Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Salam Aidiladha 1436H

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

I would like to wish you all a happy and blessed Eidul Adha. Let's all remember the sacrifice made by Prophet Ibrahim and his son Ismail. May Allah bless us all and bless this great Ummah.

Once again..... happy holiday, keep smiling, stay joyful and have a safe journey :)


Aidiladha Kami

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! Dah seminggu dah Aidiladha berlalu. Lyn baru nak update. Maklumlah mood tak mari pun. Tu yg bertangguh2 nak update. Nothing interesting our Aidiladha. Sambutan kat sini biasa2 je compare kat Kelantan or Terengganu. Macam Aidilfitri. Kat sini buat korban sajalah kan.

Menu Aidiladha kitorang mmg mcm Aidilfitri jugak.

20141004_114100 Ada ketupat. Menu wajib tu. Ada rendang ayam, kari ayam, kuah kacang & sayur lodeh. Klu takde semua ni mcm tak lengkap pulak raya kan. Owhh Lyn mmg tak amik pic byk kali ni. Takde mood. Hahha

Pagi tu mcm biasalah tunggu dorang balik dari Solat. Kitorang yg rumah ni tak buat apa. Tunggu dorang nak breakfast sama2. Lepas je selesai breakfast, yg lelaki duk sibuk dgn aktiviti korban dorang. Alhamdulillah, tiap2 thn ada saja rezeki kami buat korban. Ermmm buat kat depan rumah jer.

20141005_105829Yg lelaki mmg sibuk lah kan nak pujuk lembu tuh. Mcm2 cara jugak dorang buat. Kita yg perempuan ni jadi penonton setia jer. hehehe. Tu Alhamdulillah, senang pulak nak pujuk lembu ni baring. Mula2 dia nak mengelak jugak. Tapi lama2 kalah jugak dia.

20141005_110344
20141005_110351Bermula lah aktiviti menyembelihan. Seram jugak tgk darah memercik tuh. Lyn tgk dr jauh jer. Tak berani nak tgk dari dkt. My grandson, kemain duk bising.. darah.. darah lah nanny. Dia sibuk nak tgk. Bila dtg dekat kemain takut. Siap mintak dukung. hehehee

20141005_110854 Alhamdulillah selesai dah.

20141005_111449Aktiviti melapah pulak. Ni mmg kerja org2 lelaki. Kitorang tukang tgk jer. Bab2 ni mmg dorang yg settle kan, sampai lah part memasak. Pun dorang jugak yg settle kan. Settle semua, pengagihan daging kat kawasan rumah kitorang. Alhamdullillah, semua dpt.

Biasalah tiap2 thn dorang akan masak sup punya. Sampai siap lah. Sementara tunggu sup masak, masing2 balik dulu. Time tu lengang lah. Tinggal yg perempuan2 jer yg duk menunggu. After Zohor dorang datang balik. Mmg lama jugak lah nak bagi daging betul2 empuk. Dlm pukul 2 lebih jugak baru dpt makan.

Lyn tak makan pun. Takut pening kepala. Bau sup jer bikin Lyn pening. Klu makan nnti lagi lah makin pening.

By 6pm semua dah settle. Siap kemas dah depan rumah tuh. Alhamdulillah selesai dah semua. In Sha Allah ada rezeki thn depan boleh buat korban lagi.


Salam Aidiladha

Hi LoVers,

This is a sticky mode, do scroll down for latest entries. Thx yea... :)

To my readers,

P1090779Lyn & keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1435H, kepada kaum muslimin & muslimat. Sama2 lah kita mengambil iktibar dari pengajaran kisah Nabi Ibrahim yang teramat mencintai Allah lebih dari segala2nya.

Pada yg balik kampung tuh, berhati2 di jalan raya. Memandu tu biarlah berhati2. Bak kata org, biar lambat asal selamat. Ye dak..

Yeayyyy!! next week kerja 4 hari jer. Suka2. Tapi klu korang sambung cuti mmg syok lah kan. Anyway, Happy holiday everyone!! :)


Aidiladha Kami

A day before Raya Aidiladha, I’m working as usual. Tak amik cuti pun. Since my sis sume cuti, bagi dorg yg tolong my mum masak2 kat rumah. Bagi kita kat sini, Raya Aidiladha lebih kepada ibadah korban jer. Ziarah2 tu kurang lah kan, berbeza dgn Kelantan & Terengganu, kat sana sgt meriah.

