Traffic Jammed :(

Pernah kan lagi bila kita rushing nak pergi kerja, tiba2 jln jammed tak bergerak??

Nak kata ade accident, roadblock mmg takde. Rupanyer segala jenis lori baik kecik, besar godang or kontena sibuk jugak nak lalu tempat yg sama tuh. Lepas tu buat jalan cam mak pak dia sendiri, masuk kuar menghimpit sesuka hati.

Sure korang pernah alami benda yg sama jugak kan.

Tak kira lah kat highway or jalan biasa mmg mangkuk hayun ni sentiasa ada. Semak kan. Kena plak time kita nak pergi kerja. Lagi lah semakkkkkkk!!!

IMG02242-20120224-0814 Setau Lyn lah, bukan ker dorg ni telah ditetapkan masa2 yg sepatutnyer boleh keluar. Jgn nak ganggu waktu puncak org sume nak pergi kerja. Bukan ape, klu dah semua kat jalan dorang yg conquer, alamatnyer jammed lah jalan. Tu belum yg rosak kat tengah2 jalan, lagi lah mengganggu perjalanan org ramai.

Article ni Lyn terjumpa kat Berita Harian. So boleh click for the details.

Mulai Isnin ini, kenderaan berat kelas dua dan kelas tiga (lori melebihi enam tayar) dilarang memasuki Lebuh Raya Plus Expressway Berhad (PLUS) selama tiga jam bermula jam 6.30 pagi kecuali pada Sabtu, Ahad dan cuti am, bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di laluan berkenaan. Ketua Pegawai Operasi Plus, Nik Airina Nik Jaafar berkata, larangan itu akan membabitkan laluan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di antara Shah Alam dan Jalan Duta, Lebuhraya Utara Selatan (NSE) di antara Sungai Buloh dan Bukit Lanjan serta Lebuh Raya Persekutuan Laluan Dua (FHR2) di antara Subang dan Sungai Rasau yang menerima sehingga 450,000 kenderaan setiap hari.

Jangan lah hanya fokus utk pengguna highway saje, jalan biasa pun kena ambil kira jugak. Klu tak sampai bila nak mengadap jammed jer kan. Pihak bertanggungjawab kenalah ambil tindakan yg sewajarnya utk mengatasi masalah ni. Tak larat dah nak face benda ni tiap2 pagi.

Ermmm nasib lah tak reti bawak motor kan. Klu tak, dah lama dah pergi kerja naik motor. Vroommmmm vrommmm gitu... Hehehehe


No comments: