Showing posts with label Breaking Fast. Show all posts
Showing posts with label Breaking Fast. Show all posts

Hujung-Hujung Ramadhan

Hi LoVers,

Ermm... Raya just around the corner. Hari ni pun dah 26 hari kita di dalam Bulan Ramadhan. Sekejap saja kan. Kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan yg mulia ini hanya beberapa hari je lagi. In Sha Allah. Semoga Ramadhan kali ini yg terbaik untuk kita, Amin.

Owh yer... bercakap pasal Ramadhan, masih lagi org bercakap tentang bazaar Ramadhan. Lyn sampai ke hari ini mmg tak jejak lagi. Bagus. Mmg tak teringin langsung nak pergi. Juadah yg sedia ada kat rumah pun kadang2 tak habis makan. 

Selama berpuasa ni, Lyn hanya 3 hari jer berbuka di luar. Selebihnya mmg dirumah bersama2 family. Dari dulu pun Lyn kurang nak berbuka di luar ini. Adalah beberapa faktor yg Lyn rasa tak perlu lah Lyn cerita kan. Tapi mane yg Lyn rasa perlu, Lyn pergi lah. Ikut hati. Sbb tu boleh kira lah hanya beberapa kali jer berbuka di luar. 

Last Friday berbuka di Chicken Rice Shop. Since I was on half day leave sbb ada urusan di KWSP & Bank. Dan dah pun berjanji dgn anak dara sorang tu nak beli kan dia segala baju seluar kasut raya, so Lyn pergi lah lepas settled semua urusan. Ambil dia kat rumah & terus jer gerak. Kita mmg sampai awal. So booking tempat, byr food & chaw untuk jalan2 shopping. From top to toe mmg dia yg pilih sendiri. Lyn tinggal byr jer. Ermm untung jadi dia. Hari tu neneknya dah sponsor, kali ni auntie dia pulak sponsor. Saje lah usik2 dia, lepas ni tak dpt duit raya lah kan sbb dah shopping sakan. Tersengih anak dara tuh. Sure risau takut nnti tak dpt duit raya. Hahahaa

Shopping settled kan sebelum berbuka. Sbb Lyn malas nak lama2 kat Sunway Pyramid tuh. Kami bertiga. My niece dtg later before buka puasa. Dia dr office. Lepas berbuka, ingat terus nak balik tapi kitorang masih sambung shopping lagi. Tak lama pun. By 8.45pm kita gerak balik. Nak singgah beli brg untuk portluck next day. 

Saturday ada portluck adik beradik. Pagi tu dlm pukul 8am, Lyn bersiap sedia kat dapur nak sediakan dessert. Ni request dr my nephew. So kita buatlah untuk dia. 

Caramel puding jer. 4 loyang Lyn buat. Sebenarnya Lyn dah plan nak buat menu lain. Tapi dah ada org request, so kita buat lah untuk org mengidam tuh. Nasib mengidam makan jer, klu mengidam lain, bertambah lagi ahli keluarga. Hahahahah

Meriah kan the foods?? Ada mee kari, ayam golek, spaghetti, cekodok ikan bilis, sambal tumis, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, popia basah, caramel, char kueh teow, tembikai, air sirap laici, air anggur & air mangga. 

Memang meriah sungguh lah even ada yg tak dpt dtg. Majoriti my niece & nephew yg kat Uni. Tunggu raya nanti baru jumpa dorang ni semua. Kita mmg lepak sampai midnight malam tu. Catch-up mcm2 cerita. Pic kejadian tak boleh nak tepek sini. Mcam tak sesuai pulak.

Nasi lemak homemade by Maam Besar. Kita tak pernah request makanan apa2 pun untuk berbuka puasa. Apa yg ada kita makan. Jauh skali nak memintak. Klu teringin kita beli jer. Takde kita senyap. Tapi hari Isnin hari tu my mum buat kan nasi lemak. Semua org yg ada kat rumah tak tau langsung. Time nak berbuka baru kitorg perasan. Kemain my mum sorok nak buat surprise pada anak2 nya. So sweet of you Mak!! Love you!!! :)

Kita mmg jarang2 beli or makan nasi lemak. Klu my mum buat tu kira makan sampai lebam lah. Mmg sedap. Lagi2 ada sambal tumis sotong. 

