Sebelum Ramadhan

Alhamdulillah, tiap2 thn kitorang tak lepaskan peluang bergotong-royong kat kawasan perkuburan Bukit Badak. Biasanya seminggu sebelum bulan Ramadhan.

So last week baru dorang adakan gotong-royong tersebut. Kebetulan 2 minggu sebelum tu kitorang ramai2 dah bersihkan kawasan kubur. Tu mmg rutin kitorang setiap bulan. Klu takde gotong-royong ni pun, mmg kitorang ttp dtg. Sambil2 ziarah, boleh kemaskan skit2.

2013-07-07 11.21.432 minggu lepas dtg, kitorang dah bersihkan dah semua. Ahad lepas datang, just bersih2 kan mane yg patut. Anak2 buah Lyn yg lelaki dia tajak semua rumput2 kat situ. Habis licin licau, tinggal tanah jer. Bersih jadinya. Cantik.

Ni semua kawasan family Lyn yg dah pergi mengadap Ilahi. Bahagian hujung tu ‘rumah’ Arwah Abah. Yg lain2 tu, atuk, nenek, pakcik, anak buah Lyn yg dua org.

Lepas siap semua, kita adakan bacaan tahlil.

2013-07-07 10.31.34 Panas jugak hari tuh. Tapi disebabkan dikelilingi pokok, dptlah masing2 berlindung. Owh yer. ada jugak yg bawak mknn & minuman tuk diagihkan kepada org ramai. Kitorang pun bawak mee hoon goreng & minuman untuk diagih2kan.

Tahun ni nampak ramai sangat, beza dgn tahun2 yg lepas.

2013-07-07 10.32.13 Nurul. Dpn tu Puteri. Lyn nak amik pic dia, dia tak bagi. Jadinya Nurul sorang jer yg posing. Hehehe. Puteri tu tgh concentrate tuh. So tak boleh kacau.

Siap bacaan tahlil, kami ziarah lagi sebelum balik. Sempatlah bersihkan mane2 yg tak sempat tadi. Jam 11.30am baru kita gerak balik rumah.

Begitulah rutin kitorang. Dua minggu lagi kita akan pergi bersihkan lagi sebelum menjelang hari raya. 1st Syawal semestinya lah. Time tu lah nak tgk org dtg berduyun2. Tapi sedih jugak, ada sebahagian yg tiada kunjungan dr siapa2 pun. Ermmmm kemanalah waris2 mereka yer?? Takkan lupa kot. Huhuhu


2 comments:

Rasp said...

bagus semuanya sepakat gini sis...
kawasan kubur pun bersih kan...

Lyn Yusoff said...

Rasp,
yup.. tiap2 thn mcm ni..