Senyum Khamis

Hukuman Untuk Guru

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan meminta supaya perkaranya di selesaikan dgn cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

“Baik, baik,” kata Hakim.

“Jadi anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya, sekarang anda duduk di meja itu dan tulislah “Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi” sebanyak 500 kali.


Karipap 3 Seringgit

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya. 
Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.

RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan.

Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang. Mungkin Amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1

Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata; Kuih karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!


Tatacara Menjawab Telefon Paling Kerek

Sebenarnya cara menjawab telefon yang kita amalkan adalah salah, dan kebanyakannya sama. Terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kita akan cube untuk menukarkan jawapannya (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kerjanya mmg jawab telefon).

1. Soalan: Hello, may i speak to bedah please? 
Jawapan: Maaf, sini bukan balai polis.

2. Soalan: Hello, sapa disana? 
Jawapan: Nah, saya kat sini, mana le saya tau sapa kat sana.

3. Soalan: Hello, boleh saya bercakap ngan bapak awak? 
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. Buat ape tanya saya.

4. Soalan: Hello, boleh sambungkan ke nombor 323? 
Jawapan: Maaf cik,nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Hello, mak ada rumah? 
Jawapan: Mak takde rumah. bapak ada pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: Hello, boleh saya bercakap ngan siti? 
Jawapan: Maaf, nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye, terima kasih .

7. Soalan: Hello, betul ke ini nombor 3234412? 
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

8. Soalan: Assalammualaikum... 
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)


2 comments:

Mummydearie said...

Hahaha... okey, akak dah copypaste dan sebarkan pada kawan-kawan sepejabat. Mereka tengah stress tu buat kerja, bagi lega sikit urat-urat kat mulut :)

Lyn Yusoff said...

MD,
hahahha.. pandai akak
bagus menolong kwn2 yg tgh stress :)