Hari2 yg lain sampai semalam, kita berbuka simple2 jer. Cekodok ikan bilis mmg wajib kena ada. Kuih muih pun tak byk. Kata my BIL dah ramai dah yg tak menjual. Ermm maklum lah dah nak raya. Masing2 dah sibuk shopping & balik kg. 

Lyn rasa hari ni ramai yg last kerja kan. Esok pagi sure jalan dah jammed dek org balik kg. Lyn masih bekerja lagi sampai next week. Cuti awal pun bkn buat apa, org takdok kg. hahahha. Jadi duduk lah diam2 kat sini. Ehh boleh lagi shopping last minute ni. Haaaaa shopping lagi. Selagi tak raya. Hahaha.

Pada yg balik kampung tu drive safe & semoga kalian sampai ke kampung dgn selamat.


Diari Ramadhan 1436H : Day 21 - Day 24

Hi LoVers,

Good morning everyone and Salam 26 Ramadhan. 

Pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari jer lagi Ramadhan bakal kita tinggalkan. Sedih rasanya. Minggu ni minggu last kita berpuasa sblm Aidilfitri bakal menjelma Jumaat ni. In Sha Allah. Minggu ni pun ramai yg dah start cuti awal. 

I'm still working till Wednesday. Khamis baru start cuti sampai next week. Company mmg shutdown dari Khamis till Isnin. But I've not decided yet cuti sampai bila. Cuti tak apply lagi. Agak2 boring, masuk kerja awal. Later lah pikir. How's ur raya cuti?? Lama ker?? But mostly ramai Lyn dgr Rabu dah start kerja. 

Day 20

Day 22

Day 23

Day 24

Menu berbuka yg mmg simple. Mood memasak & berbuka pun dah kedaung. Maklum lah dah nak last2 puasa ni. Org menjual pun dah kurang. Masing2 sibuk shopping raya. hehehe. Sahur pun makan kurma & air susu jer. Ermm as usual pun mmg mcm tuh. Ikutkan hati malas nak bangun. Tapi nnti maam besar bising plak. hehehe

Hari sabtu hari tuh, my auntie dah buat munjung. Ini tradisi org2 jawa lah. Dorang dah beri dah lauk raya dan selalu nya awal beberapa sebelum Syawal. Family kitorang pernah jugak buat dulu. Tapi setahun dua jer try. Lagi pun org Melayu tak buat aktiviti munjung2 jer. Ater terikut my auntie lah kononnya. Hehehe. Tapi penat lah. Penat dua kali. Sbb masak munjung sekali & masak untuk hari raya sekali. So better kita penat sekali a day before raya nnti.

So korang dah siap shopping raya. Still got time ni before balik kampung. Shopping last minute katanya. hehehe. 

Oklah, selamat berkerja. Jangan malas2 walaupun mood sudah kelaut. hehehe


Diari Ramadhan 1436H : Day 17 - Day 20

Hi LoVers,

Salam 22 Ramadhan yer semua.Tinggal beberapa hari jer lagi kita berpuasa. Next week In Sha Allah kita dah raya. 

Persiapan raya?? Lyn biasa2 jer. Mcm Lyn ckp hari tu, settle kan my mum dulu. Weekend ni baru nak cari apa2 yg patut untuk diri sendiri. Adalah skit nak carikan untuk my mum. Tudung dia tak dpt lagi. Ater baju raya baru ambil semalam. So kena tgk warna baju, baru lah senang nak carikan tudung. Kena lah match gitu. Lain2 semua dah siap untuk dia.

Kuih raya pun main tunjuk2 jer. My sis settle kan kuih moden. Lyn plak bab kerepek & kekacang. My adik settle kan asam2. Kuih raya pun beli skit jer, tapi anak cucu my mum pun bagi. So makin byk lah. Rezeki2. Mcm tu lah tiap2 thn. Alhamdulillah.  

Mood berbuka yg heavy mmg dah kureng. Ermmm bukan hari2 pun mcm tu ker? Hahahha. Takde beza pun.

Day 17

Day 18

Day 19


Day 20. Up dgn laksam. Sedap.

