After 3 Months

Lately ni kan, badan rasa tak berapa nak sedap. Adakalanya kaki belah kiri ni rasa sengal2 & cramp. Especially bila bangun pagi. Kan time tuh sejuk ya amat, tu yg rasanyer cepat sengal & cramp. Tiap2 pagi mmg payah skit bila nak bangun. Terpaksa lah lurus kan kaki slow2, barulah lah boleh bangun. Klu main belasah jer sure sakit.

Ermm nak dikatakan sbb ubat bius masa operation dulu boleh jadik jugak. Agaknya lah erk. Sbb bila kita kena bius mmg makan masa gak effect dia nak hilang. Tapi bukan selalu Lyn kena cam gini. Ikut mood. hehehe

Setakat hari ni, just sengal2 kaki jelah. Lain2 tu takde plak. Kadang tu payah kita nak jalan kan. Lepas tu pakai high heels plak. So mmg kaki kita tak rest. Tapi dlm office pakai selipar jer. Senang nak bergerak. Lain lah klu nak keluar ada meeting kan. Sure lah pakai high heels.

Satu perkembangan baru selepas 3 bulan Lyn operation. Alhamdulillah, Lyn dah boleh Solat berdiri. Sepanjang 3 bulan tu mmg Solat duduk jer. Ade gak try2 Solat berdiri, tpi mmg payah nak bangun. So tak pelah, mana yg boleh kita buat. Mana yang tak boleh, pasti ada cara yg boleh. Itulah uniknya Islam.

Alhamdullilah, my family especially my mum gembira lah dgr berita tuh. Cumanya perlu berhati2 jer. Duduk kat lantai pun Lyn dah boleh. Syukur sgt2. Cuma mengangkat barang mmg Lyn tak larat & my mum pun larang jugak. Sbb Lyn pernah try angkat kayu katil, mmg terasa sengalnya walaupun dah beberapa hari.

IMG00866-20110118-1341So benda angkat mengangkat tu mmg Lyn elakkan for time being. Kita buat mane yg boleh jer. Sbb tu Lyn tak berani nak dukung my niece & granddaughter. Melainkan ade orang dukung & pass kat Lyn, tu takpe. Sbb kita tak mengangkat kan. Dorang pun paham. Pernah Lyn acah2 nak dukung dorang, ape dorang cakap tau,

Acik/ Wan Chik kan sakit perut, mane boleh dukung adik…

Klu Khaira, dia akan tunjuk perut Lyn. Meaning dia tau yg Lyn sakit perut. Hehehe

Alhamdulillah, selepas 3 bulan dan selepas beberapa medical check-up, Doc bagitau Lyn beransur sihat. Tempat operation pun semakin pulih. Syukur sangat2. Berkat doa dari semua. Amin :)

6 comments:

sW33tdARLiNG said...

biar betul2 baik baru lah boleh lasak balik yaaa

Dee said...

operate2 ni mmglah sakitkan..kak dee pun czer 2 kali..phm sgt..lepas ni tidur..sapu kaki ngan minyak urut yg panas tu..pakai stokin..boleh elakkan cramp..insyaallah..

Lyn Yusoff said...

Sw33tdarling,
hahha..
lum baik sepenuhnya pun i lasak gak..
hehee

Lyn Yusoff said...

Kak Dee,
tu lah kak..
anyway thx for ur advise :)

mummysyafie said...

kalau boleh toksah dulu angkat barang berat² ni lyn. takut membahayakan kesihatan plak.

Lyn Yusoff said...

Mummysyafie,
thx kak for ur advise.. :)