Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Minum Petang

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Coming back here. This blog. My diary. Actually semalam menulis jugak. Tapi time tak betul. Supposed on 8.30am, tapi bila mlm tadi check 10.30pm. Ni gara2 terlupa tukar time lah ni. Hahahaha.

Weekend baru ni during day off due to Thaipusam. I didn't go anywhere. Lepak kat rumah memasak since my mum tak berapa sihat. So anak2 yg amik tugas. Lunch mmg tak masak, sbb masing2 heavy breakfast. So minum petang nnti kita baru buat lah ape2 yg patut.

Dan terhasil lah ini. Taraaaaaaaa............

Ubi goreng. Lama dah mengidam

Kuih seri muka

Lawan pulak dgn teh O panas. Mmg sedap layan minum petang sambil ditiup angin sepoi2 bahasa. Bukan selalu dapat mcm ni. Klu pun simple, tapi masa bersama tu yg penting.


Chemistry Lab on New Year

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! Back to real life kaedahnya. Macam malas nak menulis skrg ni. Semalam elok jer susun pic nak buat entry. At last save pic jer. Ayat nya hilang ntah kemana. Pi sign out & terus tidur. Hahhaa. Hari ni sambung menulis balik. 

Owh yeah, it was on new year outing. Bkn malam nak celebrate new year, tapi malam 1st January tu which is on Friday night. New year celebrate atas katil jer, Zzzzzzzzzzz. Hahaha. Tak kuasa nak keluar bagai. Berjanjian dgn dorang ni a week before sbb nak catch-up some of our trip & activities for this year. Tempat lepak di Chemistry Lab, Seksyen 7, Shah Alam. Our first time. 

Sampai ordered & makan. Time ni tak ramai pun. Before tu kita snapped picture dulu. 

Owh gosh, I'm not ready yet. But I loVe this picture. Berjanjian 3 org after Isya', but as usual muka2 ni jer yg selalu dtg awal klu melepak. Mereput lah menunggu lagi sorang. 

My selection, spicy spaghetti Aglio Olio & ice chocolate. Sedap. Tapi pedas betul spaghetti dia. Dahla Lyn ada ulser, mmg menahan pedih lah jawabnya. 

Grilled salmon pasta & strawberry smoothies if I'm not mistake for my bff. Kat sini makanan dia sedap. Tapi portion dia skit compared to Foodsbury. Opssss!! :P

Sambil makan sambil bergossip. Lyn dgn bff ni klu jumpa mmg macam2 cerita. Even kat WA pun mmg tak pernah tak borak except time busy lah. Mmg tak sempat nak borak pjg. Dia lah tempat mencurah perasaan dr dulu sampai skrg. Kira dia ni penyimpan rahsia Lyn lah. Dia lah tempat Lyn mengadu domba. Mmg dia lah. 


Akhirnya sampai jugak seorang lagi ni. Aduhaiiii, kitorang dah siap makan baru dia terhegeh2 dtg. Sabar jer lah. Kitorang punya style, sapa dtg lewat kena belanja dessert. No excuses. Hahahaha. Finally, kitorang dpt ni.....

Chocolate lava served with vanilla ice-cream. Loving it. Yummy!!! sedapnya ya ampun!! 

Dan ini jugak, chocolate crepe cake. Ni pun sedap sampai berebut2 kitorang makan. Hahaha. Syok woo mkn rebut2 ni. Baru lah ada feel gitew :)

Sambung borak & borak lagi. Klu jumpa bertiga mmg lagi byk cerita. Dan byk jugak gelak mcm tempat tu kitorang yg punya. Mmg tak cover. Hehehe. Owh byk topik yg dibincangkan. Tapi byk bergossip dr bincang benda2 yg berfaedah. hahahah

Dan akhirnya chow balik setelah penat berborak sampai tak ingat dunia. Klu boleh nak lepak sampai kedai tutup, tapi dorang berdua ni berlaki, kang payah pulak lepak lama2. Kang tak memasal laki masing2 call bini nya tak balik2 lagi. Tapi husband dorang ni sporting gila. Tak kisah nak lepak single2 dgn kawan2. Sbb tu tiap2 kali lepak muka dorang ni jer yg ada. Org lain tu kira bonus lah klu ada pun. Takde pun takpe, sbb kitorang bertiga je dah boleh runtuh kedai di buatnya. Hahahahaha

Ada lagi lepak dgn dorang ni. Later Lyn tulis. 

