Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Salam Maulidur Rasul

As Salam LoVers,


Salam Maulidur Rasul - 12 Rabiul Awal 1437H.

Segala puji bagi Allah SWT, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Rasulullah SAW.

Ya Allah, selawat ke atas Saidina Muhammad dan ke atas keluarganya, sahabatnya serta berkat dan salam.

[Image, credited to Google image]


Kisah Gadis 20 Tahun Menyesal Berkahwin Dgn Ustaz

Seorang gadis umur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorang suami yg 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dengan syarat:-

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari


Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.

"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?""Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm mana ni?"

Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"

"Tak."Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab,

" Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.

Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"Pemuda itu sekali lagi senyum.
"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.

Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

Dia terus menyambung,"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas..

*3 amalan ini bukan hanya dikhususkan kepada lelaki , perempuan juga boleh mendptkan nye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah‬ Islam Itu Indah

Diari Ramadhan 1436H : Day 21 - Day 24

Hi LoVers,

Good morning everyone and Salam 26 Ramadhan. 

Pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari jer lagi Ramadhan bakal kita tinggalkan. Sedih rasanya. Minggu ni minggu last kita berpuasa sblm Aidilfitri bakal menjelma Jumaat ni. In Sha Allah. Minggu ni pun ramai yg dah start cuti awal. 

I'm still working till Wednesday. Khamis baru start cuti sampai next week. Company mmg shutdown dari Khamis till Isnin. But I've not decided yet cuti sampai bila. Cuti tak apply lagi. Agak2 boring, masuk kerja awal. Later lah pikir. How's ur raya cuti?? Lama ker?? But mostly ramai Lyn dgr Rabu dah start kerja. 

Day 20

Day 22

Day 23

Day 24

Menu berbuka yg mmg simple. Mood memasak & berbuka pun dah kedaung. Maklum lah dah nak last2 puasa ni. Org menjual pun dah kurang. Masing2 sibuk shopping raya. hehehe. Sahur pun makan kurma & air susu jer. Ermm as usual pun mmg mcm tuh. Ikutkan hati malas nak bangun. Tapi nnti maam besar bising plak. hehehe

Hari sabtu hari tuh, my auntie dah buat munjung. Ini tradisi org2 jawa lah. Dorang dah beri dah lauk raya dan selalu nya awal beberapa sebelum Syawal. Family kitorang pernah jugak buat dulu. Tapi setahun dua jer try. Lagi pun org Melayu tak buat aktiviti munjung2 jer. Ater terikut my auntie lah kononnya. Hehehe. Tapi penat lah. Penat dua kali. Sbb masak munjung sekali & masak untuk hari raya sekali. So better kita penat sekali a day before raya nnti.

So korang dah siap shopping raya. Still got time ni before balik kampung. Shopping last minute katanya. hehehe. 

Oklah, selamat berkerja. Jangan malas2 walaupun mood sudah kelaut. hehehe


Diari Ramadhan 1436H : Day 17 - Day 20

Hi LoVers,

Salam 22 Ramadhan yer semua.Tinggal beberapa hari jer lagi kita berpuasa. Next week In Sha Allah kita dah raya. 

Persiapan raya?? Lyn biasa2 jer. Mcm Lyn ckp hari tu, settle kan my mum dulu. Weekend ni baru nak cari apa2 yg patut untuk diri sendiri. Adalah skit nak carikan untuk my mum. Tudung dia tak dpt lagi. Ater baju raya baru ambil semalam. So kena tgk warna baju, baru lah senang nak carikan tudung. Kena lah match gitu. Lain2 semua dah siap untuk dia.

Kuih raya pun main tunjuk2 jer. My sis settle kan kuih moden. Lyn plak bab kerepek & kekacang. My adik settle kan asam2. Kuih raya pun beli skit jer, tapi anak cucu my mum pun bagi. So makin byk lah. Rezeki2. Mcm tu lah tiap2 thn. Alhamdulillah.  

