Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

JB Trip : Last Day

Last day in JB. Pagi tu kitorang check out awal dalam pukul 10am. Sbb byk sgt tempat nak singgah nnti. Nasib baik lah semua bangun pagi & bersiap on time. Klu tak, terlajak lagi lah nampaknya. So my friend settled kat check out semua. Kitorang settle kan brg2 yg nak di bawak masuk dlm kereta.

Bergambar dulu kat depana hotel. Semua my friend yg booked & settled kan. 2 rooms for RM360 without breakfast. Cuma hotel ni jauh skit dari JB town. But should be ok. 

So settled semua kita pi brunch sekali. Location nya di Restoran ZZ Sup Tulang. Location nearby Hospital Sultanah Aminah klu tak silap Lyn lah. Sbb awak tak drive kan, so tak amik port sgt. Kt belakang rasa nak membuta jer. Tapi tak sedap lah pulak kan. Hehehhe




Ni lah tempat nya. Environment kampung2 gitu. Boleh pilih nak dulu bersila or duduk di kerusi. Masa kitorang sampai org penuh. Tapi rezeki jugak lah nasib baik ada tempat kosong. Service cam lemb skit. Panggil tiga empat kali mau nak mai dtg. Fed-up gak. Nasib baik tak blah. Jaga hati2 kawan gak Lyn ni. 

Btw, kat sini famous sup tulang, mee rebus & sup ayam. So Lyn dah tak tau nak makan apa. Sup tulang mmg tak makan ler. So terpaksa lah amik sup ayam & nasi putih. Kawan Lyn yg dua org order mee rebus sup tulang.

Ni lah order Lyn. Nasi putih & sup ayam. Ermmm sup ayam tu di goreng & dimasak sup. Actually Lyn tak boleh telan pun. Lyn ingat sup ayam mcm kat sini. Bkn rupanya. Klu ada sup perut ke sedap jugak. Tapi ilek pocik. So makan jer apa yg ada. Rezeki kan. Tgk org lain tu tak makan. Ko dah ada mknn pun merungut yer Lyn. Huuhuhuhuh.

Lepas brunch, kitorang ke Plaza Angsana. Kawan Lyn cari buah tgn untuk family. Lyn tak beli apa pun sbb mcm takda apa yg menarik. 

Then hantar pak kawan Lyn si Ayu ni ke rumah makcik dia. Dia kena stay sampai Isnin sbb dia ada kerja kat JB. So kitorang hantar dia & terus berdesup balik. Nak singgah rumah makcik dia pun tak dan sbb dah pukul 2.30pm. Masing2 mengejar masa. Next day nak kerja woiiii. Tak boleh nak sambung cuti. 

So tinggallah kitorang bertiga balik ke Shah Alam / Klang. Lyn mmg tak drive. Pening kepala. So membongkang kat belakang. Tapi takde lah tidur lama mana pun. Makin pening kepala plak nnti. Dlm perjalanan hujan lebat, so kena lah slow2 nampak. Tak lama jugak. Lepas tu kasi besit lah. hehehhee.

Berhenti 3 kali jer. Sekali kat shell beli snack. Then berhenti kat R&R Pagoh nak beli buah2an. Dan sekali kat Seremban untuk Solat Jama'. Alhamdulillah, kitorang sampai tepat2 azan Isya' kat Masjid Shah Alam. Hantar my friend Erin kat sana. Hubby dia tunggu situ. Sbb lepas tu dorang ada agenda lain. So Ainil yg hantar Lyn balik rumah. Alhamdulillah selamat sampai semua. 

Balik tu kemas2 brg, basuh baju & terus tidur. Mmg tak boleh nak extend lagi. Sbb penat sgt kan. Off hp & tidur dgn aman malam tuh. Nasib baik next day tu senang nak bangun. Maklum lah Monday blues kan. Korang faham2 jer lah yer. hehehhee.

Alhamdulillah, tamat dah our vacation 3 days 2 night. We had alots of fun. Should repeat again after this. Destination lepas ni oversea pulak. Next year, In Sha Allah.


JB Trip : Jalan-Jalan Malam Di Johor Bahru

Ok, continue cerita kat JB.

After rest kat hotel dlm sejam, lepas Maghrib kita gerak ke Hotel Granada for our buffet dinner. Our voucher bought via groupon. Semua my friend, Erin yg settled kan. Lyn just booked the date 4 days before we went there.  

Sekali lagi thanks to waze kerana bawa kitorang ke sana. Klu tak, sesat ke barat lah kita. Hehehe. Our buffet dinner started at 6.30pm till 10.30pm. Kita sampai pun dlm pukul 8pm. So boleh lagi makan sampai lebam. 