Cerita Mengidam

Ingat orang pregnant jer boleh mengidam?? Orang yg tak mengandung pun boleh mengidam jugak uolsss. Bkn mengidam nak menda yg bukan2 pun. Mengidam nak makan caramel. Hehehehe

Nak membeli mmg tak lah. Lyn lagi sanggup buat sendiri. Bkn susah pun. Pejam mata pun boleh buat. hahaha. Mlm raya kedua tu beli barang kat Giant, balik terus buat. Yg best anak2 buah Lyn sibuk menolong termasuk Puteri. She's over excited. 

Sekali buat 3 loyang. Maklumlah kitorang family besar. Klu buat sesuatu kena buat byk. Nanti boleh share sama2. Mlm tu siap buat & simpan dlm fridge. Boleh je nak makan on the spot. Tapi mkn time sejuk2 lagi sedap.

Taaaaraaaaaa.... ini lah hasilnya...

Next day, masing2 duk cari caramel after breakfast. Mkn sejuk2 sedapnya. Lega je bila lalu kat tekak. Sebelum kita bedal habis, kita bagi dulu kat 3 buah rumah. Kang klu mkn, mau tak ingat org belakang. Hehehe.

Tapi, masing2 tak puas makan. So a day before Lyn masuk kerja, buat lagi 2 loyang. So makan lah sampai lebam. Siap ada yg bawak bekal lagi pergi kerja. Lyn pun sama.

Owh time menulis ni duk teringin nak makan caramel lagi. Tengoklah bila free nnti nak buat. Weekend ni tak dpt pulak. Busy. I'm away for a while. Daaaaaaaaaaaaaa!!


Before Syawal

Hi Lovers,

I'm still down with fever. Semalam pergi klinik dpt 5 jenis ubat & MC. Bad cough, sore throat, headache & flu. Mmg betul2 in package. Today, I'm working as usual. Klu tak ok lagi, nak mintak balik & rest kat rumah. 

Ok, just want to share about my outing. Night outing with my bff. It was last minute plan. Siang tu WA, terus on. Ni pun jumpa after berbuka ater masing2 nak berbuka dgn family dulu. Mlm terus jumpa kat Misscafe & Shoppe kat Bukit Jelutong. The owner penyanyi 80an or 90an kot. Ramziela. Klu tak kenal sila Google. hehehe. Masa sampai tu, dah nampak dah dia, tapi boleh tak selfie, then sampai ke sudah tak nampak dah dia. Maybe dah balik kot. 

Nak share ape kitorang makan kat situ. 


Bubur & lauk pauk

Fish & chip

Meatball. Kwn Lyn kata lagi sedap dr ikea

#bff #friends

Ape yg kitorang makan, semua sedap2. Mmg puas hati lah. Kena dgn tekak masing2. Price pun reasonable. Tak lah mahal sgt pun. Korang try lah nnti. 

Ini perjumpaan sebelum Syawal lah kononnya. Nak tunggu raya ntah bila. So far belum lagi beraya rumah dorang lagi. Maklumlah masing2 busy. In Sha Allah this weekend baru nak beraya dgn dorang. Actually, ada lagi sorang kawan Lyn. Tapi disebabkan dia dtg lambat, terus terlupa nak snapped pic berempat. Sentap terus dia dlm FB. hahahhaa

Biasalah klu jumpa story memanjang. Ada jer gossip & mcm2 cerita kitorang ni. Tak sah klu takde cerita. Masing2 kepochi. Wlupun kepochi, Lyn ttp sayang dorang. 

Lepak sampai 10.30pm sblm org halau. hehehe. 


Diari Ramadhan 1436H : Day 21 - Day 24

Hi LoVers,

Good morning everyone and Salam 26 Ramadhan. 

Pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari jer lagi Ramadhan bakal kita tinggalkan. Sedih rasanya. Minggu ni minggu last kita berpuasa sblm Aidilfitri bakal menjelma Jumaat ni. In Sha Allah. Minggu ni pun ramai yg dah start cuti awal. 

I'm still working till Wednesday. Khamis baru start cuti sampai next week. Company mmg shutdown dari Khamis till Isnin. But I've not decided yet cuti sampai bila. Cuti tak apply lagi. Agak2 boring, masuk kerja awal. Later lah pikir. How's ur raya cuti?? Lama ker?? But mostly ramai Lyn dgr Rabu dah start kerja. 

