around 9.30pm tu kita dah balik. Next day kan kerja. Maklum lah klu dah kenyang mmg pikir nak tido jer.

Tapi balik rumah kitorang tak tido pun. Ada bad news skit. Tido2 ayam jer. Jam 3am baru betul2 masuk bilik tido. Tu pun tak tidur sgt. Nasib baik lah kat office tak jadi zombie. Pelik gak. Cergas spt biasa. Menguap2 tu normal lah kan.