Diari Ramadhan 1436H : Day 13 - Day 16

Hi LoVers,

Salam 20 Ramadhan. 

Ya Allah, dah 20 Ramadhan rupanya. Serious tak sedar. Rasanya mcm baru jer puasa. Puasa kali Alhamdulillah. Time kerja mmg tak rasa sgt. Tau2 dah time balik jer. Klu weekend, aduhaiii mmg letih sungguh sbb tak buat apa. Takkan nak tidur seharian suntuk kan. Makruh pulak. Sbb time weekend mmg tak keluar pun. Tu yg letih semacam tuh. Plus dgn cuaca yg panas. Dugaan sungguh.


Day 13

Day 14

Day 15

Day 16

Tak ada apa nak tunjuk kt entry hari ni. Benda yg sama jugak. Simple & meriah for me.

Weekend baru ni melayan sakit kepala. Bkn sbb apa, sbb durian. Kat rumah ni kemain beli durian penuh boot kereta my nephew. My mum lah yg beli. Nak buat tempoyak katanya. Ada yg elok tu dorang kenduri makan. My BIL balik dr outstation pun bwk durian. Kemain lah dorang kenduri besar2an lepas terawih. Lyn & Puteri mmg berkurung duk dlm bilik. Dah selesai baru keluar. hehehe

My mum plak buat tempoyak. Kat tgh2 ruang dapur dibuatnya. Nak tak nak dah jadi laluan Lyn ke hulu ke hilir. Redha jer lah. Bila lalu tutup hidung dgn tuala. Esok nya terus pening kepala tak hingat. Sampai hari ni pun ada sakit baki pening nya. Jadinya balm lah peneman setia Lyn. Hope makin ok.


6 comments:

Cho Zila said...

sekejapjer masa berlalukan...
kini dah 10 Ramadan terakhir...
beribadahlah kita semua yer secara pecutan kuasa tinggi...
Nnt ramadan bakal meninggalkan kita...

idzwa kamaruddin said...

wah meriah nyer!

Mummydearie said...

Kalau akaklah terbau durian yang kuat sangat, haruslah syak wasangka nak teruskan puasa ke tidak. Hahaha! Nampak sangat akak ni minat betul kat durian sampai puasa pun boleh terbatal nih ~_^

Tapi memang betullah, Lyn. Tahun ni puasa tak terasa lapar langsung. Kalau hari bekerja, sekejap aje masa berlalu. Tapi kalau hujung minggu tu parah juga jiwa raga nak menunggu sampai waktu berbuka. Dah mengalahkan budak-budak yang baru belajar puasa.

Ni lagi 10 hari baki Ramadhan, semakin terasa dugaan berpuasa!

Lyn Yusoff said...

Cho Zila,
Tu lah sekejap jer kan..
semoga thn ni lebih baik dari yg sebelum2 nya.. Amin

Lyn Yusoff said...

Idzwa,
Alhamdulullah,
simple2 jer..

Lyn Yusoff said...

MD,
Lyn mmg tak boleh kak bau durian even sikit pun. mula lah sakit kepala tak hingat nnti. Sbb tu mmg duduk jauh jer..

time kerja mmg tak rasa kak. cuba time duduk rumah, weekend tu. sure mcm budak2 teruknya. mcm baru berpuasa jer.. hehehe. dugaan sungguh