Persiapan kitorang biasa2 jer mcm korang jugak. Petang isnin tu baru start masak. Masak awal mlm boleh rest sambil tgk tv.

Next day, yg lelaki ke masjid untuk solat. Kitorang yg kat rumah mcm biasa, takde buat apa2 pun. Lepas breakfast tgk tv jer.

page1 Btw, ni antara lauk2 yg dorg masak. Ketupat semestinya ada. Rendang ayam, rendang kerang, kuah kacang, kari ayam & sayur lodeh. Kira ni semua menu wajib la tiap kali menjelang raya.

Thn ni kita tak buat ibadah korban. Sebab tiap2 thn kita buat kan. Thn ni kita rehat dulu. Bagi peluang pd org lain pulak yg buat. Dorg buat kat dkt dgn rumah kitorang gak. Tapi tak pegi tgk pun. Sebabnya panas sungguh hari tuh. Lagi pun kitorang prepare for something petang tuh.

Petang lepas Asar, kita ada buat makan2 skit untuk adik beradik & sedara mara skit. Alaaa kecil2an jer. Tak jemput sapa2 pun. Semua kita yg conduct buat. Anak2 buah Lyn ada, ada yg balik dari Uni. So biar dorang yg buat kerja.

page2 It’s BBQ time!!! So bagi budak2 bujang2 ni yg membakar. Plan lama jugak ni. Nak buat selalu pun tak cukup quorum. Kali ni pun tak cukup quorum gak. Adik Lyn beraya kat Kedah nun. Ada yg tak sihat. Ada yg balik kg. So mane yg ade, kita buat jer lah. But majoriti ramai yg ada.

Kita bakar ikan cencaru, ikan kembung, ikan pari & ikan keli. Semua budak2 ni yg settled kan. Kita yg perempuan ni tukang makan jer. Hehehe

page3Lauk2 pun bertambah skit jer. Lauk2 raya tu kita hidangkan. Ada tembikai, kacang rebus & my niece buat mashed potato & coleslaw. Percubaan pertama tu, dan Alhamdulillah menjadi. Tapi tak seenak KFC lah of coz. But not bad. Hehehe

page3 Ni kumpulan nasyid mane ntah aku pun tak tau. hahaha. Dah sepesen semua berjubah bagai. Sekarang ni musim jubah mcm ni erk. Murah jer. Lyn tak tersenarai lah kan. Takde jubah uolssss. Mak sedara & anak sedara.

P1130015Antara family Lyn yg datang. Dalam rumah ada lagi ramai. Yg tu group anak2 dara. Duk lah cerita pasal Uni masing2. Sok sek sok sek duk cerita pasal hostel masing2. Yg group lelaki duk lah citer pasal kereta motor. Kitorang, mcm2 topik ada.

Lyn makan seekor ikan, mashed potato & coleslaw dah kenyang. Lepas tu duk berborak jer kerja nya dgn adik beradik. Alaaaa bila berkumpul tu mcm2 lah cerita. Cerita pasal family & family gathering for next year In Sha Allah.

The main point was to celebrated September & October babies. September rasanya takde.

P1130039 Mereka2 ni semua, Abg, Kakak & my niece semuanya lahir bulan October. Ini adalah surprise nya. Dorang tak tau pun. Surprise kenalah plan betul2 baru lah menjadi kan. It’s red velvet cake from Secret Recipe. Ermmm not bad.

Sambung makan, gelak, borak. Itu lah kerja kitorang bila berjumpa adik beradik & sedara mara.

P1130067Owh yeah, my bro’s birthday too. Abg Lyn yg sulong, Along. My wali after my Arwah Abah passed away. Petang tu dia takde. So kita celebrated for him after Maghrib. Dia pun terkejut tuh. Ape tak nya, dah tua2 kena potong cake. Malu dia uollssss. Hehehe

P1130089 Budak2 ni tak habis lagi membakar ikan. Makin nak malam, makin byk permintaan. Laku betul dorang meniaga. hehehe. Mane tak nya masing2 duk request nak ikan apa. So kena lah buat.