Thn ni mcm thn2 lepas jugak. Dpt merasa semua mknn yg betul2 teringin. Mcm Lyn laksa, nasi kerabu & laksam mmg tak pernah miss. Seminggu tu sure 3 or 4 kali mesti repeat. Bkn senang nak cari mknn belah2 kelantan kat area sini. Tapi yg ni mmg kena dgn tekak memasing kat rumah. Actually 1st pun rasa nasi kerabu & laksam awal2 Ramadhan dulu. Beli pun sebungkus jer sbb nak rasa. Klu tak sedap tak yah beli lagi. Tapi yg ni mmg sedap. Tu yg duk repeat tu. hehehe

Sahur pun simple jer. Tapi lately ni mcm malas jer nak bangun sahur. Tapi tak boleh plak. Kang maam besar bising. Maklum lah kitorang dah di latih dari kecik2 kena bgn sahur. Klu arwah Abah ada sure dia bising sapa2 tak bgn sahur. Dia kata dlm sahur ada keberkatanNya. So elok lah bgn walaupun hanya dgn segelas air. 

Oklah byk plak membebel kali ni. Nak tidur dulu. Daaaaaa.... *auto-published entry as usual*


Diari Ramadhan 1436H : Day 13 - Day 16

Hi LoVers,

Salam 20 Ramadhan. 

Ya Allah, dah 20 Ramadhan rupanya. Serious tak sedar. Rasanya mcm baru jer puasa. Puasa kali Alhamdulillah. Time kerja mmg tak rasa sgt. Tau2 dah time balik jer. Klu weekend, aduhaiii mmg letih sungguh sbb tak buat apa. Takkan nak tidur seharian suntuk kan. Makruh pulak. Sbb time weekend mmg tak keluar pun. Tu yg letih semacam tuh. Plus dgn cuaca yg panas. Dugaan sungguh.


Day 13

Day 14

Day 15

Day 16

Tak ada apa nak tunjuk kt entry hari ni. Benda yg sama jugak. Simple & meriah for me.

Weekend baru ni melayan sakit kepala. Bkn sbb apa, sbb durian. Kat rumah ni kemain beli durian penuh boot kereta my nephew. My mum lah yg beli. Nak buat tempoyak katanya. Ada yg elok tu dorang kenduri makan. My BIL balik dr outstation pun bwk durian. Kemain lah dorang kenduri besar2an lepas terawih. Lyn & Puteri mmg berkurung duk dlm bilik. Dah selesai baru keluar. hehehe

My mum plak buat tempoyak. Kat tgh2 ruang dapur dibuatnya. Nak tak nak dah jadi laluan Lyn ke hulu ke hilir. Redha jer lah. Bila lalu tutup hidung dgn tuala. Esok nya terus pening kepala tak hingat. Sampai hari ni pun ada sakit baki pening nya. Jadinya balm lah peneman setia Lyn. Hope makin ok.


Diari Ramadhan : Day 9 - Day 12

Hi LoVers,

Salam 19 Ramadhan semua.

Tinggal seminggu lebih jer kan kita berpuasa. Lepas tu dah raya. Ermm korang dah shopping raya ker?? Lyn tak lagi. Satu hapa pun tak beli. Mcm my mum cakap lah, tak raya pun shopping. So just siapkan semua untuk my mum jer dulu. Lyn later lah. Minggu ni still ada masa lagi. Boleh lah beli kot2 ade yg berkenan. Baju kat tailor pun esok lusa baru ambil. 

Menu berbuka puasa pun simple2 jer. Korang pun tau kan. Bazaar langsung tak pergi. Syabas!!! Mmg tak teringin langsung.  

Day 9

Day 10


Day 11

Day 12

Simple & meriah for me lah. Tu pun kekadang tak habis. Owh sebenarnya yg berbuka kat rumah ni 7 org termasuk my niece. Itu pun klu dia balik from Uni. If not mmg kitorang berenam jer. Kekadang Puteri join berbuka sekali. Tu pun weekend jer. So hidangan mmg kena buat untuk dua meja. So kira ni main table lah yg Lyn snapped hari2. Main table ni my uncle & BIL jer yg duduk. Kitorang kat meja lain. So apa yg ada kat main table, itu jugak lah yg ada kat meja kitorang. Klu ada lebih pun, menu untuk tekak memasing. Ermm hari2 mmg mcm tuh. 