Mood berbuka yg heavy mmg dah kureng. Ermmm bukan hari2 pun mcm tu ker? Hahahha. Takde beza pun.

Day 17

Day 18

Day 19


Day 20. Up dgn laksam. Sedap.

Thn ni mcm thn2 lepas jugak. Dpt merasa semua mknn yg betul2 teringin. Mcm Lyn laksa, nasi kerabu & laksam mmg tak pernah miss. Seminggu tu sure 3 or 4 kali mesti repeat. Bkn senang nak cari mknn belah2 kelantan kat area sini. Tapi yg ni mmg kena dgn tekak memasing kat rumah. Actually 1st pun rasa nasi kerabu & laksam awal2 Ramadhan dulu. Beli pun sebungkus jer sbb nak rasa. Klu tak sedap tak yah beli lagi. Tapi yg ni mmg sedap. Tu yg duk repeat tu. hehehe

Sahur pun simple jer. Tapi lately ni mcm malas jer nak bangun sahur. Tapi tak boleh plak. Kang maam besar bising. Maklum lah kitorang dah di latih dari kecik2 kena bgn sahur. Klu arwah Abah ada sure dia bising sapa2 tak bgn sahur. Dia kata dlm sahur ada keberkatanNya. So elok lah bgn walaupun hanya dgn segelas air. 

Oklah byk plak membebel kali ni. Nak tidur dulu. Daaaaaa.... *auto-published entry as usual*


Wordless Wednesday #197



Diari Ramadhan 1436H : Day 13 - Day 16

Hi LoVers,

Salam 20 Ramadhan. 

Ya Allah, dah 20 Ramadhan rupanya. Serious tak sedar. Rasanya mcm baru jer puasa. Puasa kali Alhamdulillah. Time kerja mmg tak rasa sgt. Tau2 dah time balik jer. Klu weekend, aduhaiii mmg letih sungguh sbb tak buat apa. Takkan nak tidur seharian suntuk kan. Makruh pulak. Sbb time weekend mmg tak keluar pun. Tu yg letih semacam tuh. Plus dgn cuaca yg panas. Dugaan sungguh.


Day 13

Day 14

Day 15

Day 16

Tak ada apa nak tunjuk kt entry hari ni. Benda yg sama jugak. Simple & meriah for me.

Weekend baru ni melayan sakit kepala. Bkn sbb apa, sbb durian. Kat rumah ni kemain beli durian penuh boot kereta my nephew. My mum lah yg beli. Nak buat tempoyak katanya. Ada yg elok tu dorang kenduri makan. My BIL balik dr outstation pun bwk durian. Kemain lah dorang kenduri besar2an lepas terawih. Lyn & Puteri mmg berkurung duk dlm bilik. Dah selesai baru keluar. hehehe

My mum plak buat tempoyak. Kat tgh2 ruang dapur dibuatnya. Nak tak nak dah jadi laluan Lyn ke hulu ke hilir. Redha jer lah. Bila lalu tutup hidung dgn tuala. Esok nya terus pening kepala tak hingat. Sampai hari ni pun ada sakit baki pening nya. Jadinya balm lah peneman setia Lyn. Hope makin ok.


Diari Ramadhan : Day 9 - Day 12

Hi LoVers,

Salam 19 Ramadhan semua.

Tinggal seminggu lebih jer kan kita berpuasa. Lepas tu dah raya. Ermm korang dah shopping raya ker?? Lyn tak lagi. Satu hapa pun tak beli. Mcm my mum cakap lah, tak raya pun shopping. So just siapkan semua untuk my mum jer dulu. Lyn later lah. Minggu ni still ada masa lagi. Boleh lah beli kot2 ade yg berkenan. Baju kat tailor pun esok lusa baru ambil. 

Menu berbuka puasa pun simple2 jer. Korang pun tau kan. Bazaar langsung tak pergi. Syabas!!! Mmg tak teringin langsung.  