P1130082 Muka org yg happy dan kepenatan. Memang penat but everyone enjoyed the moment during the family gathering. We had a lots of fun. Shared everything to each other. Itu untungnya bila adik beradik ramai & keluarga besar. Lyn kan adik beradik 9 org. Bila berkumpul tu mmg havoc. Dah mcm kenduri. Hehehe

Pukul 9 kita dah hampir siap berkemas. Masing2 tolong sama. So cepatlah habis semua. Ada yg dah balik jugak sbb next day ada yg kerja. Lyn cuti next day tuh. Kemas kena kasi clear semua.

Mmg penat yer. Tapi seronok. Malam tu masing2 tidur mmg tak hingat dunia. Kebabommm awal. Yg tak kerja seronok lah boleh bgn lewat. Yg bekerja aduhaiii mmg bercinta nak bgn awal. Hehehe.

Ermmm ini lah cerita Aidiladha saya bersama keluarga tersayang :D


Salam Aidiladha

Hi Lovers,

This is a sticky mode, do scroll down for latest entries. Thx yea... :)

Assalamualaikum semua…

Kepada pembaca blog ini & juga kawan2 diluar sana…

P1110408Lyn & keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1434H, kepada kaum muslimin & muslimat.

Sama2 lah kita mengambil iktibar dari pengajaran kisah Nabi Ibrahim yang teramat mencintai Allah lebih dari segala2nya.

Pada yg balik kampung tuh, berhati2 di jalan raya. Ingat lah orang tersayang. Happy holiday :)


Seharian Di Hari Aidiladha

Alhamdulillah, kita baru je beberapa hari lepas Raya Aidiladha. Mood pun agak kedaung, maklum lah cuti 3 hari kan. Yg cuti awal tu lagi heaven kan. Hehehe.

A day before Aidiladha, I’m still working as usual. But dpt balik awal. Tapi my sisters dah ade yg cuti. So dorang mmg kat rumah tlg my mum masak. Yelah Aidiladha kat sini kan tak lah meriah mcm kat belah Terengganu or Kelantan sana. Sini lebih pd ibadah korban saja. So ziarah menziarahi tu, terpulanglah nak buat ke tak. 

page1 Lauk2 mmg masak sendiri as usual. Ketupat kita dah anyam mlm Rabu tuh. Sbb hari Khamis dah nak kena rebus. Lauk2 yg lain tu dorang masak petang. Lyn balik semuanya dah hampir siap. Juadah kali ni kita ada ketupat, rendang ayam, rendang kerang, kuah kacang. Kuah kari, sayur lodeh, agar2 sirap pun ada jugak. Tapi terlupa nak snapped. Apam polkadot tak tinggal. Wajib ada. Order kat orang yg sama jugak.

Pagi raya tu, Lyn mmg bangun lewat. Serious penat sungguh hari tuh. Siap2 kan diri spt biasa. Tgk my sis dah panas kan lauk2 sementara tunggu masing2 balik dr Solat Raya.

Lepas solat, adik beradik Lyn sampai. Biasalah, lepak2 tgk tv, borak2. Tu lah routine tiap kali berjumpa. Pic mmg takde, sbb ntah. Malas kot nak amik pic skrg ni. Mane yg ada ni pun, semua my niece punya kerja. Lyn main tepek jer kat sini.

Korban kali ni kita buat after Solat Jumaat. Sbb dkt my lorong ni my relatives pun buat korban. So dorang buat belah pagi, kitorang buat lepas Solat Jumaat. 

page2Lebih kurang 2.30pm tu dah ramai dah berkumpul dpn rumah Lyn. Alhamdulillah, tiap2 Raya Aidiladha ada rezeki kami. Amin. Dorang2 ni jugak yg menolong kat rumah my relatives pagi tuh. Petang menolong kat rumah kitorang pulak. 

page3 After sesi memujuk lembu, Alhamdulillah sudah berjaya disembelih.  Lyn jenis yg lemah bdn jugak tgk darah lembu ni, nasib baik tak pengsan.