Tradisi ini mmg dah bertahun2 dah. Tetap kena ada 2 meja. Kira meja untuk lelaki & meja untuk perempuan. Hahaha. Mcm tu lah kira2 nya. 

Ermm mcm mane persiapan raya korang?? Kuih raya dah buat?? Lyn beli jer semua. Tak buat langsung pun. Hari tu jer konon2 nak buat kuih tradisi family. Tapi mcm tak sempat jer. Tgk lah klu last minute nnti. Mane tau menjadi :) *dlm mimpi kot. Hahahah*


Diari Ramadhan 1436H : Day 5 - Day 8

Hi LoVers,

Happy Monday everyone!! Happy working!! Happy new week!! #Ehtetiba

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa. Sekejap jer kan. Semoga semuanya baik2 belaka. Harap2 kita dpt manfaat Ramadhan kali ini. In Sha Allah.

So far, setakat semalam Lyn masih berbuka di rumah. Masih lagi tak pergi bazaar Ramadhan yg meriah. Masih lagi memasak di rumah dgn family. Tgk jer lah menu nya. Simple jer kan. Sure tak mcm korang yg meriah sakan. heheheh

Day 5

Day 6

Day 7

Day 8

Even mcm ni simple pun, kekadang tak habis jugak. Simpan tuk sapa2 yg balik terawih nnti klu lapar. Tapi Lyn tak pernah dah jamah apa after terawih. Balik penat dah. Dpt seteguk air, tgk tv, relax jap, terus tidur. Sahur nnti baru bangun. 

Hari ke 8 my mum masak bubur lambuk. Bau pun dah sedap gila. Time berbuka bertambah dua kali. Sedap betul. Rasa nnti nak buat lagi. 

Ermm sahur pun Lyn mkn simple2 jer. Weekend jer Lyn makan nasi secoet. Tu pun tak habis. My mum duk geleng kepala mkn skit gitu. Lyn punya style tak boleh makan nasi time sahur. Sure lapar & ngantuk. Sbb tu weekend jer Lyn makan nasi. Sbb lepak rumah jer kan. Weekdays, Lyn makan cereal atau oat. Kurma tak boleh tinggal. Tu yg buat kenyang tuh. Before puasa hari tu dah standby kurma yg di blend. Letak dlm bekas siap2. So sahur jer, amik dua tiga sudu & campur dgn fresh milk. Sedappp wooo. Mkn mcm tu lagi kenyang dari mkn nasi beria. 

Ok nnti sambung lagi.


Diari Ramadhan 1436H : Day 1 - Day 4

Hi LoVers,

Happy Friday everyone!!! Kita skipped dulu cerita2 sebelum puasa. Hari ni nak cerita pasal Ramadhan pulak. Dah masuk hari ke 9, hari ni Lyn baru nak cerita. hehehe.

Setakat hari ini, masih berjaya tak ke bazaar Ramadhan. Ermm tiap2 thn pun cam tu jugak. Klu nak merasa kuih2, mmg my BIL akan beli kat gerai kwn my mum kat area rumah jer. Kira mcm bazaar kecik2 jer pun. Klu bazaar besar2 ni, tak pergi pun takpe. Nanti semua nak. Tapi makan nya idok. 

Menu berbuka kitorang simple2 sgt. Not so heavy. Takde nasi & lauk pauk. Tak percaya, meh tgk.

Day 1

Day 2

Day 3

Day 4

Simple ya amat kan. Org lain kemain dgn lauk pauk, kitorang tiap thn mmg mcm gini. Tak biasa makan nasi & lauk pauk. Klu ada pun nasi goreng. Yg tu selang seli kitorang buat. Klu tak, mmg makan cekodok & kuih muih jer. Murtabak kena tiap2 hari ada. Beli kat kawan my bro. Mmg dah call siap2. Tinggal ambil jer nnti.

Klu weekend teringin nak makan ape, baru kitorang masak sendiri sbb masing2 tak kerja. Klu weekdays beli jer. So far nasi kerabu & laksa dah dpt makan dah. Laksa spt biasa lah beli kat fav makcik. Cuma nasi kerabu jer kitorang baru makan sekali. Kureng. So blm teringin nak repeat. Klu laksa rasanya nak 2 3 kali gak repeat.