Day 20

Day 22

Day 23

Day 24

Menu berbuka yg mmg simple. Mood memasak & berbuka pun dah kedaung. Maklum lah dah nak last2 puasa ni. Org menjual pun dah kurang. Masing2 sibuk shopping raya. hehehe. Sahur pun makan kurma & air susu jer. Ermm as usual pun mmg mcm tuh. Ikutkan hati malas nak bangun. Tapi nnti maam besar bising plak. hehehe

Hari sabtu hari tuh, my auntie dah buat munjung. Ini tradisi org2 jawa lah. Dorang dah beri dah lauk raya dan selalu nya awal beberapa sebelum Syawal. Family kitorang pernah jugak buat dulu. Tapi setahun dua jer try. Lagi pun org Melayu tak buat aktiviti munjung2 jer. Ater terikut my auntie lah kononnya. Hehehe. Tapi penat lah. Penat dua kali. Sbb masak munjung sekali & masak untuk hari raya sekali. So better kita penat sekali a day before raya nnti.

So korang dah siap shopping raya. Still got time ni before balik kampung. Shopping last minute katanya. hehehe. 

Oklah, selamat berkerja. Jangan malas2 walaupun mood sudah kelaut. hehehe


Diari Ramadhan 1436H : Day 17 - Day 20

Hi LoVers,

Salam 22 Ramadhan yer semua.Tinggal beberapa hari jer lagi kita berpuasa. Next week In Sha Allah kita dah raya. 

Persiapan raya?? Lyn biasa2 jer. Mcm Lyn ckp hari tu, settle kan my mum dulu. Weekend ni baru nak cari apa2 yg patut untuk diri sendiri. Adalah skit nak carikan untuk my mum. Tudung dia tak dpt lagi. Ater baju raya baru ambil semalam. So kena tgk warna baju, baru lah senang nak carikan tudung. Kena lah match gitu. Lain2 semua dah siap untuk dia.

Kuih raya pun main tunjuk2 jer. My sis settle kan kuih moden. Lyn plak bab kerepek & kekacang. My adik settle kan asam2. Kuih raya pun beli skit jer, tapi anak cucu my mum pun bagi. So makin byk lah. Rezeki2. Mcm tu lah tiap2 thn. Alhamdulillah.  

Mood berbuka yg heavy mmg dah kureng. Ermmm bukan hari2 pun mcm tu ker? Hahahha. Takde beza pun.

Day 17

Day 18

Day 19


Day 20. Up dgn laksam. Sedap.

Thn ni mcm thn2 lepas jugak. Dpt merasa semua mknn yg betul2 teringin. Mcm Lyn laksa, nasi kerabu & laksam mmg tak pernah miss. Seminggu tu sure 3 or 4 kali mesti repeat. Bkn senang nak cari mknn belah2 kelantan kat area sini. Tapi yg ni mmg kena dgn tekak memasing kat rumah. Actually 1st pun rasa nasi kerabu & laksam awal2 Ramadhan dulu. Beli pun sebungkus jer sbb nak rasa. Klu tak sedap tak yah beli lagi. Tapi yg ni mmg sedap. Tu yg duk repeat tu. hehehe

Sahur pun simple jer. Tapi lately ni mcm malas jer nak bangun sahur. Tapi tak boleh plak. Kang maam besar bising. Maklum lah kitorang dah di latih dari kecik2 kena bgn sahur. Klu arwah Abah ada sure dia bising sapa2 tak bgn sahur. Dia kata dlm sahur ada keberkatanNya. So elok lah bgn walaupun hanya dgn segelas air. 

Oklah byk plak membebel kali ni. Nak tidur dulu. Daaaaaa.... *auto-published entry as usual*


Diari Ramadhan : Day 9 - Day 12

Hi LoVers,

Salam 19 Ramadhan semua.

Tinggal seminggu lebih jer kan kita berpuasa. Lepas tu dah raya. Ermm korang dah shopping raya ker?? Lyn tak lagi. Satu hapa pun tak beli. Mcm my mum cakap lah, tak raya pun shopping. So just siapkan semua untuk my mum jer dulu. Lyn later lah. Minggu ni still ada masa lagi. Boleh lah beli kot2 ade yg berkenan. Baju kat tailor pun esok lusa baru ambil. 

Menu berbuka puasa pun simple2 jer. Korang pun tau kan. Bazaar langsung tak pergi. Syabas!!! Mmg tak teringin langsung.  

Day 9

Day 10


Day 11

Day 12

Simple & meriah for me lah. Tu pun kekadang tak habis. Owh sebenarnya yg berbuka kat rumah ni 7 org termasuk my niece. Itu pun klu dia balik from Uni. If not mmg kitorang berenam jer. Kekadang Puteri join berbuka sekali. Tu pun weekend jer. So hidangan mmg kena buat untuk dua meja. So kira ni main table lah yg Lyn snapped hari2. Main table ni my uncle & BIL jer yg duduk. Kitorang kat meja lain. So apa yg ada kat main table, itu jugak lah yg ada kat meja kitorang. Klu ada lebih pun, menu untuk tekak memasing. Ermm hari2 mmg mcm tuh. 