Day 9

Day 10


Day 11

Day 12

Simple & meriah for me lah. Tu pun kekadang tak habis. Owh sebenarnya yg berbuka kat rumah ni 7 org termasuk my niece. Itu pun klu dia balik from Uni. If not mmg kitorang berenam jer. Kekadang Puteri join berbuka sekali. Tu pun weekend jer. So hidangan mmg kena buat untuk dua meja. So kira ni main table lah yg Lyn snapped hari2. Main table ni my uncle & BIL jer yg duduk. Kitorang kat meja lain. So apa yg ada kat main table, itu jugak lah yg ada kat meja kitorang. Klu ada lebih pun, menu untuk tekak memasing. Ermm hari2 mmg mcm tuh. 

Tradisi ini mmg dah bertahun2 dah. Tetap kena ada 2 meja. Kira meja untuk lelaki & meja untuk perempuan. Hahaha. Mcm tu lah kira2 nya. 

Ermm mcm mane persiapan raya korang?? Kuih raya dah buat?? Lyn beli jer semua. Tak buat langsung pun. Hari tu jer konon2 nak buat kuih tradisi family. Tapi mcm tak sempat jer. Tgk lah klu last minute nnti. Mane tau menjadi :) *dlm mimpi kot. Hahahah*


Diari Ramadhan 1436H : Day 5 - Day 8

Hi LoVers,

Happy Monday everyone!! Happy working!! Happy new week!! #Ehtetiba

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa. Sekejap jer kan. Semoga semuanya baik2 belaka. Harap2 kita dpt manfaat Ramadhan kali ini. In Sha Allah.

So far, setakat semalam Lyn masih berbuka di rumah. Masih lagi tak pergi bazaar Ramadhan yg meriah. Masih lagi memasak di rumah dgn family. Tgk jer lah menu nya. Simple jer kan. Sure tak mcm korang yg meriah sakan. heheheh

Day 5

Day 6

Day 7

Day 8

Even mcm ni simple pun, kekadang tak habis jugak. Simpan tuk sapa2 yg balik terawih nnti klu lapar. Tapi Lyn tak pernah dah jamah apa after terawih. Balik penat dah. Dpt seteguk air, tgk tv, relax jap, terus tidur. Sahur nnti baru bangun. 

Hari ke 8 my mum masak bubur lambuk. Bau pun dah sedap gila. Time berbuka bertambah dua kali. Sedap betul. Rasa nnti nak buat lagi. 

Ermm sahur pun Lyn mkn simple2 jer. Weekend jer Lyn makan nasi secoet. Tu pun tak habis. My mum duk geleng kepala mkn skit gitu. Lyn punya style tak boleh makan nasi time sahur. Sure lapar & ngantuk. Sbb tu weekend jer Lyn makan nasi. Sbb lepak rumah jer kan. Weekdays, Lyn makan cereal atau oat. Kurma tak boleh tinggal. Tu yg buat kenyang tuh. Before puasa hari tu dah standby kurma yg di blend. Letak dlm bekas siap2. So sahur jer, amik dua tiga sudu & campur dgn fresh milk. Sedappp wooo. Mkn mcm tu lagi kenyang dari mkn nasi beria. 

Ok nnti sambung lagi.


Diari Ramadhan 1436H : Day 1 - Day 4

Hi LoVers,

Happy Friday everyone!!! Kita skipped dulu cerita2 sebelum puasa. Hari ni nak cerita pasal Ramadhan pulak. Dah masuk hari ke 9, hari ni Lyn baru nak cerita. hehehe.

Setakat hari ini, masih berjaya tak ke bazaar Ramadhan. Ermm tiap2 thn pun cam tu jugak. Klu nak merasa kuih2, mmg my BIL akan beli kat gerai kwn my mum kat area rumah jer. Kira mcm bazaar kecik2 jer pun. Klu bazaar besar2 ni, tak pergi pun takpe. Nanti semua nak. Tapi makan nya idok. 

Menu berbuka kitorang simple2 sgt. Not so heavy. Takde nasi & lauk pauk. Tak percaya, meh tgk.