Menu wajib tiap kali menjelang Ramadhan. Cekodok ikan bilis cicah sambak tumis. Ermmm tak kisah lah cicah apa pun. Selalunya cicah sambal tumis, kuah kari or asam pedas. Wallaaaaaa... mmg terangkat habis. Tapi time puasa2 ni, kuah kari kurang laku. Lyn lagi lah tak leh masuk. Maklumlah lemak2 ni kan. Takut berlemak. Hehehhee

Pejam celik dah hari ke 9 kan. Kejap jer. Ermm korang dah shopping raya?? Lyn belum lagi. Sbb klu tak raya pun membeli belah gak. So takde beza. Beli ala kadar jer. Baju kat tailor pun next week baru amik. 

Oklah korang. Selamat berhujung minggu & selamat berbuka. *Awal lagi kot. Hahaha*

Before Syawal

Last Ramadhan mmg salute lah tak ke bazaar Ramadhan. Tiap kali teringin nak pergi pasti ada halangan. Bak kata my mum, makanan kat rumah ni dah byk. Tak payah beli lagi kang membazir. Being anak, sure lah ikut ckp mak kan. So jawabnya mmg tak pergi.

20140724_192655 Bila Ramadhan mula melabuhkan tirainya, kita masing2 pakat masak yg simple2 jer. Berbuka pun ala kadar. Apa lagi waktu sahur. Liat jugak nak bangun akhir2 tuh sampai terlajak jugak lah. Hehehe. Makan sesenduk pun seksa nak habis. Lyn mmg tak jamah nasi pun. Minum susu & kurma jer. Tu jer lah yg lalu pagi2 tuh.

Dua hari nak raya, makan cekodok jer. Kuih muih pun takde dah org jual. So apa yg ada kita makan jer. Nak masak yg heavy2 mmg takde mood. Hehehe

2014-07-26-19-01-21-228
2014-07-26-19-01-38-655 Budak berdua yg menjadi teman di hari Sabtu. Yg lain2 pergi shopping tak sudah2. Lyn siap dah persiapan. Simple2 jer thn ni. Simple2 pun baju 5 pasang kekdahnya. hahaha.

Both of them gigih puasa. Kita tak paksa sgt. But dorang enjoy sebenarnya. Puteri cukup sebulan puasa. Nurul 3 hari tak puasa. Puteri mmg dr thn2 lepas pun cukup puasa. Nurul tu baru thn ni mula. Btw, it’s a good start.

Actually, mengetest monopod baru Lyn sebenarnya. I bought RM15 only. Murah kan. Kualiti pun sama. Masa awal2 keluar dulu, harga sampai RM45. Skrg RM15 pun dah dpt. Untung2 :)


Diary Ramadhan 1435H : Day 23 & 24

Hujung2 ni masing2 pakat malas jer kan. Bkn malas apa, malas nak masak, malas nak kerja. Maklumlah tinggal 2 hari jer kerja minggu ni. Next week whole week cuti. Mau tak malas. Kat office nak buat kerja pun, takde mood. Seriously. Tapi klu antara korang masing rajin & masih mood baik punya kat office, wa respect sama lu bak hang. Hehehe

Kat rumah masing2 malas masak. Lauk sahur pun main campak2 jer. Nak bangun sahur pun skit punya malas. Tapi bgn jugak lah walau pun hanya seteguk air & kurma.

20140721_193044 Day 21. Kuih muah ala kadar. Kuih sagu merah tu my mum buat sendiri. Dlm malas2 nak masak tu buat jugak kuih akhirnya. Hehehe. Teringin nak makan. Lyn pun suka kuih tuh. Lagi my mum buat, mestilah sedap kan. Wajib repeat banyak kali. Sahur pun makan kuih tu jer. Kenyang.

