Bila dah penghujung Ramadhan ni kan, makin pening pulak nak masak lauk especially lauk2 untuk sahur. Untuk berbuka tak kisah sgt sbb masing2 makan ringan2 jer. Kadang sahur tuh berkira2 nak masak apa. Selalu petang tu sambil sediakan mknn untuk berbuka, kita masak terus tuk lauk sahur. Yg jenis berkuah2 or sambal2 kena masak awal. Mcm goreng ikan ke sayur ker, pagi tu baru goreng.
Kekadang sampai tak tau nak masak apa, end up goreng ikan, bubuh kicap skit pun dah sedap. Tak pun goreng telur dadar jer. Pun sedap gak. Mcm Lyn jarang makan nasi time sahur. Sesekali jer. Tak pun ratah lauk jer.
Menu berbuka pun biasa2 jer. Makin tak tau nak berbuka ape. Yg penting ada cekodok. Tu lagi sedap dari kuih muih lain. Hehehe
Day 18. Lagi simple. Tun jer yg ada atas meja. Tapi kitorang add in nasi kerabu jugak sbb mmg takde makan lain time tuh. Org pun dah kurang menjual dah skrg. Masing2 sibuk dah dgn persiapan raya.
Eh korang sure dah siap kan persiapan raya. Lyn biasa2 jer. Baju semua tinggal nak amik kat tailor weekend ni. Kasut? Tak beli pun. Bukan apa, tak raya pun beli kasut. Kasut yg ada pun tak pakai2 lagi. Elok jer duduk dlm bonet kereta tuh. Boleh lah jadi kasut raya gak. Handbag raya mmg ada dah. Baru jer dpt semalam. Thx booo #Eh
Weekend ni boleh lagi nak pulun shopping. Lyn pun nak sambung shopping gak. Tudung raya tak habis cari lagi. Ermm biasa lah perempuan. Selagi tak raya, sekali tu ko shopping jer kan. hahaha
Happy weekend & happy shopping!!!
2 comments:
Setuju, setuju sangat! Selagi tak raya, selagi tulah kita pompuan ni menyibuk dok shopping. Bukan apa, memang kita je yang menyediakan segala persiapan rayakan.
MD,
begitu lah aturannya.. klu nak harapkan lelaki mmg tak raya lah kita kan.. hehehe
Post a Comment