Bunga Tulip...









Di sebabkan my blog ni sinonim ngan bunga tulip.. Lyn bercadang untuk mencarik asal usulnya bunga tulip nih. Jenuh gak nak carik.. bak kata someone yg Lyn kenal.. Lyn ni penjual tulip di waktu mlm kt Cameron Highlands. Lepas je buat buat business bantal kat Klang, tapi tak laku sbb bantal tuh menyebabkan ramai yang sakit tengkuk.. Lyn decide nak jual bunga tulip kat Cameron Highlands. Agak2 korang sape yg ckp Lyn mcm tuh yer.... hehehehhe..
Ampun TUN.... larikkkkk!!!!..hehehehe

I've found this article from newspaper. Just nak share ngan u oll jer..

Asal Usul Bunga Tulip

Bukan sesuatu yg luar biasa apabila bercakap mengenai Belanda atau dlm bahasa tempatan, Koninkrijk der Nederlanden yang bermaksud "Kerajaan Tanah2 Rendah". Menyebutnya membawa kepada fikiran kita secara spontan terbayangkan keindahan bunga tulip yang tumbuh subur di negara Eropah itu.

Tulip atau nama saintifiknya, Tulipa merupakan antara spesies bunga yg paling menambat hati penggemar bunga di seluruh dunia kerana ia dianggap memiliki keindahan semulajadi dan wujud sebagai hiasan paling indah seperti diakui dalam tulisan seorang pencinta bunga tulip dari Perancis pada 1954.

Meskipun Belanda cukup sinonim dengan bunga tulip sehingga ramai beranggapan bahawa bunga itu berasal dr negara berkenaan, tulip sebenarnya berasal dr Asia Tengah yang tumbuh meliar di kawasan Penggunungan Pamir dan Hindu Kush serta Steppa di Kazakhstan.

Bunga yg sensitif dengan cuaca dan alam sekeliling ini hanya muncul di Eropah selepas dibawa oleh pedagang dan pelayar sehingga menjadi industri bunga tertua berusia lebih 400 thn di Belanda.

Bagaimanapun, masyarakat Turki mendakwa mereka yg mula2 menanam tulip secara ladang atau kebun seawal tahun 1000 Sebelum Masehi (SM), malah tulip dijadikan oleh negara berkenaan sbg bunga kebangsaan. Dakwaan itu diperkukuhkan lagi dgn nama tulip yg sendirinya berasal dari bahasa Turki iaitu tuliband atau tarbus, sejenis songkok atau topi tradisional yg menjadi identiti masyarakat Asia Barat.

Sebuah lagi negara di Asia Barat iaitu Iran juga menjadikan bunga tulip sebagai bunga kebangsaan.

Tulip merupakan tumbuhan berumbi yg tingginya antara 10 hingga 70 sm, daun berlilin, berbentuk sempit memanjang bewarna hijau kebiruan dan bunganya berukuran besar yg biasanya mempunyai 6 kelopak. Tetapi ada juga spesis tulip memiliki lebih 6 kelopak serta berlapis2.

Pengelasan Saintifik Tulip

  • Alam : Tumbuhan
  • Kelas : Lilliopsida
  • Order : Liliales
  • Famili : Liliaceac
  • Genus : Tulipa

Fakta Menarik

Festival Tulip diadakan di Belanda, England dan di utara Amerika setiap bulan Mei.

  • Kini tulip mula menjadi popular di Australia dan beberapa festival berlangsung pada bulan September dan Oktober di Hemisfera Selatan;
  • Festival tulip diadakan di berapa bandar Utara Amerika termasuk Albany, New York, Ottawa, Otario, Holland, Michigan, Orange City, Iowa, Pella, Mount Vernon, Washington;

Tulip dikatakan membawa simbol musim bunga dan festival tulip menjadi kelebihan kepada penduduk kawasan yang meraikannya.

Belanda mengirim bunda tulip setiap tahun untuk ditanam di Ottawa sebagai ucapan terima kasih kepada Canada yang membebaskan Belanda dari Nazi, Jerman dan menyediakan tempat tinggal untuk Ratu Juliana yang merupakan Puteri Mahkota Belanda semasa zaman penaklukan Nazi.

2 comments:

Anonymous said...

Ya allah!!!!
asal bunga tulip?>???
hahhahaha

lepas ni asal usul bantak kekaboo pulak...

Lyn Yusoff said...

ye lah tun..
tak lama lagi u tunggu plak asal usul bantal kekaboo plak.. hehehehe