Jiran Annoying

Ni kisah benar oleh Lyn sendiri. Kitorang satu family yg alami benda ni boleh di katakan hari2. Rasa nak naik darah pun ada. Tapi bersabar jugak lah. Tapi sampai bila pulak nak sabar kan. Sabar kita kan ada batasnya.

Cerita 1

Ni jiran sebelah kiri rumah my mum. Dia ni anak beranak mmg jenis tak reti senyap. Hari2 lah memekak. Tak kira bunyi kereta yg mcm motor boat tuh ker, bunyi radio mcm nak buat konsert, berborak mcm dia jer ada dalam dunia ni, ataupun membela binatang tapi tak reti nak jaga. Dia tak kira la org tgh tidur ker, org tgh solat ke hapa, mmg selamba badak jer memekak. Lyn pun pelik, tak reti diam ke dorang ni 24 jam. Klu nak tunggu dorang diam, bila semua merambus takde kat rumah. Baru aman dunia aku. But seriously mmg annoying kot. Ko dah lah duduk berjiran, tapi perangai mcm duduk dlm hutan. Klu nak memekak ker hapa, pi dlm hutan sana. Takde sapa nak marah. Paling2 kurang pun harimau dtg sergah ko, tak pun di baham. Hahahaha

Pernah jugak Lyn sound tepek dorang ni. Pagi2 buta ko memekak pasang karaoke, terjerit terlolong   mcm kena rasuk hantu. Dia boleh selamba badak. Dah lah cousin Lyn sebelah rumah dia tu baru bersalin. Kesian lah kan. Akhirnya aku sound jer. Dia balas gak lah 'Ergghhhhhhh'. Aku peduli apa. Sampai skrg anak beranak especially anak2 dia pandang kerek dgn Lyn. So ada aku kisah?? 

Lagi satu dia membela ayam & kucing. Dah lah membela lepas tu tak reti jaga. Kucing & ayam2 dia dtg rumah kitorang & rumah makcik2 Lyn berak sana sini. Seriously menyampah gila kot. Pernah jer dpn mata dorang Lyn baling selipar halau ayam2 dia sambil membebel. Nasib lah. Sapa asruh biarkan. Pandai bela, pandai lah jaga. Ergghhhh.


Cerita 2

Ni jiran dpn rumah my mum. To be honest, mmg kawasan rumah my mum ni luas. Mmg klu buat khemah untuk kenduri kahwin, mmg boleh masuk dlm 4 - 5 khemah. So klu weekend, hari raya or kenduri kendara mmg kitorang parking dpn2 tuh. Mmg penuh lah kereta. If hari2 biasa pun, mmg ada sesetengah kereta family Lyn parking dpn tuh. Penuh lah dlm 6 biji. But still ada kawasan lapang lagi. Mana yg ada garaj mmg parking kat garaj. So nak di jadikan cerita, ada lah kereta ni menumpang parking dpn rumah kitorang, tapi buat mcm parking ko sendiri. Siap 3 4 biji kereta parking situ sampai laluan terhalang yg membuat kan kitorang tak boleh nak parking kereta. Takkan nak blocking laluan kerumah. Tapi dorang jenis otak letak kat kepala lutut. Mmg payah lah.

Adakalanya kita terpaksa parking kat tempat lain sbb parking kat rumah sendiri dah penuh. Dah lah menapak jauh ke rumah. Can you imagine. Tu belum dorang ada kenduri ke hapa, mmg penuh lah kereta kat situ. Tapi cuba lah parking elok2 supaya tuan rumah senang nak keluar masuk. Ni kitorang terpaksa honk tuan punya kereta.

Byk kali jadi mcm ni. Baru2 ni, last weekend. Kereta mmg penuh kat dpn tu, sbb family sister in law dtg. Tapi dorang tak blocking laluan kami, sbb dorang tau kita nak keluar masuk. So ada satu kereta si jiran bengong ni duk parking belakang kereta family SIL melintang. Lyn pulak nak keluar, tapi my friend dtg amik. So once dia sampai my house, dia tak boleh masuk sbb kereta yg melintang tu ada. He called me. 'Lyn ckp tunggu jap, I keluar skrg'. Dah lah Lyn tgh pakai tudung time tuh. Kelam kabut gak. Hehehe. Bila Lyn keluar, my friend's car tak boleh nak masuk kedalam. Tapi owner kereta tu ada kat luar dgn kawan2 dia, boleh dia buat selamba jer. Ko rasa?? Bkn ko nak alihkan kereta. Dia boleh tgk jer. Geram nya Lyn tgk. My friend cuba gak lah menyelit & try to reversed. Dia pun risau gak klu kena kereta org. 

Dgn geram, akhirnya keluar juga dari mulut Lyn ni "Dah di bagi parking, tapi tak reti2 nak parking elok2. Menyusahkan org jer. Lain kali parking tempat lain!!!" Terus Lyn buka pintu kereta & masuk. Dari dlm kereta dorang pandang jer Lyn. Ko ingat aku heran. Geram betul. Dlm kereta Lyn membebel gak lah. Yg kawan Lyn ni suruh sabar. Mmg lah sabar, tapi dah byk kali kot. 

