Lawak Puasa Lagi

Petua Pak Pandir Tak Lapar Ketika Puasa

Pada suatu hari di bulan posa, pak pandir & isterinyer pergi solat terawih dimasjid. Pada malam itu masjid telah menjemput Ustaz Akhil Hayy untuk memberi ceramah agama tentang puasa ramadhan. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

"Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang." kata Ustaz Akhil Hayy itu.

Lalu Pak Pandir ni pun baliklah bersama bininya. Esoknye paginyer rumah pak pandIr menjadi kecoh dengan gelagat Pak Pandir meronta-ronta kesakitan perut. Sudah beberapa kali pak pandir pergi ke tandas dan pak pandir juga asyik terkentut memanjang. Isteri Pak Pandir tak tahan, maka bertanyalah isterinya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sahur tadi?? sampai jadi camni?? ".

"Aku ikut ckp ustaz Akhil Hayy la ni tuk wat kita tahan posa sampai berbuka. Tadi sahur aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu…. berak-berak makan julap. Mesti syaitan serik nak makan makanan kita lg kan3x.."

Mmuahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya… niat Pak Pandir memang suci… 


Suatu Hari Di Bulan Puasa

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,” sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.


2 comments:

Mummydearie said...

Ada-ada je Pak Pandir ni. Namanya pun Pak Pandir, idea pun ala-ala sengal gak :)

Lyn Yusoff said...

MD,
hahaaha..
sengal macam tuan nya jugak