Ni sambal goreng yg my mum selalu masak every week. Kira menu favorite lah. Sambal goreng yg sgt awesome katanya!!!!
Even takde sambal belacan, sambal goreng ni jadi penggantinyer. Klu buat byk, simpan dalam fridge pun tak basi. Boleh dipanaskan semula klu nak makan.
Klu rasa nak makan telur goreng bersambal boleh jer gaul dgn sambal ni…
Nak gantikan planta pada roti pun boleh, sapu jer sambal ni mcm sapu planta tuh. Kekadang Lyn bawak bekal gak pergi office. Roti jem sambal goreng. Jadilah roti sambal. Hehehe
Klu cicah cekodok, lempeng pun sedapppppp. hehehe
Bak kata my mum, mmg sambal goreng ni mmg byk resipi yg boleh kita buat. Bkn sekadar leh makan dgn nasi jer. Makan dgn roti pun boleh. Hehehe
Puteri klu dpt sambal goreng ni, selamba jer dia menyudu. Dah mcm menyudu kuah sup plak. Bila tanya pedas ker tak, selamba jer dia jawab tak pedas. Budak tu mmg kuat pedas.
Normally bulan puasa, mmg my mum buat banyak, bagi anaknyer sorang semangkuk. Kekadang tu dorang siap tempah lagi klu tak cukup. Suruh buat sndiri katanya tak sesedap masakan mak nya. Ater air tangan mak kan. Haruslah sedappppppppppp.
My BFF klu dtg rumah Lyn jer, mmg dia order sambal goreng ni siap2. Semangkuk besar dia bawak balik. Sampaikan dah jadi kebiasaan dah klu dia nk dtg, sure dia order awal2. Kiraannya… hanya dia & my mum jer yg tau. I tak masuk campur. hehehe
Nak try?? Meh lah dtg rumah saya :)
No comments:
Post a Comment