Ni bkn lah kes kedekut ke hapa. Kita tak kisah pun nak parking, tapi jgn lah blocking & menyusahkan laluan orang lain. Byk lah kes2 yg melibatkan parking ni. Malas nak cerita. Klu Lyn cerita, pjg lah entry hari ni. Hahaha. Ni jer yg baru berlaku baru2 ni.

Sometimes kita kena pikir pasal org lain bila hidup berjiran ni melainkan ko duduk dlm hutan. Ko buat lah apa pun takde org sakit hati. Tapi bila berjiran mcm ni, kenalah sama2 tolerate. Tapi klu kita jer yg tolerate, pihak lain tak kisah pun payah jugak. So kenalah sama2. Tapi klu org tak cerdik, mmg gini lah jawabnya. Jenis yg ikut kepala sendiri. Mmg payah lah.

Sekian bebelan dari saya :P


6 comments:

Mummydearie said...

Susah tau Lyn bila kes macam ni. Yang jadi susah sebab jenis bengap, tak faham bahasa. Selagi kita boleh tolerate dengan sikap dia, okeylah tapi bila tak tahan tu dan kita sound, kita yang nampak macam bersalah sangat. Habis kita pulak dijaja cerita macam tak boleh toleransi langsung bila hidup berjiran!

Rumah mak Lyn ni jenis tanah sendiri buat rumahkan? Bukan jenis housing areakan? Kalau dah macam tu, lebih baik dirikan pagar aje keliling rumah!

Rumah mak akak pun dulu macam ni. Sebab compound luas, orang suka hati aje masuk belok kereta kat compound kami. Nak masuk membelok tu takpa, tapi yang sakit hati dengan bunyi screech tayarnya lagi, dengan lajunya lagi, memang menyakitkan hati lebih-lebih lagi bila tengah malam!

Tapi orang yang bengap macam ni bila kita bersuara, eh, eh, macam kita pulak yang bersalah padahal itu hak mutlak kita tu!

Aliyyah Aziz said...

Saya faham sangat. Jiran kiri kanan saya sederet sana bangsa lain agama lain, sederet sini pun bangsa lain agama lain. Bila buat majlis memang tak boleh la jemput kitorg yang muslim ni sebab makanan dan majlis keagamaan diorang. Tapi setiap kali parking yg biasa saya park kereta ada kereta diorang, saya akan honk atau tunggu aje sampai diorg alih kereta ke tempat lain. Saya nak park kereta saya kat situ. Alhamdulillah so far tak pernah gaduh la. Nak kata kitorg kerek ke apa ke, kitorg tak kisah. Kereta ko ada sampai 6 biji dah ambik hampir semua ruang yg ada, tmpt saya park kereta saya tolong jgn usik. Tu belum cerita anjing diorg berak depan rumah lagi. Suami saya mmg panggil diorg kutip. Takmo bazir bil air kitorg. Harap2 lepas pindah ni dpt jiran yg lebih prihatin dan xbela anjing :(

Amanda Suria said...

sama dgn jiran depan umah along...parking kitorang jd parking dia..pas tu enjin keta jenis mcm petir..mak along dh la sakit jantung,selalu terperanjat..mmg annoying sungguh

Lyn Yusoff said...

MD,
ya Allah, sebiji betul masalah rumah kg akak dgn rumah Lyn kak. Dorang ni mmg bengap nya. Jenis kita sound, tapi dia pandang mcm nak telan kita padahal dia yg salah.

Haah rumah my mum ni jenis tanah sendiri. Mmg adik beradik duduk dkt2. Kitorang mmg nak pagarkan jer kawasan rumah ni kak, tapi my uncle tu payah skit. dia kata biarlah org parking, or reversed kete kat situ. mmg tak kisah kak, tapi dorang ni jenis bongok tak tau otak letak mana. Jenis mcm bapak ko punya tanah. Padahal tuan tanah lagi berhak.

Reversed mmg suka hati mak pak dia kak. Geram betul. Sesekali mmg kena soung jugak. But lepas ni Abg Lyn nak buat garaj kereta sebesar2 alam. So mmg tak dpt lah dorg nak parking lagi. Klu tak tau malu parking lah, mmg aku pancit kan kereta dia...

Lyn Yusoff said...

Aliyyah,
Klu jenis yg faham bahasa takpe u. Ni jenis ko dah lah menumpang parking, lepas tu kerek nak mampus. Mmg mendapat lah jawabnya. Sbb tu Lyn sound je dorang ni. Nk pandang kerek, pandang lah. Ada aku kisah. Bkn hak ko pun.

Klu bab2 binatang ni, mmg ku hangin jugak. Pernah jer Lyn campak tahi ayam kat depan rumah ni. Rumah tuan sendiri taknak berak, bersepah2 berak kat rumah org. Mmg kena lah jawabnya.

Lyn Yusoff said...

Amanda Suria,
betul lah Along, jenis dah faham bahasa dorg ni. Bkn nak pikir hidup berjiran. Ni jenis yg lepas tekak sendiri jer. Org lain or tuan rumah dia tak pikir pun. Menyampah