Day 1

Day 2

Day 3

Day 4

Simple ya amat kan. Org lain kemain dgn lauk pauk, kitorang tiap thn mmg mcm gini. Tak biasa makan nasi & lauk pauk. Klu ada pun nasi goreng. Yg tu selang seli kitorang buat. Klu tak, mmg makan cekodok & kuih muih jer. Murtabak kena tiap2 hari ada. Beli kat kawan my bro. Mmg dah call siap2. Tinggal ambil jer nnti.

Klu weekend teringin nak makan ape, baru kitorang masak sendiri sbb masing2 tak kerja. Klu weekdays beli jer. So far nasi kerabu & laksa dah dpt makan dah. Laksa spt biasa lah beli kat fav makcik. Cuma nasi kerabu jer kitorang baru makan sekali. Kureng. So blm teringin nak repeat. Klu laksa rasanya nak 2 3 kali gak repeat.

Menu wajib tiap kali menjelang Ramadhan. Cekodok ikan bilis cicah sambak tumis. Ermmm tak kisah lah cicah apa pun. Selalunya cicah sambal tumis, kuah kari or asam pedas. Wallaaaaaa... mmg terangkat habis. Tapi time puasa2 ni, kuah kari kurang laku. Lyn lagi lah tak leh masuk. Maklumlah lemak2 ni kan. Takut berlemak. Hehehhee

Pejam celik dah hari ke 9 kan. Kejap jer. Ermm korang dah shopping raya?? Lyn belum lagi. Sbb klu tak raya pun membeli belah gak. So takde beza. Beli ala kadar jer. Baju kat tailor pun next week baru amik. 

Oklah korang. Selamat berhujung minggu & selamat berbuka. *Awal lagi kot. Hahaha*

Wordless Wednesday #195

Sama-samalah kita perbaiki diri di bulan Ramadhan ini :)


Salam Ramadhan 1436H

Hi LoVers,

Today, Muslims all around the world mark the first day of Ramadhan. Semoga semuanya baik2 sahaja.

Wishing all Muslim a blessed Ramadhan Al-Mubarak. My sincerest apologies to everyone. Hope we get the best Ramadhan for this year. In Sha Allah. Amin :)

[Pic, credited to Google image]


Wordless Wednesday #194

Happy fasting everyone!!! :)



Salam Maal Hijrah 1436H

As Salam semua,


In Sha Allah, esok 25th October 2014 akan bermula bulan Muharram 1436H. Semoga tahun yg penuh barakah ini lebih baik dari tahun2 yg sebelumnya. Amin. 

Salam Maal Hijrah 1436H.


Update : Maaf Lyn tersalah info & confuse pasal Maal Hijrah ni. Maal Hijrah takda kaitan dgn buku amalan kita. Tu hanya tuk Nisfu Syaaban. Thx Mya sbb sudi tegur. Lyn pun baru verify semula. MasyaAllah.. my bad :((


Aidiladha Kami

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! Dah seminggu dah Aidiladha berlalu. Lyn baru nak update. Maklumlah mood tak mari pun. Tu yg bertangguh2 nak update. Nothing interesting our Aidiladha. Sambutan kat sini biasa2 je compare kat Kelantan or Terengganu. Macam Aidilfitri. Kat sini buat korban sajalah kan.

Menu Aidiladha kitorang mmg mcm Aidilfitri jugak.

20141004_114100 Ada ketupat. Menu wajib tu. Ada rendang ayam, kari ayam, kuah kacang & sayur lodeh. Klu takde semua ni mcm tak lengkap pulak raya kan. Owhh Lyn mmg tak amik pic byk kali ni. Takde mood. Hahha

Pagi tu mcm biasalah tunggu dorang balik dari Solat. Kitorang yg rumah ni tak buat apa. Tunggu dorang nak breakfast sama2. Lepas je selesai breakfast, yg lelaki duk sibuk dgn aktiviti korban dorang. Alhamdulillah, tiap2 thn ada saja rezeki kami buat korban. Ermmm buat kat depan rumah jer.