20140722_192428Day 22. Semalam lagi simple. Tu jer yg ada atas meja. Tapi cekodok jugak yg habis dulu. Maklumlah puasa kan. Tu yg kita habiskan dulu. Lain2 kemudian. Tu pun klu ade space lgi dlm perut. Selalunya penuh jer even makan skit. Perut kecik u. Mane boleh isi byk2. Kang kembung plak. hehehe

Btw, rumah pun dah siap kemas. Dari last week kita kemas sama2. Dah togel dah rumah. Takde langsir semua. hahaha. Tengok lah malam ni or malam esok pasang langsir & kemas2 untuk raya. Bukan apa, sabtu ni adik Lyn & hubby dia balik kg. Thn ni turn dorng beraya kat Aloq Setar. So sebelum dorang balik, kita kerah dorang buat kerja rumah dulu. hahaha. Teruk kan. Ermm takdelah dera ker apa. Sbb BIL tu mmg rajin menolong. Klu Lyn dgn my niece mana lah larat nak angkat yg berat2. Tu pasal kena buat sebelum dia balik kg.

My sis & mum mmg tak amik port pasal kemas rumah. Semua terletak kat tgn kitorang. Tiap2 thn pun mcm tuh. Dorg hanya spot check jer. Maklum lah boss besar kan :P


Diary Ramadhan 1435H : Day 21 & 22

My hectic weekend. Dua2 hari mmg keluar. Maklum lah selagi tak raya selagi tu la duk shopping. Woke up early in the morning. Need to brought my mum & sis to somewhere. Dari jam 10am sampai ke pukul 2pm baru settled semua.

Actually, plan nak pergi Seksyen 7, Shah Alam after settled dgn my mum tuh, tapi tak dan. Balik dah penat, terus jer terbongkang sampai ker petang. Letih sungguh plus panas ya MasyaAllah. Esok2 jer keluar nampaknya.

20140719_193555 Day 21. Menu biasa2 jer. Semua beli jer kuih tuh. Add nasi kerabu untuk berbuka hari tuh. Kuih pun 2 3 jenis jer. My mum cuti masak. Penat. Ada pizza jugak. My niece teringin nak makan. Waktu dia ada jer mcm2 yg dia duk mengidam. Mama nya layan kan jer.

Bukan pizza hut lah kan. Ni home made pizza. Beli jer. Sedap pulak tu. Lembut sgt. Tapi beli sekeping jer takut tak sedap. Sekali sedap, menyesal pulak beli sekeping jer. Hahaha. Tengok lah nnti repeat balik. Tu pun klu ada org jual lagi. Dah dkt2 raya ni, semangat org menjual pun dah kurang. Hehehe

20140720_192749 Day 22. Mee goreng pulak minggu ni. Selang seli lah. Hari tu dah mee hoon goreng. Kuih pun skit jer. Weekend tu my mum masak asam pedas ikan jenahak. Tergoda jugak. Kononnya nak makan after berbuka. Tapi perut tak boleh nak terima lagi. Jadinya tunggu sahur jer lah baru makan. End-up makan nasi sikit jer, selebihnya ratah ikan. Dah lah my mum ckp macam kucing. Hehehe

Ermmm tinggal 4 hari jer kita kerja kan. Ker ada yg dah mula cuti. Lyn sampai jumaat kerja lagi. Tapi mood pun dah takda. Bdn jer kat office, fikiran dah melayang2 ntah kemana. Hehehe. So lama ke korang cuti raya?? Lyn cuti seminggu.  Tolak annual leave 2 hari. 4th Aug masuk kerja balik.

Diari Ramadhan 1435H : Day 19 & 20

Nothing interesting to share. Cuma lately rasa mcm letih sgt. Mungkin sbb musim panas skrg ni. Jadi badan pun jadi layu semacam jer. Nak suruh pergi mana2 mmg tak larat. Kepala pening. Dalam bulan Ramadhan ni dua kali Lyn di serang migraine. Kena masa kat office, jadi mmg tak delah nak berbuka semua kan. Mcm Lyn cakap dulu, selagi boleh tahan, tahan jer lah. Yg penting balm CNI ada kat sebelah.

20140717_192446Day 19. Berbuka hari tu pun, Lyn makan simple2 jer. Lepas berbuka & solat segala, makan ubat, awal Lyn dah tidur. Terawih pun ntah kemana ntah. Mmg tak larat sgt2. Sedar2 dah midnight dah. Pukul 4am bangun untuk sahur jer. Tu pun makan skit jer buat syarat nak makan ubat.

