Hujung-Hujung Ramadhan

Hi LoVers,

Ermm... Raya just around the corner. Hari ni pun dah 26 hari kita di dalam Bulan Ramadhan. Sekejap saja kan. Kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan yg mulia ini hanya beberapa hari je lagi. In Sha Allah. Semoga Ramadhan kali ini yg terbaik untuk kita, Amin.

Owh yer... bercakap pasal Ramadhan, masih lagi org bercakap tentang bazaar Ramadhan. Lyn sampai ke hari ini mmg tak jejak lagi. Bagus. Mmg tak teringin langsung nak pergi. Juadah yg sedia ada kat rumah pun kadang2 tak habis makan. 

Selama berpuasa ni, Lyn hanya 3 hari jer berbuka di luar. Selebihnya mmg dirumah bersama2 family. Dari dulu pun Lyn kurang nak berbuka di luar ini. Adalah beberapa faktor yg Lyn rasa tak perlu lah Lyn cerita kan. Tapi mane yg Lyn rasa perlu, Lyn pergi lah. Ikut hati. Sbb tu boleh kira lah hanya beberapa kali jer berbuka di luar. 

Last Friday berbuka di Chicken Rice Shop. Since I was on half day leave sbb ada urusan di KWSP & Bank. Dan dah pun berjanji dgn anak dara sorang tu nak beli kan dia segala baju seluar kasut raya, so Lyn pergi lah lepas settled semua urusan. Ambil dia kat rumah & terus jer gerak. Kita mmg sampai awal. So booking tempat, byr food & chaw untuk jalan2 shopping. From top to toe mmg dia yg pilih sendiri. Lyn tinggal byr jer. Ermm untung jadi dia. Hari tu neneknya dah sponsor, kali ni auntie dia pulak sponsor. Saje lah usik2 dia, lepas ni tak dpt duit raya lah kan sbb dah shopping sakan. Tersengih anak dara tuh. Sure risau takut nnti tak dpt duit raya. Hahahaa

Shopping settled kan sebelum berbuka. Sbb Lyn malas nak lama2 kat Sunway Pyramid tuh. Kami bertiga. My niece dtg later before buka puasa. Dia dr office. Lepas berbuka, ingat terus nak balik tapi kitorang masih sambung shopping lagi. Tak lama pun. By 8.45pm kita gerak balik. Nak singgah beli brg untuk portluck next day. 

Saturday ada portluck adik beradik. Pagi tu dlm pukul 8am, Lyn bersiap sedia kat dapur nak sediakan dessert. Ni request dr my nephew. So kita buatlah untuk dia. 

Caramel puding jer. 4 loyang Lyn buat. Sebenarnya Lyn dah plan nak buat menu lain. Tapi dah ada org request, so kita buat lah untuk org mengidam tuh. Nasib mengidam makan jer, klu mengidam lain, bertambah lagi ahli keluarga. Hahahahah

Meriah kan the foods?? Ada mee kari, ayam golek, spaghetti, cekodok ikan bilis, sambal tumis, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, popia basah, caramel, char kueh teow, tembikai, air sirap laici, air anggur & air mangga. 

Memang meriah sungguh lah even ada yg tak dpt dtg. Majoriti my niece & nephew yg kat Uni. Tunggu raya nanti baru jumpa dorang ni semua. Kita mmg lepak sampai midnight malam tu. Catch-up mcm2 cerita. Pic kejadian tak boleh nak tepek sini. Mcam tak sesuai pulak.

Nasi lemak homemade by Maam Besar. Kita tak pernah request makanan apa2 pun untuk berbuka puasa. Apa yg ada kita makan. Jauh skali nak memintak. Klu teringin kita beli jer. Takde kita senyap. Tapi hari Isnin hari tu my mum buat kan nasi lemak. Semua org yg ada kat rumah tak tau langsung. Time nak berbuka baru kitorg perasan. Kemain my mum sorok nak buat surprise pada anak2 nya. So sweet of you Mak!! Love you!!! :)

Kita mmg jarang2 beli or makan nasi lemak. Klu my mum buat tu kira makan sampai lebam lah. Mmg sedap. Lagi2 ada sambal tumis sotong. 

Hari2 yg lain sampai semalam, kita berbuka simple2 jer. Cekodok ikan bilis mmg wajib kena ada. Kuih muih pun tak byk. Kata my BIL dah ramai dah yg tak menjual. Ermm maklum lah dah nak raya. Masing2 dah sibuk shopping & balik kg. 

Lyn rasa hari ni ramai yg last kerja kan. Esok pagi sure jalan dah jammed dek org balik kg. Lyn masih bekerja lagi sampai next week. Cuti awal pun bkn buat apa, org takdok kg. hahahha. Jadi duduk lah diam2 kat sini. Ehh boleh lagi shopping last minute ni. Haaaaa shopping lagi. Selagi tak raya. Hahaha.

Pada yg balik kampung tu drive safe & semoga kalian sampai ke kampung dgn selamat.


2 comments:

Mummydearie said...

Dah sampai penghujung Ramadhan tu memang tak tahu nak makan apa untuk berbuka. Sahur jangan ceritalah. Bangun minum air pun dah cukup!

Akak memasak sepenuhnya kali ni. Memang tak jejak bazar Ramadhan tapi ada jugalah berbuka di luar 4,5 kali.

Lyn Yusoff said...

MD,
tu lah mmg tak tau nak buka apa. kekeringan idea..
tapi apa2 yg ada jer lah.. janji ada..