Pernah jadi sekali tak ingat bila, Lyn beriya nak tgk lembu kena sembelih, jadinya pergi lah duk tgk. My mum dah warning kata jgn pegi. Tapi awak ni degil. Lepas jer tgk, dorang tgk Lyn jatuh pengsan. Tau2 dah sedar jer terbaring kat rumah. Abg Lyn yg angkat. So sejak tu mmg tak berani nak tgk. 

page4Yg lelaki bertungkus lumus melapah daging lembu, kitorang yg perempuan2 ni jadi penonton jer. Lepas tu bergossip. Hahaha. Daging2 yg dah siap timbang, kita agihkan terus dari rumah ke rumah. Alhamdulillah cukup semuanya.

Sementara menunggu dorang melapah daging tuh, kitorang yg perempuan2 ni dah siap menumis utk masak sup. Dah menggelegak nnti, boleh masukkan tulang terus. Tapi kena lah tunggu sampai betul2 lembut. Baru lah sedap dimakan.

My sis dah sediakan mee hoon & sambal kicap. Menunggu dgn penuh sabar. hehehe. Yg lelaki2 lah yg tak reti sabar. Sibuk tanya dah masak ke belum. hahahaa. Pukul 6pm jugak lah baru siap masak. 

page5 So masing2 layan mee hoon soup. Yg layan gear box siap sedut pakai staw pun ada. Yg meratah pun ada. Lepak bwah khemah ramai2,dah mcm kenduri dah tau. Seronok sgt. Sampai ke mlm jugak kitorang melepak situ ramai dgn adik beradik & cousins.

Lyn takde lah mkn daging sgt. Sbb mmg tak makan. Baru2 ni je mencuba mkn. Lyn dpt kuah sup, mee hoon & kuah kicap dah cukup dah. Sampai 3 kali bertambah. Hahaha. Buruk lantak kan. Alaaa mkn skit bertambah lah. Bkn makan bykkkkkkkk pun.

Malam tak kemana. Lauk dinner repeat jer ape yg makan siang tuh. Bertambah sup lembu jer. Nasib baik mlm tidur masing2 tak boooooooooooooo. Hahahahhaa

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hi Lovers, 

This is a sticky mode, do scroll down for latest entries. Thx yea... :) 

Assalamualaikum semua…

Kepada pembaca blog ini & juga kawan2 diluar sana…

imageLyn & keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1433H, kepada kaum muslimin & muslimat.

Sama2 lah kita mengambil iktibar dari pengajaran kisah Nabi Ibrahim yang teramat mencintai Allah lebih dari segala2nya.

Pada yg balik kampung tuh, berhati2 di jalan raya. Ingat lah orang tersayang. Happy longgggggg holiday.

[Pic, credited to Google image]

Hidangan Sup Tulang

Selesai jer aktiviti pengagihan, aktiviti mereka tak habis disitu. Spt thn2 sebelum ni pun dorang mesti akan memasak. Buat sup tulang katanya. Lyn mmg tak makan daging sgt. Lyn tak participate pun dgn aktiviti dorang ni. Tgk dari jauh jer. Sbb daging yg baru sembelih ni bau dia lain macam sgt kan. Pening dibuatnya…

Yg lelaki ni sibuk memotong & membersihkan tulang. Kitorang yg kat rumah ni menyiapkan barang2 yg hendak ditumis nnti.

P1090954Sementara yg lelaki duk bz membersihkan tulang lembu, my SIL pulak menumis bahan2 tuk kuah sup. Klu bagi org lelaki yg buat, ntah ape lah jadiknya nnti. Hehehe

P1090952 Okey.. tulang2 sudah siap dibersihkan. Kuah sup sedang menggelegak diatas api yg agak besar. Bagi dia menggelegak betul2 baru kita masukkan tulang2 tersebut. Uishhhh mmg lah kan nak bagi tulang & isi ni masak. Bau nya mmg Lyn tak tahan. Sampai ke kepala naiknya. Pening…..

Time tu hujan pulak renyai2.. mmg elok lah pekena sup panas2 ni kan. Good combination…

page7Taraaaaaaa… sudah siap dah sup tulang. Gearbox pun ada. Siap ada yg bawak periuk nak tapau. My mum amik skit tuk my BIL. Lyn mmg tak makan. Bau nyer saje cukup nak buat ku pengsan.

P1090957Tengok tu, kemain lagi dorang kenduri beramai2 di bawah khemah. Kemain khusyuk lagi korang kan. My mum siap bagi sambal kicap & soo hoon goreng kot lah dorang nak buat soto kan. Itu pun laku jugak ko.

