Diari Ramadhan 1436H : Day 17 - Day 20

Hi LoVers,

Salam 22 Ramadhan yer semua.Tinggal beberapa hari jer lagi kita berpuasa. Next week In Sha Allah kita dah raya. 

Persiapan raya?? Lyn biasa2 jer. Mcm Lyn ckp hari tu, settle kan my mum dulu. Weekend ni baru nak cari apa2 yg patut untuk diri sendiri. Adalah skit nak carikan untuk my mum. Tudung dia tak dpt lagi. Ater baju raya baru ambil semalam. So kena tgk warna baju, baru lah senang nak carikan tudung. Kena lah match gitu. Lain2 semua dah siap untuk dia.

Kuih raya pun main tunjuk2 jer. My sis settle kan kuih moden. Lyn plak bab kerepek & kekacang. My adik settle kan asam2. Kuih raya pun beli skit jer, tapi anak cucu my mum pun bagi. So makin byk lah. Rezeki2. Mcm tu lah tiap2 thn. Alhamdulillah.  

Mood berbuka yg heavy mmg dah kureng. Ermmm bukan hari2 pun mcm tu ker? Hahahha. Takde beza pun.

Day 17

Day 18

Day 19


Day 20. Up dgn laksam. Sedap.

Thn ni mcm thn2 lepas jugak. Dpt merasa semua mknn yg betul2 teringin. Mcm Lyn laksa, nasi kerabu & laksam mmg tak pernah miss. Seminggu tu sure 3 or 4 kali mesti repeat. Bkn senang nak cari mknn belah2 kelantan kat area sini. Tapi yg ni mmg kena dgn tekak memasing kat rumah. Actually 1st pun rasa nasi kerabu & laksam awal2 Ramadhan dulu. Beli pun sebungkus jer sbb nak rasa. Klu tak sedap tak yah beli lagi. Tapi yg ni mmg sedap. Tu yg duk repeat tu. hehehe

Sahur pun simple jer. Tapi lately ni mcm malas jer nak bangun sahur. Tapi tak boleh plak. Kang maam besar bising. Maklum lah kitorang dah di latih dari kecik2 kena bgn sahur. Klu arwah Abah ada sure dia bising sapa2 tak bgn sahur. Dia kata dlm sahur ada keberkatanNya. So elok lah bgn walaupun hanya dgn segelas air. 

Oklah byk plak membebel kali ni. Nak tidur dulu. Daaaaaa.... *auto-published entry as usual*


4 comments:

Mummydearie said...

Akak pun lately malasnya nak bangun sahur tapi tetap bangun juga pukul 5 pagi tu walaupun untuk minum segelas air suam aje. Sekejap aje dah nak berakhir Ramadhan. Minggu depan hari Khamis yang sama kiranya hari terakhirlah kita berpuasakan. Lepas tu dah masuk Syawal!

Wak Lat said...

salam ramadhan,byk juadah sahur tuu mak ;p

Lyn Yusoff said...

MD,
mmg sekejap rasanya ramadhan kali ni..
tau2 dah habis jer

Lyn Yusoff said...

Tiga lalat,
amboiiiii :P