Next day, Alhamdulillah lega skit. Migraine pun dah hilang. Lyn just avoid panas jer. Siap lah berpayung pergi ke kereta. Puas my bos pesan, jgn sampai kena panas lagi katanya. hehehe

20140718_193347Day 20. Makin lama makin berkurang juadah atas meja. Org pun dah kurang menjual. Maklumlah masing2 sibuk dgn shopping raya kan. hehehe

20140718_191746My niece bought chicken wings for iftar. The yummy chicken wings I’ve ever tested. Sedap nya MasyaAllah. Mmg kena lah dgn tekak kitorg. Sauce dia pun sedap. Rugi beli skit katanya. Nak repeat lagi ntah bila nak pergi lagi. hehehe

Siap berbuka kononnya nak pergi merendek dgn adik beradik. Tapi masing2 kepenatan. Jadi nya merendek di depan TV jer lah. Lyn keluar sekejap, pegi rumah my friend ambil kuih raya.

Ermmm korang dah buat kuih raya? Ke main tunjuk2 jer? Hehehe


Diari Ramadhan 1435H : Day 17 & 18

Bila dah penghujung Ramadhan ni kan, makin pening pulak nak masak lauk especially lauk2 untuk sahur. Untuk berbuka tak kisah sgt sbb masing2 makan ringan2 jer. Kadang sahur tuh berkira2 nak masak apa. Selalu petang tu sambil sediakan mknn untuk berbuka, kita masak terus tuk lauk sahur. Yg jenis berkuah2 or sambal2 kena masak awal. Mcm goreng ikan ke sayur ker, pagi tu baru goreng.

Kekadang sampai tak tau nak masak apa, end up goreng ikan, bubuh kicap skit pun dah sedap. Tak pun goreng telur dadar jer. Pun sedap gak. Mcm Lyn jarang makan nasi time sahur. Sesekali jer. Tak pun ratah lauk jer.

20140715_192410 Day 17. Jatuh time Nuzul Al-Quran. I olsss kan kerja. Tapi mcm tak kerja pun ye gak. Nak deal dgn sapa pun. Semua org cuti ok. Last2 layan jer apa kat internet tuh. Balik kerja semua dah siap. Ater masing2 kan cuti. Lyn balik siap boleh terlelap kejap. Kemain panas berdenting ok

Menu berbuka pun biasa2 jer. Makin tak tau nak berbuka ape. Yg penting ada cekodok. Tu lagi sedap dari kuih muih lain. Hehehe

20140716_192345Day 18. Lagi simple. Tun jer yg ada atas meja. Tapi kitorang add in nasi kerabu jugak sbb mmg takde makan lain time tuh. Org pun dah kurang menjual dah skrg. Masing2 sibuk dah dgn persiapan raya.

Eh korang sure dah siap kan persiapan raya. Lyn biasa2 jer. Baju semua tinggal nak amik kat tailor weekend ni. Kasut? Tak beli pun. Bukan apa, tak raya pun beli kasut. Kasut yg ada pun tak pakai2 lagi. Elok jer duduk dlm bonet kereta tuh. Boleh lah jadi kasut raya gak. Handbag raya mmg ada dah. Baru jer dpt semalam. Thx booo #Eh

Weekend ni boleh lagi nak pulun shopping. Lyn pun nak sambung shopping gak. Tudung raya tak habis cari lagi. Ermm biasa lah perempuan. Selagi tak raya, sekali tu ko shopping jer kan. hahaha

Happy weekend & happy shopping!!!


Diari Ramadhan 1435H : Day 15 & 16

Bila menjelang Ramadhan ni kan, sebenarnya ia salah satu cara dpt mengeratkan silaturrahim sesama keluarga & adik beradik. Kenapa Lyn ckp mcm tuh? Sbb time ni lah kita dpt berbuka sama tak kisah lah di rumah atau di luar.

Mcm Lyn sendiri, time ni lah time berkumpul ramai2 time berbuka. Klu tidak, di bulan yg lain2 kan, sorang duduk dlm bilik, sorang on diet, sorang makan, sorang tgk TV. Masing2 dgn aktiviti masing2. Tapi di bulan yg mulia ni kita berkumpul & berbuka ramai2. Seronok kan. Lagi2 klu semua adik beradik ada. Lagi meriah :)

20140713_192641 Day 15. Niat nak pergi bazaar Ramadhan hari sebelumnya kan cancel. So kononnya hari Ahad tu lah dah plan nak pergi. Tapi tak pergi jugak sebenarnya. Sbb I olsss sgt malas. hahaha. Lagi satu my mum dah sound nak masak mee hoon goreng, lepas tu ada karipap frozen and a few lagi. So nnti my mum kata tak makan plak bila byk2 nanti.

