Gelihati

Oda & Isterinya

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali. Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, “Kenapa kamu yang naik??”
Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, “Aku takut la, di bawah tu ada manusia… dah la cakap kuat,cerewet pulak tu…”


Kejadian Dalam LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.

Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,

"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"


Sakit

Salleh sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salleh.

Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salleh mengingatkan Salleh agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salleh untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salleh ada di kolam renang.

Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salleh bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salleh berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salleh berada di dalam air melatih kambing berenang!!!


2 comments:

Mummydearie said...

Sungguh tak sanggup membaca sambil tutup mulut :)

Lyn Yusoff said...

MD,
hahaha bulan puasa kena control yer..