Cerita Lawak

Atok Sapa Lagi Kuat

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat…. Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.” 
Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”
Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”
Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.”
Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”


Tak Berani Curi

Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.

Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul. 
Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.


Rebut Remote Control

Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv. Si suami suka tengok bola, manakala si isteri suka tengok rancangan masak2. Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar.. kejap bola kejap rancangan masak-masak.. bunyi tv tu jadi tidak menentu macam ni..

"Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL... 5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE... daging di rebus oleh REFREE sampai empuk... masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk... BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak... GOAL KEEPER ditusuk jadi sate... PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "

*Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu... pelik bebenor bunyinya... dunia2.


Sarapan Pagi Istimewa

Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang bertulis “SARAPAN PAGI ISTIMEWA”, dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut. Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan.

Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut “Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? “Lidah ayam bakar”, pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! “Lidah ayam bakar??

Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!” kata lelaki tersebut. Kemudian pelayan tersebut bertanya “Kalau begitu encik mahu sarapan apa? “Bawakan saya telur rebus!” jawab lelaki tersebut. “Itukan dari ‘bontot” ayam!” jawab pelayan dengan selamba.


4 comments:

Unknown said...

hihi...the last one..

Lyn Yusoff said...

ieda,
hehehehe

Mummydearie said...

Akak ni tengah berdenyut-denyut kepala. Nasib baik ada lawak jenaka. Legalah sikit daripada nak pitam. Tapikan rasa nak pitam baca lawak nih ^_^

Lyn Yusoff said...

MD,
hahaha.. jgn pitam sudah