20140713_192923Dan my youngest sis buat potato wedges pulak. Home made tau kentang ni. Kopek, potong semua sendiri. Bukan beli yg dah siap tau. Tak main lah. hehehe. Dia siapkan semua. Lyn tukang goreng. Seronok main goreng2 kentang ni. Cicah plak dgn cream sauce.  Goreng pun tak byk. Lebihnya simpan masuk fridge, next day boleh goreng lagi. 

20140714_192151 Day 16. Pun simple2. Takde apa yg menarik. Repeat balik potato wedges dan kuih muih skit. Kuih kasuwi tu sedap betul. Selalu gak repeat kuih ni. I’m not having a heavy breaking fast, sbb nak layan makan mee kari. Hehehe

20140714_211542Tak plan pun nak buat mee kari. Sebenarnya lauk kari semalam tu byk lagi. Ayam dah kurang dah. Jadi nya dari terbuang jer kuah kari tuh, my mum beli mee taugeh segala, jadi lah mee kari. Hehehe

Lyn makan pun lewat after balik dari Masjid. Tak tahan tgk. Hhehe. Pertama kali jugak makan camni lepas berbuka. Selalu mmg tak makan lagi dah malam2. Tunggu sahur baru makan. Tapi mee kari tu menggoda sgt. Tak leh tahan. Jadinya kena lah pekena sekali dua. Ehhh sekali jer. Lyn tak leh repeat dua kali klu makan mee kari. Cepat muak.

Pejam celik, pejam celik dah 19 hari kita puasa. Cepat nya masa berlalu kan. Ramadhan bakal melabuh kan tirai :(


Diari Ramadhan 1435H : Day 9 & 10

Masuk hari ke 9, tinggal 6 org jer yg berbuka kat rumah. My niece dah balik UIA. So senyap sunyi dah rumah. Takde teman bergurau bila time nak berbuka. Dia lah yg tolong tuangkan air, dia lah yg bagi cekodok kat makcik2 nya sebelah rumah, dia lah yg pi beli kuih, dia lah yg buat kecoh time berbuka. Takde dia sunyi rumah.

This year thn pertama dia berpuasa & bersahur di luar. So kesian jugak tgk dia. Apa yg dia makan time berbuka & sahur. Nenek nya risau yg amat. Tapi petang2 mama nya call tanya berbuka apa. Pagi2 call tanya sahur makan apa. Maklumlah anak sorang, mau tak risau kan.

20140707_191944 Mmg sesimple jer menu kitorang hari ke 9. Takde byk beza pun. My bro bagi murtabak ayam & my mum buat agar2 merah. Cekodok spt biasa. Tu jer kitorang berbuka hari tuh.

Sambil berbuka tgk Kerana Terpaksa Aku Relakan. Serious makan skit jer. Tgk TV yg lebih. Emo ok episode hari tuh. hehehe. Tapi sejak berbuka ramai2 ni, lepas tu layan Tv plak, asyik kena jeling jer dgn my uncle, adik my mum. Dia tgk jer kitorang meroyan tgk citer tuh. Dia bkn gemar sgt cerita2 gitu. Asyik mengerling jer tgk kitorang. hehehe. Tapi kitorang kan muka selamba. Hahaha

20140708_192102Hari ke 10 meriah pulak menu. Masing2 beli kuih muih. 4 5 jenis jugak lah. Sampai tak lalu nak makan. Tapi semalam lah Lyn mkn byk rasanya sepanjang dah 10 hari Ramadhan ni. Selalu sekejap jer Lyn dah kenyang. Before 8pm mmg dah surrender dah. Tapi semalam, ngam2 pukul 8pm baru terhegeh2 nak bangun. Lepas tu kelam kabut lah nak solat & terawih.

Tapi sejak puasa ni, I lost a few kgs lah rasanya. Tak sure lah berapa. Tapi seluar semua longgar gila. Suka2…