Tradisi ini mmg dah bertahun2 dah. Tetap kena ada 2 meja. Kira meja untuk lelaki & meja untuk perempuan. Hahaha. Mcm tu lah kira2 nya. 

Ermm mcm mane persiapan raya korang?? Kuih raya dah buat?? Lyn beli jer semua. Tak buat langsung pun. Hari tu jer konon2 nak buat kuih tradisi family. Tapi mcm tak sempat jer. Tgk lah klu last minute nnti. Mane tau menjadi :) *dlm mimpi kot. Hahahah*


Diari Ramadhan 1436H : Day 5 - Day 8

Hi LoVers,

Happy Monday everyone!! Happy working!! Happy new week!! #Ehtetiba

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa. Sekejap jer kan. Semoga semuanya baik2 belaka. Harap2 kita dpt manfaat Ramadhan kali ini. In Sha Allah.

So far, setakat semalam Lyn masih berbuka di rumah. Masih lagi tak pergi bazaar Ramadhan yg meriah. Masih lagi memasak di rumah dgn family. Tgk jer lah menu nya. Simple jer kan. Sure tak mcm korang yg meriah sakan. heheheh

Day 5

Day 6

Day 7

Day 8

Even mcm ni simple pun, kekadang tak habis jugak. Simpan tuk sapa2 yg balik terawih nnti klu lapar. Tapi Lyn tak pernah dah jamah apa after terawih. Balik penat dah. Dpt seteguk air, tgk tv, relax jap, terus tidur. Sahur nnti baru bangun. 

Hari ke 8 my mum masak bubur lambuk. Bau pun dah sedap gila. Time berbuka bertambah dua kali. Sedap betul. Rasa nnti nak buat lagi. 

Ermm sahur pun Lyn mkn simple2 jer. Weekend jer Lyn makan nasi secoet. Tu pun tak habis. My mum duk geleng kepala mkn skit gitu. Lyn punya style tak boleh makan nasi time sahur. Sure lapar & ngantuk. Sbb tu weekend jer Lyn makan nasi. Sbb lepak rumah jer kan. Weekdays, Lyn makan cereal atau oat. Kurma tak boleh tinggal. Tu yg buat kenyang tuh. Before puasa hari tu dah standby kurma yg di blend. Letak dlm bekas siap2. So sahur jer, amik dua tiga sudu & campur dgn fresh milk. Sedappp wooo. Mkn mcm tu lagi kenyang dari mkn nasi beria. 

Ok nnti sambung lagi.


Diari Ramadhan 1436H : Day 1 - Day 4

Hi LoVers,

Happy Friday everyone!!! Kita skipped dulu cerita2 sebelum puasa. Hari ni nak cerita pasal Ramadhan pulak. Dah masuk hari ke 9, hari ni Lyn baru nak cerita. hehehe.

Setakat hari ini, masih berjaya tak ke bazaar Ramadhan. Ermm tiap2 thn pun cam tu jugak. Klu nak merasa kuih2, mmg my BIL akan beli kat gerai kwn my mum kat area rumah jer. Kira mcm bazaar kecik2 jer pun. Klu bazaar besar2 ni, tak pergi pun takpe. Nanti semua nak. Tapi makan nya idok. 

Menu berbuka kitorang simple2 sgt. Not so heavy. Takde nasi & lauk pauk. Tak percaya, meh tgk.

Day 1

Day 2

Day 3

Day 4

Simple ya amat kan. Org lain kemain dgn lauk pauk, kitorang tiap thn mmg mcm gini. Tak biasa makan nasi & lauk pauk. Klu ada pun nasi goreng. Yg tu selang seli kitorang buat. Klu tak, mmg makan cekodok & kuih muih jer. Murtabak kena tiap2 hari ada. Beli kat kawan my bro. Mmg dah call siap2. Tinggal ambil jer nnti.

Klu weekend teringin nak makan ape, baru kitorang masak sendiri sbb masing2 tak kerja. Klu weekdays beli jer. So far nasi kerabu & laksa dah dpt makan dah. Laksa spt biasa lah beli kat fav makcik. Cuma nasi kerabu jer kitorang baru makan sekali. Kureng. So blm teringin nak repeat. Klu laksa rasanya nak 2 3 kali gak repeat.

