Bila cuaca panas mcm skrg ni memang ramai yg mudah terkena sakit tekak & batuk. Lagi2 waktu malam, mmg payah nak tidur sbb kerap terjaga.
Selain ubat batuk, kita boleh try petua2 dibawah. In Sha Allah dgn izin Allah sure berkesan.
- Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang original tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari. Kalau tak ada madu lebah, boleh juga campurkan perahan jus lemon dan teh untuk kesan yang melegakan tekak.
- Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum jus asam jawa tersebut. Amalkan sehingga sakit tekak pulih sepenuhnya.
- Kumur Dengan Air Garam – Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak.
- Jus Timun – Kisarkan timun dan minum jusnya. Kalau tidak mahu kisar, boleh juga makan timun secara ulam dan tambahkan dengan sedikit garam. Timun ni antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak.
Jgn lupa try :)
2 comments:
Sekarang ni pun yang biasa akak buat air lemon dan madulah. Sampaikan anak-anak pun terikut nak minum sama.
MD,
musim panas skrg mmg elok mnium air lemon.. kurang skit sakit tekak
Post a Comment