20141005_105829Yg lelaki mmg sibuk lah kan nak pujuk lembu tuh. Mcm2 cara jugak dorang buat. Kita yg perempuan ni jadi penonton setia jer. hehehe. Tu Alhamdulillah, senang pulak nak pujuk lembu ni baring. Mula2 dia nak mengelak jugak. Tapi lama2 kalah jugak dia.

20141005_110344
20141005_110351Bermula lah aktiviti menyembelihan. Seram jugak tgk darah memercik tuh. Lyn tgk dr jauh jer. Tak berani nak tgk dari dkt. My grandson, kemain duk bising.. darah.. darah lah nanny. Dia sibuk nak tgk. Bila dtg dekat kemain takut. Siap mintak dukung. hehehee

20141005_110854 Alhamdulillah selesai dah.

20141005_111449Aktiviti melapah pulak. Ni mmg kerja org2 lelaki. Kitorang tukang tgk jer. Bab2 ni mmg dorang yg settle kan, sampai lah part memasak. Pun dorang jugak yg settle kan. Settle semua, pengagihan daging kat kawasan rumah kitorang. Alhamdullillah, semua dpt.

Biasalah tiap2 thn dorang akan masak sup punya. Sampai siap lah. Sementara tunggu sup masak, masing2 balik dulu. Time tu lengang lah. Tinggal yg perempuan2 jer yg duk menunggu. After Zohor dorang datang balik. Mmg lama jugak lah nak bagi daging betul2 empuk. Dlm pukul 2 lebih jugak baru dpt makan.

Lyn tak makan pun. Takut pening kepala. Bau sup jer bikin Lyn pening. Klu makan nnti lagi lah makin pening.

By 6pm semua dah settle. Siap kemas dah depan rumah tuh. Alhamdulillah selesai dah semua. In Sha Allah ada rezeki thn depan boleh buat korban lagi.


Salam Aidiladha

Hi LoVers,

This is a sticky mode, do scroll down for latest entries. Thx yea... :)

To my readers,

P1090779Lyn & keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1435H, kepada kaum muslimin & muslimat. Sama2 lah kita mengambil iktibar dari pengajaran kisah Nabi Ibrahim yang teramat mencintai Allah lebih dari segala2nya.

Pada yg balik kampung tuh, berhati2 di jalan raya. Memandu tu biarlah berhati2. Bak kata org, biar lambat asal selamat. Ye dak..

Yeayyyy!! next week kerja 4 hari jer. Suka2. Tapi klu korang sambung cuti mmg syok lah kan. Anyway, Happy holiday everyone!! :)


Guru Dan Murid

Satu perbualan antara guru dan anak muridnya..

Guru : Apakah yang paling dekat dalam dunia ini? 
Murid : Ibu bapa, guru, sahabat.
Guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling dekat dalam dunia ini ialah mati.

Guru : Apakah yang paling jauh dalam dunia ini? 
Murid : negara China, angkasa lepas.
Guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling jauh dalam dunia ini ialah masa lalu.

Guru : Apakah yang paling besar dalam dunia ini? 
Murid : Gunung, pokok.
Guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling besar dalam dunia ini ialah nasfu kita.

Guru : Apakah yang paling berat dalam dunia ini? 
Murid : Besi dan gajah.
Guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling berat ialah memegang amanah.

Guru : Apakah yang paling ringan dalam dunia ini? 
Murid : Kapas, kertas.
Guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling ringan ialah meninggalkan solat.

Guru : Apakah yang paling tajam dalam dunia ini? 
Murid : Pedang, pisau.
Guru : Benar, semua itu juga betul tetapi yang paling tajam ialah lidah kita.

Melalui perbualan ini terdapat banyak mesej yang ingin disampaikan, semoga kita menginsafi diri kita.. siapa guru tu sebenarnya? tau?