Menu wajib tiap kali menjelang Ramadhan. Cekodok ikan bilis cicah sambak tumis. Ermmm tak kisah lah cicah apa pun. Selalunya cicah sambal tumis, kuah kari or asam pedas. Wallaaaaaa... mmg terangkat habis. Tapi time puasa2 ni, kuah kari kurang laku. Lyn lagi lah tak leh masuk. Maklumlah lemak2 ni kan. Takut berlemak. Hehehhee

Pejam celik dah hari ke 9 kan. Kejap jer. Ermm korang dah shopping raya?? Lyn belum lagi. Sbb klu tak raya pun membeli belah gak. So takde beza. Beli ala kadar jer. Baju kat tailor pun next week baru amik. 

Oklah korang. Selamat berhujung minggu & selamat berbuka. *Awal lagi kot. Hahaha*

Dinner Before Fasting Month

Hi LoVers,

It was last minute planned. Biasalah kitorang ni klu dlm WA group jer sure citer pasal makan. So plan nya nak menjelajah semua tempat. Ala2 JJCM katanya, sampaikan group kat WA pun JJCM. Hehehe. All decision made via WA. So its called dinner before fasting month gitew. hehehe.

One of my friend yg decide nak makan kat Yama G Fushion Sushi Japanese Restaurant located at Jaya One PJ. Halalan Toyyiban yer. Jgn risau. Yg lain semua pakat setuju sbb semua teringin nak makan japanese food. Bought coupon at Groupon. Actual price almost RM115 if I'm not mistaken. But kitorang beli only RM48. Almost 50% jugak lah. Kids below 12 years old RM24.50. Beli coupon hari Rabu, terus booked untuk dinner on Friday. 

Lyn pergi dgn 2 of my friends after working hours. Yg lain2 jumpa kat sana terus. Sbb buffet start at 6pm till 10pm. 

It was my first time went day. Setakat Jaya One Supermarket tu tau lah. Tapi ini kiranya new building. Nasib baik ada waze & kawan2 lain. Klu sesat pun secara berjemaah dri sesat sorang2. Hehhee.

Ini dia Yama G Fushion Sushi Japanese Restaurant. Tempat dia best jugak. Tak crowded. Waiters & waitress pun sgt friendly. Tanya itu ini cepat jer dorang jawab. Service pun cekap. 

Kami berempat. Mereka ni semua my ex schoolmates. Lyn & my bff Erin yg belah kiri belakang tu left after Form 3. Yg dua lagi habis sampai Form 5. Sbb tu Lyn tak berapa ingat yg lain2. Dorang banyak tolong.Tapi almost dr kawan2 Lyn kenal Lyn lagi. Budak wanted camtuh lah. hehehe

Btw, coupon yg kitorang beli ni nama dia Ala Carte buffet. So kitorang boleh jer pilih anything yg ada dlm menu dan ada label huruf B (buffet) termasuk air & dessert & boleh makan sampai lebam. Dia bukan konsep open buffet. Nak makan order & dorang hantar kaedahnya. Meh tgk apa yg kitorang order. 





Ni sebahagian jer. Yg lain lupa nak snapped sbb masing2 khusyuk makan. hehehe. Kata buffet, haruslah order & makan sampai lebam. The food was awesome guys. Rasa nak cuba semua. Tapi tak larat pun. Sambil makan, sambil pot pet pot pet & bergossip sakan. hehehee

Another my friend dtg dgn dua org anak nya. Terlambat sbb balik kerja nak picked up anak2 & lepas tu leh sesat jugak. Last order 9.30. So sebelum dia sampai kita order kan dorang anak beranak siap2. Sampai2 dah boleh makan dah. Settle kan semua, by 10pm kita balik. 

Sebelum balik kita bergambar dulu

Another happy face :D

So berpisah2 lah masing kat parking kereta. Thanks all. We had a lots of fun during our dinner. Tak sabar nak lepak lagi lama2 dgn dorang ni semua. In Sha Allah next time ok. I love you guys!!! muahhhhhxxx :D

Our next mission during fasting month. In Sha Allah :)


Laksa My Fav

I was so craving for laksa coz I hadn't had it for quite some time. Finally, I got mine!!!

20150520_194155 Laksa always my favorite. Tak dpt laksa penang kat area mum’s pun tak pe lah. Finally, I had asam laksa at Nyonya Colors, Empire Shopping Mall when I was there last time.

Tak nak comment sedap ke tidak. But I love it even tak sama mcm laksa2 yg lain. At least tak lah kempunan lagi. Hehehe. Lepas ni nak cari laksa makcik kt mum’s house.