Perbualan Lawak

Pencuri

Perbualan didalam telefon antara Ahmad dan Polis.

Ahmad : Tolong-tolong ade pencuri masuk rumah jiran saya 
Polis : Apa alamat rumah jiran kamu?
Ahmad : Saya tidak tau
Polis : Kenapa kamu tak tau diakan jiran kamu
Ahmad : Saya memang tidak tau
Polis : Jadi apa alamat rumah kamu?
Ahmad : Saya tak tau
Polis : Mcm mana kamu tak tau itu kan rumah kamu
Ahmad : Saya tak tau ibu bapa saya pergi kerja
Polis : Kenapa kamu tak telefon ibubapa kamu?
Ahmad : Saya tiada no. telefon ibu bapa saya
Polis : Jadi mcm mana kami menuju ke sana?
Ahmad : Itu pun tak tau ke,naik kereta polis la
Polis : !^%$!*(&


Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah, aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu,aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit. Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni.. Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku.

Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi..


Inggeris vs Indonesia

Seorang lelaki Inggeris telah menelefon ke sebuah hotel lima bintang di daerah Bali dan diangkat oleh seorang penyambut tetamu lelaki warga Indonesia. 

“What is your last name?” tanya lelaki Inggeris itu memulakan perbualan. 

“I'm sorry.”  

“You don't have to sorry. And what is your first name?” tanya lelaki Inggeris itu lagi. 

Orang Indonesia itu menjawab, “You don't know.” 

“Off course I don't know, that's why I ask you. And your middle name?”  

“Funny.”  

Akhirnya lelaki Inggeris itu marah dan menutup telefon. 

Orang Indonesia kelihatan sedikit bingung, sambil memandang nama di name tagnya sendiri: ‘Yudono Fani Amsori.’


2 comments:

Mummydearie said...

Last tu lawak gila. Miscomm lah tu :)

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
kannnnn mmg lawak :)