Sambil makan sambil bergambar. Lyn pulak x dpt nak snapped environment kat hotel tu sbb sibuk makan. Lapar woiii masing2. Just makan breakfast tu & minum kat Starbucks. Mau tak lapar. Tapi malam tu mkn sopan2. Takut nnti klu melahap tak hingat dunia, mau sakit perut. Hahahaha

To be honest Lyn mmg tak diet langsung masa kat JB. Semua main belasah makan jer dari 1st day sampai sampai lah balik. Kata nak enjoy the food, buat apa nak diet kan. Balik nnti jer lah sambung diet balik. Hehehe

1st plate

2nd plate. Yg ni Lyn ulang dua kali. Sedap wooo dpt makan BBQ ni. Sos nya dah lah sedap. 

My last plate

Best betul buffet dinner kat situ. Even tak byk choice tapi makanan dia mmg sedap. Berbaloi lah beli groupon RM78.00 for 2 pax. Cuma taklah mewah sgt. But not bad. Kita stay sampai habis buffet. But one of my friend gerak awal sbb nak pergi rumah pakcik dia. So tinggal lah kami bertiga. 

Malam tu plan nak karaoke. Mulut dah gatal lama tak nyanyi. Puas lah cari karaoke, tapi jauh plak dr location kitorang tuh. Yg ada pun bkn family karaoke. Ni yg jenis serve alcohol & pelayan. Ermm mmg tak lah woiiii. Scary woiiii.

At last kitorang jalan2 kat Danga Bay jer. Ada jugak gerai2 mcm uptown kita kat sini. Tapi tak kuasa lah nak singgah. Sesak & jammed segala bagai. Yg kat sini pun Lyn tak pergi, ni nak pergi kat JB. Tak payah lah. Sure berhimpit2. 




Since kitorang bertiga, jadinya kita melepak kat Istana Bukit Serene jer. Ramai jugak org yer lepak2 kat sini yer. Semua ambil peluang nak bergambar kat Istana ni sambil tgk waterfall. Kitorang pun bergambar gak lah. Bkn selalu pun dtg. Tengah2 bergambar, tiba2 dgr siren kereta polis. Rupa2nya Tengku Mahkota berangkat ke Istana Bukit Serene. Ada satu kejadian dpn mata kitorang, tapi tak yah lah reveal. Kesian pulak klu di pikirkan balik.

Settled bergambar, kita ronda2 jer kat JB tuh sambil menikmati JB di waktu malam. Pukul 12.00 kita gerak balik hotel nak ambil kawan kitorang yg sorang tuh. Dia tunggu kat hotel. Lepas jer fetched dia, kitorang ronda2 JB semula. Sebenarnya kitorang masih cari tempat karaoke, tapi tak jumpa. Ermm bkn rezeki nak melalak kat JB lah gamaknya. Nanti kt KL lah repeat.

Alang2 dah nampak cafe time ronda2 tuh, kitorang suffer sekali.

Tak ingat lah cafe apa. Tapi yg penting halal. Muka masing2 dah penat dah tuh. Tapi lapar & haus. Tapi takda lah mkn yg heavy pun. Mee hoon tomyam tu kitorang shared berempat. Yg lain2 kitorang order fries & nugget jer. Makan borak, borak makan. Tu jer lah kerja kitorang.

Dah penat baru teringat balik hotel. Nasib baik lah tak jauh dr hotel tempat lepak tuh. Balik hotel, bersihkan diri, lepak & sambung berborak sampai pukul 3am. Padahal time kat luar kemain menguap bagai. Sampai hotel, mata masing2 segar bugar. Layan borak sampai 3am & terus sambung tidur. Nyenyak tidr pagi tuh. Sedar2 kwn Lyn kejut Subuh.

Ok sekian. Nanti sambung lagi.

Selamat menyambut Awal Muharram 1437H.

JB Trip : Jalan-Jalan di Johor Bahru

Hi LoVers,

Good morning & have a good week everyone!!!

Today Lyn nak sambung our trip in JB. Our second day running smoothly. Cuma tak larat dgn cuaca yg membahang jer. Pening gak kepala. Since kitorang booked hotel without breakfast, mmg saja jer pun sbb kitorang nak enjoy makan kat JB. Bkn selalu pun turun JB pun kan. So sesekali turun tuh, harus lah cuba makanan sana. 

Plan sepatutnya pukul 9am. Tapi biasalah janji melayu kan. Hahahha. Kitorang berdua lepas Subuh mmg tidur balik & kunci jam at 8.30am. Tapi bilik sebelah, masih membuta lagi. Kitorang ketuk2, dorang baru nak bangun. Cam hampeh kan. At last kul 10am jugak baru keluar cari breakfast. 