Nampak menarik sup tulang ni, tapi tu lah Lyn mmg tak makan. Lyn rasa skit kuahnya pun dah rasa nak pening. So sebelum ape2, baiklah tak payah makan. hehehehe

Qurban Di Aidiladha

Seperti thn2 yg lepas, our family mmg tak terlepas dari terlibat dgn aktiviti korban. As usual mmg kita buat betul2 dpn rumah. Yang ni khas tuk lorong rumah my mum. Kt Masjid pun kita dpt jugak.

P1090776 After solat hari raya, lebih kurang jam 10am mcm tuh dorang dah start berkumpul dpn rumah sebelum memulakan aktiviti. Lead by my bro & sorang jiran terdekat. Kat area my house ni klu buat ape2 aktiviti mmg ramai yg membantu. Tu yg best tuh…

Jap2.. sebelum tu.. entry ni mmg byk pics. Korang layan je lah yer… Pics was taken by my nephew. Lyn tgk dari jauh saja. Takutttt!!!!

page1Seekor lembu yg bakal di korbankan. Dua hari sebelum hari raya, pihak tersebut dah hantar lembu ni ke rumah kami. Dah lah budak2 duk leka menengok lembu tuh hari2.

page2 Actually, ade incident yg berlaku sebelum lembu ini ditumbangkan. Kemain lembu tu berlari2 agar orang ramai tak dpt tumbangkan dia. Akhirnya, tertumbang jua kau ke tanah.

page3Bermulah aktiviti tuk penyembelihan. My mum’s cousin yg berbaju biru itu akan melakukan proses penyembelihan. Masa tu lubang pun dah di korek tuk proses tersebut.

page4 Selamat sudah akhirnya. Syukur Alhamdulillah. Semasa aktiviti penyembelihan berlaku, orang ramai yg hadir mula bertakbir.

page5page6Proses motong memotong tuk di agih2 kan kepada org kampung especially tu kawasan my mum. Alhamdulillah, masing2 sudah dpt bahagian masing2.

Bahagian di masjid pun kami dpt jugak. Alhamdulillah.

Tengahari tuh dah siap dah proses pengagihan. Tapi dorang ada program lain plak lepas tuh. Program masak memasak utk yg hadir.

Yg tu cerita lain yer. Tunggguuuuuu…..

Juadah Pagi Aidiladha

Hi Lovers,

Alamak!! org lain sume dah publish entry pasal Aidiladha. Lyn baru terhegeh2 nak up this entry. Bukan la malas, tpi cam tkde idea jer nak cerita.

Mcm mane Hari Raya Aidiladha korang?? Sure lah best kan.

Lyn & family biasa je beraya di rumah, nak uruskan persiapan makanan & minuman tuk orang2 yg terlibat dgn aktiviti korban di area rumah my mum. Yg ni Lyn cerita kemudian erk. Byk sgt pics nak share dgn korang. Next entry okey.

Back to our menu di pagi hari raya. As usual masak sendiri. Tapi kali ni mmg simple sungguh menu kitorang. Mcm menu korang jugak. Ape yg korang masak, same jugak lah ape yg my mum masak. Tak tau lah pulak kalau korang makan nasi dagang or mee kari pulak kan. Hehhee

Kitorang mmg ttp dgn menu raya. Mcm mane hari raya Aidilfitri, macam tu jugak lah menu hari raya Aidiladha. Nothing change.

P1090769 Ketupat. Yg ni mesti ada tiap kali raya. Menu wajib gitu.

P1090767 Rendang ayam yg sgt awesome. Malam raya tu Lyn dah rasmikan dulu. Tak sabar uolsss!! hehehe

P1090768 Kari ayam yg sgt marvelous.

P1090771 Sayur lodeh. Pagi raya tu baru masak.

P1090772 Kuah kacang

P1090775 Nasi impit ni sebagai tambahan jer. Tu pun masih ada lagi byk sampai keesokkan harinya.

