Dua Orang Kaya dan Pemandunya
Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.
Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."
Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."
King Kong pun menjawab dengan sopan, "Yes Sir!! Right A way!!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.
Orang kaya I itu beritahu ke temannya, "Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"
Orang kaya II : "Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau."Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. "Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak?"
Rambo: "Yes Sir!! Right A Way!!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.
Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.
Tidak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan.
King Kong : "Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"
Rambo : "Kau fikir boss kau stupid ha? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah. Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"
Kunci Kereta
Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata, “Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”
“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh, sampai gunakan penyangkut baju.”
Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau, kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”
“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”
“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!”
Kisah Tiga Anak Dara
Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.
Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.
Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.
Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.
Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."
1 comment:
Hahaha...memang kelakar. Sakit oi gusi dan gigi ni nak ketawa. Dahlah sakit!
Kiranya kedua-dua pemandu orang kaya tu pandai jugalah sebab boleh berfikir yang bos mereka memang bodoh walaupun alasan yang diberi memang menampakkan kebodohan masing-masing!
Post a Comment