Our plan nak pekena kacang pool. Thanks to waze. Sbb klu takde waze ni mmg sesat baratlah jawabnya. Hehehe. Mcm nak tempat rasa mcm takde masalah sgt, sbb salah sorang kwn kitorang ni selalu outstation kt JB. So mana2 tempat makan dia tau. Cuma masalah jalan jer yg kena cari betul2. 

Sampai dah kat Kedai Kacang Pool ni. Kata kwn Lyn pemilik kedai ni suami Wan Maimunah. Bekas suami lah. Katanya dah cerai. Lyn plak tak dgr citer. So okey, tak penting pun. Kat sini dorang order mcm biasa. Tapi tang nak mintak sudu garfu boleh plak dia kata self service. Mcm hape plak. So kena lah ambil sendiri. Mcm ko tak boleh hantar order, hantar lah sudu garfu sekali. Haihhhhh....

Kawan2 Lyn layan kacang pool

Lyn pekena lontong. Boleh tahan sedap. Lepas breakfast kitorang gerak ke Dang Bay. Saja lepak2 cuci mata. Panasnya mmg membahang. Hanya Allah saja yg tau. 







Sebahagian dari picture2 di Dang Bay. Tak larat nak tepek semua. 

Settled lepak & bergambar, so kita pekena Starbucks dulu. Panas kan kat luar. Kena ice blended, kemain segar bdn. Klu tak lemau kemain dgn panas membahang. Kita melepak kt Danga Bay tak lama pun sbb kita ada plan lain. 

Plan memanjakan diri. hehehe. Spa & facial time. Wahhh kemain jauh kan memanjakan diri. Hehehe. Bkn apa, selain dari makan2 & bercuti, kitorang mmg nak memanjakan diri jugak. Sesekali memanjakn diri berjemaah. Selalu buat sorang2. Hehehe

Mana kitorang dpt semua tempat2 ni?? Ni semua via groupon. Kwn Lyn, Erin yg mencari semua package2 spa & facial ni. Gigih kan. By 2pm onwards adalah masa untuk spa & facial time. Aduhaiiii mmg best lah. Rasa fresh sungguh badan. Our session ended at 5.30pm. 

Feel fresh after spa & facial time. Muka happy sbb dpt memanjakan diri while in JB. Mmg best. So after that kitorang balik hotel dulu before going out for dinner. Sepatutnya nak gerak terus jer, tapi kawan Lyn yg sorang tu pening kepala. So kita balik rehat dulu lagi bagus. Boleh gak baring2 & rest dulu. Lagipun hotel & tempat kita spa tu pun tak jauh. 

Balik hotel sempat lah lelap sekejap. So citer dinner tu kita sambung next entry. Bye!!!

JB Trip : First Day

Hi Lovers,

It was girls trip on mid of September. Woottt Woott!!! 

Plan nya lebih kurang 2 bulan jugak lah. It was 3 days 2 nites in JB. Tak jauh mana pun. At 1st stage patutnya nak ke Bali, Indonesia. Tapi one of my friend tak boleh nak stay longer. End-up kita bercuti2 di JB saja. It was fun sbb 4 org ni mmg gila2. Hehehe. For your info, 3 of friends ni semua dah berkahwin. Tapi dorang mmg dah dpt green light from hubby masing2. Klu tak, ko hingat boleh nak bercuti lama2 tinggalkan laki & 'handbag' masing2?? Mmg tak lah kan. Plus hubby2 dorang ni semua sporting2 belaka. So Lyn, kena cari hubby yg sporting mcm ni jugak. Off record. Opsssss!!! :P

1st day on 18th September 2015. 

My friend, Ainil fetched me at my house. Sepatutnya jam 9am kita dah bergerak dah, tapi di sebabkan last minute Ainil ada hal, kita kena postponed ke pukul 10am. Fetched Erin kat Seksyen 7, Shah Alam & straightly headed to Putrajaya nak ambil seorang lagi my friend, Ayu. Dia kena kerja half day pagi tuh. So kita decided fetched her at 12.00pm. Before kita gerak ke JB, kita lunch dulu. Lokasi terlupa lah pulak. Hehehee

Completed 4 of us. From right to left, yours truly, Ainil, Ayu & Erin. Disebabkan dah tengahari, kita lunch lah dulu. Malas lah nak stop kat RNR nanti nak makan except wiwi. Tu dah terpaksa. So makan kenyang2 kat cafe tuh. 