P1090956My portion. Meriah kan?? Owh ye… rendang kerang tu my SIL yg buat. My mum malas nak buat. Takde orang nak kopek kerang uolsss. Jadiknya makan je rendang ayam. hehehe

Lauk pauk ni my mum buat hanya tuk makan sendiri jer. Nak katakan byk tak lah sgt. Just utk anak beranak je kan. Raya haji kan takde sape dtg rumah. Semua adik beradik jer yg berkumpul. Tu pun tak semua ada. Ade yg balik kampung. So raya ala2 biasa jer. Kat Selangor mmg raya haji biasa2 jer kan. Klu kat pantai timur cam Terengganu & Kelantan lagi meriah kan.

Lauk pun still berbaki sampai ari isnin. Pagi & malam Isnin still lagi makan lauk raya. Ater ada lagi kan. Takkan nak di buang pulak. Mmg my mum cuti masak lagi gamaknya. Bagi dia rest. Hehehe

Hari Selasa malam baru lah my mum masak mcm selalu. Lauk pauk raya pun sudah habis. Just nice jer. Tak terbuang langsung.

Syukur Alhamdulillah.


Mesti Ada :)

Bila tiba musim raya tidak kira raya Aidilfitri atau Aidiladha, menu ketupat mesti ada. Wajib yer. Tidak boleh tidak. Klu nak makan nasi impit anytime leh beli kat pasaraya, tapi ketupat time raya lah baru ada. Baru lah rasa kemeriahannya. Betul tak?? :)

Daunnya mmg kemain susah nak dpt. Tu pun my BIL beli kat area kampungnya. RM20 tuk 100. Mahal gilerrrr. Selalu time raya RM5 tuk 50. Raya haji naik harga pulak. Ke pasal susah nak dpt daun kelapa skrg ni. Rasanya mcm tu kot.

P1090765Tu pun last minute baru dpt. Jumaat malam baru lah dapat anyam. My sis yg anyam sorang2. Ater masing2 bz buat benda lain. Klu dpt awal boleh buat awal kan. Kena siapkan mlm tu jugak sbb hari sabtu tu mmg nak rebus awal pagi.

Ketupat ni mmg amik masa lama nak merebusnya. Sbb tu kena rebus awal.

P1090769Petang sabtu ketupat dah siap masak dah. Lauk2 yg lain kita masak petang lepas azan Asar. Sbb thn ni buat masakan simple2 jer. Tu yg lambat skit ke dapur.

Tapi bila nampak ketupat mmg tak sabar2 nak makan. Tapi apakan daya takde kuah kari or rendang yg nak dicicah.Huhuhu.. Kenalah tunggu lauk pauk masak malam tuh.

IMG02060-20111105-2228 Finally,dapat gak makan ketupat cicah rendang ayam. Sabar menanti okey. Orang belum raya, Lyn dah rasmi kan dulu. Tak tahan dowhhh. Ketupat tu duk memanggil2 jer. hehehe. Jadi sebelum air liur meleleh baik kita makan dulu. Heheheh

2 biji ketupat & seketul ayam rendang. Yummyyyyyyyyy!!!!!!

Korang ada buat ketupat gak ker??

Salam Aidiladha 1432H

Hi Lovers, 
This is a sticky mode, do scroll down for latest entries. Thx yea... :)
Assalamualaikum semua..
aidiladhaKepada pembaca blog ini & juga kawan2 diluar sana. Lyn & keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1432H, kepada kaum muslimin & muslimat.
Sama2 lah kita mengambil iktibar dari pengajaran kisah Nabi Ibrahim yang teramat mencintai Allah lebih dari segalanya.
Happy longgggggg holiday.
Pada yg balik kampung tuh, berhati2 di jalan raya. Ingat lah orang tersayang.
[Pic, credited to Google image]

Pagi Raya Aidiladha

Hi Lovers,

Good morning everyone!!..

Meh nak citer pasal Hari Raya Aidiladha. Thn ni tak seperti thn2 yg lepas. Aktiviti korban di buat di Masjid sekaligus. Jadinyer, thn ni kita tak dapat nak tgk.

Since I’m not feeling well, pagi raya tu mmg Lyn bangun lambat. Around 9am. Tak larat lah dgn kepala pening semua. Tapi gagahkan jugak. Lepas mandi & siap2, tunggu yg lelaki balik dr Masjid. Mak & adik beradik pergi menzirahi kubur Arwah Abah & lelain. Lyn tak pergi pun. Mmg tak larat. Lagipun mmg tak boleh pergi. hehhee. Giler sedeyy tak dapat nak ziarah kubur Arwah Abah & lelain. Duk terbaring jer depan TV.