Nama guru tersebut ialah Imam Al-Ghazali. :)


Syawal 1435H : 2nd Syawal

Masuk Hari Raya kedua, rumah penuh dah. Kak Ngah Lyn dgn dua org anaknya tidur 3 hari kat rumah my mum. Dia mmg tiap2 kali Hari Raya mcm ni lah. Ptg raya pertama baru nampak btg hidung nya. Satu family lah dtg dgn menantunya sekali mlm tu. Selesai jer maaf bermaafan, yg lain2 balik. Tinggal Kak Ngah & dua org anak daranya yg tinggal.

Hari raya kedua, kitorang mmg tak kemana2. Pagi tu dah ada org dtg dah. My auntie dgn anak2 nya dah sampai awal dah before tengahari. Lepas tu stop sekejap. Lepas Zohor berduyun2 pulak yg mai.

Seperti biasa, kerja kitorang kat dapur gak lah. Sibuk buat air. Bila org balik sibuk mengemas pulak. Tu jer lah kerja kitorang. Tapi klu anak2 dara tu ada kat rumah, kurang skit kerjanya. Dorang pun tolong sama. Taklah memanjang mengadap TV jer. Tau lah cerita best kan raya2 ni. hehehe. Dorang jugak lah tukang top-up kuih raya dlm balang. Bkn lah nak dera ke apa. Tolong2 jer. Kita klu dah ramai2 jumpa sedara mara, mmg lah berborak sakan tak hingat. Lain lah budak2, lepas jer salam terus masing2 menghilang duk tgk TV. Bkn nak jumpa sedara. Ermmm biasalah budak2 skrg. Ye tak??

Petang tu dah kurang skit dah tetamu yg dtg. So Lyn tinggalkan rumah sekejap. Nak melayan anak2 buah ku yg bujang mencari sesuatu. Klu tak di ikutkan, mmg dipasak jer kat telinga ni bila nak keluar.

2014-07-29-13-18-47-077 Both my nephews. Membawak mereka ni ke Subang SS15 membeli handphone. Patutnya boleh jer dorang ni pergi berdua. Tapi nak jugak auntie dia yg vassss ni yg bawak. Hahaha. Katanya takut sesat. Padahal boleh jer guna Waze. Ngada!! Lagipun dorg ni mmg tak expert jalan kat Selangor ni. Nama jer lahir kat Selangor, naik sekolah menengah semuanya terbang sekolah jauh2  luar Selangor. Even sampai skrg ni pun. Yg Abangnya baru grade, baru lah dpt kerja kat Selangor. Barulah jd org Selangor.  Heheh. Yg adiknya, masih lagi di UiTM Segamat.

Dah Lyn plak kena drive naik kereta my nephew yg sulong tuh. Dia mengantuk. Dpt lah merasa drive kereta raya. Hehehe. My nephew, si Angah [duduk] tu yg nak beli hp. Kwn2 kat Uni, semua pakai smartphone. Bkn jealous, tpi dia perlukan untuk study. Email lah apa lah. Tu yg kena beli. Ngada kan lecture zaman skrg. Padahal laptop kan ada. Nak gak smartphone bagai. Time Lyn dulu takde pun. Nasib baik lah dia ni jenis jimat cermat. Simpan duit sikit2, dpt lah beli handphone. Tu pun Lyn top-up skit. Dia pun tak kisah hp apa, janji boleh guna.

Settle kt situ, kononnya nak membeli rojak & cendol yg famous kat SS15 tuh. Tapi nan hado. Cuti raya uolssss. Ater dia pun nak cuti jugak.

Balik tu mmg takde org dtg. Mlm lepas Maghrib spt biasa, ada org yg dtg menziarah. Kali ni tak ramai. Dlm 2 family jer. Lepas balik semua, kita sambung tgk tv sampai 2am & kemudian kebabommmm tidur.

End of 2nd day of Syawal.


Syawal 1435H : 1st Syawal

Hi LoVers,

Good morning everyone!!

Today already 15th day of Syawal. Lyn baru terhegeh2 nak update cerita Syawal hari ni. Org lain nak sibuk dah update open house bagai. Apa nak buat, mood tak mari lagi kan. *pasrah*. Minggu ni baru ada mood.

