Meniaga Ntah Apa2 Ntah

Bulan2 puasa ni apa saja yg korang tak teringin. Ape yg nampak kat bazaar mmg korang nak beli kan. Makan tak mkn belakang cerita, yg penting beli. Betul tak?? Nafsu.. nafsu..

IMG02531-20120722-1912Teringin nak beli air asam boi letak limau kasturi. Ni kes gotong-royong kat kawasan perkuburan ari tuh lah. Ada org sediakan air limau. Nak buat malas. Tunggu puasa cari lah kat bazaar Ramadhan Sri Andalas ari tu. Dapat. RM2 sebungkus. Dah lah sedap. Memang kena dgn tekak kitorang. Nyesal beli sebungkus. Klu tau beli 2 bungkus sekali. Ermmm tamak lagi. hehehe

Kali kedua teringin lagi. Tapi takdelah nak pegi bazaar yg best tuh. Beli je ari tu kat area rumah. RM2.00 gak. Kata air asam boi + limau. Tapi takde ape2 pun. Nampak cam air sejuk.

Okey takpe lagi.. tunggu berbuka nnti kita rasa.

Org yg pertama rasa ialah Lyn. Dah la rasa tawar hebeh. Lepas tu bau air paip & hamis aka hanyir gitu. Terus potong stim nk minum. Suh my mum rasa pun sama gak. My niece rasa pun sama gak. Terus lah buang ke sinki. My sis mmg taknak rasa sbb tgk kitorang pun dah mual2 gitu.

Hampeh kan. Dah lah meniaga di bulan Ramadhan yg mulia ni. Tapi hasilnya masyaAllah mmg tak boleh nak accept. Bau air paip & hanyir. Sape yg nak minum. Org yg takde tekak boleh lah. Giler betul.

Mmg terus banned gerai tuh. Kitorang kenal pun ownernya. Sorry to say lah. Org nak meniaga ko pun nak meniaga. Tapi hasilnya sgt tak bagus. Serious tak ikhlas meniaga. Lepas ni takkan beli ape2 air pun kat situ.

Baiklah minum air sirap & teh o panas kat rumah ni. Walaupun hari2 air yg sama tapi bersih dari air yg kita masak. Tak gittew..

6 comments:

SURIA AMANDA said...

susah kalau x ikhlas ni...kita beli guna duit kan...dah la penat puasa..hasilnya teruk mcm tu..

Lyn Yusoff said...

Suria,
betul along, sakit hati tau..
nyesal beli ari tuh

KiD said...

perrrgghh.. rugi laaa beb cam tu. tak berbaloi langsung

Yatie said...

tak pernah beli air sbb dapat merasakan air tu tak dimasak...pastu mulalah akak over imagine, dia isi air dalam baldi yg pakai kat toilet..sorry.
air asam boi cam sedap je..

Lyn Yusoff said...

KID,
mmg pun.. membazir je duit..

Lyn Yusoff said...

yatie,
mmg kitorang tak pernah beli air sbb tau air tak msak.. tpi teringin ari tuh.. tpi ishhhh..