Cerita Mengidam

Ingat orang pregnant jer boleh mengidam?? Orang yg tak mengandung pun boleh mengidam jugak uolsss. Bkn mengidam nak menda yg bukan2 pun. Mengidam nak makan caramel. Hehehehe

Nak membeli mmg tak lah. Lyn lagi sanggup buat sendiri. Bkn susah pun. Pejam mata pun boleh buat. hahaha. Mlm raya kedua tu beli barang kat Giant, balik terus buat. Yg best anak2 buah Lyn sibuk menolong termasuk Puteri. She's over excited. 

Sekali buat 3 loyang. Maklumlah kitorang family besar. Klu buat sesuatu kena buat byk. Nanti boleh share sama2. Mlm tu siap buat & simpan dlm fridge. Boleh je nak makan on the spot. Tapi mkn time sejuk2 lagi sedap.

Taaaaraaaaaa.... ini lah hasilnya...

Next day, masing2 duk cari caramel after breakfast. Mkn sejuk2 sedapnya. Lega je bila lalu kat tekak. Sebelum kita bedal habis, kita bagi dulu kat 3 buah rumah. Kang klu mkn, mau tak ingat org belakang. Hehehe.

Tapi, masing2 tak puas makan. So a day before Lyn masuk kerja, buat lagi 2 loyang. So makan lah sampai lebam. Siap ada yg bawak bekal lagi pergi kerja. Lyn pun sama.

Owh time menulis ni duk teringin nak makan caramel lagi. Tengoklah bila free nnti nak buat. Weekend ni tak dpt pulak. Busy. I'm away for a while. Daaaaaaaaaaaaaa!!


6 comments:

Rizziela said...

saya pun suka...makan plak sejuk2..memang x sedar dah habis

NAC Ahmad said...

Good idea nie.....nak buat jd cake bday pun okay..simple yet yummy...

Mummydearie said...

Alahai Lyn... tiba-tiba kurasa teringin juga nak makan caramel. Tolong buatkan!

Nak buat sendiri malas walaupun senang bangat katanya! Macamana ni ek.. mana nak cari caramel ni.. Beli jerklah!

Lyn Yusoff said...

Rizziela,
Betul tu sis...
tau2 dah habis licin jer..

Lyn Yusoff said...

Nac,
skrg ada org buat, bawah cake atas caramel..
sedap jugak tuh.. klu tak muak boleh jer buat..

Lyn Yusoff said...

MD,
alaaaa kak.. klu umah akak ni dkt, boleh saja lyn buatkan. klu pos kang, jadi apa plak. hahhaha

Lyn pernah nampak org jual kat pasar jln TAR tuh, kecik cenonet harga nya RM2.50 - RM3.00. Mahal. Tu pun dah 2 3 thn lepas tu kot. Thn ni sure mahal, dah ade GST. hehehhee