So let’s story about 1st day of Syawal. Awal pagi kita dah bangun panaskan dan siapkan semua juadah untuk Hari Raya sementara menunggu yg lain2 balik dari Solat. Thn ni tak dpt perfom Solat Sunat Aidilfitri, maklum lah ABC. Hihihihi. Yg perempuan2 mostly semua ada kat rumah. In 1st day of Hari Raya, all my families get together at mum’s house. Kiranya mereka2 ni mmg antara org2 yg wajib mesti beraya kat mum’s house before going back to their in laws.

Berkumpul ramai2 ni seronok lah kan. Masing2 dgn serba serbi yg baru. Tunggu semua ada baru kita mulakan dgn aktiviti maaf bermaafan.

P1130632Mulai dgn adik beradik Lyn dulu, mestilah mengikut turutan. Pic ni bermaaf-maafan ni tak byk pun. Masing2 tak pegang camera & hp. Semua tgh concentrate. Yg ada ni pun skit2 jer.

P1130641Selesai anak2, giliran cucu cicit pulak. Mmg ramai yer anak2 buah Lyn termasuk cicit my mum. Tu pun tak semua yg ada. Klu semua ada, mmg penuh lah rumah bawah tuh. Biasalah tiap kali bermaaf-maafan tu, mcm2 reaksi yg ada. Yg menangis beria2 ramai kat rumah ni. Hehehe.

Lepas tu sessi memberi duit raya. Lyn tak ramai sgt anak2 buah yg sekolah rendah & menengah lagi. Yg ada pun dlm 6 org jer. Universiti  6 org. Yg kecik ada 3 org. Tu jer. Yg lain2 semua dah bekerja dah. So masing2 lah mengutip duit raya pd auntie2, uncle2 & sepupu2 dorang yg dah bekerja tuh. Mewah budak2 tu. Kat rumah my mum je masing2 dah collect lebih RM100 sorang. Tu yg ada. Belum lagi yg lain2 yg belum sampai. Murah betul rezeki budak2 skrg. 

P1130647 Selesai bermaaf-maafan & sessi mengutip duit raya, kita makan ramai2 pulak. Wajib aktiviti makan beramai2. Dorg ni mmg wajib yer pekena makanan masakan my mum. Klu tak dpt, kira tak lengkap lah raya dorang.

Another session, kita ambil group photo pulak.

P1130676
Abg Long Lyn. Mum mmg tak bergerak lah yer. Bersama family dia, isteri, dua org anak lelaki, sorang perempuan dan menantu perempuan. Thn kedua menantu dia beraya bersama kamii.

P1130682
My Kak Lang. Anak perempuan no. 2. Dorang ni tiap2 thn mmg pakaian sedondon saja. With our little family member. Si kecik dlm dukungan daddy nya. Nnti kita cerita pasal dia yer.

P1130688
My sis yg ke empat. Kak Utih & bersama menantu perempuan & cucu2nya. Anak yg lelaki sulung dia kena kerja pulak hari raya pertama. Anak perempuan kedua beraya rumah in law. Yg bongsu dah tinggalkan kami. Dah masuk 6 thn dah rasanya. Tinggal lah yg ni jer.

P1130685
Keluarga Abg Lyn yg bongsu. Thn ni tak berapa nak sedondon sgt. Ikut lah masing2 nak pakai warna apa. Ini lah dia family Puteri. Tgk budak kecik tu dgn turban okey. Ko hado!!! Pandai melawa dah dia skrg. Hehehe

P1130701
Lyn dgn my sis no 4 dan anaknya. My sis tu ibu tunggal. Her husband passed away dah, almost 19 years. Sebaya dgn my niece tuh. So Lyn ttp lah dlm group ni setakat raya thn ni. Tak tahu lah thn dpn dah ada family sendiri ker kan. hahaha. Kitorang mmg plan nak pakai hijau thn ni. Baju my mum tu ada hijau2 skit jer. Boleh lah…

P1130699
  My siblings yg tak cukup quorum. My niece menyelit pulak kat dpn tuh. Hehehe

P1130707
Bersama sorang cucu my mum, Puteri. Yg lain2 cicit2 my mum. Khalisy takde dlm pic tuh. Payah nak bergambar budak sorang tuh.

