Kembali Mengidam

Lyn & Puteri skrg ni duk mengidam nak makan siput sedut. Merata dah mencari kat pasar, tapi tak memuaskan hati langsung. Tarak :(

Pegi tempat yg selalu my mum beli tuh, mmg ada.. tapi cenonet jer siputnya. Tak kuasa nak beli yg kecik2 mcm tuh. Klu sederhana tu okey lah skit. Puas lah makan. Ni klu kekecik tu buat tahi gigi jerlah. Hehehehe

Jadinyer… dari mengidam seminggu sudah jadi berbulan2.

Ater susah sgt nak carik kan.

Tiba2 Puteri yg bijak bestari tu selamba je ckp dgn mama & neneknya..

Puteri : Adik tau mane nak beli siput sedut tu nenek.

Mum : Kat maner?? Kita dah carik kat pasar pun takde..

Puteri : Kat Pantai Remis lah, kan kita pernah beli kat sana.

Mum & Sis : Hehehehe.. [Tergelak masing dgr bebelan dia]

Mmg betul kat Pantai Remis banyak jual siput sedut, kerang, lokan & segala macam. Sediakan jelah duitnya. RM10 tuk 3 kilo.

Dorang pun dah byk kali pgi Pantai Remis memborang seafood gini. Lyn jer tak pernah pegi lagi. Dorang kata this week nak pergi. Tapi Lyn tak ikut kot. Malas. Klu rajin InsyaAllah pegi.

Ermm harap2 adalah siput sedut ni.

IMG02176-20120102-1550Dah terliur dah nak makan masak lemak cili padi siput sedut.

Time buat entry ni pun dah kecur air liur. Hahahaha.

Tak senonoh kan.

3 comments:

atty's said...

lyn..sobsobsob..huhuhuh..kty lom makan tghari lagi tau..

sedapnya siput sedut..feveret seisi rumah.

SURIA AMANDA said...

siput sedutttttt...aduhaiiii bestnyaaa...

Lyn Yusoff said...

Suria,
auw!!!!!
sedapppppppppp
Slurpppppp:P