Busy Body

A : Eh ko bila lagi?? Adik dah kahwin, anak2 buah pun dah kahwin. Memilih sgt ko ni…

B : Sampai jodoh kahwinlah..

I hate this kind of question. Seriously. It’s really annoying I tell you. Mana2 pergi, tak kira lah kenduri kahwin jer, majlis apa ker, sure soalan ni lah yg org duk tanya. Sibuk lah menjadi reporter yg tak bertauliah. Interview sana sini. Erggghhh. Sometimes, Lyn senyap malas nak jawab. Seriously, I’ve no mood to answer this kind of bull**** questions.

Klu dah geram sangat, Lyn menjawap jugak kekadang.

Napa, kalau aku kahwin ko nak sponsor aku berapa ratus ribu??

Tunggu lah klu ada anak raja ke dato’ kaya masuk meminang. Bukan macam ko, sedih dpt laki pun biasa2 jer. Aku mesti lah nak yg class2

Jodoh tu rahsia Allah… Setiap manusia ada jodohnya. Jadi tunggu jer lah <--- ni kira ayat manis lah ni. Lain2 mmg mendapatlah jawabnya. Seriously mmg kena lah kan.

6Klu tak reti jugak, pi dengar ceramah agama pasal jodoh ni. Tak pun nnti aku belikan buku pasal jodoh. Baca & faham betul2.

Kekadang Lyn tak faham kenapa lah dorang ni sibuk bertanya pasal jodoh org. Tau lah ko dah kahwin & beranak pinak. Tapi soalan2 mcm tu sometimes buat org kecik hati. Yer, mmg Lyn kecik hati klu org tanya soalan mcm tuh pada Lyn. Ko mmg tak rasa, sebab ko dah beranak pinak & berlaki.

Kadang2 yg tanya tu my friends even my aunties, uncles & cousin pun tanya. Senang cakap sapa yg kenal kita tu mmg duk lah bertanya pasal jodoh ni. Sibuk tanya pasal jodoh org. Sangat busy body. Patutnya mendoakan, bukan sibuk duk bertanya sana sini. Sekali dua oklah kan. Tapi tiap kali jumpa asyik tanya soalan yg sama, mmg mendapatlah jawabnya. Geram betul.

Mcm tu jugak lah klu orang duk tanya bila nak dpt anak. Sbb my youngest sister, sampai skrg masih belum ada rezeki dpt anak even dah kahwin lama. Kita faham each other. Sometimes dia kata, buat pekak jer lah kak. Orang ni tak faham agaknya RAHSIA ALLAH.

[Pic, credited to Google image]


8 comments:

idzwa kamaruddin said...

sampai masa nnti ade la kan :)

msredcheesecake said...

cuba senyum je...buat tatau je... kalau amek kisah sgt kita stress...

IK Tia said...

pang dekat diri sendiri! pernah menjadi orang yang bertanya. okey, lepas ni kena berhati-hati. isu yang sensitip.

Mummydearie said...

Soalan standard tu, Lyn dan orang yang disoal pun biasanya dah hafal jawapan :) Akak pun kahwin lambat so sebelum tu memang sentiasa mencucuk telingalah soalan macam ni. Kalau dulu makpak sedara tanya, akak selamba je jawab - kad dah siap, kompang dah panggil, pelamin pun dah ready, nama pengantin lelaki je tak tahu nak letak apa !

Tapi betullah masyarakat prihatin kita ni. Bila tak kahwin tanya dah kawin ke belum. Dah kahwin tanya bila nak dpt anak. Dah dapat anak 2,3 tanya juga tak reti berenti ke kilang setahun satu...aish... manusia nih! Lepuk kang!

Lyn Yusoff said...

Idzwa,,
betul. tapi ada jugak yg tak faham bahasa

Lyn Yusoff said...

msredcheesecake,
kadang i senyum sinis gak..
tapi tgk keadaan.. salah timing mmg mendapat jugak

Lyn Yusoff said...

IK Tia,
tak salah bertanya. sekali sekala ok. tpi ni pantang jumpa, dlm fb pun nak tanya, ape kes

Lyn Yusoff said...

MD,
mereka2 ni semua busy body kak.. sbb tu Lyn tak berkenan sgt dgn org2 mcm ni.. since kita tak mintak mkn kat dia, tak payah lah sibuk2 nak tanya... naik menanah telinga..
tu bkn perihatin.. tu bz body..