Lepas jer dorang balik dr kubur, baru kita makan ramai2. Kak Lang & family pun datang. So kita breakfast lah sama2. Tu pun Lyn paksa gak makan. Tekak ni tak lalu sgt nak makan. Tak rasa pape pun. Payauuuuuuuu jer.P1060130It’s so tempting rite?? I had nasi impit, ketupat, kari ayam, rendang kerang, sayur lodeh & kuah kacang. Tu pun rasa skit2 jer. Takdenyer nak kebulur makan. Heheheh. Settled with 1st round.

Adik beradik yang lain biasalah. Pantang berjumpa sure ade benda yg nak diborakkan. Macam2 topik. Dari yg kecik sampai lah yg besar. Maklumlah sesekali berkumpul kan. Tu pun tak cukup quorum, Kak Ngah & Abg Uda tak balik lagi. Klu ada lagi meriah. P1060123Si Khaira dtg siap berbaju kurung lagi. Lain mcm dia tengok Lyn terbaring jer. Lyn cakap lah Lyn demam, terus jer dia rasa dahi kita. Cam lah pandai kan.. Hahaha. Wan chik emam ker??? sweeetttttt!!!P1060132Dah tengahari masing2 tukar baju. Kepanasan. Asyik main jer, mana tak panas. Kitorang tak kemana2 pun Hari Raya hari tuh. Duduk rumah jer layan cerita kat Astro. Boring plak. Yang duk terbaring ni lagi boring. Hehehe. Takde ape yg nak dibuat. Hehehe..

Petang tu my uncle & auntie datang nak menjemput kitorang ke kenduri kahwin anaknyer early on Dec. Suasana semakin gamat. My uncle tu asyik wat lawak jer. Aku yang tak sihat ni pun tumpang sekaki. Hahahaa.

Mlm plak Kak Ngah dtg. Tu pun kejap jer. Tak dapat nak tidur rumah my mum. Anak2 yer kerja. Biasalah kan, anak2 bujang lelaki, ape2 pun mak nyer nak siapkan breakfast semua. Anak kesayangan lah kan.

Takpe… weekend nnti ade family gathering & celebrate Nov’s babies. Looking forward to see them again. InsyaAllah :)

Lauk Pauk Hari Raya

Hi Lovers,

Good morning everyone!!!

How’s ur raya?? Mine, was ok. Biasa2 je. Tak seperti Hari Raya Aidilfitri, kalau Aidilfitri surelah meriah kan. Maklumlah, Raya Aidiladha kat sini mmg kita sambut biasa2 jer. Kalau kat Kelantan nun sure meriah kan. Lagipun byk company bagi cuti sehari jer. Nak cuti lebih, kenalah apply. heheh. Lyn rasa ramai yg dah kerja hari ni. Adik beradik Lyn pun ada yg dah kerja.

Preparation utk masak2 sehari sebelum raya pun simple2. Yang lain2 sume kerja, so Lyn dapatlah tolong my mum sikit2 sebelum my sis balik. Maklumlah Lyn tak sihat. Menu2 pun tak sehebat hari raya. Janjilah, yg penting terasa kemeriahan bila berhari raya. Alhamdulillah.. :)

Meh kita tengok menu ape yg my mum masak.

P1060105 KetupatP1060107Nasi impitP1060118Kuah kacangP1060115Kari ayam P1060122Rendang KerangP1060126Sayur lodeh

Semua lauk2 my mum masak ptg hari selasa tu membawa sampai ke malam kecuali sayur lodeh kita masak awal pagi hari raya. P1060120Malam raya tu mmg betul2 lapar. Dah lah siang nyer menahan mcm2 bau yg enak kat dapur tuh. Nak makan tak siap lagi. So Lyn tunggu sampai siap. Tu pun tak sempat siap rendang lagi, Lyn dah makan nasi impit, kari ayam & kuah kacang. Tak boleh tahan woooo. Bau sedap sgt kat dapur tuh. Gugur jantung. Tak boleh jadi, dpt makan sepinggan sebelum tidur pun jadiklah sebelum makan ubat.

Errmm.. pagi2 duk citer pasal makanan.. I lapar u. Hehehe

*gulp*