By 1pm kita dah gerak from Putrajaya. Nampak tak muka2 kami yg happy ni?? Sure lah happy kan, dah katanya nak pergi holiday. Pulak tu it's girl trip, mau tak happy. Hehehe. Alhamdulillah, ur journey went smoothly. Berhenti dua kali kat RNR for wiwi jer. On the way tu hujan pulak, plus dgn jerebu mmg kabur lah penglihatan. Dlm kereta bila ramai2 ni bkn lah reti nak tidur pun. Kerja nya berborak ketawa berdekah2. Hehehe. Yg penting driver tak mengantuk dgn gelak ketawa kitorang. 


Our first pit stop, Johor Premium Outlet. Ni mmg dah plan awal2 nak singgah & perhabiskan duit kt JPO. Hahahaha. Masing2 nak shopping sakan kat sini.


Nampak tak semua lenggang kangkung bawak diri & handbag jer. Time balik, kiri kanan tgn penuh dgn paperbag & plastik bag. hehehe. Mmg shopping sakan katanya. hehehe. Di sbbkan kita nak semua ada dlm camera, my friend pi letak hp kat bonet kereta org. Punya lah gigih. Dan ini lah hasilnya. Lyn tu bawak monopod. Senang nak selfie welfie. hehehe.

Masuk jer JPO, kita cari toilet & surau. Solat Jama's dulu, rest jap then terus kita serbu butik ke butik. Time ni dah pecah2 dah. Klu nak ikut org shopping, tak tershopping plak nnti. Hehehe. Shopping dgn keadaan aman jugak. Tapi tak lama, sbb masing2 duk roger nak mengikut. Nak tgk org shopping apa lettew. Hehehe. 

I'm falling in love in this kind of sunglasses. Masuk2 butik terus nampak yg ni. Brand Dior. Memang cantik ya hamat. Tapi harganya cekik darah even dah 50% off pun. Aduhaiiiii. Klu ikutkan hati nak gak rembat, tapi kena fikir byk kali. Padahal Lyn baru jer beli last few month. Last2 terus ku biarkan. huhuhu. Klu rembat ni, mmg tak dpt lah nak beli yg lain. So apa yg Lyn shopping kt sini biasa2 jer. Untuk diri sendiri & family kat rumah. Yg penting, harga tgh sale. Mostly 50% to 70%. Tak payah nak tunjuk. Nnti dah pakai, perasan gak. 

By 7pm kita gerak from JPO. Klu tak nnti dinner kemana, hotel pun kemana. But before heading to our hotel, kita pekena dinner dulu. Location, Senibong Seafood Village. 

Mkn di tepi laut woii... Woottt2!! tapi sebelum makan kita ganti2 pergi surau untuk solat. Tempat ni dkt dgn masjid. Bagus betul. Sambil makan, sambil tu kita boleh beribadah. 


Muka2 happy dpt makan besar. Hehehe. Meriahkan. Nasi putih, tomyam campur, ikan jenahak bakar, kangkung goreng belacan, sotong goreng tepung, udang masak 3 rasa, siput buluh goreng & air. Mmg lapar ya amat mlm tuh. Bygkanlah tak makan apa pun after lunch kt Putrajaya. Kt JPO pun tak singgah mkn. Maklumlah org sibuk shopping, mane ingat nak makan. Dpt brg shopping kan terus kenyang. Wakakakaka :)

Settled dinner, kita terus gerak ke hotel. Bdn pun dah tak larat lagi. Perjalanan dari Senibong Seafood Village ke hotel tak jauh sgt. Less than 45 minit. Jalan pun smooth. Dlm kereta Lyn sakit perut bahana makan byk. Lyn mmg tak boleh mkn byk2 & perut overloaded. Mmg sakit perut lah jawabnya. Nasib baik balm CNI ada. Kurang lah skit. 

Finally arrived at our hotel & check-in. 

My room. Since kitorang ni berempat, so kita share dua org satu bilik. Tak terpikir nak ambil family suite hari tuh. Nasib baik bilik dkt2. So tak kisah sgt. 2 room for 2 nights cost us RM360.00 without breakfast. 

Mlm tu, bersihkan bdn,  kemas2 apa yg patut & rest. Niat hati nak tidur awal. Tapi jgn harap lah. Bila dah berempat tuh, byk sgt ceritanya. Terlupa bdn yg penat. Hehehe.  End-up pukul 3am baru kitorang tidur, padahal esoknya byk plan. hehehehe.

Yg best trip ni semua well prepared. Mana nak singgah, mana nak dinner, lunch, or anything semua kita dah plan awal2. So takde lah time tu nak terpikir ke hapa. Pagi tu tidur nyenyak lah gak. 

Ok, nanti kita sambung our 2nd day yeah. Daaaaaaaaaaaa!!! ;)