P1130678 Our group photo yg tiap2 thn tak pernah complete. Thn ni, ini saja yg ada. Muka2 ni mmg tiap2 thn beraya rumah my mum dulu. Ater in law dorang dkt2. Except my Kak Lang, tahun ni mmg turn raya sini dulu. Thn dpn sure raya kat Melaka.

Takde dlm pic, my Kak Ngah mmg tiap2 thn beraya dgn family arwah suami dia. Ptg raya baru balik. My second bro & my adik ikut turn. In law jauh kan. So thn ni mmg dorang beraya kat in law. Thn dpn baru raya dgn kitorang pulak. Seriously mmg best betul dlm berkumpul ramai2. Lagi best klu semua ada. Lagi bertambah meriah.

P1130712 Group anak2 daras & bujangs. Makcik dia yg sorang tu ttp lah menyelit buat setakat thn ini #Eh hahaha

2014-07-28-11-36-36-608 With my beloved sisters

Byk lagi pic2 dlm simpanan Lyn. Byg kan dlm camera, iPad, tab & hp yg byk2 tu. Tak daya lah Lyn nak tepek semua kat sini yer. Mana yg larat jer lah. Yg lain2 buat simpanan kami sekeluarga jer. Mcm2 jenis & action bila masing2 dpt bergambar. Tak kiralah mak budak ke, bapak budak. Hehehe. Biasalah bila dah berkumpul ramai2 tuh mmg mcm2 perangai lah kan. Klu Lyn rajin nnti Lyn tepek skit lagi yer.

Selesai aktiviti bergambar, kami beramai2 berduyun2 ke Tanah Perkuburan untuk melawat Arwah Abah & lain2 jugak. Kira dah lewat jugak kitorang menziarah. Sampai sana, mmg ramai lagi org yg baru dtg. Pic ada, tapi biarlah untuk tatapan kitorang sekeluarga. Selesai ziarah kubur, terus kitorang balik rumah & melepak pulak.

Yg lain2 semua bertebaran balik rumah mertua. Kami2 ni semua ada kat rumah. Tak kemana pun. Kak Lang Lyn & anak perempuan, menantu & cucu2nya lepak sampai ptg. Lepas Asar baru gerak balik Melaka. Anak2 dia yg lelaki & BIL dah balik awal dah.

Biasanya Hari Raya pertama & kedua, kitorang mmg takkan kemana2. Selalunya dua hari ni penuh dgn tetamu. Our relatives tak kira jauh atau dkt. Tak kiralah belah my mum or Arwah Abah. Mmg ramai lah. Time tu lah duk bersilat kat dapur untuk sediakan sedikit makanan untuk tetamu. Selalunya Abg Lyn  no. 2 tuh amik turn basuh pinggan mangkuk, tapi kali ni dia takda pulak. So kena lah my sis yg sorang tu buat. hehehe

Klu takde org dtg , kitorang berulang makan lauk raya especially ketupat & rendang. Tak pun tgk TV. Ketupat lah  yg wajib tiap kali Hari Raya. Nasi imipit tak main lah. Tak raya pun boleh dpt. Mcm my relatives jugak, klu dtg sure nakkan ketupat. Nasi impit berusik skit jer. Apa lah Hari Raya tanpa ketupat kan.

Petang tu dpt rest jap. Dapat lah tgk TV dgn dorang semua. Masuk jer Maghrib sampai ke tgh malam still ada lagi sedara mara yg dtg. Tapi tak ramai lah. Yg lain2 sure Hari Raya kedua. Mlm tu tidur awal jugak. Masing2 kepenatan. 

End of 1st day of Syawal.